CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SoalnyeSiapa

MLM -- Everything abt MLM

[Copy link]
Post time 29-1-2004 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by SoalnyeSiapa at 2004-1-21 10:56 AM:
ICE Q..
Respect lah with ur mother mencuba jaya ..
Its true business nih boleh bawa kita melancong ..dapat kereta etc...
Ramai sgt yg muda muda dah drive kereta mewah..( its a prove of the echie ...


Soalnyer Siapa..
you dah cuba banyak bisnes kan..
So skarang you stick dn bisnes mana?

Yup..ramai yg berjaya dlm usia muda.
My mum has said that to me many times
tapi still blom berjaya membuka mata ice..
I need more time before i put my heart
to this business.

May you'll succeed :bg:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2004 01:10 AM | Show all posts

nak tanya sikit ..

[font=Georgia][i][b][color=dodgerblue]MLM ni apa? jual barang apa? Zulian tu apa? adakah macam direct selling mcm Avon?

Macamana satu bulan boleh dapat sampai 40K?

err ..jangan bagi saya links or copy & paste articel. Saya tak baca.

Thanks
Darsita
Reply

Use magic Report

NurAlara This user has been deleted
Post time 29-1-2004 08:21 AM | Show all posts

Berani gagal...

saya teringat suatu ungkapan yg saya baca dari buku 'dare to fail"

katanya...lebih kurang..

" kegagalan adalah jalan menuju kejayaan.jika kita cuba berkali-kali dan gagal semakin hampirlah kejayaan dengan kita kerana akhirnya akan habis perkara yang kita akan gagal..dan yang kita akan jumpa ialah kejayaan'..

' berapa kali kita jatuh tidak penting, tetapi yang penting adalah berapa kali kita bangkit dari kejatuhan kita itu.. berapa dalam kita jatuh tidak penting, tetapi berapa tingi kita bangkit dari kejatuhan, itulah yang paling penting'
Reply

Use magic Report

NurAlara This user has been deleted
Post time 29-1-2004 02:26 PM | Show all posts

MLM?..no!!

ehm..saya tak pandang MLM..maklum le..kerja profesional..tak main le.direct selling MLM nih..
tapi sebab amik hati kawan..terpaksa...masuk gak..one of the MLM..
konon2 nak dpt 2/3 ratus..bayar bil pun ok..
tapi bulan ke tiga ..saya dapat lebih dari gaji saya yg kononnya dah bagus..engineer lah katakan.. so..MLM..pendapatannya lumayan...
saya pendiam..pemalu..tak pandai..langsung tak minat..
dah dapat ribu2...
rahsianya... beri peluang pada diri utk di bimbing..dan belajar dgn org berjaya..

mahu dibimbing utk berjaya..pm me
Reply

Use magic Report

eastlum This user has been deleted
Post time 30-1-2004 02:16 AM | Show all posts

kisah diriku yang hina I

Kisah I

Biasanya orang yang mengkritik ni dia tak kemana, mereka terlibat dengan MLM baca buku keempat T Kiyosaki Rich Dad Poor Dad bertajuk Networking System, dia merupakan guru kebebasan kewangan (and he totally free from debt) berbanding orang lain yang mengkritik tapi masih belajar di IPT atau bekerja makan gaji, atau masih berhempas pulas gerakkan perniagaan kecil-kecilan. Yang menariknya T Kiyosaki menutup matanya selama 15 tahun dalam dunia MLM meskipun beliau bukan ahli MLM aktif , beliau menyokong industri ini. Cuma satu perkara sahaja orang mengkritik mempamerekan sikapnya yang sebenar yang kita semua tahu.. sebab saperti orang macam tu dahulu


Pengalaman diriku yang hina.

Ramai yang suka bercerita tentang masa hadapan. Tak kiralah yang tua dan muda. Ibu bapa gembira apabila anaknya masuk Universiti sebab katanya keluar Universiti senangh dapat pekerjaan. Bila mengenangkan kembali bagaiamana saya masuk ke UIAM, teringat kisah pertama pertemuan dengan wakil UIA ketika minggu promosi pendidikan di Hotel Equtorial Melaka. Ketika itu , baru tamat tingkatan 6. Melihat-lihat suasana pameran pendidikan memang menyeronokan. Ramai anak-anak muda termasuk ibu bapa yang berpusu-pusu menyerbu kaunter kolej dan universiti untuk mendapatkan maklumat pendidikan d IPTA & Kolej masing-masing.

Tak terkecuali dengan diri saya dan beberapa rakan lain. Ketika melihat logo UIAM di gantung, membuat kami beramai ramai ke meja kaunternya. Memang menyeronokan. Staf-stafnya memang mesra, kebanyakkannya lepasan UIAM juga. Kemudian saya bertanya kepada salah seorang staf tersebut,

"Abang, saya minat nak ambil bidang komunikasi, kalau tamat belajar nanti bagaimana dengan prospek kerja?"

Niat dihati lepas belajar memang nak bekerja. Siapalah yang masuk Universiti untuk suka-suka, tak logik betul?

Soalan yang sama saya tanyakan kepada beberapa staf UIAM yang lain, tetapi jawapannya mengecewakan. Apa jawapnnya:

"Adik, di universiti kita belajar mencintai ilmu..."

Itu sahaja.

Tapi saya tak kisah apa jua jawapannya, yang penting saya ke universiti dan mendapat kerja.

Itu kisah saya 3 tahun yang lalu. Kerana jawapan untuk soalan semudah itu diberi jawapan yang bagi saya memutar belit. Mudah jiak staff UIAM menjawab ya atau tidak.

Tapi, jawapannya saya belajar di UIAM sendiri. Mengapa abang tersebut berkata sedemikian.

Sepanjang di UIAM, saya menumpukan kepada pelajaran dan seawal tahun pertama dengan aktivi kelab dan persatuan. Memang menyeronokan. Dalam masa yang sama, peluang membaca akhbar di perpustakaan (kini di internet) sesuatu yang saya gemari kerana ini didikan arwah ayah menggalakkan membaca apa sahaja.

