CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RED 666

Apa Pandangan Wanita Terhadap Lelaki Yang Sukakan Komik Dan Kartun?

[Copy link]
Post time 9-1-2013 03:40 PM | Show all posts
hubby me pun still lg meneruskan minat nya wpun dh kawin bukan setakat membaca komik tp siap kumpul cd. me pernah ternampak dia usha2 cd ultraman kat kedai . tapi paling me xtahan dgn bff hubby layan kartu pony
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2013 05:57 PM | Show all posts
hubby aku pun kaki layan anime, manga n karton.
kalo tv, channel animax and cartoon channel tu lah dia rajin layan..
even ben 10 tu pun dia rajin nengok...
aku kalo channel lain xde citer best and xde mood nak berebut remote..aku layan je..
kalo online, dia suka ar manga online tu, every day akan surf...
biar je lah asalkan dia bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2013 09:43 PM | Show all posts
PANDANGAN AKU?

CHILDISH SGT.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 02:56 PM | Show all posts
Pandangan saya sebagai perempuan....


SUKAAA SANGAT

Sebab ada orang nak bercerita sama.. Siap boleh mengaku dia ni watak ni, dia tu watak tu.. hampeh betul

In fact, kebanyakan lelaki keliling saya peminat komik..  So xrasa pelik bila tau laki tu minat, baca, kumpul komik. Dan kawan2 saya ada pelbagai jenis. Ada yang manja, ada yang selamba, ada yang xsuka bersosial, ada yang penyayang, etc. o kalau nak kata lelaki suka komik ni suka menipu ke ape ke, rasanya amatlah tidak adil. Mungkin nasib orang tu xbaik terjumpa kaki penipu yang minat komik..

p/s: my fav
Komik Jepun - One Piece
Komik Hongkong - Pedang Setiawan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2013 04:57 PM | Show all posts
sy pn ske bc komik.. kartun nyer comey2 je... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 09:14 AM | Show all posts
kalo aku yang kaki komik cemane? byk lelaki suke x?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2013 01:19 PM | Show all posts
saya minat Naruto......(wahhhh...tetiba mencelah )
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2013 02:37 PM | Show all posts
Redho..je lah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2013 11:16 AM | Show all posts
redsinner posted on 20-2-2013 09:14 AM
kalo aku yang kaki komik cemane? byk lelaki suke x?

lelaki biasanya tak kisah lebih2 lagi kalau awek tu cun giler, silap2 leh terpengaruh minat sama






Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 03:57 AM | Show all posts
suke2 pasal sy pun hantu komik gak...tapi jgn la fanatik sgt sampai kalo dah kawen tu tanggungjawab x buat
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 11:17 AM | Show all posts
aku suka sgt baca komik...hehehe
bestttttt..macam2 komik ada..sekali g MPH ke kedai buku ke...aku prefer komik dari novel..
cite katun, dari kanak2 sampai la sekarang..semua katun aku layan..naruto, dragon ball, spongebob, pokemon, detective conan, sin chan, hagemaru, chibi, byk lg la..yg kat tv9 tu layan dari 2.30 - 5.30.. skip kalau katun x best..kat astro pun byk jugak..
tp kalau ultraman, power rangers yg dlu punya best..yg sekarang merapu je..

Aku suka Lawak SHABU-SHABU, Crazy Family, byk lg, byk lg..dan byk lg......
manga on9 pun layan kt opis...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 02:07 AM | Show all posts
I myself collect Comics so what is wrong in my hubby collectiong Comics??

As long as he is not collecting Porn magazines I am the happiest!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 02:45 PM | Show all posts
contoh peminat kartun dewasa di negara kita ni, byk betul patung2 anime, atromen dan power rangers dia kumpul:

Kumpul figura aksi idaman
ROSHLAWATY RAIEH
6 September 2012





Menonton siri superhero Kamen Rider dan Super Sentai bagaikan keutamaan buat Mohd Fairuz Taib atau mesra dipanggil Fairuz. Beliau sebolehnya tidak mahu tertinggal menonton siri kegemaran ramai itu walaupun dihambat kekangan kerja yang bertimbun di pejabat.

