|
MEMILIKI kerjaya glamor dan dipuja peminat di seluruh dunia bukanlah segala-galanya bagi Angelina Jolie.
Aktres berbibir seksi ini berkata, dia sudah bersedia melepaskan kariernya sebagai pelakon demi anak-anak.
"Berlakon memang memberi kepuasan kepada saya.
"Bagaimanapun, saya lebih gembira jika dapat meluangkan banyak masa dengan anak-anak di rumah," katanya.
Menurut tunang Brad Pitt ini, dia mungkin akan berhenti berlakon ketika anak-anaknya meningkat remaja.
Jolie dan Pitt kini sama-sama membesarkan anak angkat mereka, Maddox, 11, Pax, 9, Zahara, 7, serta anak kandung, Shiloh, 6, Knox dan Vivienne, 4.
|
|