CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10483|Reply: 32

~Bezanya sakit hospital dengan sakit misteri~

[Copy link]
Post time 31-3-2013 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Kisah ini berlaku pada tahun lepas, lebih kurang dalam penghujung bulan 6/2012. Pengalaman yang akan aku ceritakan ni mungkin dah ramai yang pernah mengalaminya juga. Tak tahu nak letak dalam bod misteri, ke bod politik dan eristiwa..Tapi memandangkan dah aku banyak join bod misteri,aku teruskan jelah dekat sini er..Aku tahu, ramai yang berpengalaman sakit macam ni, tapi ignore jek, sampai mudarat and lambat laun, susah dah nak baikkan..So, aku bawakan pengalaman yg xseberapa tapi cukup untuk mengajar aku dan mungkin orang2 di luar sana..So, jom ikuti rentetan pengalaman aku...Awal2 cerita aku lebih banyak berkisarkan kepada sakit yang aku rasa,perasaan aku.. tak ada apa2 yg misteri pun..kemudian masuklah pengalaman waktu aku berubat..Sekadar nak mengarang, so korang layankan jelah er mukaddimah atau selingan2 yang aku masukkan sekali dalam cerita ni..Maaf andai ada kekurangan atau ketidaksenangan yang tidak disengajakan..

~Hari pertama~
Aku belajar lagi. Tinggal dekat hostel. Hari ini aku tak masuk lab sebab roomate aku tak sihat, so kira dengan aku2 sekali lah MC lab. So, kami sama2lah duduk hostel jek. Datang penyakit malas aku, sampai ke petang aku tak makan2. Tipulah x makan langsung..Aku just isi perut dengan biskut dan buat air milo. Aku sedar aku ada gastrik tapi sku lagi sedar yang Aku lagi pemalas nak turun beli makanan. Roomate aku pun xsihat, so, aku jadi mithali lah jaga dia..Kononnye lah..CUma kebajikan makan minum dia aku takdelah nak jaga sebab dia sendiri takde selera nak makan..

Sebenarnya, hari ni pada aku adalah hari sakit sebilik. perut aku rasa tak berapa nak sedap. Adakah sebab  aku makan pedas semalam? Tapi Dah biasa kot makan pedas..OR, jangan kata, aku nak kena gastrik..Aduhh...pagi2 lagi dah rasa, tapi still boleh tahan lagi, sebab tu aku buat biskut ngan milo jek.. Sakit datang kejap2 jek..So, aku hold lagi..SIfat malas lagi menguasai, memandangkan ada pasar malam petang tu, aku pun decide nak g pasar je untuk beli makanan. Pergi solo jelah, memandangkan roomate aku baring jek, macam x larat nak bangun. Siap-siap mandi semua, aku tanya member aku kalau dia nak kirim apa-apa..Dia punya kesiankan aku nak pergi sorang, last2 dia bangun and teman aku pergi pasar..sebab tak dirancang yang dia nak ikut,so, aku tunggulah dia siap2.. Masa nak pergi ni, dah dekat pukul 7pm. Entah kenapa ngan kami harini, boleh pulak teruskan jek rancangan nak ke pasar walaupun nak maghrib dah.

Selesai membeli belah (makanan je pun), kami pun balik. Settle jek aku parking, aku keluar dari kereta, masa tu tengah azan maghrib. Kebetulan ibu aku call tanya khabar..Apa lagi, kenalah sound dengan advice se'das' sebab keluar waktu maghrib. Aku pun gelak2 jeklah sambil jalan menuju ke hostel. Masa tengah naik tangga tu, aku bebual2 lah dengan roomate aku, bagitau yg aku tak sedap perut harini. lagi beberapa anak tangga nak sampai hostel aku, tetiba aku rasa perut aku sakit yang teramat sangat. Sakit macam mencucuk-cucuk.Pedih, senak,sakit Ya ALLAH...SAkitnya dah tak serupa macam pagi tadi..Lebih terasanya.. Sampaikan aku terbongkok tahan sakit tu..aku berhenti sekejap kat beberapa anak tangga terakhir tu. Masa tu roomate aku dah jalan depan dah..Biasalah, aku ni muatan berat sikit, lambatlah naik tangganye..So, roomate aku pun caringnya, menanyalah, sakit balik ke perut aku tu..sebab dia pun sedia tahu yang aku ni memang ada gastrik..Aku menyeringai jek senyum, aku kata takpe, ok jek..aku boleh tahan..

