CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 24325|Reply: 42

Laksa Johor

[Copy link]
Post time 2-12-2012 01:26 AM | Show all posts |Read mode


  • # Bahan untuk Kuah Laksa #
  • 750 gram ikan tenggiri, direbus dan ambil isinya
  • 3/4 cawan rempah kari ikan
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 cawan air
  • 2 kotak kecil santan KARA (2 biji santan kelapa)
  • 4 batang serai, dititik
  • 2 inci lengkuas, dititik
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa, jika suka
  • minyak untuk menumis
  • # Bahan untuk dikisar #
  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • # Bahan untuk Sambal (Dikisar) #
  • 20 biji cili padi thailand
  • 6 -8 batang lada merah hidup
  • # Bahan untuk Hiasan #
  • 2 kilo mee laksa, dicelur dan toskan
  • kerang rebus
  • fishcake
  • tahu kering
  • timun (kupas kulit, buang hatinya dan hiris halus)
  • tauge
  • daun kesum

Cara-cara
  • Isi ikan dikisar bersama air rebusan ikan dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik bersama rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan kerisik, gaul rata. Masukkan pula rempah kari ikan dan 1 cawan air. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan isi ikan yang telah dikisar. Masukkan pula santan, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka.
  • Jika kuahnya agak pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  • # Cara untuk menghidang Laksa #
  • Letak mee laksa dalam mangkuk, letakkan sedikit kerang rebus, fishcake, tahu kering dan tauge. Kemudian tuangkan kuahnya.
  • Hiaskan pula dengan timun, daun kesum dan sambal. Sedia untuk dimakan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2012 01:27 AM | Show all posts
laksa johor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2012 01:27 AM | Show all posts

laksa johor (myresepi.com)
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2012 02:51 PM | Show all posts
Pehhhh melets..ngences.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 11:29 AM | Show all posts
huuu meleleh air liuq... nak buat lah minggu nie
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 03:54 PM | Show all posts
Haku tak pernah makan laksa johor . Tapi kalau laksa utara , laksa kuala dan laksam dah perkara biasa je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2012 05:26 PM | Show all posts
menyelerakan sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 05:31 PM | Show all posts
laksa johor mana ada letak hirisan nenas dgn bunga kantan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2012 08:17 PM | Show all posts
bonita , ikut versi citarasa sendiri jer kalau tengok resepi kat atas tu segala mak nenek dia letak

resepi laksa johor ori dalam myersepi memang letak bunga kantan sebagai salah satu bahannya Last edited by sitipayung on 3-12-2012 09:29 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 09:39 PM | Show all posts
dah lama tak masak laksa johor sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2012 09:44 PM | Show all posts
suka buat laksa johor resepi kak jee@fauziah samad sbb dia guna ikan kembung je..versi jimat tp sedap
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 03:51 PM | Show all posts
Aku contribute sikit la pasal laksa Johor ni. Time raya kat Johor memang raya pertama makan laksa Johor, believe it or not, satu meja panjang 6 seater tu penuh dengan laksa Johor jer, rendang bagai kat meja lain. Kat KL ni pun kalau aku buat majlis memang buat laksa Johor. Dulu masa belum ada anak, aku la yang dok pi beli bahan nak buat laksa Johor.
Laksa Johor ni jadi dah tak sedap kalau dah 'over do' ... boh nanas la, boh fishcake la, dah tak original recipe. Setakat taugeh, lobak masin cincang, daun kesum dengan daun selasih (basil) dah cukup. Lagi satu, timun tu kena la ada gaya potongan nyer.
Pasal kuah plak, kalau nak sedap lagi, part kepala ikan tu (buang mata) boleh la dikisar balik dan masuk dengan isi ikan yang dah dikisar. Jangan tanya pasai apa sebab dah dekat 10 tahun macam ni la bini aku ngan famili dia buat.
Aku ngan wife pernah buat kuah pakai ikan parang ... ya amat la sedap nyer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 04:12 PM | Show all posts
Kalau nak lagi jimat, cuba guna ikan selayang. Rasanya pun lebih sedap
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 04:52 PM | Show all posts
wah. aku dedulu tak penah makan laksa johor. nak jumpa orang jual pun tak penah kat utara neh or aku la kot yg tak jumpa.  sekali tuh, kawan aku buat, terkejut la jugak aku rupanya laksa johor makan dgn spageti. wah ompotih gituh ye. tekak aku tak boleh sangat masuk dgn laksa johor neh. tapi aku suka kuah dia. cam lemak2 sikit kan. huhu. tapi tgk pic kat atas tuh, teringin la pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2012 09:28 PM | Show all posts
laksa johor memang lawan dia dengan spageti
kalau pakai laksa beras tu tak masuk je rasa dia
cara yg betul makan laksa johor - guna tangan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 11:15 AM | Show all posts
krukx posted on 5-12-2012 09:28 PM
laksa johor memang lawan dia dengan spageti
kalau pakai laksa beras tu tak masuk je rasa dia
cara  ...

Arwah atuk saya dulu memang penjual laksa Johor kat Batu Pahat sekitar tahun 60an.Berenti meniaga sebab dia buat biz lain.
Resepi asal sebenarnya laksa johor ni memang makan dengan laksa beras . Tapi sekitar tahun 1980an ada revolusi dalam resepi laksa Johor.Ramai pulak yg gunakan spaghetti sebagai ganti laksa beras.Mungkin sebab teksture spaghetti yg licin ni ngam bila bercampur dengan kuah laksa johor yg agak likat. Sejak tu ramai sangat yg guna spaghetti sehinga hari ni.Orang nampak pelik bila makan laksa Johor dengan laksa beras.Padahal itulah resepi asalnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2012 11:34 AM | Show all posts
rinadini posted on 5-12-2012 04:12 PM
Kalau nak lagi jimat, cuba guna ikan selayang. Rasanya pun lebih sedap

yes...

mmg sedap guna ikan selayang

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 07:04 PM | Show all posts
JuanM posted on 6-12-2012 11:15 AM
Arwah atuk saya dulu memang penjual laksa Johor kat Batu Pahat sekitar tahun 60an.Berenti meniaga  ...

betul tu. orang zaman dulu mana ada spageti
mak saya & generasi yg lama2 lagi suka guna laksa beras
mungkin generasi muda macam saya ni dah terbiasa dengan spageti...tu yg rasa spageti lagi sedap


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 01:42 AM | Show all posts
kalau jual laksa johor nie laku x area pj
susah sgt nak cari laksa johor
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 07:37 AM | Show all posts
Tengok gambar pon dah terliur... Lama btol tak makan laksa johor dah. Kena buat kot ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060734 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list