Tapi sejak 3 tahun yang lalu, satu perkara yang menggusarkan lebih lebih dengan kedudukan saya di UIAM yang bukan seorang dean list student. Graduan menganggur mencapai 50 000 dan terkini melalui kajian MTEN 20 000 graduan baru akan mengalami keadaan yang sama. Saya mula mengira dengan RM18 000 pinjaman negeri (jika PTPTN melebihi RM 20 000), tanpa pekerjaan mungkin akan menjadi tekanan sedangkan ibu dan adik bergantung harap pada diri ini.

Bercerita dengan rakan-rakan sekuliah memang mengecewakan sedikit, semuanya berkata mereka kelak cari kerja dan berkata "Insya Allah, yakin ada rezeki..." Mulanya saya bersetuju tetapi, Nabi sendiri berpesan persiapkan anak-anakmu menghadapi zaman mereka. Tapi graduan Melayu masih tidak buka mata dan berkata "Insya Allah, yakin ada rezeki..."

Keadaan begini memang membuntukan, tumpuan kepada pelajaran seperti terpaksa. Mulalah saya memahami kata-kata abang tersebut, mencintai ilmu menjadi matlamat belajar di UIAM kerana sudah ramai graduan yang menganggur menyalahkan sistem pendidikan dan pemerintah kerana matlamat mereka belajar di universiti ialah kerja. Apabila kerja tidak diperolehi, atau kerja yang diidamkan berbeza dari apa yang diperolehi, semuanya menuding jari.

Allah maha hebat. Satu perkara yang saya rasakan jawapan daripada kebuntuan saya ini. Dua tahun lalu, seorang rakan sekolah (dari tingkatan 2) yang kini belajar di Cyberjaya mengajak saya menyertai perniagaannya. Ketika itu hari raya pada tahun 2002. Tetapi saya menolak, kerana bayaran terlalu tinggi dan saya tidak merasakan keperluan terhadap perniagaan tersebut. Awal tahun ini, saya menemui beliau yang baru pulang dari Australia kesan daripada perniagaan MLM yangbeliau tawarkan kepada saya 2 tahun lalu.
Reply

Use magic Report

eastlum This user has been deleted
Post time 30-1-2004 02:17 AM | Show all posts

kisahku yang Hina II

sambungan kisah II

2002 berlalu, pertengahan 2003 menghampiri. Rakan baik saya dan abang saya mempelawa saya menyertai perniagaan ini. Bila disebut MLM, itulah perniagaan yang saya kurang minat, rasanya itulah perniagaan yang diceburi oleh siswa siswi hari ini. Dan secara peribadi saya merasakan MLM tiada nilai dan kalau dibandingkan dengan perniagaan lain, MLM pada taraf paling rendah.

Keadaan berubah, saya mula menulis diakhbar secara sambilan dan sebagai pelajar dengan nilai pinjaman sedemikian, saya merasakan hidup saya dari tahun ke tahun sama sahaja. Awal semester berduit, hujung semester mula tidak cukup wang. Rasa bosan dengan keadaan tersebut. Tak tahulah kalau masih ada yang tidak buka minda, bahawa mereka tertipu dengan kehidupan mereka sendiri sebagaimana diri saya terdahulu. Cubalah apa yang saya lakukan, baring dikatil dan bandingkan tahun lalu dan tahun sama atau sedikit berbeza, dalam jiwa saya meronta-ronta sebab merasa bosan dengan kehidupan yang sama, masalah yang sama seolah-olah hidup bukan macam manusia.

Saya kembali untuk melihat perniagaan MLM, mengkaji mengapa ramai yang menyertai perniagaan bertaraf rendah ini. Saya terkejut, kerana MLM bukan seperti yang disangka, di Amerika ia merupakan industri Trilion Dolar, di Jepun, negara maju, kerana teknologi menggantikan manusia (Malaysia bakal seterusnya, mungkin kita dan anak cucu kita), sektor sektor tidak memerlukan lagi pekerja, maka MLM menjadi pekerjaan sepenuh masa di Jepun.

Di Malaysia, bagaimana? MLM mengikut sejarah ia dimulakan di negara Barat pada awal 1940an. Kemudian pada 1970an, ia memasuki Malaysia. Teka apa yang berlaku? Bangsa Cina mencubanya ketika mana orang melayu melarikan diri daripadanya (seperti hari ini, manusia berubah namun mentalitinya masih di tahun 1970an sama seperti saya dahulu). Dari situ saya memahami mengapa MLM menjadi industri yang hebat di dunia meskipun orang yang kurang ilmu seperti saya dahulu akan mengatakannya sebagai piramid menindas.

Rupa-rupanya MLM sekadar kenderaan bagi mereka yang menjayakannya seperti siswa-siswi yang melibatkan diri. Kata mereka,

"Benar, rakan-rakan semuanya tutup telinga, menyindir jika kami mengajak mereka. Tapi, Tuhan memang adil, jika satu hari nanti mereka keluar dari Universiti tanpa pekerjaan sekurang-kurang kami sudah bersedia dari sekarang..."

Pengalaman mereka adalah guru saya yang masih baru mengenali dunia MLM. Dunia perniagaan ini, tanapa perlu menjual dari bilik ke bilik atau menjadi stokis, tidak sekadar untuk mencari wang kerana guru MLM saya pernah berpesan,

"Jangan kerana duit kamu menyertai MLM. Kerana ramai yang baru gagal cepat kecewa apabila setahun dua masih tidak menampakkan hasil. Bina jiwa dan minda kamu berbeza dengan orang lain, duit sekadar alat bukan matlamat"

Pertama kali saya menyertai MLM, saya mempelajari beberapa perkara. Pertama membezakan siapakah 'kenalan' atau 'kawan'. Siapakah yang dimaksudkan dengan kenalan?

Mudah sahaja, lihat siapa yang kamu temui, kamu berbicara, bergelak ketawa, keluar ke bandar bersama-sama, maka itulah kenalan. Tetapi siapakan pula yang dimaksudkan dengan kawan?