Sesampainya kami di bilik, memandangkan dua-dua tengah diberi 'cuti' oleh Allah, kami pun teruslah makan..Masa ni perut aku dah ok pula.. Tapi, baru je beberapa suap aku makan, perut aku sakit balik..Tengah duduk bersila tu aku menunduk-nunduk tahan sakit. Bayangkanlah, aku memang tengah lapar sangat. Nak pulak aku tengah makan makanan feveret aku (Nasi dagang) masa tu, tetiba sakit cucuk2 tu datang, tergugatlah selera aku.. Tapi aku layan x layan sakit ni, aku suruh je roomate aku teruskan makan, sambil2 tu aku kunyah pelan2..tapi keaadan aku makan masa tu memang desperate sangat. orang lapar sangat, tapi sakit, nak makan jugak, makanya, aku makan sambil meliuk-liuk badan aku tahan sakit perut tu..Setiap kali suapan, perut aku nauzubillah sakitnya..pedih!!Sah aku ni dah gastrik..Last2, aku stop jek..tu pun sebab aku konfiden takkan kempunan dah, sebab dah puas pun makan..haha..perangai xsenonoh betul..Tapi waktu tu hati aku macam terasa something tak sedap..Apesal waktu2 maghrib macamnilah nak sakit sangat2...siang tadi ok jek...aku diamkan lagi...

Sakit aku datang dan pergi...Aku end up baring jek dekat atas katil sambil membongkok2 kan badan untuk kurangkan rasa sakit..Kira aku boleh tahan la sakit tu lagi...Tadi elok jek aku dok main tenet dengan laptop..tapi, elok aku masuk tido, Kesakitan yg sangat2 bila jam 12 tengah malam ke atas..Aku keluar masuk bilik air sebab rasa nak membuang..Memang membuang, semua dibuang..Padahal aku makan nasi dagang jek pon tadi.. Pagi pun minum milo dengan biskut jek..sampaikan aku xtahu dah nak buang apa, tapi perut aku masih sakit sangat2..Aku dapat rasa macam nak membuang, tapi, bila aku cuba meneran, makin sakit perut aku..Cuma yang sakit, hanyalah satu kawasan perut tu sahaja, iaitu sebelah kiri pusat aku..situ sahaja.. tak pernah aku rasa kesakitan macam tu..Memang tak dapat nak tidur malam tu. Boleh dikatakan sakit tu on off sepanjang waktu tu..Aku terperuk je dalam tandas pagi2 buta tu..Kira dah category dhiarrea la ni..Aku plan esok aku nak pergi jumpa doctor jek sebab dah tak boleh tahan sakit macam ni..Entah aku penat agaknya, aku tertidur..

~Hari kedua~
Mungkin sebab tahu aku nak jumpa doctor, elok pulak kau perut..Hai lah perut...tak meragam pulak kau macam tengah malam tadi er....Sakit tu ada, tapi tidaklah sesakit  macam tengah malam semalam. Macam kene tikam banyak2 kali pastu kena bakar..

Harini, membe aku pergi lab. Aku bagitau dia yang aku nak sambung cuti. Takut tak ok lagi, malas aku nak keluar masuk tandas lab. Dia nak bawak aku ke klinik, tapi aku kata, nanti dulu sebab dah ok rasa sekarang.Aku bagitahulah, nanti aku akan roger2 dia kalau tetiba sakit aku datang balik..So, tinggallah aku dalam bilik berbaring sorang2..

Sambil baring-baring tu, aku menghitung-hitung..nak pergi klinik ke tak er...kalau pergi sekarang, doctor akan cakap aku dhiarrea, and aku paham benar, doctor akan bagi aku ubat dhiarrea. Tunggu lama2 nanti, last2 aku kena makan ubat je sendiri kan..So, last2 aku dapat idea macmana nak dapatkan rawatan cepat..hehe..Aku pun roger member suruh ambil aku kat bilik, bawa pergi klinik universiti...

Sampai jek klinik, aku daftar, and jumpa nurse dulu. Macam biasalah, nurse cek blood pressure. suhu badan..Dia tengok aku dah serupa zombi dah..Pucat, bibir kering, tak terurus..Dialog aku dengan nurse:

Nurse: Pucat betul muka awak?
Aku: Ermmm..dah Dekat 7,8 kali saya membuang..tapi xmuntah2..(sebenarnya, xdelah sampai banyak begitu...tu jumlah aku masuk toilet jek sebab sakit perut)..
Nurse: Uish..,patutlah...banyak sangat hilang air ni..Ni keracunan ni, makan mana?Sebab 2,3 ari ni pun, ramai datang sebab keracunan makanan..Makan dekat cafe ke??
Aku:Owh, x..saya makan dekat luar..Nurse, boleh tak saya nak masuk air jek.saya xnak jumpa doctorlah. Keracunan makanan jek kot..Masuk air boleh cuci balik kan? Boleh terus baikkan?
Nurse: Boleh, saya tanya doctor dulu..

