CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7338|Reply: 100

[Tempatan] Pendapatan pengemis sehari minimum RM500

[Copy link]
Post time 8-10-2012 03:19 PM | Show all posts |Read mode
KITA biasa dengar atau baca cerita pengemis yang kaya, menginap di hotel atau dijemput dengan kereta selepas minta sedekah di kaki lima.Namun satu kisah benar yang dibongkar di sebuah rumah kebajikan di Marang, Terengganu, seharusnya membuka mata semua pihak.Seorang penghuni rumah kebajikan itu (nama dirahsiakan) yang sering curi keluar untuk mengemis, didapati menyimpan wang tunai lebih kurang RM15,000 di bawah katilnya selain mempunyai tiga akaun bank berasingan dengan nilai simpanan RM60,000.Ini semua ditemui selepas dia meninggal dunia kira-kira sebulan lalu.Jadi, cerita pengemis kaya di negara kita bukan hanya kisah dongeng atau cerita mulut ke mulut, sebaliknya suatu realiti yang menuntut kita bersama-sama berfikir, bagaimana ini boleh terjadi?Bukan kita mahu menghalang orang daripada membuat kebajikan, namun manipulasi dalam kegiatan mengemis ini bukan cerita baru.Dengan adanya pengemis yang kaya, kita tidak mahu negara bertuah ini dianggap sebagai negara yang kaya dengan pengemis.Lihat sahaja di mana-mana, pengemis sekarang bukan sahaja berwajah tempatan, malah ada juga yang 'diimport'.Ini terjadi kerana dalam keadaan kita dihadap dengan pelbagai cerita hal pengemis, masih ramai mahu berbaik sangka dengan alasan "saya ikhlas mahu buat kebajikan. Soal mereka menipu, itu antara mereka dengan ALLAH."Ya, memang benar namun sama ada kita sedar atau tidak, sikap mudah percaya dan tidak usul periksa juga menggalakkan lagi bilangan pengemis yang sekali gus menimbulkan banyak masalah dalam masyarakat kita.Kita bukan tidak pernah dengar mengenai sindiket yang mengaut kekayaan dengan cara mudah memperalatkan golongan kurang upaya untuk meminta sedekah bagi pihak mereka.Apabila kita memberi sumbangan kepada golongan ini, kita bukan membantu mereka tetapi menggalakkan lagi penganiayaan terhadap golongan ini kerana hasilnya bukan kepada mereka tetapi kepada pihak sindiket. Ada laporan bahawa sindiket yang tidak berperikemanusiaan ini malah tergamak mencederakan atau merosakkan anggota tubuh pengemis yang diperalatkan bagi memudahkan lagi mereka mendapat simpati.Itu belum termasuk kumpulan memperalatkan kanak-kanak, berselindung di sebalik penjualan produk, si celik yang kononnya membantu si buta menjual tisu atau penanda buku, walhal tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk berkongsi hasil.Tidak kurang juga kehadiran pengemis dalam masyarakat kita ada yang berakhir dengan jenayah seperti ragut atau samun.Soalnya, kita bukan mahu menghalang orang membuat kebajikan atau membantu mereka yang benar-benar memerlukan.Namun hakikatnya di negara kita, untuk golongan kurang bernasib baik ini, mereka dilindungi dengan sebaik mungkin oleh kerajaan di bawah undang-undang yang khusus untuk melindungi hak dan kepentingan mereka, Akta Orang Papa 1997 (Akta 183).Selain itu, terdapat agensi yang khusus untuk membantu mereka seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyediakan bukan sahaja perlindungan malahan kursus kemahiran bagi membantu golongan kurang upaya menjana pendapatan sendiri, rumah perlindungan bagi warga emas untuk mengelak mereka jadi kutu rayau dan sebagainya.Di negeri-negeri, peruntukan bawah bidang kuasa agensi pungutan zakat juga terbuka luas untuk golongan ini.Kerana itu, berhadapan dengan golongan pengemis, tidak kira apa modus operandi, mereka harus dicurigai.Jika tidak, memberi sumbangan kepada mereka yang kita anggap sebagai sumbangan kebajikan, sebenarnya ia juga sumbangan untuk meningkatkan lagi masalah sosial dalam masyarakat kita.