Pengalaman saya menyertai MLM ini mengajar saya siapa itu kawan. Orang pertama yang menyertainya ialah rakan rapat saya di UIAM sendiri yang menghulurkan tangannya untuk bersama sama. Kerana kami memahami jika kita inginkan impian kita tercapai, bantulah orang lain memenuhi impiannya.

Dahulu saya bermula seorang diri sahaja, kemudian datang seorang kawan dan hari ini kurang daripada tiga bulan, saya memimpin satu kumpulan, sehinggamana jika ada yang datang ingin menyertai kami di UIAM, satu syarat yang saya letakkan ialah "Jika inginkan seorang kawan yang sanggup susah bersama, bersamalah kami keran akami tidak mahu mereka yang ingin senang..." Kerana kami faham kenalan gembira ramai, tetapi bila kesusahan beliau keseorangan, saya pernah mengalaminya, pernahkah anda? Dan kami faham memenuhi impian diri perlu ada orang yang sanggup bersama memenuhi impian tersebut bersama.

Ketika mana rakan sekuliah menyindir dan mencemik wajah dengan usaha kami, orang kedua yang menyertai kumpulan kami ialah seorang pensyarah CELPAD UIAM. Beliau mengajar konsep rendah diri dan kepercayaan yang tinggi terhadap diri bahawa meskipun umur saya hanyalah 23 tahun, tetapi pensyarah berumur 30an sanggup menulis namanya dibawah diri seorang pelajar kerana faham, apa yang dia lakukan ini kerana inginkan masa yang lebih untuk anaknya.

Kerana telah terbukti di dalam MLM, ramai ibu telah berhenti kerja dan menumpukan diri bersama anak tercinta berbanding dengan makan gaji yang hanya memperuntukan malamnya (dalam keadaan penat) dan hujung minggu. Cuma ketika itu saya dan beberapa siswa siswi lain masih tidak sedar lagi itulah peluang yang MLM berikan.

Dunia MLM yang diceburi siswa-siswa mempertemukan saya dengan pasangan di universiti yang ingin mendirikan rumah tangga. Kebanyakkan rakan-rakan siswi dan muslimah memberitahu saya mereka tidak merasa terjamin hubungan selagimana tidak mendirikan rumah tangga dengan orang dicintai.

Kerana itu mereka bersama melakukan perniagaan MLM dalam kampus kerana memahami, setahun dua akan datang akan ada orang yang merisik dalam masa si lelaki berhempas pulas mencari kerja untuk mengumpul wang selepas belajar. Terbaru, junior saya berumur 20 tahun bersama tunangnya sudah merancang menyediakan skim perumahan dan kenderaan untuk mereka apabila berkahwin kelak kesan daripada MLM yang dibina sejak matrik lagi. Itulah perkara yang saya tidak nampak dahulu sebagaimana siswa siswi hari ini.

Seperkara lagi yang saya pelajari dalam dunia MLM ini ialah, mencari hubungan. Siswa-siswi seperti saya lupa bahawa tanpa hubungan atau lebih mudah dalam bahasa tempatan 'kabel orang dalam', pekerjaan yang kita impikan tidak tercapai. Allah maha hebat. Dunia perniagaan MLM yang saya ceburi ini mempertemukan saya dengan golongan profesional dari Bank Negara Malaysia, Pensyarah IPTA lain, selebriti dunia komunikasi ASTRO, AM Bank, Telekom, dll.

Jika hari ini selepas saya menamatkan pendidikan di UIAM ingin mencari pekerjaan, tidak perlulah bersusah payah beratur memohon kerja bersaing dengan orang lain dan berakhir menjadi penganggur atau jawatan lebih rendah, kerana saya dan profesional yang menyertai MLM sama saling bantu membantu memenuhi impian kami di bawah satu nama sedangkan mereka yang berhempas pulas mencari jawatan tetap sedang keseorangan. Itulah perkara yang tidak saya sedari dahulu.
  
Ketika mana rakan sekuliah menyindir dan mencemik wajah dengan usaha kami, akhirnya kami dibantu oleh seorang profesional dari sebuah syarikat telekomunikasi terbesar untuk ke UIAM setiap bulan mendidik kemahiran yang membantu kami dalam dunia MLM ini dan ia diguna pakai oleh mereka yang mencari pekerjaan.

Saya tidak menyangka usaha yang bermula seorang diri ini membawa satu kumpulan 'kenalan' dan akhirnya kami mengadakan training session kami sendiri di dalam UIAM di bantu oleh profesional ini. Kemahiran-kemahiran 'rahsia' tersebut yag tidak diajar oleh buku buku dan tenaga pengajar akan membawa seseorang dalam dunia kerjayanya yang mana saya dan siswa-siswa lain dahulu tidak tahu kerana memandang MLM tidak ada nilai untuk pendidikan di IPTA.

Hari ini kami memahami satu perkara, kami tidak boleh memaksa orang lain menyertai kami kerana ia merupakan masa depan masing-masing. Kerana kita tidak ada hak menentukan perjalanan orang lain. Cukuplah kami mendengar apa yang Nabi sendiri berpesan persiapkan anak-anakmu menghadapi zaman mereka. Tapi graduan Melayu masih tidak buka mata dan hanya berkata "Insya Allah, yakin ada rezeki..." Kami berkata perkara yang sama dengan persediaan menghadapi zaman tersebut. Insya allah, pengalaman dalam MLM ini akan saya teruskan dalam siri akan datang tenatng kisah pengalaman orang lain dan perjalanan kumpulan saya di UIAM.