So, aku dengarlah nurse telefon doctor and bagitau patient xnak jumpa, patient just nak masuk drip sebab dah dhiarrea 7x..So, doctor on, aku pun disuruhlah masuk wad sementara untuk diberi drip..Ikut yang aku tahu, biasanya kalau keracunan, drip tu dah separuh,kita kan rasa kurang sakitnya..tapi ni tak..aku boleh rasa, yang sakit tu macam main2...dia macam datang pergi, datang pergi..Sekali sakit bukan cikai2..sakit YA AMAT...ditambah dengan sejuk aircond tu mak aih..kalau kita sakit perut kan, semua deria kita sensitif la jadinya..makin sensitip rasa sakit tu dibuatnya..masa sakit ni unik..bukan sepanjang masa.. aku drip tu dalam kol 11 lebih kalau tak silap, hinggalah lepas doctor naik rehat pukul 2 lebih..Kira waktu tengah hari tu lah yang aku tetiba rasa sakit datang2..Aku dah terpikir benda lain ni..tapi diamkan dulu.

Sepanjang sakit tu, aku tanya nurse, berapa botol nak masuk baru aku boleh hilang rasa sakit. Nurse tambah lagi sebotol sebab aku ngadu xhilang pun sakit..Nurse pun pening, last2 bila doctor dah naik rehat, doctor suruh inject je ubat tahan sakit. Injection tu memang sangat berkesan...and aku tahu, xelok pun injection tu..bahaya inject2 ni..tapi, yang penting, aku jadi segar bugar and sakit tu terus hilang..Aku rasa dunia aku masa tu dah berubah ceria..Macam aku dapat rasa ubat tu mengalir dalam urat aku, and terus lawan rasa2 sakit tu..Aku call member suruh ambil aku bawa balik..Aku keluar dengan ubat, sambiul senyum...Hati manyak happy ma....Perut senang, suka hati...Tapi...sekejap jek rupanya kesenangan tu Allah bagi...Petang bawak ke malam aku ok..Adalah rasa sikit2 tetiba xsedap perut dalam start pukul 10pm tu...tapi sakitnya masih boleh ditahan lagi..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2013 01:31 PM | Show all posts
Start tengah malam...
Perut dah tak selesa... Pergi toilet jangan cakaplah...sangat banyak kali keluar masuk...macam semalamnya, aku rasa nak membuang, tapi setiap kali aku meneran, sakit kat satu kawasan tu sangat2lah nauzubillah...macam kene tikam...panas!sakit..kena cucuk2 aku rasa...tapi bukan dekat ulu hati..aku manalah pernah kena tikam, tapi sakit yang aku rasa masa tu ibarat macam kena tikam banyak kali dekat perut, lepas tu rasa panas macam ada kebakaran kat kawasan tu sahaja..so, berguling2lah aku...menangis sorang2..nak kejut roomate aku kesian..Tapi, bila dah xboleh handle, aku terus kejut dia, and suruh telefon member lain untuk teman aku gi hospital besar....Masa nak ke kereta tu, jangan cakaplah, aku jalan pun meringkuk2...Dalam kereta, aku xdapat nak baring sangat sebab aku pun kene tunjuk arah hospital tu memandangkan kawan2 aku tak biasa lagi dengan tempat ni..Miracle happen, sampai hospital, sakit aku macam hilang pulak...Untungnya waktu ni, memang terus boleh masuk ER sebab tak ramai orang..Nasib baik aku suruh roomate aku bawak sorang kawan lagi, so bertemanlah dia masa aku jumpa doctor kat dalam..Kalau tak, kesian pulak dok sorang2..dahlah hospital...creepy...

Masa Doctor tanya sakit apa, aku pun terangkan dari aku start sakit, aku pergi klinik, apa doctor tu bagi ,and sampailah aku dah ok, and aku sakit balik...Doctor tu tanya lagi benda sama...aku jawab lagi jawapan yang sama..aku ada feeling2 yang doctor ni tengah pening nak diagnose aku sakit apa..and tetiba aku rasa macam dia nak psiko aku, tanya banyak2 kali, supaya aku terperangkap dengan cerita aku sendiri...erla, masa dia cek aku tu, aku boleh pulak tak sakit guling2 macam aku kat hostel tadi..Mungkinlah dia ingat aku saja buat2 macam tenat, pastu nak masuk ER kan,.Hello doctor,...saya takkan kejut orang2 lain semata2 nak pergi hospital pukul 2-3 pagi, jauh pulak tu, semata-mata nak jumpa doctor ok..semata-mata nak buat cerita...Xde masalah..

