CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2085|Reply: 14

[Jenayah] OKU maut diserang perompak durjana

[Copy link]
Post time 6-12-2012 11:55 PM | Show all posts |Read mode



BERUAS - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) mati selepas bergelut dengan dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulau Kabung, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa dikenali, Mohd Firdaus Hamid, 31, yang mempunyai masalah lembam dikatakan sedang duduk di sebuah kerusi menonton televisyen sementara menunggu masuk waktu Subuh.





Mangsa yang tinggal bersama kedua ibu bapanya, Hamid Puteh, 86, dan Asmah Yahya, 73, dikatakan gemar bangun seawal jam 4 pagi dan menonton televisyen sementara menunggu solat jemaah bersama keluarga di masjid berhampiran.

Ketika kejadian, kedua ibu bapa mangsa tidur di sebuah bilik di bahagian dapur.





Asmah ketika ditemui berkata, dia hanya menyedari insiden berkenaan sebaik mendengar bunyi bising dari arah hadapan rumah.

“Apabila keluar sahaja dari bilik, salah seorang daripada mereka mengheret hingga ke kerusi sebelum mengacu parang untuk mengugut saya jika melawan, tidak cukup dengan itu, mereka menolak pula suami saya sehingga pengsan,” katanya.

Asmah yang turut diikat kedua-dua tangan berkata, kedua-dua lelaki berkenaan bertindak menggeledah rumahnya dan segera meninggalkan kediaman itu sebaik memperoleh barangan berharga.





Katanya, sebaik kelibat kedua-duanya menghilang, barulah dia menyedari keadaan anaknya yang sudah tidak sedarkan diri.

“Panik dengan keadaan itu, saya berlari ke rumah jiran untuk meminta pertolongan, bila pulang kembali ke rumah baru saya sedar, anak saya sudah tiada lagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, kejadian berlaku apabila dua suspek memecah masuk rumah mangsa.




Katanya, hasil siasatan awal mendapati, ada pergelutan berlaku antara suspek dengan mangsa.

“Suspek berkenaan berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM8,000 dan barang kemas dianggarkan bernilai RM15,000, kes disiasat di bawah Seksyen 302 iaitu membunuh,” katanya.

Buat masa ini, beliau berkata, polis masih melancarkan misi memburu kedua-dua lelaki berkenaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2012 11:59 PM | Show all posts
harap perompak tu dipanah halilintar atau mati eksiden atau lemas dalam sungai atau dimakan harimau..













innalillah...kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:07 AM | Show all posts
Innalillah moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yg beriman. dah teruk dah tiap tiap ari memacam kes kat msia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 12:17 AM | Show all posts
ooooo...kat Beruas......
tak po.....kes terpencil jer....
jauh dari pavilion.....
Malaysia masih selamat.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 01:15 AM | Show all posts
ctaz posted on 7-12-2012 12:17 AM
ooooo...kat Beruas......
tak po.....kes terpencil jer....
jauh dari pavilion.....
jauh dari pavilion.....
Malaysia masih selamat.....




Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 03:00 AM | Show all posts
apakah thread ini boleh sama popular dengan thread ustaz mati ditetak perompak di stesen minyak?





Last edited by chazey on 7-12-2012 03:03 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2012 03:10 AM | Show all posts
noor2 posted on 6-12-2012 11:59 PM
harap perompak tu dipanah halilintar atau mati eksiden atau lemas dalam sungai atau dimakan harimau. ...

Amin.... Aku pun harap sebegitu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 03:12 AM | Show all posts
chazey posted on 7-12-2012 03:00 AM
apakah thread ini boleh sama popular dengan thread ustaz mati ditetak perompak di stesen minyak?

...

Thread tu aku refreshkan balik supaya TT nya dapat kredit dn agar masyarakat takkan lupa peristiwa tersebut. Sama gak camni...

Tunggu kes dan perkembangannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2012 03:13 AM | Show all posts
iskans posted on 7-12-2012 03:12 AM
Thread tu aku refreshkan balik supaya TT nya dapat kredit dn agar masyarakat takkan lupa peristiwa ...

aku harap family mangsa OKU ini juga ramai pihak tawarkan bantuan.



Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 07:06 AM | Show all posts
kasihannya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 08:10 AM | Show all posts
Mangsa OKU tapi rajin bersolat Subuh berjemaah di masjid..
sayangnya hari tu dia tak sempat Subuh utk kali terakhir..
Inalillah... semoga dia ditempatkan di kalangan yg dikasihiNya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 09:36 AM | Show all posts
chazey posted on 7-12-2012 03:13 AM
aku harap family mangsa OKU ini juga ramai pihak tawarkan bantuan.

Aku pun macam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 05:17 PM | Show all posts
seperti yang dijangka, thread ini lansung tak poplar kerana yang mati bukan ostad.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 05:40 PM | Show all posts
Laknatullahi alaihi ke atas perompak!


Hishamuddin?? Mana ko pegi?

Satu masa kelak, akan ada perompak yg rogol dan bunuh anak-anak dan cucu arwah pak Hussein..
B

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2012 06:16 PM | Show all posts
isap mudinggg ni tak bace surat khabar bahagian jenayah2 ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.061020 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list