CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5068|Reply: 22

Sukan - Awas amukan skuad bola Tentera dan ngauman Harimau Rimba di stadium SA

[Copy link]
Post time 28-9-2012 07:10 AM | Show all posts |Read mode
Tentera mampu lakar sejarah: Rezal

•Sukan •2012-09-27 03:34 •Disediakan oleh Berita Harian
[url=][/url]

■ Rezal pernah mewakili Negeri Sembilan dalam final Piala Malaysia menentang Perlis pada 2006 dan dua kali menentang Kelantan pada 2009 dan 2010.


Kuala Lumpur: Rezal Zamberi Yahya tampil bersuara yakin, semalam betapa juara Liga Perdana, Tentera mampu mencapai matlamat ke separuh akhir Piala Malaysia, musim ini.

“Berdasarkan kepada prestasi semasa saya yakin Tentera mampu melakar sejarah ke separuh akhir musim ini,” katanya. Ada ramuan bergelar juara

Katanya, Tentera mempunyai segala ramuan bergelar juara dengan barisan pemain dedikasi, komited dan berdisiplin tinggi serta memiliki jurulatih berpengalaman, B Sathianathan yang pernah membawa Kelantan muncul juara pada 2009.

Dua pemain import yang menjadi taruhan besar kali ini adalah Bruno Sebastian Martelotto dari Argentina dan penjaring terbanyak Liga Perdana Marlon Alex James dari Kepulauan St Vincent.

Rezal, 34, dianggap pemain paling senior dalam skuad Tentera ketika ini pernah mewakili Negeri Sembilan dalam final Piala Malaysia menentang Perlis pada 2006 dan dua kali menentang Kelantan pada 2009 dan 2010.

“Jika disenaraikan berada dalam kesebelasan utama saya akan menggunakan segala pengalaman untuk membantu Tentera mara ke final dan untuk kali keempat dalam kejohanan ini bagi diri saya,” katanya.

Lagi berita menarik sekitar kerancakan saingan Piala Malaysia, dapatkan akhbar BH di pasaran, hari ini
Last edited by yipun_78 on 18-10-2012 06:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2012 07:51 AM | Show all posts
Tentera gagal cari bekal selesa
Font: [ BB B M S ]
•Sukan •Sukan •2012-09-29 08:09 •Disediakan oleh Berita Harian



■ Marteloto (kiri) diasak pemain Negeri Sembilan, Idris Karim pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Selayang, malam tadi. - Foto Owee Ah Chun
Kuala Lumpur: Juara Liga Perdana, Tentera mencipta kejutan selepas merekodkan kemenangan tipis 3-2 ke atas juara bertahan, Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Di babak pertama, permainan cukup seimbang dan minit ke-13, Negeri Sembilan hampir mendahului perlawanan namun tolakan K Thanaraj menuju tepat ke tiang gol tuan rumah sebelum dikeluarkan pertahanan Tentera. Anak buah B Sathianathan kembali memperkemaskan serangan dan hampir menemui jaringan tetapi rembatan pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak pada minit ke-22 dinafikan oleh tiang gol menjadikan separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.

Bersambung babak kedua, Tentera bagaikan mendapat tonik baru apabila meraih dua gol dalam tempoh 10 minit menerusi Christie Jayaselan pada minit ke-56 dan diikuti jaringan hasil rembatan pemain import, Bruno Marteloto pada minit ke-66 untuk meletakkan tuan rumah selesa di depan 2-0.

Libasan Shakir legakan Hobin Jang Hobin

Mendahului permainan dengan dua gol menyaksikan Tentera sedikit memperlahankan rentak permainan dengan lebih banyak bertahan dan hanya melakukan serangan balas setiap kali pelawat hilang bola.

Serangan demi serangan yang dilancarkan anak buah Mohd Azraai Khor akhirnya membuahkan hasil apabila sepakan penjaga gol Tentera, Farizal Harun pada minit ke-73 terkena belakang Firdaus Azizul sebelum bola melantun masuk ke dalam gawang.

Bagaimanapun, gol Firdaus itu kembali membangkitkan semangat Tentera untuk menambah jaringan dan hasilnya enam minit kemudian penyerang prolifik, Hairuddin Omar bijak melencongkan bola ke sebelah kiri gol Negeri Sembilan untuk gol ketiga pasukannya.

