CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zeetacunn

Dunia Bunian

  [Copy link]
Post time 20-3-2013 05:31 PM | Show all posts
skeezotone posted on 8-3-2013 11:47 AM
kat alam bunian I dh lama dh berforum ni.. In duk skodeng jer apa yg manusia sebok2 citer psl buni ...

Kat alam bunian mesti ada porem cari gak
Kalu bod misteri depa sure ada tajuk pasai manusia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2013 09:30 PM | Show all posts
solstice posted on 20-3-2013 05:31 PM
Kat alam bunian mesti ada porem cari gak
Kalu bod misteri depa sure ada tajuk pasai manusia
{:ha ...

ahah.. mesti la ada.. tajuk pasai.. 'nape manusia kecoh2 sgt nk amik port pasai diorg'.. malas nk layannn... hahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2013 09:32 PM | Show all posts
solstice posted on 20-3-2013 05:21 PM
Kalau ada keta musti ada polis trafik
Bole ke mohon kerja kat sana
Alam manusia ni payah nau nk  ...

kat sana keja berlambak sbb ramai org bunian ske apply keja jd assistant tok bomoh jer.. so, keja2 len mmg byk la kekosongan.. hahahaha.

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 12:25 PM | Show all posts
..aku dan keluarga pulangkan apa2 saja yg terambil daripada forum ini ya.. tima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2013 12:39 PM | Show all posts
haah baru-baru nei pown saya berpengalaman berjumpa dgn orang bunian nie ( tp melalui orang perantara la) sy pegi rumah pakcik nie x tahu kata anak dia jd perantara tu...
org bunian tu kata kehidupan mereka di alam bunian lebih kurang mcm manusia jew..cuma undang-undang islam depa lagi ketat..kalau wat salah mmg kena hukum...
kata org bunian tu pompuan bunian kuat cemburu

ntah la betul ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2013 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
oh bunian....nasib baik on9 gune hp..xpat nk citekan..huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2013 11:19 PM | Show all posts
sofybie posted on 13-3-2013 02:04 PM
kt padang sekolah STF pun kadang de org reramai waktu mlm mcm nk pg kebumi org...katany bunian tu

area maktab, stf, jabatan pendidikan sampai uda tu, memang laa
kampung dia.. dulu ai stay uda, pukul 2-3 pagi selalu je dengar
bunyi-bunyian yang sayup.. kadang-kadang macam konsert,
kadang-kadang macam ceramah agama, kadang-kadang macam
bergendang-gendang..

and my housemate kerja kat jpn tu, banyak cerita aneh dan
misteri berkaitan dengan orang bunyian ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 12:40 AM | Show all posts
thread yg best, tp korang jgn la dok convert jd thread lawak plak! aku nk baca cerita psl bunian laaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 10:39 AM | Show all posts
mizzmimi posted on 6-4-2013 11:19 PM
area maktab, stf, jabatan pendidikan sampai uda tu, memang laa
kampung dia.. dulu ai stay uda, pu ...

haa betul lah tu...kadang mcm ada kenduri tahlil...konsert,ceramah kn....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 10:56 AM | Show all posts
sofybie posted on 8-4-2013 10:39 AM
haa betul lah tu...kadang mcm ada kenduri tahlil...konsert,ceramah kn....

haah. agaknya kat rumah ai tu ada dewan orang bunian kot,

btw memang rumah ai dekat dengan masjid and dewan pun
kat uda tu..

