CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5757|Reply: 37

[Jenayah] Semasa Bapa maut, anak kritikal dirempuh penjenyah

[Copy link]
Post time 1-3-2013 09:51 AM | Show all posts |Read mode







RAWANG - Tindakan seorang penjenayah yang melarikan diri dengan memandu sebuah van di laluan bertentangan, semalam berakhir tragedi apabila seorang bapa maut, manakala anak perempuannya parah akibat dirempuh di Kilometer 21, Jalan Rawang-Kuala Lumpur berhampiran Temple Park.
       
        M Ramanayah, 58, yang menaiki sebuah motosikal bersama anaknya itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.
       
        Anaknya, R Mariammah, 39, kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang.
       
        Kejadian bermula ketika polis cuba melakukan pemeriksaan terhadap sebuah van dipandu seorang lelaki yang berhenti di Jalan Ipoh menghala Rawang, berhampiran Pasar Borong Selayang, kira-kira jam 11.45 pagi.
       
        Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, suspek hanya menurunkan cermin pemandu sebelum memecut kenderaan melarikan diri.
       
        Beliau berkata, suspek kemudiannya membuat pusingan U di Jalan Bidara di jejambat Selayang dan memandu ke arah ibu negara sebelum masuk semula ke pekan Selayang melalui jalan kecil.
       
        “Suspek seterusnya masuk ke laluan bertentangan di Jalan Rawang-Kuala Lumpur dan melanggar dua buah motosikal serta sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang wanita. Dua penunggang motosikal itu juga cedera.
       
        “Suspek kemudiannya terus memecut dan terbabas selepas merempuh motosikal yang dinaiki dua beranak berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.
       
        Beliau berkata, suspek berusia 28 tahun itu kemudiannya melarikan diri sebelum diberkas ketika menyorok di dalam longkang berhampiran lokasi tersebut.
       
        “Siasatan mendapati suspek memandu di bawah pengaruh dadah. Dia juga memiliki tiga rekod jenayah lampau bersabit kes gaduh dan curi,” katanya.
       
        Difahamkan, suspek yang berasal dari Raub, Pahang itu memandu van milik bapa saudaranya tanpa kebenaran keluarga.
       
        Polis juga menemui sebilah pisau lipat yang disimpan di dalam poket seluar suspek.
       
        Thaiveegan berkata, suspek kini ditahan reman untuk siasatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 09:59 AM | Show all posts
masa van tu lari polis x leh tembak tayar ker?sian dua beranak yg x berdosa jd mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 10:13 AM | Show all posts
wajaman posted on 1-3-2013 09:59 AM
masa van tu lari polis x leh tembak tayar ker?sian dua beranak yg x berdosa jd mangsa

bila dalam kecemasan tgk gak kot, kalo ramai orang keliling, nak tembak target kat tayar sambil memecut tu agak ssusah sbb selayang jalan dia tak rata... lobang rata2.... tapi mmg kesian giler aaa kat mangsa...

kalo aku jadik pulis tu mmg aku rembat lahanat ni dari longkang lagi.. pijak2 dia...





Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 10:19 AM | Show all posts
apa lagi.... kitai je si bangsat tuh sampai mampos.


hidup pon menyusahkan org jah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 10:21 AM | Show all posts
nexusys posted on 1-3-2013 10:13 AM
bila dalam kecemasan tgk gak kot, kalo ramai orang keliling, nak tembak target kat tayar sambil me ...

skang dah xleh wat macam tu nnti masuk court, inkues, suruhanjaya diraja bagai..kang segala mak nenek suaraharam melolong terpekik mcm mana nak wat keje..nila setitik abis rosak sumernyer..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 10:24 AM | Show all posts
Kalau ada kes rempuh polis mcm ni, kalau polis tembak mati, salahkan polis konon salah guna kuasa. Bila tak tembak awal2 mcm ni, org yg tak bersalah pulak jd mangsa, polis jugak yg disalahkan sbb tak tembak.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2013 11:42 AM | Show all posts
serba salah polis nak tembak ke tak..
ni la jadinya kalu tak bukak peluru
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 11:52 AM | Show all posts
eee kesian plk kat polis..ape pon xbole..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 11:55 AM | Show all posts
kenyir posted on 1-3-2013 10:24 AM
Kalau ada kes rempuh polis mcm ni, kalau polis tembak mati, salahkan polis konon salah guna kuasa. B ...

tulah.....kalo nak komen nie senang jer...komen jer...

nak menembak nie.....berat lagi bahu yg memikul...

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 12:09 PM | Show all posts
kasihan mereka yang tak bersalah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 01:14 PM | Show all posts
bila patut tembak tanak tembak.. budak 15 tahun selamber plak tembak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 01:25 PM | Show all posts
tembak salah tak tembak salah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:03 PM | Show all posts
sephia_rez posted on 1-3-2013 01:14 PM
bila patut tembak tanak tembak.. budak 15 tahun selamber plak tembak..

oo..so before tembak kene tanya dulu umo penjenayah tu brape tahun dulu ek??
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:16 PM | Show all posts
jgn lupa kene tanya rajin semayang ker tak
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:21 PM | Show all posts
ni la jadinya..polis tembak salah, x tembak pun salah..kot tembak kang disangkanya pemandu van yg baik tapi sebab x de lesen takut terus lari dari sekatan..
bila tembak mati pulak kang kata polis jahat..sop itu ini...
bila orang lain mati, cakap..kenapa la polis tu tak tembak tayar la bagi..
puiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:27 PM | Show all posts
xpasal2 org lain terlibat. aku harap penjenayah tu kena sebab 100x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2013 02:34 PM | Show all posts
hari tu ada cinapek lari dari polis, polis tembak, sorang mati....
orang salahkan polis...

hari ni sekor lagi lari dari polis, polis tak tembak..
orang salahkan polis...

kauorang nak polis buat apa sebenarnya...?
susah2 sangat ko ja lah jadi polis...

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:37 PM | Show all posts
~boolean posted on 1-3-2013 02:34 PM
hari tu ada cinapek lari dari polis, polis tembak, sorang mati....
orang salahkan polis...

LIKE
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:53 PM | Show all posts
mrsamz posted on 1-3-2013 02:03 PM
oo..so before tembak kene tanya dulu umo penjenayah tu brape tahun dulu ek??

err encik takleh bezakan eh antara budak 15 tahun dgn penjenayah da pecah suara? hmmm kronik
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:56 PM | Show all posts
~boolean posted on 1-3-2013 02:34 PM
hari tu ada cinapek lari dari polis, polis tembak, sorang mati....
orang salahkan polis...

nak like jugak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.080624 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list