Namun, dua minit sebelum perlawanan tamat, pemain gantian, Shakir Ali menjaringkan gol cantik bagi merapatkan jurang sekali gus membolehkan mereka bernafas sedikit sebelum beraksi perlawanan suku akhir kedua di laman sendiri, Selasa ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2012 12:44 PM | Show all posts
Awas amukan Tentera

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


ZAQUAN ADHA (kiri) antara tonggak utama skuad ATM musim ini.
--------------------------------------------------------------------------------



LAIN macam sengat yang dipamerkan oleh skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan suku akhir kempen Piala Malaysia musim ini.

Reputasi selaku pasukan kerdil bukan halangan buat mereka untuk menumbangkan pasukan gergasi dan yang terkini menjadi mangsa amukan mereka ialah Negeri Sembilan yang juga juara bertahan Piala Malaysia.

ATM menang 3-2 ke atas Negeri Sembilan pada aksi suku akhir pertama kempen Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Jumaat lalu.

Bagi menghadapi suku akhir kedua di tempat lawan malam esok, misi memburu gol awal menjadi keutamaan pengendali ATM, B. Sathianathan (gambar kecil).

Berbekalkan kelebihan satu gol selepas menang tipis 3-2 dalam aksi pertama Jumaat lalu, Sathianathan pastinya sedar betapa pertemuan esok menjanjikan 1,001 macam gelora buat anak-anak buahnya.

Kelebihan dua gol di tempat lawan yang dimiliki Sang Rusa ketika ini juga mampu membikin ATM ‘berputih mata’ sekiranya kedua-dua pasukan terikat menerusi agregat.

Justeru, Sathianathan menuntut barisan pemain supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti mana aksi pertama tempoh hari.

“Banyak perkara yang perlu saya perbaiki menjelang saingan suku akhir kedua nanti.

“Kami tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama dan apa lebih penting, kami harus menjaringkan gol awal di tempat lawan untuk mencerahkan peluang ke separuh akhir,” kata Sathianathan.

Biarpun masih berteka-teki mengenai strategi ketika kembali berdepan skuad kendalian Azraai Khor Abdullah nanti, Sathianathan sebaliknya percaya pemainnya meraih pengalaman yang cukup berharga pada aksi suku akhir pertama sebelum ini.

“Ada antara pemain yang membuat kesilapan mudah serta hilang fokus sehingga kami bolos kedua-dua gol tersebut.

“Jadi, ia tidak lagi harus berulang jika kami mahu memastikan sasaran mara ke separuh akhir tercapai,” tegasnya.

Seandainya berjaya menjinakkan Sang Rusa malam esok, ATM bakal berdepan pemenang antara Lions XII dan Pahang pada peringkat separuh akhir pertama Jumaat depan.

Pahang kini selesa mendahului menerusi agregat 2-1.

Satu lagi aksi separuh akhir pula dijadualkan berlangsung sehari kemudian yang membabitkan pemenang antara Johor FC/Selangor dan Felda United/Kelantan manakala separuh akhir kedua dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 Oktober ini.

Aksi final kekal berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2012 07:44 AM | Show all posts
Gol berharga Tentera
Font: [ BB B M S ]
•Sukan •Sukan •2012-10-06 03:10  •Disediakan oleh Berita Harian



■ Penjaga gol Tentera , Farizal Harun (tengah) berusaha mengeluarkan bola di kawasan gol pada pertemuan separuh akhir pertama menen tang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura. - Foto Mohamad Shahril Badri
Anak buah Sathianathan bawa bekalan gol tempat lawan untuk intai final

Singapura: Tentera tampak semakin hampir layak ke pentas final selepas kali terakhir melakukannya 46 tahun lalu walaupun sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Lions XII pada saingan separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi. Untuk berita penuh serta laporan lanjut kemeriahan saingan peringkat separuh akhir pertama Piala Malaysia, dapatkan naskhah BH di pasaran hari ini

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2012 07:59 AM | Show all posts
‘Tentera mampu cipta sejarah’
Font: [ BB B M S ]
•Sukan •Sukan •2012-10-13 07:03 •Click: 14 •Disediakan oleh Berita Harian

Melaka: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa skuad Tentera mampu mencipta sejarah dengan menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali, musim ini.

