CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 26564|Reply: 72

[Buku] Koleksi Novel/Buku Langka (Rare) & Terbaik Dalam Simpanan

[Copy link]
Post time 12-12-2012 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua,

Dari sehari ke sehari nak buka thread akhirnya hari ni baru berkesempatan. Ada sesiapa tak yang ada hobi macam ni. Jom share pengalaman kat sini. Actually hobi ni baru mula sejak tahun lepas. Saya akan google, surf, gali, baca blog2 org yg recommend buku/novel yg best dan berbaloi untuk dibaca aka novel/buku terbaik sepanjang zaman.

Tumpuan adalah kepada buku-buku lama dari penulis-penulis lama seperti khadijah hashim, azizi hj. abdullah, abdullah hussain dan sebagainya. Buku yang saya cari selalunya terbitan DBP, Utusan, CESB (Tahun 90-an). Harga buku-buku lama ni selalunya murah-murah tapi kualiti buku masih cantik. Sehingga sekarang banyak jugak buku yang dapat saya beli dan tak kurang juga yang masih dalam list untuk dicari/diburu. Macam satu kepuasan bila dapat memiliki buku lama-lama ni sebab pada pendapat saya kualiti penulisan zaman dulu (80an, 90an) berbeza dengan sekarang. Dulu-dulu pelbagai tema dibawa oleh penulis contohnya kekeluargaan, luahan hati org berusia (azizi hj. abdullah selalu bawak tema ni dalam penulisan beliau) berbanding sekarang kebanyakkannya tema kahwin paksa.

Tema kahwin paksa ni selalunya hero and heroin tak bercinta langsung dan saling membenci sebelum kahwin kemudian kena paksa kahwin atas sebab wasiat, terpaksa kahwin sebab hero tak setuju dengan calon yang family carikan dan sebagainya. Bila dah kahwin mula-mula gaduh kemudian lama-lama jadi sayang. Ending predictable. Maaf banyak-banyak jika ada yang marah dengan tulisan saya ini. Bukan saya anti tema ni diangkat ke dalam novel, cuma saya harap penulis mempelbagaikan lagi isu dan tema dalam penulisan mereka macam penulis dulu-dulu. Saya tahu ramai yang suka tema kahwin paksa ni, kalau tidak takkan kebanyakkan penulis memilih tema ini dalam novel masing-masing.

Banyak lagi nak tulis tapi takde idea lak. Nanti sambung lagi ye.

Last edited by attokz on 27-2-2013 03:06 AM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2012 12:52 PM | Show all posts
join sekaki
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 03:09 PM | Show all posts
betul skrng paten novel kahwin paksa je
x berkembng lnsung
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 06:42 PM | Show all posts
dah bosan sangat dengan novel kawin paksa ni.
mcm ramai sangat orang kat malaysia ni kena kawin paksa.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2012 07:36 PM | Show all posts
Koleksi aku..adalah karya2 RAM....kemudian Zehan Ur Rakhie....Ahmad Patria Abdullah....Nasron Sira Rahim...
rsanya itu yg terbaik bg aku...

tgh nak menabung utk buat ARA punya koleksi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 09:52 AM | Show all posts
chaoyunjie posted on 12-12-2012 07:36 PM
Koleksi aku..adalah karya2 RAM....kemudian Zehan Ur Rakhie....Ahmad Patria Abdullah....Nasron Sira R ...

saya sekarang tgh mengumpul karya2 azizi hj. abdullah, RAM dan ARA. Zehan Ur Rakhie ni penulis malaysia ke? Nasron Sira Rahim best tak novel2 dia? lom pernah baca lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2012 10:51 AM | Show all posts
senahsirap posted on 13-12-2012 09:52 AM
saya sekarang tgh mengumpul karya2 azizi hj. abdullah, RAM dan ARA. Zehan Ur Rakhie ni penulis mal ...

klu ko dah minat RAM & ARA...Zehan & Nasron pn lebih kurang genre sama gak mcm RAM & ARA...
karya Zehan - Rahsia Alam Agenda Hitam I & II, Gapura
(RAAH tu mcm ala2 Laksamana Sunan...tp novel dia agak susah di dapati di pasaran)

Karya Nasron - try Nama Atas Kertas...kisah pembunuh yg tinggalkan klu utk pembaca, & Enigma - kisah orang sesat & di bunuh seorang demi seorang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 11:22 AM | Show all posts
saya tgh cari karya Marwillis - Bila Lagi Kompang Berbunyi.. baca masa form 2 (1991) dulu.. dan generasi yang hilang - abdul rahim awang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2012 11:39 AM | Show all posts
chaoyunjie posted on 13-12-2012 10:51 AM
klu ko dah minat RAM & ARA...Zehan & Nasron pn lebih kurang genre sama gak mcm RAM & ARA...
karya ...

