View: 2857|Reply: 14
|
Selepas air..kita hapus tol la pulak
[Copy link]
|
|
SELEPAS AIR... KERAJAAN SELANGOR MULAI AWAL TAHUN DEPAN AKAN BERIKAN TOL PERCUMA!!!!!
Terdetik di hati admin mengapa cadangan seperti tidak dilaksanakan dengan lebih awal lagi? Mengapa perlu tunggu di ambang pilihanraya Umum ke 13, barulah kedengaran mahu melaksanakan penghapusan tol (tol percuma)? Ya…tol percuma di Selangor selepas ini….
Inilah antara berita terbaru yang admin terima yang mana kerajaan Selangor sekarang ini sedang dalam proses untuk melaksanakan tol percuma di Selangor selepas ini.
Bagaimana Kerajaan Selangor Mahu Melaksanakan Tol Percuma di Selangor!!!!!!!!...........Admin diberitahu yang mana kerajaan Selangor akan mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor dalam masa terdekat ini. Dan dengan pengambialihan beberapa konsesi tol ini pastinya membuka “satu dimensi” baru untuk langkah seterusnya melaksanakan dasar tol percuma di Selangor. Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013.
Rupa-rupanya kerajaan negeri Selangor sekarang mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat seperti :
- Syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS)
- Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor – KPS)
- SPRINT (KPS)
Kalau disemak semula berita sekitar Mei 2012 yang lalu, kerajaan Selangor telah menetapkan syarat baru yang mana semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause. Apa yang dimaksudkan dengan terma “exit clause” :
Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi.
Sumber : The Star Online
Antara Fakta Konsesi Tol Bagi – Lebuhraya-Lebuhraya di MalaysiaPembinaan Lebuhraya Utara Selatan :
- Mula Dibuka : 8 September 1994
- Kos Pembinaan : RM 6 billion
- Pendapatan : RM24.3 billion
- Keuntungan : RM 18.3 billion setakat ini………….
- ROI : 305%
- Tempoh konsesi : Sehingga Disember 2038.
Pembinaan Lebuhraya Metramac
- Kos Pembinaan : Hanya RM45 juta
- Keuntungan : RM440 juta
- ROI : 978%
- Pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak
- Kos Pembinaan : Sekitar RM451 juta
- Keuntungan : RM1.4 billion
- Tempoh konsesi : selama 38 tahun.
Pembinaan Lebuhraya Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
- Kos Pembinaan : RM1,08 bilion
- Keuntungan : RM1.61 bilion.
- Tempoh konsesi : selama 34 tahun
Pembinaan Lebuhraya Cheras--Kajang oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. (GSSB)
- Perjanjian Konsesi ditandatangani : 19 September 1995
- Lebuh raya Dibuka : 15 Januari 1999.
- Jarak : 11.5 kilometer itu bermula dari Persimpangan Taman Connaught, Cheras hingga ke Persimpangan Saujana lmpian, Kajang.
- Kos Pembinaan : RM282 juta
- Kos Pengambilan Tanah : RM 194.5 juta ditanggung oleh Kerajaan
- Kos Operasi & Penyenggaraan : RM 147.31 juta (Setakat 31 Disember 2010)
- Jumlah Kutipan : RM 585.5 juta (Setakat 31 Disember 2010)
- Tempoh konsesi : Sehingga 2030
Kalau di Amerika, mereka juga di sana memiliki sistem tol di sana. Bezanya di sini dengan Malaysia, di Amerika mana-mana konsesi yang telah mencapai atau melepasi keuntungan yang munasabah akan ditamatkan konsesi dan langkah ini kami lihat tidak membebankan pengguna tol di sana secara berterusan. Cukuplah…nak untung berapa bilion lagi daripada pengguna tol di Malaysia. Inilah yang kami gelarkan “skim cepat kaya” golongan kapitalis di zaman moden.
Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang sebenarnya sangat membebankan rakyat yang tinggal di bandar setiap hari, Tidak kira apa peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang. Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja.
PAKATAN MENANG.. RAKYAT HIDUP SENANG...PAKATAN KALAH.. PARA PEMIMPIN UMNO HIDUP MEWAH DENGAN GEJALA RASUAH TETAPI RAKYAT KEKAL HIDUP SEMAKIN SUSAH
|
|
|
|
|
|
|
|
OK. Part ni aku accept. Kalau dah mencapai untung besar, apsal nak sambung tempoh konsesi sampai berlebih2. Dah tu bagi alasan takde exit clause dan suma dokumen perjanjian dimasukkan dalam OSA.
