13/2/13 - Auckland: Seorang koroner mengesahkan bahawa punca kematian ibu lapan anak, Natasha Harris, 30 adalah akibat minum terlalu banyak minuman berkarbonat.
Harris minum sehingga 10 liter air berkarbonat setiap hari, bersamaan lebih dua kali ganda had selamat harian kafein dan hampir satu kilogram gula.
Mendiang meninggal akibat serangan jantung. Pasangannya, Christopher Hodgkinson menemuinya dalam keadaan terduduk di atas kerusi tandas, tersandar pada dinding dan mengalami kesukaran bernafas.
Syarikat minuman berkarbonat terbabit mempertikaikan bahawa kuantiti besar yang diminum setiap hari oleh Harris tidak dapat dibuktikan sebagai punca menyumbang kematiannya.
aiyooo ..... mujur laa mmg kurengg meminum air bergas2 gini
|