CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6147|Reply: 23

[Tempatan] SPM: 70 calon umur 30 tahun ke atas termasuk nenek

[Copy link]
Post time 5-11-2012 03:45 PM | Show all posts |Read mode
YAN: Seorang nenek yang mempunyai tiga cucu merupakan antara 70 calon 'matang' yang mengambil peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dekat sini, hari ini.
Kesemua calon matang itu adalah guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berusia antara 30-an hingga 55 tahun.
Hasanah Abdullah, 55, guru Kafa di Masjid Al-Amin, Sungai Layar, Sungai Petani berkata beliau gembira kerana berjaya mencapai impiannya untuk mengambil peperiksaan itu sejak 38 tahun lepas.

Katanya kematian ibu ketika berusia 15 tahun dan masalah kewangan menyebabkan impiannya untuk mengambil peperiksaan itu seperti rakan sebayanya yang lain ketika berumur 17 tahun terkubur.



"Selepas ibu meninggal, saya mengambil tugas ibu menjaga adik-adik yang ketika itu masih kecil. Setiap tahun saya akan menangis dan meminta izin daripada bapa agar membenarkan saya bersekolah semula kerana mahu menduduki SPM," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu, hari ini.


Hasanah yang tinggal di Sungai Layar, Sungai Petani dan mempunyai enam anak, mengambil mata pelajaran teras dengan tambahan Bahasa Arab.

Hasanah yang belajar di sekolah swasta, Sekolah Menengah Langkasuka, Guar Chempedak berkata beliau mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk mengejar cita-cita masuk ke universiti.

Walaupun terpaksa menduduki SPM pada usia yang lewat namun ia bukan penghalang demi menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan prestasi akademik, katanya.

Bagi Mahmud Sri Wijaya Othman, 48, guru Kafa di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Dawai, Sungai Petani pula, beliau tidak berasa kekok untuk berada di dewan peperiksaan demi menimba ilmu.

Bapa kepada lima orang anak itu menjadikan anak sulungnya, Al-Kausar, 18, sebagai pendorong untuknya berjaya dalam SPM.

"Dahulu saya hanya bersekolah sehingga darjah enam sahaja, kemudian sambung ke sekolah Arab dan tidak pernah mengambil peperiksaan SPM. Saya bersyukur kerana anak saya sering membantu terutama dalam mengulang kaji pelajaran dan keluarga menjadi pembakar semangat untuk saya cemerlang dalam SPM," katanya.

Pemangku Pengetua SM Langkasuka, KS Maniam berkata pada tahun ini seramai 147 pelajar sekolah itu termasuk 70 guru Kafa dan enam jururawat menduduki peperiksaan SPM manakala bakinya calon mengulang semula SPM.

Beliau berkata calon yang terlibat tidak hanya membabitkan daerah Yan malah mereka dari serata daerah di negeri ini termasuk Sik, Pendang dan Kuala Muda. - Bernama

Last edited by R2D2 on 6-11-2012 12:37 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2012 04:30 PM | Show all posts
nazmi faiz ambik spm tak taun ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 04:33 PM | Show all posts

... bagusss ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 04:39 PM | Show all posts
Sedih plak bila baca kes tak ambik SPM sebab kemiskinan.... Harap harap dia berejaya dapat banyak A.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2012 05:05 PM | Show all posts
minggu lepas berita Prof Madya ambik 7x STPM
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:17 PM | Show all posts
harap result bagus.. kalo sekadar amek je pon tarak guna
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2012 05:17 PM | Show all posts
Mahfuz ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:25 PM | Show all posts
aku tgk berita td menangis sebak makcik Hasanah Abdullah tumase di interview..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2012 05:25 PM | Show all posts
shamsadis posted on 5-11-2012 05:17 PM
Mahfuz ada tak?

mat sabu??
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:30 PM | Show all posts
dino posted on 5-11-2012 05:25 PM
mat sabu??


ehh dia pun sangkut gak ker? SPM ke STPM?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:31 PM | Show all posts
shamsadis posted on 5-11-2012 05:30 PM
ehh dia pun sangkut gak ker? SPM ke STPM?

tak kira la... elok die ambik balik SPM
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:39 PM | Show all posts
dino posted on 5-11-2012 05:31 PM
tak kira la... elok die ambik balik SPM

bukan apa...cuma teringat sorang MP masa temuramah pemberita di lobi parlimen...dia sebut 'wind'...'wind'...bila aku jerit 'rumours' kuat2 depan orang ramai baru orang ramai perasan bahawa dia cuba sebut 'rumours'
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:40 PM | Show all posts
shamsadis posted on 5-11-2012 05:39 PM
bukan apa...cuma teringat sorang MP masa temuramah pemberita di lobi parlimen...dia sebut 'wind'.. ...

mak aaiii kelas sgt.... MP mana tuh.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:41 PM | Show all posts
dino posted on 5-11-2012 05:40 PM
mak aaiii kelas sgt.... MP mana tuh.....


bebas..cina tue aku pun tak kenal la
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 05:43 PM | Show all posts
semoga mereka berjaya dengan cemerlang. gigih mereka nak belajar bila ada remaja yang sia-siakan peluang yang ada
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 06:58 PM | Show all posts
yg ambik SPM ni makna kata depa tak pandai la dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2012 07:03 PM | Show all posts
Mahfuz Omar adalah antara ahli politik yg paling rendah tahap kualitinya..... Sorry to say but dia dah sama dgn Bung Mokhtar ataupun ahli PArlimen Sri Gading. Cuma other side of coin je..

Gwo Burne tu lagi teruk.. The most lowest at all.. as a politician..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 09:23 PM | Show all posts
gud luck to them ... late is better rather than never at all
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 09:30 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 5-11-2012 06:58 PM
yg ambik SPM ni makna kata depa tak pandai la dulu

uiks, xbaik la ko kata mcm tu

mgkin dlu depa xde kesempatan masa ke apa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 09:36 PM | Show all posts
aechae posted on 5-11-2012 09:30 PM
uiks, xbaik la ko kata mcm tu

mgkin dlu depa xde kesempatan masa ke apa...

kan mengikut kepercayaan org kat sini, yg ambik SPM tu ala2 mcm tak berapa cerdik, padahal entah2 yg ambik SPM tu nak test diri sendiri

aku dulu pun ambik STPM gak, baca buku apa pun dak, nasib baik lulus

ingat nak ambik lagi, tapi dengaq kata STPM dah ikut semester dah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.165642 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list