Thanks yunjie. kena cari buku ni lepas ni. Kawan2 lain ada tak nak share tajuk novel/buku yg best yg ada dalam simpanan masing2? Lupa nak bagitau, bagi yg minat novel genre thriller ni boleh baca PECAH. for sure ramai dah baca novel ni kan. pada pendapat aku, pecah ni punye plot kemas sangat. cam tgk filem pon ada. aku baca takleh berenti. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2012 11:44 AM | Show all posts
comotcumil posted on 13-12-2012 11:22 AM
saya tgh cari karya Marwillis - Bila Lagi Kompang Berbunyi.. baca masa form 2 (1991) dulu.. dan gene ...

comotcumil, saya pon tgh dok cari bila kompang berbunyi tu. memang rare betuila novel ni. generasi yang hilang boleh beli online dr website cesb. kejap dok aku kejap dok saya, belasah je la ye. hehehe

ada sesiapa tak kat sini ada/pernah baca novel korban kasih, fatimah saidin? tu pon kategori payah nak ditemui gak tu. dekat fb author tu ada bagitau yg dbp akan reprint novel ni pada bulan okt. sampai skrg try bukak dawama masih takde. kalau ada sesiapa nak jual dialu2kan. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2012 07:05 PM | Show all posts
senahsirap posted on 13-12-2012 11:39 AM
Thanks yunjie. kena cari buku ni lepas ni. Kawan2 lain ada tak nak share tajuk novel/buku yg best  ...

ya..Pecah mmg di akui menarik dari segi plot cerita...flashback...semuanya berkaitan...
kita tunggu lak Pecah ke layar perak nnt...


Novel Zehan...aku beli ngan Attokz...cuba ko pm dia...
kot2 masih ada....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 04:33 PM | Show all posts
baru je dpt beli bila sena kembali berbunga. tu pun sebab ramai cakap buku ni best. ada sesiapa pernah baca tak novel ni? keluaran tahun 90 an rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 06:35 PM | Show all posts
Buku yg rare yg aku ada ...buku RAM - Igauan Maut dan Anugerah pertama other one koleksi komik Hajime Kindaichi..itu pun tak cukup..kalau ader sesaper nak jual komik Hajime Kindaichi boleh le bg tau
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 12:46 AM | Show all posts
crystal_grey posted on 18-12-2012 06:35 PM
Buku yg rare yg aku ada ...buku RAM - Igauan Maut dan Anugerah pertama other one koleksi komik Hajim ...

klu ko nak jual AP & IM...sila pm aku tau
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 10:45 AM | Show all posts
senahsirap posted on 18-12-2012 04:33 PM
baru je dpt beli bila sena kembali berbunga. tu pun sebab ramai cakap buku ni best. ada sesiapa pern ...

Bila Sena Kembali Berbunga 1 dan 2,..dah baca, best juga

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 10:31 AM | Show all posts
senahsirap posted on 18-12-2012 04:33 PM
baru je dpt beli bila sena kembali berbunga. tu pun sebab ramai cakap buku ni best. ada sesiapa pern ...

buku tu best sngt...lagi2 bila sena kembali berbunga 2...
mmg airmata keluar mcm air hujan...sedey...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2012 10:47 AM | Show all posts
buku rare yang aku carik, siti johanna
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2012 09:56 AM | Show all posts
siti johanna ni buku amaruszati jugak kan? try cari novel kompilasi kasih sedingin salju terbitan diwangsa publication. dalam tu ada cerita siti johanna. tapi novel ni pon terbitan 2006. macam payah jugak nak jumpa sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 10:41 PM | Show all posts
chaoyunjie posted on 19-12-2012 12:46 AM
klu ko nak jual AP & IM...sila pm aku tau

buat setakat ni tak niat nak jual lak..hehehe sayang buku nyer
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2012 10:45 PM | Show all posts
chaoyunjie posted on 19-12-2012 12:46 AM
klu ko nak jual AP & IM...sila pm aku tau

AP tu aku rase ade nampak iklan kat mudah je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.296661 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list