Apa yang menyeronokan ialah, kebiasaanya dalam berkongsi peluang MLM, kita akan menemui 8 manusia-manusia negatif dikalangan kita (kebayakkan memberi alasan) akan hadir 2 orang manusia berkualiti yang akan bersama kita sepertimana berlaku 3 bulan lalu (akhirnya membentuk satu kumpulan, kebayakkanya muslimah), kerana itu saya mengalu alukan siswa-siswi negatif untuk mengkritik kerana kami memerlukan 2 orang siswa siswi berkualiti selepas itu.

salam kasih sayang
zamri mohamad
019 3023326
Reply

Use magic Report

Follow Us
SoalnyeSiapa This user has been deleted
 Author| Post time 30-1-2004 03:30 PM | Show all posts

iyerrr...

Manusia selalunya berimpian dan berimpian saban tahun.. tapi tidak tahu bagaimana nak merealisasikan nya..atau takut atau tidak beri peluang pada diri sendri untuk merialisasikannya..
Ibaratnya, kita seperti tinggal di dalam gelas kaca, nampak segala kemajuan, kekayaan, di luar sana, tapi tak tahu cara untuk menggapai.
nampak org pakai kete besar dok pikir dalam hati."bestnyer kalau aku ada..'..nampak org rumah mewah .." besnyerlah, aku nih dah lama keje, dok flat jer..or rumah menyewaa jerr bila lah ek.nak ada..">nampak org melancong "..best they all tu..duit banyak"... bila rasa malas pergi kerja..."adohai...malas nyer la..bosan dgn boss..hari hujan pulak tuh"..
betol?...
MLM..
denagn MLM..anda boleh realisasikan impian aanda....cara dah ada, cekgu tersedia..
dan seperti yg eastlum cakap..dgn MLM, kita bukan dapat duit saja..lebih dari itu!!...

dgn MLM ini, ia boleh menukar anda, dari kaca jadik permata...
nak tahu lebih lanjut?.. norasakura@hotmail.com
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2004 11:41 PM | Show all posts
MLM, satu perkataan yang amat ditakuti terutama oleh orang-orang melayu kita. (Dahulu kala lah agaknya). Tapi sekarang, ramai ahli-ahli dalam mlm yang telah bergelar jutawan.
Kalau kita nak berjaya dalam mlm, yang paling penting, ikut cakap upline. Kena menghadirkan diri ke kelas-kelas ilmu yang dianjurkan dan bengkel-bengkel atau kursus-kursus yang diadakan.

Tak kurang pentingnya, kita mesti yakin (wajib) akan produk-produk yang dipasarkan dan jadilah pengguna 100% produk tersebut. (Walaupun kadang kala kita dapati bahawa ianya sedikit mahal dari luar).

Tak lupa juga, tetapkan matlamat kita dalam mengharungi dunia mlm ni. Apakah matlamat hidup anda?

Sebenarnya, jualan langsung mempunyai potensi yang amat luas di malaysia.  Mengikut sumber dari Ministry of Domestic trade dan Consumes Affair, jumlah jualan industri langsung di malaysia dalam tahun 1994 ialah sebanyak 2.2 billion dan ianya meningkat ke 2.9 billion dalam tahun 1995. Setiap tahun ada peningkatan dan jumlah jualan industri langsung di Malaysia dalam tahun 2001 adalah sebanyak RM4.8 billion.

Fikirkan bagaimanakah keadaan anda pada ketika ini?
Dapatkah anda merealisasikan impian anda melalui pekerjaan dan kehidupan anda pada ketika ini?
Pernahkah anda mencari jalan keluar untuk mengubah keadaan diri anda sekarang ini?
Jika terdapat peluang yang dapat mengubah keadaan anda, mahukah anda memanfaatkan peluang itu?

Jika jawapannya ya, hubungilah saya di talian 012-9320825.
Jumpa anda di puncak jaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2004 11:51 PM | Show all posts
Darsita,
MLM adalah Multi Level Marketing atau jualan langsung berbilang aras. Barangan yang dijual mengikut syarikat mlm yang terdapat di Malaysia. Avon adalah salah satu direct selling di Malaysia tapi ianya bukanlah berkonsepkan mlm.

Dengan sistem mlm, kita perlu meluaskan network kita ialah kita perlu sponsor orang. Tak mustahil dengan mlm, kita boleh buat bukan hanya RM40K tapi ada yang berjaya mendapat hingga ratusan ribu sebulan. (Itupun dalam tempoh 9 - 10 tahun) Tapi, jika kita bekerja makan gaji 20 tahun pun belum tentu kita akan mendapai pendapatan sedemikian.
Itulah yang uniknya tentang mlm kerana pendapatannya bak kata pepatah "Sky is the limit".

Terdapat pelbagai syarikat mlm di malaysia dan potensi kerjaya jualan langsung ini amat menggalakkan. Menurut sumber dari Ministry of Domestic Trade dan consumers affair, jumlah jualan industri langsung di Malaysia dalam tahun 1994 adalah sebanyak RM2.2 billion dan ianya semakin meningkat setiap tahun hingga pada tahun 2001, jumlah jualannya adalah sebanyak RM4.8 billion.

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut dan ingin menjalankan perniagaan mlm secara sambilan, hubungilah saya di talian 012-9320825
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2004 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by NurAlara at 28-1-2004 04:33 PM:
zuas..u nih macam arif...sesangat bab2 mengondem MLM nih..dah berapa lama u buat research pasal kegagalan MLM ni..cayalah..macam u tau semua..
kagumlah..macam2 fakta u ada... nak tau sangat ni..be ...

tak dak akai nak buet camne
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2004 11:08 PM | Show all posts
Lain kali baca buku.....
Cadangan:

1. WAve 4 : network marketing in 21st century by richard poe.
2. Who stole the american dream
3. The parable of the pipeline
4. Copycat marketing
Reply

Use magic Report

NurAlara This user has been deleted
Post time 4-2-2004 09:22 AM | Show all posts
akai tak da?
bukan tak de...rasanya..ada org tak reti guna akai dia...
ada org suka guna akai dia ke arah yg negatif je kot..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2004 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by NurAlara at 2004-2-4 09:22 AM:
akai tak da?
bukan tak de...rasanya..ada org tak reti guna akai dia...
ada org suka guna akai dia ke arah yg negatif je kot..