Kebiasaannya, kanak-kanak yang sering dikaitkan dengan kegemaran mereka menyaksikan cerita superhero seperti Power Rangers, Ultraman, Flashman, Maskman dan Gaban. Namun itu bukan penyebab untuk Fairuz, 32 tahun melahirkan minat sama itu.

Menganggap dirinya sebagai penonton tegar siri superhero berkenaan, Fairuz memberitahu penulis bahawa segala macam jenis permainan dalam siri tersebut ada dalam simpanannya. Malah sebahagian besar figura aksi (patung aksi) Kamen Rider dan Super Sentai yang menjadi rebutan peminat cilik sekarang memenuhi koleksi peribadi Fairuz iaitu pengumpul setia figura aksi kalangan orang dewasa dan berkerjaya.

Baginya, mengumpul figura aksi ini adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan dan menghiburkan hati. Apabila melihat kesemua figura disusun dan dipamerkan di dalam almari khas, ia kelihatan sangat menarik.

“Sesekali saya terasa bagaikan sedang beraksi dengan musuh tatkala melihat figura Kamen Rider dan Super Sentai. Begitulah kuatnya penghayatan dan pengaruh cerita super hero tersebut dalam diri ini," katanya.

Anak bongsu daripada tujuh beradik ini menonton siri Kamen Rider dan Super Sentai bukanlah melalui televisyen sebaliknya Fairuz melihatnya secara terus di Internet. Dia juga menonton di page Henshin Fever di Facebook yang menyediakan koleksi video Kamen Rider manakala di stream dan Admin M pula untuk video Super Sentai.

Fairuz sudi berkongsi maklumat dengan pembaca Sinar Harian yang mungkin meminati siri superhero tersebut namun tidak tahu latar belakang siri terbabit.

Beliau yang berkelulusan Teknologi Maklumat dari Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Semarak ini, berkata,  Kamen Rider adalah drama bersiri sejak 1971 (ditayangkan di Jepun). Sehingga kini telah ada 23 drama bersiri Kamen Rider dan setiap satu siri mempunyai 50 episod.

Bagi Super Sentai pula, ia juga drama bersiri dan bermula sejak 1975 (juga di tayangkan di Jepun). Sehingga kini sudah ada 35 drama bersiri  Super Sentai.


Suit figura

“Saya mula teruja mengumpul patung aksi ini ketika berusia 21 tahun. Ia bermula setelah menonton rancangan itu di Internet dan berpeluang melihat koleksi berkenaan semasa mengunjungi pameran figura aksi masa lalu.

“Ketika kali pertama ingin mengumpulnya, saya berhadapan kesukaran mendapatkan patung aksi Kamen Rider dan Super Sentai kerana pengumpul tegarnya terlalu ramai.

“Bagaimanapun saya berjaya juga hasil pencarian ke serata kedai yang menawarkan figura tersebut,“ katanya yang kini membelinya secara atas talian dari Jepun kerana harganya yang jauh lebih murah malah beza harganya juga kadang-kadang cukup banyak.

Cerita Fairuz lagi, segala koleksi superhero berkenaan disimpan di dalam almari kaca dan juga di dalam kotak asal.

“Sepanjang mengumpulnya, tiada figura aksi yang rosak. Walaupun memiliki seorang anak, Farish Wafri berusia tiga tahun lebih namun dia tak pernah kacau koleksi saya. Sekadar bermain-main dengan mengerak-gerakkan tubuh badan super hero itu, saya tidak kisah.

“Farish memang gemar bermain figura. Paling dipuji sikapnya adalah dia akan letak semula superhero ini di tempat asalnya selepas puas bermain,“ ujar Fairuz yang turut mengumpul patung aksi Inggeris,  Iron Man dan Thundercats namun tidaklah sebanyak patung aksi dari Jepun.