malam-malam time tak ada orang diorang book laa buat konsert,
ceramah.. hehe Last edited by mizzmimi on 8-4-2013 10:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 03:23 PM | Show all posts
Assalam semua forumer... aku nak cerita pada uols pengalaman hidup aku sendiri..sebenarnya selama lebih 10 tahun dan lebih, aku dah mengalami pengalaman misteri yang dikaitkan dengan bunian ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 03:31 PM | Show all posts
Aku dulu tinggal di Straits View... di kawasan berdekatan istana Bukit Serene, JB... dok rumah pusaka arwah atuk aku... rumah pusaka tu mmg ada mcm2 misteri semasa kami sekeluarga duduk tapi arwah abah aku selalu cover.. tak nak kasi kita orang takut... byk sgt kalau nak citer tapi aku nak concerntrate kisah aku sendiri ni... semasa zaman sekolah, aku ni aktif dgn ko-q... tiap hari lps abis sekolah, ada je la xtxt persatuan yg aku ikut.. nak dijadikan cite, rumah aku ni 2 tingkat.. bawah batu, atas kayu.. aku lak bila abg aku masuk asrama sejak form 1, aku la yg dok bilik kat tingkat atas sesorang, adik badik lelaki lain dok bilik kat bawah... beberapa kali abah ckp kat mak aku dia marah aku asyik dok berambat=berlari kat tingkat atas.. tiap kali tu jugak mak aku ckp, la budak tu lum balik sekolah lagi knp dia nak berambat=berlari lak kat atas...jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 03:38 PM | Show all posts
Pernah satu ketika antara sedar dan mimpi, aku perasan almari baju aku nak timpa aku tapi tiba2 muncul satu lelaki...wajahnya bercahaya berseri2... tampan sekali..kalah Shah Rukh ke Tom Cruise ke Brad Pitt ke Aaron Aziz pun tak setampan dia... dia hanya tunjuk isyarat tgn dia je... terus almari tu tegak semula... sampai sekarang aku ingat insiden tu... tapi ya, itu jadi kenangan manis aku la kan..masa tu aku anak dara umur dalam 16-17 tahun gitu.. tgh ranum katakan... hahaha... lepas tu dia hilang dan tak penah lagi muncul dalam hidup aku.. tapi buat aku kebingungan jugak la sapa dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2013 04:14 PM | Show all posts
tapi itu skit je... kemuncak citer aku ni ialah apabila aku berkahwin.. dan mengandung bunting pelamin... 2 org doktor pertama yg aku jumpa kata aku ni mengandung, masuk doktor ke-3 dan seterusnya kata aku tak mengandung... puas la aku gi mcm2 doktor..pusat kesihatan kerajaan, klinik pakar perbidanan, klinik biasa... walaupun begitu, 3 orang bidan mengesahkan aku mmg mengandung... masa tu kandungan 2 bulan, 5 bulan dan masuk 6-7 bulan... ultrasound scan kata aku tak pregnant..mmg macam separuh gila la aku masa tu.. kalau tak mengandung knp perut aku membesar cam org mengandung...

aku pun berubat la... bidan ke-2 kata, masa aku jejak masuk rumah dia je dia tgk muka aku dia tahu aku mmg mengandung 5 bulan.. bila dia suruh aku baring, dia sentuh perut aku.. kaki baby aku menendang tangan dia... tapi dia kata macam ada gangguan kat aku.. ilmu dia tak sampai ke tahap tu, jadi dia refer aku kat kawan dia ..bidan kampung gak tak jauh dari rumah dia... yg kawan dia ni plak, bila dia pegang perut aku, tiba2 suara dia jadi garau cam lelaki... kecut perut aku.. aku pandang muka mak aku... pucat lesi aku dibuatnya bila makcik tu "menurun".. masa dia "menurun" tu dia cakap : "ko mmg mengandung tapi ada satu kuasa yang kuat yang mengganggu kandungan ko ni"

apalagi, bila selesai je, aku cepat2 minta balik... dalam kereta aku ckp dgn mak aku, kita pulangkan la asam garam kat makcik tu semula sbb aku rasa tak sedap hati dia "menurun" tadi... mak aku pun setuju...

sejak kejadian tu, mak aku tak putus2 berdoa dan berusaha bawa aku berjumpa dengan "pakar"... akhirnya, kawan mak aku.. dah arwah dah cikgu tu.. dia kenalkan pakcik dia untuk aku dibawa berubat plak.. Pak Haji tu sempoi je, dia ada kedai runcit jadi bilik pejabat dia tu la dijadikan tempat pertemuan kami... Pak Haji tu beritahu mmg ada gangguan yg sangat kuat pada kandungan aku.. dia kata ni bukan hantu atau syaitan.. kerana kalau syaitan bacakan ayat2 suci, dia dah lari... tapi dia cakap macam level "Dewa-dewa=bunian"... Pak Haji tu nasihatkan aku redha dan "lepaskan" baby aku... kalau aku berkeras nakkan baby aku, kemungkinan aku dapat anak aku tapi lahirnya nanti cacat... subahanallah... aku menangis teruk masa tu sebab aku terkejut... arwah mak dan mak long aku la yg tenangkan aku... laki aku rilek je, mungkin dia pun dah putus asa...

