View: 2545|Reply: 2
|
Dr Asri merapu lagi.....
[Copy link]
|
|
| Terima kasih kasi saya publisiti dan galakkan saya yang tak ada adab | Sinar Harian membantu burung merak peliharaan mereka untuk menunnjuk-nunjukkan ego dan ketiadaan adabnya dengan melaporkan kesediaan mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi ahli panel.
Orang tak cadangkan dia tapi dia pulak sibuk tawar diri ...
SHAH ALAM – “Saya bersedia untuk menjadi salah seorang panel membincangkan isu berbangkit ini dalam program siaran langsung di televisyen, walaupun tidak bersetuju dengan Amanat Haji Hadi,” kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata, selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kriteria panelis harus dipilih berdasarkan tiga kategori iaitu, wakil pihak pembangkang, pengkritik (kerajaan atau Barisan Nasional) dan seimbang (golongan akademik).
Menurutnya, kesan dari amanat tersebut telah memberikan impak besar kepada rakyat, tetapi ia dikeluarkan 30 tahun lalu dalam situasi tersendiri.
“Ketika itu, amanat tersebut lebih menjurus kepada keadaan semasa yang membawa maksud jelas mengenai mengkafirkan Umno.
“Tetapi, zaman telah berubah, Pas tidak lagi terikut dengan amanat tersebut malah telah bercampur gaul dengan pelbagai pemikiran matang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, amanat tersebut pada dasarnya telah ditarik secara tidak langsung, tanpa menguar-uarkan kepada umum dan persepsi Pas dilihat semakin luas, selari dengan perubahan zaman.
Katanya, amanat tersebut menjadi kontroversi setelah dimanipulasi dan dipolitikkan oleh pihak tertentu, menyebabkan ia menjadi topik perbualan hangat.
Baca seterusnya di Angin Perubahan SINI.
Boleh rasakan Dr Asri ini ada agenda dan tidak ikhlas untuk mencari penyelesaian masyarakat walaupun dia kononnya tidak setuju. Tujuannya mengatakan ia tersebar kerana dimanipulasi dan dipolitikkkan oleh pihak tertentu adalah untuk 'playdown' isu ini.
Kalau dia tak setuju, kenapa dia nak playdown isu ini?
Mat ni tak usah diberi peluang.
| Si tak beradab dengan si liberal |
| Si tak beradab dan ditangkap JAIS ajar ajaran sesat dengan si sesat tak beradab |
Dia hanya gilakan publisiti dan mahu sangat tonjolkan pandangan dan pendapatnya supaya jadi sebutan masyarakat dan akhirnya dia harap dapat mempengaruh masyarakat dengan pemikiran yang konon liberal dan terbuka padahal adalah WAHABI dalam selimut.
WAHABI mengamalkan Tarkiyah iaitu berpura-pura di hadapan orang apabila dia tak kuat, dia menindas mereka yang tak mengikuti pemikirannya.
Dia pun tak adil dalam pandangannya. Kalau dia nak kata UMNO saja menghebahkan dan mempolitikkan isu Amanah Haji Hadi, apa tidak Anwar Ibrahim idolanya dalam sembunyi-sembunyi.
Bagi membantu anwar, dia membuat komen agar tercemar nama Rosmah.
Blogger Din Turtle SINI merasa hairan dengan kenyataan Dr Asri ini.
Saya tak faham kenapa Dr Maza memperlekehkan buku biografi Rosmah yang bakal keluar dipasaran tidak lama lagi ...... Kenapa dikatakan RM150 itu satu pembaziran ? Buku tu belum pun keluar lagi, takde siapa baca lagi jadi kita tidak boleh lah tuduh yang bukan2. Kita kena BELI DULU dan BACA , lepas tu baru kita boleh nilaikan apakah ia satu pelaburan yang bermanafaat atau satu pembaziran.
Bagaimana buku Anwar cuba memberishkan dirinya dari tuduhan liwat seolah-olah dia bersih dan suci????
Ulamak tak akan cakap sedemikian untuk singgung perasaan orang. Entah di mana perlunya untuk dia komen buku rosmah?
Dr Asri seorang yang tak ada adab dalam dan tak layak pandangannya mendapat perhatian. Kenapa Sinar harian beri publisiti kepada orang tak ada adab?
|
|
|
|
|
|
|
|
sekali lagi penyokong pas kene kencing |
|
|
|
|
|
|
|
wahahaha...sapa yg kena kencing bro...
so apa masalahnyer...kenkadang setuju kenkadang mengeji...
tulisan dia kita baca...kalo tk kena sila lah bantai balik...kalo kena batang idong sila la sedar diri..
yg nk mengutuk bagai ni apa kes? |
|
|
|
|
|
|
| |
|