Koleksi dalam simpanan

Lebih 100 figura aksi berjaya dikumpulkan Fairuz dari dulu hingga sekarang. Kesemuanya bersaiz enam inci. Segala macam warna, bentuk dan model ada pada patung aksi Fairuz. Semuanya cantik, unik dan comel sekali.Untuk koleksi Kamen Rider, Fairuz mula mengumpul daripada jenis S H Figuarts (SHF) bagi Kamen Rider Utama dan Kamen Rider Kedua sahaja.

“Koleksi Kamen Rider yang lain antaranya Kamen Rider Ichigo, Kamen Rider V3, Kamen Rider Black (pernah ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 1989-1990 dan diberi nama Kesatria Baja Hitam), Kamen Rider OOO SaGorZo, Kamen Rider OOO ShaUTa, Kamen Rider OOO PuToTyRa dan banyak lagi.

“Untuk superhero ini juga, saya turut kumpul daripada jenis World Collectible Figure iaitu figure Kamen Rider yang dikecilkan serta daripada jenis Rider Mascolle Collection iaitu helmet Kamen Rider," beritahunya.

Bagi robot Super Sentai , Fairuz mengumpul dari siri DX, antaranya Go-Buster, Gokaiger, Shinkenger, Boukenger, Hurricanger, Ninja Megazord dan beberapa jenis robot lagi yang berharga sekitar RM160 hingga RM200 lebih.

Ujar Fairuz, segala koleksi ini akan terus disimpan namun ada sesetengahnya telah dijual memandangkan tiada ruang untuk disimpan.

Ditanya mengenai impian, kata Fairuz, beliau teringin bertemu dengan lebih ramai pengumpul figura aksi dari seluruh dunia serta dapat bertukar-tukar pendapat mahupun figura itu. Moga segalanya tercapai!



Last edited by RED 666 on 20-5-2013 03:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 05:28 PM | Show all posts
Apa salahnya ada minat, asalkan tak menyumbangleweng.....


p.s.  aku minat naruto, 07ghost & maid sama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 12:44 AM | Show all posts
me ok jer coz me pun ada minat yg orang lain tak minat gak, just accept the way you are...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 04:44 PM | Show all posts
Err.. Me terbalik... Still layan anime, manga sume... Huhuhu.. Now dah jimat sbb ada online reading.. Husband laa tukang donlod series.. Janji tea tak kacau dia layan movie or tv series dia plak... Takde hal laaa minat mende camni janji jangan terlalu obses sampai sanggup ikat perut utk beli figures or lain2... We just have to set our priority right laaa... Takde masalah continue hobby.. Yang penting ada work life balance.. Boring laa orang yang menghambakan diri utk keje semata2... Get a hobby!! Bole reduce stress
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2015 04:13 AM | Show all posts
Edited by RED 666 at 11-7-2015 01:10 PM

baru2 ni kat negara kita ada pasangan pengantin kahwin bertemakan power rangers dan kamen rider di mana pengantin lelaki adalah peminat siri2 superhero tersebut

nampaknya komik dan kartun semakin diterima golongan dewasa di malaysia sehingga menjadi tema perkahwinan lebih2 lagi yg membesar dengan cerita2 sedemikian





Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 12:12 AM | Show all posts
kalau dah minat.. apa salahnya... asalkan tak memakan diri.

aku pun suka collect benda2 yg aku suka..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2015 01:12 PM | Show all posts
mystica replied at 10-7-2015 12:12 AM
kalau dah minat.. apa salahnya... asalkan tak memakan diri.

aku pun suka collect benda2 yg aku su ...

pandangan serong masyarakat lebih2 lagi pompuan terhadap golongan peminat kartun di kalangan org dewasa lah yg menyebabkan mereka tak boleh mendedahkan minat mereka tersebut secara terbuka


Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2015 10:22 PM | Show all posts
RED 666 replied at 11-7-2015 01:12 PM
pandangan serong masyarakat lebih2 lagi pompuan terhadap golongan peminat kartun di kalangan org d ...

tak tahu pula org pandang serong.. aku rasa interesting je org yg minat kartun n komik ni...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.068663 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list