Tak kira sapa yang memerintah, kalau dapat revise berkenaan tol, aku sokong. Jgn kita pekakkan telinga dan butakan mata. Ini fakta. Kalau PR kata nak bantu rakyat cara ni, Alhamdulillah. Teruskan, usaha baik sapa nak halang? Yang bodoh je menghalang atas nama politik. |
|
|
|
|
|
|
|
KALAU BTOL TERLAKSANA, ALHAMDULILLAH.... KITA RAKYAT MARHEIN PAKAT2 KURANG BEBAN KEWANGAN... BAGUS LA TU.
BAB YANG DEKAT NAK PILIHANRAYA BARU NAK SEBUT TU PLAK, AKU PUN ADA TERPIKIR GAK... TP AKU IMAGINE BUKAN SENANG NAK PAKSA SYARIKAT2 KONSESI BUKAK BALIK PERJANJIAN LAMA UNTUK MASUKKAN KLAUSA BARU, YELA KO DAH UNTUNG JUTA2 SENANG2 SAH2 LA KO TAKNAK PINDA SBB PERJANJIAN SKARANG MENGUNTUNGKAN... KAN?
WALAU PUN LEWAT, TP SYABAS SBB ADA USAHA KE ARAH ITU.... RAMAI RAKYAT YANG PAHAM, DARI DAPAT RM500 SKALI PASTU HANGUS, ADALAH BAIK RAKYAT "DITOLONG" SAVING DUIT TIAP2 BULAN |
|
|
|
|
|
|
|
bagus langkah kerajaan negeri selangor kurgkan beban rakyat..ini baru la dinamakan Rakyat DIDAHULUKAN! |
|
|
|
|
|
|
|
CrazyDriver posted on 21-3-2013 08:50 PM
bagus langkah kerajaan negeri selangor kurgkan beban rakyat..ini baru la dinamakan Rakyat DIDAHULUKA ...
Lge tak setuju, sebab sekarang tengah sibuk buat lebuhraya terowong dasar laut bertol.dulu saja tipu rakyat nak hapuskan tol,sekrg dah jadi kerajaan,kena buat jugak.
Last edited by rashiman on 21-3-2013 11:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik kerajaan selangor lunaskan dulu janji2 masa pru dulu, jjgn bagi ala kadar, bagi 100 200 org dah kira telah menunaikan janji, ada beribu lagi rakyat selangor yg layak belum lagi dpt pelbagai elaun yg dijanjikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
CrazyDriver posted on 21-3-2013 08:50 PM
bagus langkah kerajaan negeri selangor kurgkan beban rakyat..ini baru la dinamakan Rakyat DIDAHULUKA ...
Oh ya, ,air percuma pun, tak semua rakyat selangor dpt, kasi settle dulu isu air,
|
|
|
|
|
|
|
|
rashiman posted on 21-3-2013 11:36 PM
Oh ya, ,air percuma pun, tak semua rakyat selangor dpt, kasi settle dulu isu air,
Noted
|
|
|
|
|
|
|
|
abih ...nak bela macam ni ....mana nak mampu dengan gaji aje
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat Penang, sebelum PRU12 , PR kata nak hapuskan tol Sg Nyior...sampai nak PRU13 haram tak jadi apa pun.... Manifesto beli undi rakyat ?? Lepas tu aniaya rakyat !!! masih tak ambil iktibar lagi ke ???? |
|
|
|
|
|
|
|
rashiman posted on 21-3-2013 11:36 PM
Oh ya, ,air percuma pun, tak semua rakyat selangor dpt, kasi settle dulu isu air,
Ramai jgk yang dah dapat. Better than never, daripada BN kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
sasukekun89 posted on 22-3-2013 12:21 PM
Ramai jgk yang dah dapat. Better than never, daripada BN kan...
Teringat zaman kecik2 dulu..bila kerajaan BN memerintah Negeri Selangor..berapa byk tanah kuaters diorg jual kt company non-bumi..buat projek mcm2..kasi kaya kroni2(x kan sbg parti pemerintah..xdpt percent kot.. )..ramai penduduk kuaters time tu berjawatan rendah..gaji kecik..kesian diorg kena pindah carik umah baru..pampasan ade diberi..tapi alahai..sikit ya amat.. (hamba hanya bercerita melalui pengalaman) overall, rasanya lebih better PR dr BN memerintah neg segor..tgk secara keseluruhan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|