salah satu sifat negatif tak nak pikiak habis habis...nak kaya cepat saja

itulah 'adat' orang melayu...

kalo nak berniaga, untung skit tak nak, nak untung banyak...

cube pikir skit camne orang cina masih di depan? orang melayu masih ikot bontot cina..

sebab tokey MLM cina..melayu jadi tukang karut ja...

contoh melayu nak jadi kaya dan kedepan macam allahyarham Tan sri yahya..camne dari tak de duit dapat billion..dia main MLM ke? takde...

contoh yang senang SMI companies..dia orang main MLM ke nak jadi kaya?...

berapa MLM yang bule di kategori berjaya dalam SMI? dari beratus/beribu SMI yang ada kat mlaysia..?
Reply

Use magic Report

NurAlara This user has been deleted
Post time 4-2-2004 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by zuas at 4-2-2004 11:03 AM:
salah satu sifat negatif tak nak pikiak habis habis...nak kaya cepat saja

itulah 'adat' orang melayu...

kalo nak berniaga, untung skit tak nak, nak untung banyak...

cube pikir skit camne o ...


dari kajian yang dijalankan.. ( saya still simpan the article/from berita harian)
lebih 3000 jutawan MLM di Malaysia...itu kajian yg dijalankan pada tahun 90-an..now dah era milenium....lagilah ramai.. yang ramainya..memang bangsa asing..sebab org Melayu suka kata..' tak mainlah direct selling/MLM'..but now ..ada juga now ni dr kalangan org kita..cuma kurang di war-warkan..org kita suka war2kan yg negatif..yang gagal..bukan nak belajar dari org yang berjaya...sebab itulah sampai bila pun kita akan ketinggalan..

Memang betul zuas..ramai org kaya/jutawan yg bukan lahir dr industri MLM.. u rite..memangggg betul..cakap u memang betul..

tapi..anggaplah apa yg ada di depan mata kita sebagai peluang..utk tambah pendapatan..tak kiralah apa bidang pun.. mungkin ada org berjaya dengan perniagaan yg modalnya beratus ribu..juta2...mungkin dia banyak duit..atau mungkin ada org yg berjaya bina empayar perniagaan dengan susah payah..dengan tak ada duit..duit ada setakat beberapa ringgit...atau mungkin ada cuma 50 sen utk bina empayar perniagaan dia..sanggup ambil risiko.punya semangat yg kental..tabah menghadapi jatuh bangun dalam dunia perniagaan dia...dan terbukti berjaya..sebab dia BERUSAHA utk ubah kehidupan  .Alhamdulilah..bagus...

Ada pula org..yg tak banyak duit..kaya dengan impian... dan terjumpa peluang perniagaan yg risikonya rendah..tak perlu keluar modal berpuluh ribu..beratus ribu atau berjuta2..dan tidak perlu buka kedai atau permis perniagaan.. MLM salah satunya.. mereka anggap ini satu peluang utk ubah kehidupan...kebanyakkan org yg join MLM..bukan org yg minat..dan bukan org yg memang ada ilmu MLM..mungkin masuk sebab nak jaga hati kawan saja.. tapi dah nampak pendapatan dan teruskan perniagaan MLM sebab nampak hasil.. pada  mulanya..mereka bukanlah golongan yg minat berniaga seperti golongan yg saya terangkan di atas..mereka nampak ia sebagai peluang..buka minda..belajar..tanpa belajar dan ilmu..mereka juga tak boleh berjaya.. mereka anggap ia sebagai satu pintu rezeki yg Allah susunkan utk mereka..dan kalau pun tak berjaya..tak mengapa..sebab dah mencuba dan sudah berusaha..bukan hanya duduk tanpa melakukan apa2..

Bukan suatu nak mudah utk berjaya dalam perniagaan..terpulang masing2 ..nak buat perniagaan apa pun..MLM ke.apa ke...yg penting USAHA..bukan hanya sibuk menuding jari mengata itu dan ini.. duk sibuk kata bangsa kita ketinggalan.. tapi kita sendiri pun sebenarnya tak de buat apa selain duk mengata orang dan menceritakan tentang kegagalan org..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2004 02:40 PM | Show all posts
dari kajian yang dijalankan.. ( saya still simpan the article/from berita harian)
lebih 3000 jutawan MLM di Malaysia...itu kajian yg dijalankan pada tahun 90-an..now dah era milenium....lagilah ramai..

"kalo ada 3,000 jutawan MLM dimalaysia, kurang kurang total profit dan revenue (let say 100% generate 25% profit) MLM 3 billion RM dan revenue 12 billion RM:eek:...

tunover tahun 2002 hanya 2.29 billion (cover semua DS bukan hanya MLM) and most of profit goes to 75 companies...

so, 3,000 jutawan tu dapat berapa %?..

tu belum kira untung rugi lagi:cool:

jutawan tu jutawan hutang..dia beli rumah 750K hutang, 300K kereta , hutang bayar 5 ke 6 ribu sebulan...
tu blum kira jutawan yang jatuh muflis...

orang makan gaji 20K sebulan pung kira jutawan gak kalo dia ada harta 'hutang' 1M...bayar bulan bulan selama 20 tahun..."


yang ramainya..memang bangsa asing..sebab org Melayu suka kata..' tak mainlah direct selling/MLM'..but now ..ada juga now ni dr kalangan org kita..cuma kurang di war-warkan..org kita suka war2kan yg negatif..yang gagal..bukan nak belajar dari org yang berjaya...sebab itulah sampai bila pun kita akan ketinggalan..

"cuba ko define apa itu negatif? adakah mengkritik itu negatif?"