Apa yang penting baginya, skuad kendalian B Sathianathan itu perlu turun dengan semangat berserta iltizam yang tinggi untuk memenangi perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Oktober ini. Tentera meranapkan impian Lions XII mara ke final Piala Malaysia apabila mencatatkan kemenangan 5-4 menerusi sepakan penalti, malam kelmarin.

Dalam bola sepak, tiada yang mustahil

Pada perlawanan pertama di Singapura, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan selepas beraksi 120 minit, aksi timbal balik turut menyaksikan keputusan sama untuk agregat terikat 2-2 sekali gus pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

"Saya tidak mempunyai sebarang keraguan langsung terhadap semangat serta iltizam setiap pemain pasukan ini untuk menjuarai Piala Malaysia.

“Jadi, Sabtu depan mereka akan 'all-out' untuk mencipta sejarah," kata Zulkifeli selepas merasmikan majlis Perbarisan Tamat Kursus Pegawai Ikhtisas Kor Kesihatan Diraja di Kem Terendak, Sungai Udang, semalam.

Zulkifeli yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak ATM berkata, pasukan itu sudah mencipta sejarah dengan menjuarai Liga Perdana buat pertama kali pada musim ini sekali gus layak ke saingan Liga Super 2013.

"Kita juga mengulangi sejarah apabila layak ke final kali ketiga selepas melakukannya pada 1949 dan 1966.

"Bagi saya, dalam bola sepak, tiada yang mustahil dan apa yang pemain Tentera akan lakukan ialah turun dengan semangat juang tinggi serta beraksi habis-habisan untuk mencapai kemenangan," katanya.

Ditanya mengenai ganjaran jika Tentera menjuarai Piala Malaysia, Zulkifeli berkata: "Melalui pengamatan saya, soal ganjaran itu menjadi perkara kedua kerana pemain mempunyai keazaman tinggi untuk membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama ke pangkuan ATM."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2012 07:46 AM | Show all posts
Saya mahu pingat ke-3: Aidil
Font: [ BB B M S ]
•Sukan •Sukan •2012-10-15 02:59 •Click: 71 •Disediakan oleh Berita Harian



■ Aidil (kiri) dan pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha akan berentap di pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Kuala Lumpur: Seperti Hairuddin Omar, seorang lagi pemain Tentera, Aidil Zafuan Abdul Radzak juga memasang impian sama dalam penampilan final kali keempat berturut-turut musim ini untuk cuba membantu pasukan menjadi kelab kedua menjulang Piala Malaysia selepas dilakukan MPPJ pada 2003.

Dalam tempoh tiga tahun itu, Aidil meraih dua kejuaraan ketika bersama pasukan negeri kelahirannya, Negeri Sembilan pada 2009 dan 2011 tetapi impian melakar kejuaraan hatrik seperti diraih Hairudin pada 2010 gagal selepas tewas 2-1 kepada pasukan rakan sepasukannya ketika itu, Kelantan. Ini adalah perlawanan akhir keempat berturut-turut saya. Saya akan cuba akan memberi kesungguhan 100 peratus pada perlawanan akhir nanti dan berharap rezeki akan lebih memihak kepada saya.

Memang kecewa apabila sepakan penalti saya tidak masuk (menentang Lions XII di separuh akhir). Jadi pada perlawanan akhir ini, saya mahu tebus balik kesilapan saya ketika sepakan penalti itu, katanya yang juga tonggak pertahanan skuad kebangsaan.

Juara Liga Perdana itu layak ke final selepas mengetepikan cabaran pasukan Singapura, Lions XII 5-4 pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat.

Bagaimanapun, pasukan kendalian B Sathianathan itu akan kehilangan khidmat Irwan Fazli Idrus manakala lawan mereka, Kelantan pula bakal turun tanpa dua tonggak utama, Mohammed Ghaddar dan Norfarhan Mohammad selepas kesemua mereka mengutip dua kad kuning ketika aksi separuh akhir.