sepupu lelaki aku pun kesian tgk aku, dia suruh jiran dia (dah arwah pakcik tu)... tlg scan apa yg terjadi kat aku... pakcik tu pakar scan badan kalau ada angin ke apa ke.. dia scan aku.. sampai kat perut aku je, tetiba aku rasa perut aku jadi keras cam batu... panik gak aku... aku tak ingat apa kata pakcik tu kata tapi malamnya aku mimpi kekonon aku dan famili mil pi berubat kat seorang pakcik di satu kawasan felda di kota tinggi.. pakcik tu suruh aku azan, aku pun azan... baru separuh azan, tiba2 perut aku terbelah... dan keluar 3 biji pinggan... (mimpi ini secara teorinya aku rasa itulah sebabnya mesin ultrasound hospital dan klinik2 o&g tak boleh detect baby aku sebab dilindungi oleh 3 lapisan)

Sepanjang aku mengandung 9 bulan tu, aku mimpi aku beranak 4x... kata mil aku, biasanya kalau mimpi beranak masa tengah mengandung, baby akan hilang.... coiii sgt kan mulut mil aku... dan hampir dah due 9 bulan tu, aku mimpi kali ke-4... aku tahu2 aku dah beranak...takde kesan darah atau apa2 sakit... tapi aku nampak baby girl aku yang putih melepak dan comel ikut mak dia ni tengah gelak2.. tak lama tu muncul seorang pompuan dalam umur 50s ambil anak aku tu pergi... pastu mimpi tamat... dan bila sedar, aku tgk perut aku dah kempis...

dan peristiwa ini dah hampir 11 tahun berlalu... aku pun dah cerai dgn laki aku masuk 6 tahun... dan penah sekali masa aku temankan kawan aku pi berubat, ada seorang tetamu makcik yg mengubat tu tetiba bagitahu aku dia tahu aku penah kehilangan baby aku.. dia kata anak aku diambil oleh Raja Bunian dan dijaga dengan baik oleh pengasuhnya...dan dia tahu asal usul keturunan aku walhal aku tak penah bercerita ataupun kenal sapa abang tu... yg the best part dia kata gini: "ko jgn takut, nanti bila anak ko dah besar remaja... dia akan datang kat ko... hanya ko je yg boleh nampak dia sebab ko mak dia... dia akan ajar ko mengubat orang pulak..." huhu saspen kata-kata abang tu...

aku lalui hidup aku macam biasa walaupun sukar aku nak menerima kenyataan apa yang dah berlaku... aku banyak buat kajian kenapa aku ni "special".. i.e mulut aku ni masin.. kalau aku sebut nama sesiapa, orang tu akan muncul tak lama lepas tu... begitu juga kalau sesape yg menganiayai aku, nanti roh orang tu muncul dalam mimpi aku merayu2 minta maaf... aku tak tahu kenapa semua ini terjadi tapi aku rasa dulu aku ni sgt naive, jujur dan tak pandai buruk sangka ke jeles kat kawan2... selalu aje  mengalah walaupun dibuli...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2013 09:38 PM | Show all posts
apa yg syalyn alami tu memang biasa aku dengar.... banyak berlaku... ada org kata, baby yg putih bersih, xde brtanda apa2 memang pilihan utama org buni ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 06:37 PM | Show all posts
syalyn posted on 14-4-2013 04:14 PM
tapi itu skit je... kemuncak citer aku ni ialah apabila aku berkahwin.. dan mengandung bunting pelam ...

sedih citerkau ni... mudah2an dipermudahkan.. aminn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 02:53 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 16-3-2013 01:46 AM
bunian ni jin.. sama ada islam atau tidak tak dapat dipastikan sbb manusia pon kita susah nak teka ...