Memang betul zuas..ramai org kaya/jutawan yg bukan lahir dr industri MLM.. u rite..memangggg betul..cakap u memang betul..

tapi..anggaplah apa yg ada di depan mata kita sebagai peluang..utk tambah pendapatan..tak kiralah apa bidang pun.. mungkin ada org berjaya dengan perniagaan yg modalnya beratus ribu..juta2...mungkin dia banyak duit..atau mungkin ada org yg berjaya bina empayar perniagaan dengan susah payah..dengan tak ada duit..duit ada setakat beberapa ringgit...atau mungkin ada cuma 50 sen utk bina empayar perniagaan dia..sanggup ambil risiko.punya semangat yg kental..tabah menghadapi jatuh bangun dalam dunia perniagaan dia...dan terbukti berjaya..sebab dia BERUSAHA utk ubah kehidupan  .Alhamdulilah..bagus...

"aku tak kata sapa yang masuk MLM tak bule jadi kaya..yang aku persoalkan dari segi percentage yang gagal, dari segi economic of scale, supply and demand..cuba ko baca tulisan aku adakah aku menafikan ada orang yang berjaya dalam MLM?"

Ada pula org..yg tak banyak duit..kaya dengan impian... dan terjumpa peluang perniagaan yg risikonya rendah..tak perlu keluar modal berpuluh ribu..beratus ribu atau berjuta2..dan tidak perlu buka kedai atau permis perniagaan.. MLM salah satunya.. mereka anggap ini satu peluang utk ubah kehidupan...kebanyakkan org yg join MLM..bukan org yg minat..dan bukan org yg memang ada ilmu MLM..mungkin masuk sebab nak jaga hati kawan saja.. tapi dah nampak pendapatan dan teruskan perniagaan MLM sebab nampak hasil.. pada  mulanya..mereka bukanlah golongan yg minat berniaga seperti golongan yg saya terangkan di atas..mereka nampak ia sebagai peluang..buka minda..belajar..tanpa belajar dan ilmu..mereka juga tak boleh berjaya.. mereka anggap ia sebagai satu pintu rezeki yg Allah susunkan utk mereka..dan kalau pun tak berjaya..tak mengapa..sebab dah mencuba dan sudah berusaha..bukan hanya duduk tanpa melakukan apa2..

"memang, itu peluang..aku tak nafikan..tapi tak semua orang bole ambil peluang tu, macam salesman gak la,...berapa orang ada talent nak jadik salesman?...

yang penting bagi aku,
kalo jadi jurutera, aku nak jadi jurutera berjaya.."

kalo nak jadi doktor, aku nak bukak klinik sendiri...dan mereka memang 'jutawan' bule duduk kat rumah banglo dua tingkat dan ada kereta 4 lima bijik"

Bukan suatu nak mudah utk berjaya dalam perniagaan..terpulang masing2 ..nak buat perniagaan apa pun..MLM ke.apa ke...yg penting USAHA..bukan hanya sibuk menuding jari mengata itu dan ini.. duk sibuk kata bangsa kita ketinggalan.. tapi kita sendiri pun sebenarnya tak de buat apa selain duk mengata orang dan menceritakan tentang kegagalan org..


"dah kena kritik kata orang mengata plak"
Reply

Use magic Report

NurAlara This user has been deleted
Post time 4-2-2004 07:03 PM | Show all posts
erk...ada org makan cili..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


SoalnyeSiapa This user has been deleted
 Author| Post time 4-2-2004 07:30 PM | Show all posts

RAHSIA KEJAYAAN HANYA ADA PADA ORG YG BERJAYA..

"RAHSIA KEJAYAAN HANYA ADA PADA ORANG YANG BERJAYA"

Simple phrase? rite?

Dulu saya pandang sepi saja pada phrase ini sebab, bagi saya, "ala..biasalah tuh, sesiapa pon boleh mengucapkan nyer"..true?dan saya tak menghayatinya pon.

Tapi kini ,phrase ini terlalu bermakna bagi saya bila saya tahu rahsia atau makna di sebalik kata-kata ini.Terlalu dalam makna nya.