Ia akan menjadi penampilan sulung buat Aidil dan kembarnya Zaquan Adha Abdul Radzak bersama pasukan luar selepas melakukannya dalam tiga penampilan sebelum ini bersama Negeri Sembilan.

Lebih menarik, Tentera adalah pasukan yang bertanggungjawab melenyapkan impian skuad Hobin Jang Hobin mara ke final apabila dikecewakan pada saingan suku akhir.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-10-2012 06:51 AM | Show all posts
Pemain tak harap ganjaran lumayan: Panglima ATM

•Utama •Mutakhir •2012-10-17 20:54•Disediakan oleh Berita Harian

KUALA LUMPUR: Skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mengharapkan ganjaran lumayan dalam misi menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinya, kata Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sebaliknya, Zulkifeli, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera (PBAT), berkata pemain perlu lebih fokus mengejar impian lebih besar daripada ganjaran selepas berjaya menamatkan penantian selama 46 tahun melangkah ke final, Sabtu ini. Kali terakhir ATM layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia ialah pada 1966 namun tumpas 0-1 kepada Selangor.

"Matlamat terakhir kita musim ini adalah melakar sejarah sendiri iaitu menjadi juara Piala Malaysia menumpaskan Kelantan pada perlawanan akhir nanti. Kita tidak menjanjikan jumlah ganjaran, namun pemain akan menerima habuan yang setimpal dengan usaha mereka.

"Hanya pemain yang tahu bentuk ganjaran yang bakal diterima mereka," katanya kepada pemberita selepas bersama skuad ATM menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zulkifeli berkata beliau menjunjung kasih kepada Tuanku Abdul Halim, yang merupakan Pemerintah Tertinggi ATM, kerana berkenan menerima kunjungan 16 pegawai dan 27 pemain pasukan ATM.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa mengumumkan setiap pemain The Red Warriors akan diberikan ganjaran satu lot tanah jika berjaya menjulang Piala Malaysia.

Setiap lot tanah berkenaan bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000 dengan kos keseluruhan berjumlah hampir RM2 juta.

Jurulatih ATM, B Sathianathan juga percaya anak didiknya tidak terlalu memikirkan soal ganjaran kerana apa yang penting adalah untuk memburu kejuaraan sulung mereka pada piala berprestij itu.

"Fokus kita dalam baki tiga hari sebelum perlawanan akhir adalah memperbaiki kelemahan yang ada termasuk persediaan dari segi mental kerana bukan mudah mengalahkan pasukan kuat seperti Kelantan," katanya.

Sementara itu, penyerang ATM Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak melahirkan rasa bertuah kerana dapat menghadap Yang di-Pertuan Agong dan berharap 'limpah kurnia dan perkenan' daripada baginda, ATM mampu muncul juara Piala Malaysia musim ini. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 04:34 PM | Show all posts
ATM selamanya....kepada penyokong Kelantan...kalo rasa nak bergocoh...pikir dulu...



mungkin ada MP yang berkawal...tapi....awas...blanket party

Last edited by shamsadis on 18-10-2012 04:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-10-2012 06:38 PM | Show all posts
Helang Rimba 'serang' Stadium Shah Alam
Font: [ BB B M S ]
•Sukan •Sukan •2012-10-18 03:09 •Click: 25 •Disediakan oleh Berita Harian

Kuala Lumpur: Kira-kira 20,000 penyokong dan peminat pasukan bola sepak Tentera dijangka membanjiri Stadium Shah Alam menyaksikan final Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Tentera, Lt Kol Abd Rahman Mahmud, berkata mereka kebanyakan anggota Tentera, keluarga mereka dan peminat setia pasukan dari seluruh negara. Ditubuhkan dua tahun lalu

Katanya, dari kalangan ribuan penyokong yang akan hadir ke stadium termasuk 4,000 ahli kelab yang menggelarkan diri mereka Helang Rimba yang diwujudkan dua tahun lalu.

“Mereka adalah penyokong tegar yang akan memeriahkan stadium dengan pukulan gendang, sorakan dan nyanyian lagu bersemangat patriotik yang sering dinyanyikan dalam tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari awal hingga tamat permainan,” katanya semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2012 06:39 PM | Show all posts
Kawalan ketat di Shah Alam
Font: [ BB B M S ]
•Sukan •Sukan •2012-10-17 03:26 •Click: 47 •Disediakan oleh Berita Harian

Shah Alam: Setiap kelakuan dan tindakan penyokong pada final Piala Malaysia antara Kelantan dan Tentera di Stadium Shah Alam, Sabtu ini akan diperhatikan.

