CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28458|Reply: 173

[KOLEKSI PENGALAMAN SERAM ] by JurnalMistik *updated 18 JAN 2013**

[Copy link]
Post time 12-1-2013 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembuka kata. Saya JurnalMistik , Beginner di Bod MPS ni.
Sememangnya saya ialah seorang kipas-susah-mati  apasahaja yg berkaitan dengan misteri, paranormal, mistik, angker dan yang  sewaktu dengannya.

Sebagai permulaan di sini saya ada satu kisah yang saya rasakan menarik untuk di kongsi bersama. Kredit untuk RC Forum. Kisah ini telah di olah semula oleh saya untuk kesesuaian penceritaan. Mungkin ada di antara forumer yang lain pernah terbaca atau mendengar kisah ini.

[KISAH I]

[ Ustaz Hambali Di Ganggu Makhluk Halus ]

  
  Saya Ustaz Hambali (bukan nama sebenar) bertugas di sebuah pejabat agama di sebuah negeri di pantai timur.Kisah ini adalah antara pengalaman-pengalaman saya sebagai seorang juru urus jenazah . Namun tidak bermaksud untuk mengaibkan mana-mana pihak. Ini adalah antaranya.


  Proses pengebumian adalah proses akhir dalam menguruskan jenazah. Pada ketika inilah ramai orang akan bersama-sama menuju ke kawasan perkuburan untuk membantu dan menyaksikan bagaimana jenazah itu dikebumikan dalam liang lahad. Terdapat pelbagai peristiwa pelik yang berlaku sebelum, semasa dan selepas proses ini. Namun kejadian inilah yang saya rasakan paling mengganggu saya.


  Hmm...
  Hati saya mula runsing. Jenazah yang sedang saya dan rakan-rakan mandikan ini menyebabkan bulu roma saya tegak, seram dan seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.

Lain macam je ni...

  Peluh dingin menitis di dahi. Kami membisu. Dari raut wajah rakan-rakan, dapat saya rasakan yang mereka juga merasakan apa yang saya rasa sekarang ini. Bukanlah keadaan jenazah yang cuma tinggal separuh sahaja itu yang sebabkan kami berasa seram, tapi  ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu tugas kami siang itu. Keadaan jenazah tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang ke bawah saja yang saya dan rakan-rakan saya uruskan. Jenazah yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di laut selepas beberapa hari di campak ke situ, dibunuh mungkin. Sudah menjadi kes polis. Baunya memang teramat busuk.

Dah macam-macam rupa mayat aku pernah mandikan...tapi yang ni tak macam biasa la..
Isshh..hmm.. keluh hati saya lagi.

  Sepanjang memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat sucu al-Quran, khususnya ayat Kursi. Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan ini bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Ya Allah..Sesungguh-Nya Kau-lah Yang Maha Besar..Kau ampunkan lah dosa jenazah ini .

  Alhamdulillah, selesai sudah kami menguruskannya tanpa ada apa-apa kejadian yang tidak di ingini, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula.. pesan saya kepada penggali kubur.

Kenapa..? soalnya kembali..



.....bersambung..




















  





Last edited by JurnalMistik on 18-1-2013 02:54 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2013 11:35 AM | Show all posts
dh lama n dh pernah dgr dan agak top crita ni.. pleez.. feed sumthing fresh.. utk yg blom baca, silakan.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 12:12 PM | Show all posts
Oooo..cerite nih,penah bace,tp dah lame..sambungan plezzz..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 12:23 PM | Show all posts
cam penah dengar je cite ni
tapi xpe silakan cerita mane la tau kot cite yg len ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 12:51 PM | Show all posts
Alhamdulillah..ada juga yang sudi membaca tulisan saya.
Ya benar, kisah ini sudah lama dan rasa-rasanya ramai di antara forumer-forumer di sini sudah pernah membaca dan mendengar kisah ini.

Sememangnya  tujuan sebenar saya menulis kisah ini adalah sebagai eksperimen bagi saya untuk membiasakan diri dari segi penulisan, penggunaan tatabahasa yang sesuai, gaya penyampaian dan sbgnya. Maklumla, sudah lama tak menulis..tak seperti di zaman sekolah dulu.

