letih giler meroyan sampai 2 hari!!! tapi yg penting sgt la puas!!!
den xde amik fancam, fancam2 yg ada pun cuma takat 1-2 minit je. sbb mmg nak enjoy!!
gmbr2 masa dorg terima award ada la sikit2 & elok gmbr2 nyer...
nnt2 la biler dh on lappy aku tu, aku upload & kongsi kat sini!!
G-DRAGON sebenarnya yang paling dinanti-nantikan kelibatnya pada malam itu. Salah seorang aggota kumpulan Big Bang itu merupakan antara bintang K-Pop yang paling ingin ditemui peminat yang menyerbu lokasi majlis penyampaian Anugerah Golden Disk ke-27 di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor walaupun figura fenomena dunia, Psy yang memenangi anugerah utama pada malam itu.
Majlis anugerah yang sebenarnya berlangsung selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Januari buat julung-julung kali di Malaysia itu membuktikan pengaruh luar biasa yang dimiliki oleh G-Dragon.
Pemilik nama sebenar Kwon Ji-yong, 25, sukses memenangi dua anugerah secara solo iaitu Anugerah Lagu Golden Disk menerusi lagu Crayon dan Anugerah Popular Ceci. Dua lagi anugerah dimenanginya bersama kumpulan Big Bang iaitu Anugerah Antarabangsa MSN dan Anugerah Lagu Golden Disk dengan lagu Fantastic Baby.
"Terima kasih atas anugerah ini, saya akan berusaha lagi untuk menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang," katanya saat menerima anugerah di atas pentas.
Penyanyi dan komposer yang berada di syarikat pengurusan yang sama dengan Psy iaitu YG Entertainment itu telah menghasilkan dua album solo, Heartbreaker dan One Of A Kind.
Kemunculannya pada persembahan penutup Anugerah Golden Disk yang disambut dengan jeritan tanpa henti peminat dilihat umpama persembahan pada konsert solonya sendiri.
Penonton bagai disihir dengan muzik dan persembahan penuh bertenaga daripada G-Dragon. Walaupun G-Dragon mendendangkan lagu secara rap sepenuhnya dalam bahasa Korea tetapi daya ingatan peminatnya wajar dipuji apabila mereka boleh menyanyikan dengan lancar kesemua lagu yang didendangkannya.
Meskipun persembahannya cukup singkat hanya dengan empat buah lagu iaitu One Of A Kind, Light It Up, Crayon dan Heartbreaker tetapi itu sudah cukup memuaskan hati penonton yang pulang dengan senyuman tanda puas dapat menatap wajah bintang pujaan mereka dari jarak dekat.
Selepas ini G-Dragon bakal mengadakan konsert solo pertamanya yang diberi nama GD 2013 1st World Tour bermula pada 30 Mac depan di Seoul, Korea Selatan dan diikuti oleh Jepun pada bulan April 2013.
tak dapat pergi sebab duit tak terlebih banyak
tapi habis merempit kat tenet bagai nak tengok segala vc berkaitan acara ini.........
skrg ni tgh demam angau ngan big bang.........gilalah melayan lagu2 dorang tak kira sole ke group punya ke.....
memang gile dah skrg ni....................
ayushuhada04 posted on 20-1-2013 08:19 AM
dalam paper Kosmo semalam....
tgk gd nyer persembahan dlm utube je
tapi bole meremang sebab persembahan dia memang besh dan bertenaga
agaknya kalu me ada kat sana mahu me panjat stage tu nak peluk2 gd muahahahhaa