Last edited by R2D2 on 9-10-2012 01:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2012 03:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 03:28 PM | Show all posts
tu pasal aku x suka derma pada depa semua..baik derma di surau2 @ mesjid
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 03:39 PM | Show all posts
tempat2 awam tesco ekonsave giant mmg ada pengemis tiap2 hari, pihak supermaket sendiri x melarang
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 03:43 PM | Show all posts
satu cabang karier yang lumayan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 03:45 PM | Show all posts
kalu org2 buta tu kaya raya tak?? aku kalu yg sehat2 neh mmg aku elak jer....pakcik2 mtk donation kt pasar2 malam utk pondok2, bangsa2 yg diragui ras-nya mmg aku tak tolong.....tp kalu org buta aku lemah sket....kesian........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-10-2012 03:57 PM | Show all posts
biasa yg mengikut dibelakang org buta adalah yg celik. mlm2 dia org pergi lagi minta sedekah area kedai makan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 04:08 PM | Show all posts
teringat kisah mazidul...





























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2012 05:50 PM | Show all posts
cmf_rambutan posted on 8-10-2012 10:08 AM
teringat kisah mazidul...

ya allah ada juga mcm nie...serius dia tak perasan ke buat muke selamba jer

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 06:10 PM | Show all posts
dia tidak sadarkah ada orang merakam gambar dia?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 06:43 PM | Show all posts
duit dah cukup nanti boleh la beli iSue sebutir ye...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 07:17 PM | Show all posts
dia dah sedar masa dia amik kaki palsu tuh.... gambar dia kat pasar ramadhan semula tuh bila mazidul suruh pergi balik ke pasar ramadhan supaya semua orang tau dia tipu sebenarnya.... dorang kira 60 ringgit tak termasuk duit syiling dlm masa 1 sengah jam saja.. akhirnya dia dilepaskan.. nasihat jangan buat lagi saja... pakai kepiah putih tu lakonan jer... suruh sambung fatihah langsung tak tau.. bahasa dia pon bahasa takleh difahami... kira pendatang
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 07:30 PM | Show all posts
tadi kat Jln Ampang ada pakcik ni ketuk2 tingkap kereta..minta duit rm30 nak balik seremban sbb dia kata kereta dia rosak...tak tahu nak respon apa,i drive je.. 50/50 la..kalau betul kesian pulak pakcik tu..haih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 07:41 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 8-10-2012 07:30 PM
tadi kat Jln Ampang ada pakcik ni ketuk2 tingkap kereta..minta duit rm30 nak balik seremban sbb dia  ...

tu la kan..kesian kalu yg bebetul desparate..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 07:49 PM | Show all posts
ini menunjukkan akan mewahnya negara Malaysia...hanya kepada yang malas berusaha sahaja yang suka membuat berbagai alasan tentang kesukaran untuk mencari sesuap nasi
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 07:53 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 8-10-2012 07:30 PM
tadi kat Jln Ampang ada pakcik ni ketuk2 tingkap kereta..minta duit rm30 nak balik seremban sbb dia  ...

aku ingat dlm 17 tahun dulu masa aku kat kl pon trick gini gak.... aku ada apek mintak 5 hinggit nak balik seremban... pastu member aku pon pernah kena gak sorang pakcik mintak duit katanya nak balik seremban........ apa kejadahnya semua orang seremban dtg kl ni tp takdak duit nak balik... sampai skarang plak tuh takder duit setelah berbelas tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2012 08:31 PM | Show all posts
nk jd pengemis dpt untung segera pn, aku xde bakat, xde rupa....terpaksa laa keja mkn gaji je, xdpt 200 sehari
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 09:26 PM | Show all posts
cmf_rambutan posted on 8-10-2012 07:53 PM
aku ingat dlm 17 tahun dulu masa aku kat kl pon trick gini gak.... aku ada apek mintak 5 hinggit n ...

aku pun pernah kena gak kat area lrt ampang.. sorang perempuan tua cina mintak rm5 nak balik seremban..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 09:55 PM | Show all posts
izumiza posted on 8-10-2012 09:26 PM
aku pun pernah kena gak kat area lrt ampang.. sorang perempuan tua cina mintak rm5 nak balik serem ...

kenapa seremban mnjadi destinasi pilihan ye?



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2012 10:02 PM | Show all posts
aechae posted on 8-10-2012 09:55 PM
kenapa seremban mnjadi destinasi pilihan ye?

entahlah.. walhal bukan cukup pun rm5 tu nak balik seremban..
tapi cuba bayangkan kalau sorang dia mintak rm5, dan punya lah ramai umat manusia
lalu lalang kat lrt tu.. silap2 bukan stakat balik seremban, beli ticket ke seoul pun lepas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.126830 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list