Sememangnya, secara peribadi ada banyak juga "koleksi-koleksi" kisah misteri yang saya alami sendiri sepanjang hidup saya ini..dari kecil, semasa bersama arwah datuk saya yang pandai mengubat orang aka bomoh, pengalaman di sekolah, di rumah, dan tak lupa juga  di universiti.

Ini semua akan saya kongsikan bersama forumer-forumer yang lain, insyaAllah.

Namun, izinkan saya untuk menghabiskan tulisan kisah Ustaz ini dahulu, ok?

P.S - susah juga yer nak menyusun ayat..nak jadikan macam cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 01:41 PM | Show all posts
Setiap hari apa cerita ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2013 02:09 PM | Show all posts
cite ni mmg dah slalu dgr... kalu x silap dalam board mps ni pon dah ada yg story yg sama kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 02:31 PM | Show all posts
...sambungan..

Ohh..macam ni..saya kena hantar juru urus jenazah wanita ni..pasal ada satu kes baru kena setel secepat mungkin..emergency katanya.. jawab saya.

Oh.. InsyaAllah.. jawab penggali kubur tersebut tanpa mengetahui bahawa jenazah tersebut bermasalah sedikit. Bagi saya ini perkara aib, tidak perlu saya jelaskan padanya.

   Selepas menghantar juru urus jenazah wanita itu, saya kembali ke kawasan perkuburan tersebut dengan harapan tiada perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku.

Allah...menyesal pulak aku tinggalkan mayat tu macam tu je.. bisik hati saya.
Eh..dah setel.. Pelik. Nampaknya urusan pengkebumian jenazah tadi sudah selesai. Saya cuba mencari penggali kubur tadi.

Tak apalah Ustaz, kami dah kebumikan. Dah selesai.. kata penggali kubur tersebut.
Oh..Alhamdulillah..tak apalah kalau macam tu..saya mintak diri dulu yer.. Assalamualaikum..
Hmm..tapi Ustaz.. tanpa meneruskan kata-katanya, penggali kubur tersebut terus berlalu pergi sambil menggendong cangkul yang masih lagi penuh dengan tanah. Saya terpinga-pinga dan terus berjalan menuju ke kereta.

  Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya dapat rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olah ada sesuatu yang ingin mengikut saya pulang ke rumah. Saya cuba melihat ke belakang melalui cermin pandang belakang, tapi tidak ada apa-apa. Selepas lebih kurang 10 minit meninggalkan kawasan kubur, perasaan seram tadi kembali semula. Fuhh! Sepertinya telinga saya di hembus dari belakang. Saya menoleh. Tidak ada apa-apa. Namun saya yakin memang ada sesuatu. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba untuk menghalau 'benda' itu. Gangguan tersebut hilang sepanjang perjalanan ke rumah.

  Saya tiba di rumah dengan bermacam-macam persoalan di fikiran.

Ah..biarlah.. InsyaAllah..takder apa-apa kot..

  Kami makan malam sekeluarga selepas solat Isyak. Selepas menonton TV, kira-kira jam 11 malam, kami sekeluarga masuk ke bilik tidur masing-masing. Dua anak perempuan saya tidur di bilik bersebelahan bilik saya. Tiada apa-apa yang aneh berlaku malam itu.

  Namun...

...bersambung..

  




Last edited by JurnalMistik on 12-1-2013 02:33 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2013 02:42 PM | Show all posts
stryder_cats posted on 12-1-2013 02:09 PM
cite ni mmg dah slalu dgr... kalu x silap dalam board mps ni pon dah ada yg story yg sama kan

oh..ye ker stryder_cats ?
maaflah.. saya dah cuba search thread..tapi tak jumpa..maybe saya tak cuba search betul-betul kot..

tapi macam saya kata tadi..ini adalah cubaan@eksperimen saya untuk membiasakan diri untuk menulis dengan gaya penyampaian yang sesuai.

mintak tunjuk ajar yer semua?

saya akan cuba untuk menghabiskan kisah ini secepat mungkin..insyaAllah..kerana saya sedang menyiapkan beberapa kisah peribadi saya dalam bentuk draft , dalam proses menyusun ayat.



Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 03:58 PM | Show all posts
belum penah baca lagi apapun sambungan ya....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sy pon blom baca lg kisah ni. citer la lg. klu bole guna bahse pasar mcm pembuka thread lain jg baru mesra dkt ngan kami semua. xde la rasa mcm baca mastika je
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 04:50 PM | Show all posts
Rasa macam pernah baca.. tapi tak pasti la..
Apa-apa pun, aku akan tunggu juga kisah seterusnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 04:58 PM | Show all posts
din_atos posted on 12-1-2013 04:31 PM
sy pon blom baca lg kisah ni. citer la lg. klu bole guna bahse pasar mcm pembuka thread lain jg baru ...

terima kasih din_atos ,

saya akan cuba untuk tidak terlalu keter"Mastika"an yer?

akan saya sambung selepas Asar..insyaAllah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 06:40 PM | Show all posts
....sambungan


Kletanngg..!!!

  Saya terjaga. Sambil menggenyeh-genyeh mata yang masih lagi mamai ini, saya memandang jam di atas meja yang menunjukkan pukul 2.37 pagi.

Macam bunyik kat dapor jer...

  Saya bangun lalu berjalan keluar dari bilik, dalam samar-samar itu saya dapat lihat pintu bilik anak-anak perempuan saya terbuka sedikit.

Saper pulak kat dapor nih..Ain kot..takpun Ana...?

  Saya terus berjalan turun tangga menuju dapur. Suara seperti mendengus sayup-sayup kedengaran dari arah dapur. Dalam keadaan samar-samar yang hanya di bias oleh lampu jalan di luar, saya dapat melihat sesusuk tubuh kanak-kanak kecil sedang duduk mencangkung membelakangkan saya. Jelas kelihatan seperti ianya sedang meratah atau memakan sesuatu dengan rakus.

Macam Ain jer.. saya teringat kepada pakaian tidur Ain semasa makan malam tadi.
Ain buat apa dalam gelap-gelap nih..?  tegur saya walaupun sedikit pelik dengan tindakan anak sulung saya itu. Tiada jawapan, hanya dengusan dan bunyi nafas yang kasar. Saya cuba mencari suis lampu dapur di tepi dinding.

Tupp!  Lampu dapur menyala.

  Ya ! Memang Ain yang sedang mencangkung di depan saya itu sambil terus dengan lahapnya meratah sisa-sisa buangan dalam tong sampah.

Ya Allah..Ain buat apa tuh? Dengusan tadi bertambah kuat seperti marah dengan teguran saya. Saya cuba ke depan, tetapi langkah saya terhenti apabila tiba-tiba saya di cuit dari belakang.




Last edited by JurnalMistik on 12-1-2013 06:41 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 07:25 PM | Show all posts
Ayah buat apa kat sini ?

  Saya terkejut dan menoleh ke belakang.

Hah !! Takder..Takder..apa-apa.. Ain buat apa kat sini ? soal saya sambil menoleh ke hadapan. Hilang ! "Ain" yang tadi berada di depan saya tadi sudah hilang tetapi sisa-sisa tong sampah tadi berselerak di atas lantai.

Tadi Ain ke bilik air..lepas tuh nampak lampu dapur terang je..tuh yang Ain turun tu..
Dah..dah...jom naik atas... Saya tutup lampu dapur dan terus ke atas.

  Saya kembali baring. Isteri di sebelah tidur dengan lena. Puas saya memikirkan kejadian tadi. Baru sahaja mata mahu terlelap..

Duppp !!

  Ada sesuatu seperti terjatuh di hujung kaki katil saya. Saya membuka mata, dalam kesamaran itu saya dapat lihat sekujur tubuh yang gelap betul-betul berada di hujung kaki saya. Dan tubuh itu kelihatan seperti dari hujung kepala sehingga paras pinggang sahaja. Serta-merta bulu roma saya berdiri tegak.

Ya Allah..apa tuh?

  Saya mencari suis lampu tidur.

Tupp !!

Allahuakbar !!

  Di hadapan saya kelihatan satu lembaga yang amat hodoh rupanya. Matanya merah menyala, mukanya penuh darah dan nanah. Giginya tajam menyeringai seperti tersengih. Makhluk itu seperti berada di awang-awangan dan memang benar tubuhnya hanya separuh kerana kelihatan ususnya terburai ke lantai. Darahnya juga jelas kelihatan menitis-nitis ke lantai.