Itu adalah peringatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bertindak memasang kamera di setiap sudut stadium berkenaan sebagai langkah awal untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Pengerusi Jawankuasas Keselamatan FAM, Datuk Salleh Md Rashid, berkata semua kamera tersembunyi itu akan dipasang di dalam dan luar stadium bagi mengawal penyokong daripada bertindak negatif dan membawa bahan yang dilarang seperti mercun dan vuvuzela.

“Musim ini kawalan final Piala Malaysia lebih ketat berbanding tahun sebelum ini. Selain itu kami juga menyediakan 1,000 anggota keselamatan.

“Keputusan ini sebagai langkah untuk mengesan dan mengenal pasti sebarang tindakan penyokong yang melanggar arahan, selain membawa barang terlarang seperti mercun, vuvuzela dan kain rentang berbaur hasutan,” katanya pada sidang media Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.

Sementara itu, pengerusi pengelola perlawanan akhir, Datuk Hamidin Mohd Amin memperuntukkan 30,000 keping tiket kepada setiap pasukan Tentera dan Kelantan.

“Jika kedua-dua pasukan mampu menghabiskan jualan tiket itu, kami akan jual baki 20,000 keping lagi di Stadium Shah Alam pada jam 9 pagi hingga 7 petang, bermula Khamis ini,” kata Hamidin.

Untuk memastikan memudahkan penyokong masuk ke stadium, Hamidin menetapkan Pintu A bagi penyokong Tentera manakala Pintu C, bagi penyokong Kelantan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 07:35 PM | Show all posts
Rasanya The Gladiator akan Menang.................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2012 07:50 AM | Show all posts
xpe laaa for once ai nak sangat ATM menang
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 12:01 PM | Show all posts
setakat pakai askar upahan utk bola..x payah le....apa yang boleh dibangga kan????
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 12:02 PM | Show all posts
ooppps..kelate ni adolah sebuoh negaro merdeka....so perlawanan antara kelantan dgn ATM adalah merupakan antara sebuah negara menentang negara lain.....dan negara kelantan menang.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 12:03 PM | Show all posts
wa x akan respek pasukan bola ATM selagi duk pakai askar2 upahan.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2012 06:11 PM | Show all posts
respek la gak atm main bermati2an kot. kalah bermaruah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 01:15 AM | Show all posts
razhar posted on 21-10-2012 12:03 PM
wa x akan respek pasukan bola ATM selagi duk pakai askar2 upahan.....

memang atm ada skuad bola yg playernya 100% tentera, tapi kerana tugas dan kekangan keewangan, itu yg pasukan tu tidak setanding pasukan negeri2 dan kelab2 lain...hanya yg terbaik je dipilh masuk ke pasukan atm...itupun brapa org je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 07:24 AM | Show all posts
thanx Komrade atas jawapan tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 07:24 AM | Show all posts
7 pemain bola sepak ATM dinaikkan pangkat
•Utama •Mutakhir •2012-10-19 18:50 •Click: 158 •Disediakan oleh Berita Harian

KUALA LUMPUR: Tujuh pemain pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dinaikkan pangkat menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia esok. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2012 07:28 AM | Show all posts




22 Mohd Farizal Harun Simpanan
2 K Reuben 1 Mohamad Hafizuddin Azuhar
7 Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak 24 Amirizwan Taj Tajuddin
14 Mohd Azmi Muslim 3 Muhammad Aizuddin Ismail
21 Irwan Fadzli Idrus 4 Suhhaimi Ishak
23 Rezal Zambery Yahya 5 A Varanthan
10 Bruno Martelotto 17 Venice Elphi Dannykaya
6 Danial Fadzly Abdullah 19 D Christie Jayaseelan
8 Mohd Zaquan Adha 18 Mohd Fitri Omar
20 Hairuddin Omar (ketua pasukan)   
9 Marlon Alex James
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.100623 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list