CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2701|Reply: 8

Hikayat pengembaraan dua sahabat

[Copy link]
Post time 6-12-2012 10:06 AM | Show all posts |Read mode
Salam. Intro, hehe. Hanya test . First time mengarang cerita penglipurlara, dulu masa sekolah ada belajar sastera. Dah lama lupa, ni baru nak cuba-cuba. Kelebihan cerita pengembaraan ini boleh dibuat banyak episod pendek-pendek. Satu pelayaran yang menemui banyak pengalaman, cabaran, dugaan, halangan dan peristiwa misteri.  Tapi kalau-kalau ada sesiapa yang nak ambil intro ni silakan, buat modal cerita.
======================


Arakian, tersebut sebuah kisah di negeriAmuria, terdapat seorang raja yang memerintah sangat adil dan bijaksana,terkenal namanya hingga ke selatan benua. Amuria terletak di sebelah utaranegara Antakia. Disebelah selatannya tanah Samuria, sebuah negeri yang hanyaada nama tetapi sunyi dari penghuni melainkan binatang buas dan haiwan melata.Penduduknya dahulu ditimpa malapetaka bencana alam yang amat dahsyat, sehinggatewas kesemuanya.


Raja yang memerintahAmuria adalah seorang puteri bernama Harodia, memiliki kebijaksanaan sepert ialmarhum ayahandanya Raja Fansuri. Istananya terletak sejauh tiga purnama perjalananke bekas tapak istana nabi Allah Sulaiman.
Didalam negeri ituterhuni dua sahabat yang suka berniaga, barang dagangannya terdiri dari hasilmahsul perusahaan penduduk disitu. Kebiasaanya, sekali mereka belayar untukberniaga ke benua hindia mengambil masa empat purnama.

Pada suatu hari, sahabat kepada Hatta telah berkemahuan untuk belayar lebih jauh lagi untuk melihat negara yang belum pernah mereka tahu. Berkata ia, “wahai sahabatkuHatta, telah lama kita berniaga ke benua hindia, tidak inginkah kita belayar jauh lagi untuk melihat negara yang belum pernah kita ketahui, manalah tahu jika ada nasib bertemu kita ke negara yang makmur dan kaya-raya, maka lekaslah habisnya barang daganngan kita. Hatta tidak terkejut dengan kata sahabatnyaitu, memang telah banyak kali dilihatnya Abadi selalu merenung jauh ke arah utara lautan biru ketika masa pelayaran.
“Kenapa kita mahu pergi ke tempat yang lain, bukankandibenua hindia itu sudah memadai untuk dagangan kita?
Jawab Abadi, sebenarnya aku terlalu ingin mengembara dan melihat kesatu tempat yang belum pernah kita ketahui.

Maka, hajat Abadi itu dipersetujui oleh sahabatnya Hatta. Maka belayarlah mereka keesokannya menuju arah lautan biru.

================
Masih diperingkat isi awal kerangka cerita, belum dihias dengan bahasa sastera lagi.

Last edited by zamkumis on 12-12-2012 10:23 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2012 10:58 AM | Show all posts
lama tak baca kisah2 camni. ala2 sinbad dengan pelayaran tujuh benua.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 03:36 PM | Show all posts
Salam TT..

Menarik ni... Maka sudilah kiranya tuan hamba menyambung lagi barang se bab dua....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 04:47 PM | Show all posts
Hehe masih dalam kerangka kaku, ibarat tulang-tulang cerita. lepas tu barulah ditacap, ditambah tokok dengan isi rencah dan sulaman bahasa untuk mengindahkan cerita.
=================

Ketika dalam pelayaran mereka berhenti di sebuah pulau. Maka dilihat mereka rombongan diraja juga berhenti disitu untuk mencari air sungai. Puteri Herodia yang bijaksana rupanya ada bersama. Lalu puteri Herodia bertanya kepada dua sahabat, "Wahai dua sahabat, dari manakah kamu berdua dan hendak kemana? Dijawab Abadi, kami adalah rakyat tuanku, kami sebenarnya ingin mengembara kearah utara lautan biru. mendengar tentang hajat mereka maka Puteri Herodia ingin turut serta. Serbasalah pula rasanya Abadi dan Hatta untuk menerima Puteri Herodia yang anggun jelita untuk menyertai mereka. Apa akan jadi dengan negeri kita nanti jika tidak bersemayam seorang raja.

Kembara mereka ibarat menuju alam tersembunyi, yang tidak tahu entah hitam atau kelabu, entah untung atau rugi, entah pergi tak kembali.

Last edited by zamkumis on 6-12-2012 05:01 PM

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 08:56 PM | Show all posts
sungguh menarik cerita tuanhamba..hamba like.!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 09:19 PM | Show all posts
Wah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2012 11:14 AM | Show all posts
Tiada sambungan lagi ke cerita melayu klasik ni? Teringat masa sekolah rendah baca hikyat 1001 malam. Mcm ni lah gaya bahasanya...
Masa form 4, form 5, utk kertas BM, kalau diberi pilihan antara bahasa klasik dan sajak, lady pilih bahasa melayu klasik. Kalau lady jawab soalan sajak, alamat paras hidunglah result BM!

errr... itu format BM jaman lady. Jaman kuno dedulu. Jaman la tak tahu lerrr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2012 10:17 AM | Show all posts
Dah tidak ada sambungan lagi dari saya, hanya takat itu sahaja. Sesiapa yang nak sambung disini silakan... mana tahu sambungan dari penulis lain lebih menarik.

Cerita diatas adalah:
Episod 1 pembukaan.
Episod 2 pengembaraan ke selatan dunia - Siapa nak sambung silakan
Episod 3 pengembaraan ke timur - Siapa nak sambung silakan
Episod 4 pengembaraan ke barat - Siapa nak sambung silakan
Episod 5 pengembaraan ke alam bawah lautan - Siapa nak sambung silakan
Dan episod seterusnya hingga 1001 episod...
Tajuk dan jalan cerita adalah bebas...hangtamsajalah....

Nota: Jika anda mahu sambung pastikan habis untuk satu episod yeee.... Last edited by zamkumis on 12-12-2012 10:28 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2012 02:54 PM | Show all posts
kena sambung sendiri lah ni ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.046513 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list