Saya seperti org lain, ada impian dalam kehidupan.Walaupon gaji besar, tapi masih kerja dengan orang, or dlm bahasa pasar, gaji besar tapi kuli.
Saya suka membaca, jadi saya selalu terbaca kisah kejayaan orang lain.Dan saya banyak terbaca kisah orang melayu dan bukan melayu yang berjaya di dalam perniagaan.terdetik dalam hati saya,indah nya hidup mereka ini.Saya juga ada baca buku tukisan Azman Ching. "khazanah MLM".Sesiapa yang buat MLM, I am sure u all ada baca buku ini.
Saya juga suka berjalan jalan ronda ronda kota raya melihat gelagat manusia.Nampak org berkereta mewah, nampak org rumah besar , and kebetulan I keje in the heart of Damansara height..atas bukit, terpampang di depan mata saya banglow banglow mewah tersergam..siap dgn swimming pool.Selalu terucapkan dalam hati"..kalaulah aku ada semua ini, indah nya hidup..dapat sediakan masa depan yaang terbaik untuk keluarga, balas jasa ibu bapa..dapat bersedekah dan beramal jariah lebih.I am sure, org yg dah gaji 5,6 ribu pon, kalau org masjid dtg mintak derma or bila pi masjid tabung derma lalu, nak derma rm10 pon masih rasa besaaarrr dan sayang nak derma.kan?( tapi tak semualah)...
JAdi semakin rajin saya baca buku atau kisah org berjaya, semakin bersemangat saya nak ubah kehidupan.Aku nak ada perniagaan sendrik sebab tuhan pon dah kata 9/10 rezeki adalah dari perniagaan.
Gaji rm10K , 20K itu banyak?...bagi yang belom ada pendapatan sedemikian, memang nampak banyak kan?Senyum .Tapi hakikatnya, makin banyak income makin banyak komitment.Tak usah berangan takat gaji rm10, 20K nak jadi jutawan dengan setakat kerja dengan orang.Jangan terperanjat kalau gaji anda rm10K, rm20K tapi nak bagi mak ayah rm1000  sebulan pon sempot..Tak paham??bagi yang baru mula kerja atau tak ada income banyak tu now nih,, mungkin tak paham dgn apa yang saya tulis..tapi bagi yang dah lama bekerja dan dah ada pon income segitu, anda akan paham.Pahit tapi kena telan.Hidup base on realiti, bukan  teori..Ini kenyataan!!
saya adalah wanita melayu biasa..( saya katakan "biasa " sebab, biasalah..after graduate..balik malaysia..dpt kerja bagus, hari hari pi keje balik keje, berhempas pulas untuk company org lain, dapat gaji dah rasa besttt..maklomlah..gaji bolehlah di katakan OK untuk org yg seumur saya nih).Tapi impian saya lebih dari itu.Dan saya cuma Wanita melayu biasa yang, modal nak meniaga pon tak berapa ada, nak berniaga pon tak reti..tak ada pengalaman.Saya percaya ramai yg mcm saya di sini, sebuk fikir nak ubah hidop, or cari rexeki lebih tapi tak tahu cara.
DAN,
saya tahu, setakat semangat atau impiann saja, tak akan menjadikan saya org yg berjaya.Setakat berdo'a pon tak cukup.Gaji besar..Keje dgn org ..kereta tetap hutang.Simpanan yg ada pon , memang ada,tapi biasalah..keje ngan org..dpt gaji, bayar itu ini, ada lebih simpan or mmg allocate simpan certain ammount..tu jer..Ini senario biasa.
So, bila saya mula baca buku kisah kejayaan org, saya dapat lihat, RAMAI sungguh org melayu kita or orang bukan MELAYU kita yg jadi jutawan..kagum..sebab, muka muka mereka semua nampak biasa biasa jer..jadi, untuk saya tahu rahsia kejayaan, saya berfikir..camane yer..
satu hari, saya di pertemukan dengan seorang jutawan wanita melayu kita..kebetulan beliau adalah jutawan MLM.
Saya tak kenal apa itu MLM..tapi saya just bukak minda jer..apa cara pon asalkan halal, saya nak jumpa org yg berjaya dan tanya rahsia mereka.
Beliau kata pada kami, anda ada impian.bagus.Realisasikan lah.Kami tak paham.tergamam...macam mana kak?..Dia kata..berniagalah..business.( dia tak offer pon kami nak join MLM, sebab bagi beliau, kalau anda ada cara anda sendiri cubalah..kalau anda doctor, mungkin boleh buka clinic sendrik..kalau anda seorang chef, maybe boleh bukak restaurant sendrik..kalau anda engineer?..buatlah apa yg patut...)
.saya kata pada dia..saya tak ada semua itu puan..I keje consultant, gaji besar,komitment pon besar, pergi keje hari hari...dan kwn kwn saya ramai jugak yg doctor,engineer,tapi berapa ramai pon yg cemerlang, dpt bukak clinic or bizz sendrik..takde pon kwn saya yang negineer buat busines bagus,ramai yg buat bizz,pinjam loan bank,bizz sempot, hutang jer plak yg bertimbun..yerlah..bagi yg tahu dunia business ,mereka akan paham apa maksud SUSAH PAYAH dunia bizznezz itu.byk yg berangan tapi tak sampai ke mana pon?..
yang berjaya memang ada,itu jangan kita nafikan, sebab, buat apa pon,kalau berusaha dan sanggup bersusah dahulu dan berkomitment..pasti akan dapat...
THEN,
Puan tu kata..ada banyak lagi cara dan peluang dek...tinggal lagi kdg kita tak tahu atau tak nampak..ataupon kdg kita tahu dan nampak tapi kita tak beri peluang untuk tahu dan cuba..byk yg lari dari mendekati,fahami dan kenali.Banyak yg suka menkritik dari nak memandangnya dari sudut positive..ramai yg suka war war kan kegagalan dari kejayaan.
Resam orang melayu...suka war warkan yg negative atau yg gagal atau perkara yg buruk dari nak war war kan kejayaan orang lain dan mencontohi serta belajar dr mereka..Sebab tuh ramai yg tak tahu dalam dunia MLM, ramai jutawan melayu wlwpon tak seramai bangsa asing.Saya pernah pergi fucntion luxor, Zhulian, amway, CNI..saja..jengok jengok ,tak join mana mana pon masa tu..dan nak jumpa dgn org berjaya..sebab saya dengar ramai org yg BERJAYA buat CNI. amway..Zhulian..luxor...DAN ramai juga yang GAGAL buat amway, CNI ,luxor ,zhulian.Jadi, saya nak tengok dgn mata kepala saya sendiri.selama nih takat dengar dengar jer..la nih nak tengok sendiri.Ternyata dunia yg sgt asing bagi saya,ramai sungguh org yg berjaya,dan ramai juga dari bangsa saya..tapi saya rasa asing sbb, dunia yg sgt berbeza.Dan terlalu ramai golongan profesional,suri rumah,non-profesional mempunyai income belasan ribu,puluhan ribu,ratusan ribu.WOW!!..bagi anda yg biasa tengok benda nih anda rasa biasa.( tapi tak mahu ambil peluang dan belajar).tapi bagi saya yg pertama kali ,rasa..wow..kena amik peluang nih belajar dgn mereka.
Di sinilah history saya tergerak hati nak tahu .faham dan lakukan bidang MLM ini.
Saya rasa ,saya kerja bertahun tahun,saya dah best sgt,gaji dah besar,tapi di bandingkan dgn mereka,apa sgtlah yg saya ada sebenanrnyer...saya rasa tergamam..
Wlwpon di awal pembabitan saya, ramai yg kata "oi..berangan lah awak nak jadik cam mereka tuh..aku dah buat dah..lama dah..tak dapat apa pon.."..ada yg kata "ha..eei..not my line,tak class"..ada gak yg kata "weh..tak maluka..grad oversea, buat keje tah apa apa.."..paling biasa dengar.." ko tak yah lah sebuk nak buat..aku masuk dah,tak jadik apa pon.."..
saya senyum jer sebab...ITU ADALAH kata -kata org yg gagal...tak perlu nak interview mereka, dgn petah mereka akan volunteer me war warkan keburukan benda itu..
So, saya pegang pada phrase " rahsia kejayaan ada pada org yg berjaya"..dampingilah mereka, so, byk rahsia kejayaan mereka yg akan mereka kongsikan dgn kita, tak kiralah bidang apa pon.Tak perlu hirau kata -kata org yg gagal dan negative, sebab, kata kata mereka itu tak akan mengurangkan seposen pon income saya dgn MLM pada hari ini,dan tak satu sen pon mengayakan mereka itu.SO,pedulikan apa yg orang kata..sebab, masyarakat kita nih, kita gagal dia akan mengata,kita berjaya pon dia akan kata..so jadiklah org berjaya yg di kata...JIKA ANDA TAHU APA YANG ANDA BUAT DAN NIAT ANDA IKHLAS NAK UBAH HIDUP ANDA SEKELUARGA,PEDULIKAN APA ORG KATA,TERUTAMA ORG YG GAGAL DAN BERFIKIRAN NEGATIVE..DAMPINGILAH ORANG YG BERJAYA..
Sebab,beribu cara nak buat MLM nih,beribu cara nak ubah kehidupan, beribu cara nak buat business thousands way in doing CNI,AMWAY.cosway.zhulian...TAPI..nak tahu buat cara betol,dampingilah mereka yg dah berjaya-nescaya mereka akan kongsikan cara dan kejayaan mereka.,tak perlu interview org yg gagal sbb jawapan nyer pon anda dah tahu..betol??
Reply