Salam..
Sama ada benar atau tidak bunian ini wujud dan mempunyai kehidupan yang sama dengan manusia memang sukar nak dibuktikan secara saintifik, akan tetapi bagi mereka yang pernah mengalaminya sendiri sudah pasti tidak akan ragu-ragu untuk menyatakan ke 'real-lan' kewujudan makhluk ini. Dan bagi mereka yang hanya mendengar cerita dari orang sudah semestinya akan dihujani dengan seribu satu persoalan tentang benarkah wujud makhluk ini seperti yang diceritakan atau hanya lah gurauan mimpi semata-mata. Bagi kita orang Malaysia, rata-ratanya 'mindset' bagi perkataan bunian itu merujuk kepada hantu, langsuir, belaan, pendamping dan sebagainya. Memang betul tetapi jika dilihat dari satu sudut, semua itu memberikan kesedaran/pengertian negatif terhadap maksud 'bunian' yang sebenarnya. Kalau kita tahu bunian itu adalah sesuatu yang tidak kelihatan dengan mata kasar, macamana pula dengan roh-roh yang sudah meninggal?macamana dengan malaikat? macamana pula cerita orang yang mimpi berjumpa arwah yang sudah mulai menjalani kehidupannya di alam lain? malah ada yang mengatakan tempat di alam tu sama di tempat manusia. Satu perkara lagi bukan bunian sahaja yang mampu melihat kita, kita pun mampu melihat mereka dengan syarat kita harus berada dalam keadaan tertentu yang mana 'mata halus/mata batin' kita terbuka. Makhluk bunian ini pun mempunyai tingkat/darjat tersendiri di alamnya, malah alam-alam bunian ini pun ada peringkatnya juga, ada peringkat rendah dan tinggi dan biasanya bila seseorang manusia itu cuba mencari pendamping, dia akan berada di tingkat alam yang rendah sekali dan di sinilah mata dan hati dikaburkan oleh syaitan/jin/bunian. Sebab manusia biasa yang hanya mahu mencari kekayaan atau kewibawaan etc dengan cara yang mudah tidak akan pernah dapat menjejakkan kaki ke tingkat/petala alam yang lebih tinggi kerana terhalang oleh ego diri sendiri. Hanya orang-orang yang tidak pernah lupa dan menjalankan kewajipan yang sepatutnya di hadapan Allah yang mampu menembus ke tingkat alam yang lebih tinggi. Seterusnya bila tingkat alam itu semakin rendah, maka akal, amalan, budaya, dan kekuatan pegangan agama penghuninya juga jadi kurang, namun segala binaan dan rekaannya masih lagi di luar jangkauan akal kasar manusia, jadi mata manusia masih boleh lagi dikaburkan di sini.
Pengalaman-pengalaman yang diceritakan di sini menunjukkan bahawa wujudnya satu keadaan yang mana pihak bunian tertarik dan mahu mendekati manusia vs manusia tertarik dan mahu berdamping dengan bunian, namun kita harus sedar yang kita adalah yang sebaik-baiknya ciptaan Tuhan, kita memiliki jasad kasar dan halus dan itu amatlah dicemburui oleh mana-mana makhluk bunian/halus yang ada di alam semesta ini, mereka akan sentiasa cuba mendekati kita dan mempengaruhi kita dengan pelbagai ilmu dan kepandaian dan akhirnya mengikat perjanjian yang seterus akan membawa kehancuran pada hidup kita di kemudian hari. Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan Maha Berkuasa atas segala ciptaannya, Allah mendengar dan akan mengabulkan doa dan permintaan kita setiap saat dan waktu kita meminta dan berdoa kepadanya, cuma kita manusia tidak sabar, mahu cepat, nak kejar masa lah dan sebagainya, lepas tu cakap Tuhan tak kabulkan doaku, dah 5 tahun berlalu masih lagi susah, masih belum kaya-kaya lagi, jeles lah dengan orang lain yang nampak cantik. hensem dah tu banyak harta lagi, then dari sini mulailah berjinak-jinak dengan benda-benda halus ni. Pegi sana-sini jumpa bomoh/dukun , last-last buat deal juga dengan makhluk halus/bunian ini. Dari saat itu kita akan mulai lupa dengan diri kita dan asal-usul kita sesudah mendapatkan apa yang diimpikan.
Pada saudara/saudari yang ditawarkan untuk diberi pendamping, saya harap saudara/saudari berfikir panjang terlebih dahulu sebab Allah itu Yang Maha Berkuasa. Apa yang kita ada dan kita lihat sekarang semuanya berada di bawah Kekuasaan-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 09:03 AM | Show all posts
aku setuju  sebab  tu  aku wat tak layan sgt dah kes mistik yg berlaku kat aku tu...aku  jalani hidup cam biasa cam org lain..wpun sesekali teringat  kejadian tu tapi aku berserah  pada Allah sbb aku percaya ada hikmahnya...sekian
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
syalyn replied at 29-4-2013 09:03 AM
aku setuju  sebab  tu  aku wat tak layan sgt dah kes mistik yg berlaku kat aku tu...aku  jalani hidu ...

Akak.. apa cerita akak sekarang? Sihat ke? Update la kak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Check in dulu umah ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.373470 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list