  Saya kelu. Tidak ada suara untuk menjerit seperti di sekat. Saya cuba untuk membaca Surah Qursi. Dengan sedikit kekuatan yang ada, saya cuba untuk azan.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Azan saya di sambut oleh hilaian yang amat nyaring dan menyeramkan.

HeeeeeHeeeee..!! HeeeHeeeeeeeeee...!! Heeeeeee..Heeeeeeeeeee!!

  Makhluk itu ghaib sebelum saya habis azan. Dengan tidak semena-mena bilik tidur saya berbau busuk seperti bangkai atau mayat yang telah membusuk.

  Isteri saya terjaga.

Ada apa bang..?  Ehh..bau apa yang busuk sangat nih..?  Sambil menutup hidungnya.

  Belum sempat saya menjawab soalan isteri, kedengaran jeritan anak perempuan saya di bilik sebelah.

Aarrggghhhhh !!


....bersambung selepas Maghrib


  
Last edited by JurnalMistik on 12-1-2013 07:27 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 07:44 PM | Show all posts
Kembali menulis..

Saya harap dapat menghabiskan kisah ini malam ini jugak..insyaAllah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2013 08:26 PM | Show all posts
.....sambungan


Bang..!!

  Saya dan isteri pantas bangkit dan berlari ke luar bilik. Bau busuk dan meloyakan masih lagi memenuhi bilik.

Dumm..Dumm !!  Saya mengetuk pintu setelah tidak berjaya untuk membuka pintu bilik anak saya dari luar. Nampaknya seperti berkunci dari dalam.

Arghh.!! Arrghh..!! Ayahh !! Emakk !!  Jerit kedua anak saya.

  Saya cuba untuk tidak terlalu panik. Saya terus membaca Surah Qursi, Surah 3 Qul" dan saya terus azan.

  Jeritan anak-anak saya terhenti. Pintu bilik terbuka. Isteri saya yang dahulu berlari ke dalam. Mereka menangis ketakutan dan berpelukan. Bau busuk dan meloyakan juga memenuhi bilik anak saya sejurus saya ternampak satu bayangan hitam melintas keluar melalui tingkap dengan pantasnya.

Mak... Ain ngan Ana nampak hantu Mak !! Takder kaki..muka buruk... kata Ain tersekat-sekat.

Abang..betul ke bang..? tanya isteri saya.

  Saya mengangguk.

Macam mana nih bang.. Kita nak buat apa ni..?
Hmm..tenang.. Awak bawak anak-anak kita pegi amik wuduk..sambil-sambil tuh baca surah-surah al-Quran yang      awak tau..
Yer..yer.. Mereka menuruti arahan saya.

  Saya sendiri juga tidak berhenti-henti mambaca Surah Qursi dan ayat-ayat al-Quran yang lain. Kami terus berkurung di dalam bilik anak saya. Saya melihat mereka sedang membaca al-Quran. Jelas ketakutan masih di wajah mereka.

  Keadaan tenang untuk lebih kurang setengah jam. Tiada gangguan. Tetapi..

Pranggg !! Pranggg !!

  Kedengaran pinggan pecah di dapur. Telahan saya silap. Gangguan kembali. Saya meminta isteri dan anak-anak saya untuk terus membaca al-Quran. Tidak cukup dengan itu, bunyi ketukan yang kuat di pintu bilik berselang-seli dengan cakaran-cakaran kasar di pintu dan di tingkap bilik.

  Jelas kedengaran makhluk itu mundar-mandir di luar bilik sambil mendegus kasar. Tindakan ia seperti memarahi kami yang berada di dalam bilik itu. Bunyi ketukan di pintu, tingkap seperti di baling batu berterusan sehingga lebih kurang sejam.


....bersambung selepas Isyak.InsyaAllah.


  
Last edited by JurnalMistik on 12-1-2013 08:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 08:55 PM | Show all posts
aisehh.....bersambung pulakkk..  sapa yang mencuit belakang tu???..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2013 09:23 PM | Show all posts
JDT posted on 12-1-2013 08:55 PM
aisehh.....bersambung pulakkk..  sapa yang mencuit belakang tu???..

arr.....
cuba pandang belakang awak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 09:25 PM | Show all posts
JurnalMistik posted on 12-1-2013 09:23 PM
arr.....
cuba pandang belakang awak...

anak kecik saya tengah panjat belakang saya nih...hahaha.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.079084 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list