Salam, Saya telah translate dari bahasa Inggeris sebaik mungkin.
1. Giant Stoneball of Costa Rica/ Bola Gergasi Costa Rica Pekerja-pekerja yang merentas hutan tebal Costa Rica untuk membersihkan kawasan untuk perladangan pisang dalam tahun 1930-an telah terjumpa beberapa objek yang luar biasa: berpuluh-puluh bola batu, yang kebanyakannya berbentuk bulatan/sfera yang sempurna. Mereka berbeza dalam saiz dari sekecil bola tenis ke saiz sebesar 8 kaki diameter dan seberat 16 ton! Walaupun bola gergasi ini adalah jelas buatan manusia, tidak diketahui siapa yang menghasilkannya, untuk tujuan apa, dan yang paling menghairankan,bagaimanakah mereka menghasilkan sfera yang begitu tepat.
2. The Grooved Spheres / Sfera Berjalur Sejak beberapa dekad yang lalu, pelombong di Afrika Selatan telah menggali sfera logam misteri. Asal usul logam ini tidak diketahui. Sfera ini berukuran kira-kira satu inci diameter, dan ada yang terukir dengan tiga jalur selari dengan garisan tengah/khatulistiwa. Dua jenis sfera telah ditemui: satu terdiri daripada logam biru pepejal dengan bintik-bintik putih; dan yang satu lagi jenis berongga dan dipenuhi dengan bahan putih lembut. Misterinya adalah bahawa batu di mana mereka ditemui adalah PraCambrian - dan bertarikh 2.8 bilion tahun dahulu! Tidak diketahui untuk tujuan apa dan siapa yang menghasilkan sfera-sfera tersebut.
3. The Dropa Stones / Batu Dropa
Pada tahun 1938, sebuah ekspedisi arkeologi yang diketuai oleh Dr Chi Pu Tei telah ke gunung Baian-Kara-Ula China. Merka telah membuat satu penemuan yang menakjubkan dalam beberapa gua yang jelasnya telah diduduki oleh beberapa budaya kuno. Beratus-ratus cakera batu telah dijumpai tertanam di bawah debu-debu dilantai gua . Berukuran kira-kira sembilan inci diameter, cakera batu itu masing-masing mempunyai bulatan yang dipotong di tengah dan telah terukir dengan jalur-jalur lingkaran . Cakera batu itu kelihatan seperti rekod piring kuno berusia kira-kira 10,000 hingga 12,000 tahun. Jalur lingkaran itu sebenarnya terdiri daripada hieroglyphics(tulisan kuno) yang kecil, yang menceritakan kisah yang luar biasa mengenai kapal angkasa dari dunia lain yang telah kemalangan dan mendarat di kawasan pergunungan. Kapal-kapal tersebut dipandu oleh orang-orang yang menggelar diri mereka Dropa. Kemungkinan besar tinggalan makhluk yang lebih kurang semeter tinggi, dengan tengkorak yang luar biasa besar yang ditemui di dalam gua adalah kaum Dropa ini.
4. Impossible Fossils/ Fossil yang MustahilFosil, seperti yang kita belajar di sekolah, muncul dalam batuan yang telah terbentuk beribu-ribu tahun yang lalu. Namun terdapat beberapa fosil yang tidak masuk akal dari segi geologi maupun sejarah. Satu fosil tapak tangan manusia contohnya,telah dijumpai dalam batu kapur dianggarkan berusia 110 juta tahun. Apa yang kelihatan sebagai fosil jari manusia telah ditemui di Artik Kanada bertarikh100-110 juta tahun yang lalu. Fosil tapak kaki manusia seakan-akan memakai selipar ditemui berhampiran Delta, Utah dalam batu shale ( sejenis batu batan hasil dari mampatan lapisan tanah liat) dianggarkan berumur 300-600 juta tahun.
5. Out-Of-Place Metal Objects/ Objek Logam Yang GanjilManusia belum pun wujud sekitar 65 juta tahun yang lalu.Begitu juga dengan orang-orang yang tahu mengenai kerja-kerja logam. Jadi bagaimanakah sains dapat menjelaskan tiub logam separuh bujur yang digali keluar daripada batu kapur Cretaceous berusia 65-juta-tahun di Perancis? Pada tahun 1885, satu himpunan arang batu telah dipecahkan dan di dalamnya dijumpai kiub logam buatan tangan yang jelasnya dihasilkan oleh manusia yang pintar. Pada tahun 1912, pekerja-pekerja di kilang elektrik telah memecahkan sebahagian arang batu yang besar, lalu terjatuh keluar sebiji periuk besi! Juga terjumpa kuku yang tertanam di dalam himpunan batu pasir dari Era Mesozoic. Dan terdapat banyak lagi benda-benda ganjil ini.
Last edited by nafizzz on 13-2-2013 05:24 PM
|