CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2765|Reply: 6

[Tempatan] Pelajar guna bas sekolah dilindungi insurans mulai 2013

[Copy link]
Post time 26-12-2012 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans bermula Januari depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
   
Syed Hamid berkata skim dikenali sebagai skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had sebanyak RM100,000
seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najid Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 September lepas di Parlimen.

Katanya SPAD telah membuka tender kepada syarikat insurans yang berminat untuk menghantar kertas cadangan yang disertakan dengan sebut harga untuk perlindungan skim insurans itu.

"Kita akan memilih syarikat insurans yang mengemukakan kertas cadangan yang terbaik serta sebut harga yang munasabah bagi tujuan itu sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans.
   
"Kita sasarkan apabila sekolah dibuka tahun depan, semua pelajar sekolah
rendah dan menengah seluruh negara akan diinsuranskan sebagai perlindungan sekiranya berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat antara SPAD dan Pengusaha Bas Bentong dan Temerloh di ibunegara hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, Pengurus Operasi First Coach, Chong Yee Hoong, Ketua Operasi City Liner, Basri Baharom serta 25 wakil daripada SPAD, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Konsortium Transnasional Berhad.
   
Syed Hamid berkata mesyuarat itu adalah sebagai satu saluran usahasama antara SPAD dan pengusaha bas daerah bertujuan meningkatkan mutu serta menaik taraf perkhidmatan bas bagi keselesaan rakyat.

Katanya penambahbaikan pengangkutan awam di negara ini merupakan sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Pelan Transformasi
Kerajaan yang diterajui Perdana Menteri maka SPAD mengambil inisiatif ini untuk membantu mencapai aspirasi kerajaan itu.
   
Dalam pada itu, Syed Hamid berkata SPAD sedang dalam proses membentuk satu model baru bagi mengintegrasikan perkhidmatan bas di dalam bandar seluruh negara.
   
"Sebagai permulaan kita mulakan di daerah Bentong dan Temerloh untuk mengenal pasti apakah mekanisme yang perlu ada untuk tujuan tersebut dan kelak akan dibentuk di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata pengusaha bas henti-henti juga berpeluang mendapat dana peruntukan kerajaan yang setakat ini dikeluarkan sebanyak RM63.4 juta bagi membantu pengusaha terbabit termasuk RapidKuantan yang baru memulakan operasinya awal Disember lepas.
   
Katanya 10 pengusaha syarikat di Pahang telah mendapat faedah daripada dana yang memfokuskan bantuan kepada pengusaha bas henti-henti untuk meneruskan operasi dengan jumlah sebanyak RM1.8 juta.
   
Katanya SPAD telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pengusaha dan persatuan bas sebelum ini bagi mendapatkan maklum balas mengenai cara terbaik mengatasi masalah yang timbul bagi menaik taraf perkhidmatan  bas
henti-henti.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2012 12:56 PM | Show all posts
Pelajar naik bas sekolah dilindungi insurans
2012/12/27 - 05:19:20 AM Cetak Emel Kawan
  


Kuala Lumpur: Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara yang menggunakan bas sekolah berpermit akan menikmati faedah perlindungan insurans selewat-lewatnya akhir Januari depan.

Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had RM100,000 adalah seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2013 September lalu. Tender sudah dibuka


Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Albar, berkata tender sudah dibuka kepada syarikat insurans yang berminat untuk menghantar kertas cadangan yang disertakan sebut harga.

“Pemilihan akan dibuat berdasarkan penawaran skim perlindungan insurans terbaik serta harga munasabah.

“Hanya yang terbaik saja akan dipilih sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan SPAD bersama pengusaha bas Bentong dan Temerloh, Pahang, di sini semalam.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal; Pengurus Operasi First Coach, Chong Yee Hoong; Ketua Operasi City Liner, Basri Baharom serta 25 wakil SPAD, Wilayah Ekonomi Pantai Timur dan Konsortium Transnasional Berhad.

Mesyuarat itu membincangkan beberapa perkara termasuk inisiatif bagi menambah baik dan melebarkan sistem pengangkutan awam darat di sekitar Bentong dan Temerloh.

Syed Hamid berkata, melalui perbincangan itu satu model baru untuk mengintegrasi sistem perkhidmatan bas di dalam bandar seluruh negara akan dibentuk.

“Sebagai permulaan kita akan mulakan di Bentong dan Temerloh. Sistem itu dijangka diperluaskan ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan memperuntukkan RM63.4 juta untuk membantu menambah baik sistem perkhidmatan bas antara bandar di negara ini.

“Daripada jumlah itu sebanyak RM1.8 juta diperuntukkan untuk penambahbaikan pengangkutan bas dalam bandar di Pahang membabitkan 10 syarikat. Dana itu akan diberikan berdasarkan kos operasi dan pendapatan sebenar sesebuah syarikat bagi membantu mengurangkan beban mereka.

“Inisiatif itu jelas menunjukkan kerajaan serius dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam darat negara untuk dimanfaatkan kepada rakyat negara ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 01:16 PM | Show all posts
mmg lah..premiumnya pon rendah...ce extend utk yg naik sampan kat ulu sabah and sarwak nun...mampus nak byr premium (chances bot terbalik, karam, murid2 lemas lg tinggi)
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2012 03:15 PM | Show all posts
Ni lar antara budget yg paling badigol sood dlm byk2 budget selain dari rebat RM 200 utk smart phone yg harga maksimumnya RM 500. Aku nak tanya lar kan...tinggi ke kemalangan bas2 sekolah ni?

Kesimpulan yg aku rasa, this is just another back door utk mereka merembat BUDGET yg disediakan secara terhormat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2012 04:18 AM | Show all posts
apa benda sibotak tu cakap ....premium yang dibayar untuk bas sekolah ...dah termasuk pelindungan ...penumpang ...ikut kapasiti
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2013 02:28 PM | Show all posts
Cover tu tak pasti lagi, tak de detail info. Apapun cover insuran nyawa yg tinggi utk anak2 tak de maknanya. Akan tetapi jika diberikan kad medikal utk anak2 lebih berguna.

Kalau anak tiada disisi, bagi kita RM 100K pun nak buat apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2013 02:51 PM | Show all posts
Katanya SPAD telah membuka tender kepada syarikat insurans yang berminat untuk menghantar kertas cadangan yang disertakan dengan sebut harga untuk perlindungan skim insurans itu.

"Kita akan memilih syarikat insurans yang mengemukakan kertas cadangan yang terbaik serta sebut harga yang munasabah bagi tujuan itu sebelum dilantik sebagai penyedia skim insurans.
sibotak ni cerita apa???
baru buka tender, dah cerita kat orang kampung felda pprt bahawa budak sekolah di lindungi bila sekolah bermula 2013...
memang bangsat betul lah parti haprak ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.177754 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list