Use magic Report

SoalnyeSiapa This user has been deleted
 Author| Post time 4-2-2004 07:30 PM | Show all posts

DAN..

JIKA anda fikir MLM itu kaya cara mudah.anda silap..IA BUKAN SKIM CEPAT KAYA...ianya satu perniagaan yang anda perlu usahakan dgn titik peluh dan jerih payah..sama seperti perniagaan konvensional...di sebalik kerlipan bintang ,tentu ada malam yg suram.Cuma bezanya perniagaan MLM dgn konvensional business, modal kecik,risiko rendah, tak perlu spent masa yg terlalu bayak,ramai jugak yg buat secara partt time..caranya, KONSEP PENGGANDAAN...
SANGAT SESUAI UNTUK ORANG YANG ADA IMPIAN NAK CARI INCOME LEBIH,TAPI MASA TAK ADA OR COMMONLY KNOWN AS BUSY..DAN ADA MODAL KECIKKK JER..
Ramai kata, buat penat penat org atas untung org bawah rugi?..betul ke?...Saya ada ramai downline, yg upline mereka tidur tak buat apa apa,so downline nyer bonus banyak upline nyer income ZERO..so..adil bukan..?..siapa yg bekerja..mereka yg akan dapat hasilnya..
Kadang saya rasa kesian,untuk mereka yg tak nampak ianyer sbgi peluang.hari hari pergi keje, nak kejar yg seribu dua ribu tu...kdg bukan minat sgt pon tapi hujan ribut pergi jugakkan?.nak tunjukkan benda nih sbgi peluang mereka tak mahu.So,duduklah di takuk lama...
dgn MLM, bonus yg anda dapat adalah pendapatan bersih,tak perlu bayar sewa kedai, tak perlu hire pekerja, memang pendapatan bersih.Ramai yg buat sampai dapat tabung pelancongan -saya pon dah mula dapat tabung pelancongan...DAPAT MELANCONG SECARA PERCUMA!!!...ramai yg buat sampai dapat kereta..percuma..!!...sykt bayarkan..grant  atas nama mereka sendiri....takde hutang hutang nih ...jutawan MLM nih takde lah hutang hutang.... sebab itu saya nak belajar dari mereka..
SATU DUNIA YG SANGAT BARU BAGI SAYA,YANG SAYA NAMPAK IA SEBAGAI PELUANG...
tak pandai,tak minat,tak tahu,tidak mengapa,ada orang tolong tunjukkan.sebab..percayalah "IF U NEVER TRY,U WILL NEVER KNOW"..as simple as that.

SAYA MENULIS NIH BUKAN SEBAB SAYA PRO MLM,TAPI BASE ON REALITY DAN PENGALAMAN SAYA SENDIRI .
.sebab dahulu nya, saya pon seorang yg tak pandang dan very scepticle dgn MLM.Tapi now...minat dah..sebab dah nampak hasil nya...
Jika anda rajin baca kisah org berjaya,tak kiralah bidang apa pon.., ada satu persamaan yg anda akan nampak..iaitu..penggandaan dari segi MASA dan TENAGA.MLM memang ada yang ini...KONSEP PENGGANDAAN..sebab itu saya pilih dan cuba rather than comparing this n that but doing nothing.
Jadi..fikirkan sendiri, tahun 2004 ini, apa target diri kita..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2004 12:28 PM | Show all posts
"Gaji rm10K , 20K itu banyak?...bagi yang belom ada pendapatan sedemikian, memang nampak banyak kan?Senyum  .Tapi hakikatnya, makin banyak income makin banyak komitment.Tak usah berangan takat gaji rm10, 20K nak jadi jutawan dengan setakat kerja dengan orang.Jangan terperanjat kalau gaji anda rm10K, rm20K tapi nak bagi mak ayah rm1000  sebulan pon sempot..Tak paham??bagi yang baru mula kerja atau tak ada income banyak tu now nih,, mungkin tak paham dgn apa yang saya tulis..tapi bagi yang dah lama bekerja dan dah ada pon income segitu, anda akan paham.Pahit tapi kena telan.Hidup base on realiti, bukan  teori..Ini kenyataan!!"

jadi, brape pendapatan ko sebulan skrang ni dng join MLM? aku nak bukti..
mesti tertera nama ko ato buku bank ke..

mek, kita kira pendaptan setahun aku ngan ko (aku kluar buku-buku bank aku atopung income tax assesement)

baru 4 tahun kerja dah nak ekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2004 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by NurAlara at 2004-2-4 07:03 PM:
erk...ada org makan cili..


apsal, aku makan cili hari hari memang pedaspun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.125424 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list