CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1549|Reply: 12

[Tempatan] Ditembak ketika buka bungkusan

[Copy link]
Post time 21-11-2012 03:06 AM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU – Seorang kontraktor menyangka dia akan mati apabila seorang lelaki berjaket gelap tiba-tiba melepaskan dua das tembakan ke arahnya yang ketika itu berada di dalam kereta dan sedang membuka sebuah bungkusan di Pusat Komersial Taman Johor Jaya di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 1.20 petang, mangsa O. Raman, 56, rakyat Singapura yang mempunyai taraf penduduk tetap negara ini dan isterinya, S. Padmavathi, 52, baru masuk ke dalam kereta BMW miliknya yang diletakkan di tempat letak kereta di depan pusat kurier di situ.

Bagaimanapun, cerita Raman, tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topi keledar dan berjaket gelap muncul di tepi keretanya dan terus melepaskan tembakan ke arahnya.



“Ketika mendengar tembakan itu, saya hanya ingat mati tetapi apabila lelaki berjaket itu beredar saya bersyukur kerana masih bernyawa dan hanya cedera di kaki kanan terkena satu das tembakan manakala tembakan lagi satu menembusi cermin tingkap tempat duduk sebelah pemandu.

Terdahulu, Raman yang banyak berurusan di Singapura dan Pasir Gudang berasa hairan apabila bungkusan yang dibuka hanya mempunyai sebuah diari.

“Kami tidak pasti sama ada bungkusan itu merupakan perangkap untuk musuh saya mencederakan saya,” kata Raman ketika ditemui di sini.

Raman bagaimanapun menafikan dia mempunyai musuh perniagaan.

Sementara itu, Padmavathi berkata, sebaik penjenayah itu beredar, dia yang dalam keadaan panik terus menghubungi anak perempuannya untuk mendapatkan bantuan.

Pasangan tersebut mempunyai tiga anak perempuan dan Padmavathi memiliki tiga buah tadika di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, polis sedang menyiasat motif kejadian tersebut selain memburu lelaki yang dipercayai cuba membunuh mangsa.


Sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 07:02 AM | Show all posts
Pembunuh upahan ker..?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 07:03 AM | Show all posts
menakutkan, saya fikir Malaysia adalah destinasi yang selamat. sebelum ini saya diberitahu keluarga angkat saya bahawa Malaysia adalah negara yang selamat dan tiada penjualan senjata api!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 08:11 AM | Show all posts
mcm pembunuh upahan je..huhuuh scary!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 08:12 AM | Show all posts
tembakan amaran jah tuh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 08:14 AM | Show all posts
bleh tahan malaysia di akhir2 tahun ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2012 08:42 AM | Show all posts
welkam tu Johor, Mesia... mwahahahah dok kat Singapore menten jah, mai Mesia... dah cam San Antonio di Mexico jah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:27 AM | Show all posts
pembunuh upahan da masuk ke malaysia...masih selamat lagi kata ketua pulis negara ********
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2012 11:37 AM | Show all posts
dekat cmtu x mati..
i think more to gertak

ada la dia langgar 'line' sapa2 tuh
maybe x sengaja
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:48 AM | Show all posts
waa..makin ramai assassin kat M'sia ku terchinta neh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:51 AM | Show all posts
jgn risau.... malaysia antara negara yg paling selamat di rantau ini
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 11:53 AM | Show all posts
Kes terpencil. Masih selamat berbanding Palestin or Afghanistan
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2012 12:09 PM | Show all posts
ade musuh la ni
xkanlah act of random kot
saje xnak ngaku kata xde musuh
lagi2 padayappa..slalu sgt musuh2 perniagaan bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.090679 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list