Kisah ni berdasarkan kisah sebenar tapi telah ditokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita. Dan nurkilan ini akan bersambung sampai ke akhir bab. Kepada pembaca boleh berikan pandangan, laharan atau komen dibawah, sekian..
Bab 1
Termenung aku melihat surat yang baru aku terima tadi,mungkin setelah lama aku memang title penganggur kali ini tiada lagi title itu dalam kamus hidupku lagi. Tempat kerja baruku amat jauh dari rumah kedua ibubapaku, aku mengambil keputusan untuk mencari rumah sewa untuk memudahkan aku ulang-alik ke tempat kerja.
Aku yang dilantik sebagai junior programmer disalah sebuah syarikat swasta diselatan tanah air, walaupun task pertamaku agak mencabar bagiku, aku mengambil keputusan untuk balik lewat untuk menyiapkan tugasan yang diberi, ramai rakan sekerjaku yang lain telah meninggalkan opis setelah tamatwaktu bekerja kerana kalau kerja lebih waktu pun memang takkan dibayar OT.
“Ni kalau sampai deadline pun tak siap lagi kerja aku, masak nak menjawab nanti.” Aku hanya bermonolog resah seorang diri. Setelah jam dinding yangberada didepanku menunjukkan 7.30 malam , aku mengambil keputusan untuk solat maghrib sebentar sebelum aku pulang ke rumah sewaku.
Setelah selesai solat baru aku teringat “Aduh, siapa pulaknak kunci opis ni ?” mengerut panjang aku. Memandangkan aku ternampak name card kepunyaan shark yang mejanya bertentangan dengan mejaku, aku segera menelefon shark rakan untuk mendapatkan kunci opis.
“Salam. Ni aku Ameel sorry ganggu, kunci opis ada dekat engkau tak ? Sebab aku sorang jeh tinggal dekat opis aku nak kunci opis tapi kunci takde dekat aku.’- Ameel
“Ouh kau Mel takpe, kau tutup lampu sume lepas tuhh kau enable alarm yang dekat main door tuhh code dia 7625. Nanti malam sikit aku datang kunci opis.”- Shark
“Terima kasih Shark, Maaf terpaksa susahkan kau.’- Ameel. Huhh sungguh lega hati sebab Shark ada kunci opis kalau tak ntah mana lagi akunak cari, bermonolog aku sendirian.
Jam menunjukkan 7.45 malam aku segera mengemas kertas yang berselerak di meja untuk melakar system yang telah aku customkan tadi. Setelah siap mengemas aku pun tutup semua lampu dan enablekan alarm seperti yang disuruhkan oleh Shark. Setelah aku melangkah keluar dari pintu utama menuju ketangga aku rasa seolah-olah ada orang yang sedang memerhati. “Tak mungkin kiah propa tengah perhati aku” tutur hatiku, supaya perasaan seram yang aku alami tak begitu terasa. Setelah siap memakai kasut aku pun terasa aku pun menuruni anak tangga.
Memandangkan hari pun dah gelap dan perasaan seram masih aku terasa aku pun turun anak tangga dengan agak kelam-kabut. Setelah daripada itu tiba-tiba lampu ditangga seolah-olah kekurangan voltan sekejap terang and sekejap malap. Terdetik dalam hati aku “Ya Allah, janganlah tetibe black out tak sanggup aku meraba turun tangga ni. Jenuhlahh aku..”
Akhirnya sampai juga ditempat parking motor, perasaan seramyang tadi mencengkam jiwa hilang macam halilintar membelah langit. Hanya perasaan lega yang kini menguasai diriku, aku segera menekan starter untuk menghidupkan motosikalku, walaupun perasaan seram tadi memberikan aku seribu satu persoalan dan terdetik hatiku "Opis aku tuhh keras keh tempatnya?" tapi aku biarkan persoalan itu berlalu pergi memandangkan esok aku masih perlu menyiapkan task yang diberikan kepadaku.
<Bersambung>
Last edited by pena_pena on 18-3-2013 12:41 PM
|