Fine...masa tu aku dah tak berapa sakit.Syukur tu syukur, tapi aku konpem perut aku tengah menipu time tu..tapi aku terpaksa buat macam aku memang sakit datang2 supaya dia cek aku...aku cakaplah dekat doctor tu, takutlah aku terkena kencing tikus ke, sebab aku handle kerja lab yang melibatkan vector2 tu..doctor tu macam dengar sesajek jek..geram aku...disuruhnya aku buat urine test..boleh pulak aku xde setitis urine pun nak dikeluarkan..Mana taknye, aku dah berapa puluh kali keluar masuk toilet sebelum pergi hospital..Aku taw, dorang tu mostly tengah buat houseman ni..muda2 lagi semuanya...boleh pulak aku dengar sorang doctor ni suggestkan dekat yang incharge aku tu, suruh beri aku minum cafein supaya mudah untuk aku kencing nanti..ok.,

fine,korang boleh buat lawak masa aku tengah sakit...aku tengah sakit perut...gila apa nak bagi cafein...makin sakitlah perut aku...aku risau dia macam serious cadangkan kat kawan dia tu...last2, aku bagitahu, sakit aku datang balik..memang betul sakit balik masa tu, tapi kurang berbanding dekat hostel...mungkin sebab ada doctor kot..aku confident level tinggi..doctor tengok aku dah meliuk-liuk tahan sakit, last2 dia bagi ubat yang sama doctor dekat klinik tu bagi..injection..but, at that moment, bukan injection di punggung seperti siang tadi, tapi injection menerusi drip..oh..lupa, aku dimasukkan drip sekali lagi...ini bermakna, dah 3 botol drip..Doctor tu boleh cakap 'sakit lagi ke?saya  dah bagi awak ubat sama macam doctor klinik tu bagi, air pun dah bagi'...Aku cakaplah, sakit aku masih terasa, walaupun tak seteruk dekat hostel..aku dengarm dia bercakap-cakap sesama doctor lain...and ada perkataan macam psiko2...aku masa tu cuma terfikir, entah2 dia masukkan ubat apentah kat aku, pastu dia nak psiko aku supaya tak sakit, dengan bagitahu yang ubat dia bagi tu, sama dengan ubat yang doctor pagi tadi bagi aku..Dalam hati aku, sabar jekla...ni pukul 3-4 pagi, doctor ni jek yang boleh tolong aku...

Aku dipindahkan ke wad sementara untuk habiskan drip satu botol..Aku menghitunglah berapa jam lagi nak habiskan drip sebotol ni..Bosan betul aku menunggu..sakit memang sakit, meliuk-liuk lagi badan..tapi, bosan tetap bosan..kawasan tu pulak memang dilarang menggunakan phone, last2 aku jadi tugu terpungguk jek tengok patient2 lain..aku tengok jam...dah nak dekat subuh...aku dah boleh solat time tu..puas fikir macam mana nak solat ni kalau drip tak habis2 lagi...fikir dok fikir...masuk subuh, sakit perut aku hilang.....aku rasa macamdah sihat...xpelik ke...tadi sakit, tapi sekelip mata hilang, and tak meninggalkan bisa langsung...Aku makin pelik...

Before aku dibenarkan balik, aku jumpa doctor tu dulu..dia bagitahu, test darah aku semuanya ok..aku tanyalah, macam mana kalau saya sakit balik?Doctor tu jawab "kalau awak sakit, awak akan datang balik ke sini kan?'"(sambil senyum sinis)....Aaaaaarghhhhh!!!aku bengang!!Aku say thanks, dan terus keluar cari member and solat subuh walaupun masa tu dah dekat pukul 7 am..

Sepanjang pagi balik dari hospital tu aku ok...macam orang yang dah sihat walafiat walhal malam tadi,sebelum pergi hospital,aku sakit macam nak mati..Siang tu, ku siap singgah lab sekejap, tengok2 kan bahan eksperimen...jumpa member2 lab semua..siap dapat nasihat suruh rileks jek..xkurang jugak yang loyer buruk nak kutipkan derma sebab ingatkan aku dah terlantar...ceit!!Aku happy haritu...siap order dominos sebab lapar sangat2...tapi aku elakkan dulu benda2 pedas waktu ni..Rupanya, sekejap jek macam tu..masuk asar ke atas, makin rasa xsedap badan...Baru aku perasan..sepanjang aku sakit ni, waktu nak solatlah waktu yang paling siksa bagi aku...sakit,menggigi-gigil.tulang belakang macam xboleh nak tegak.
meringkuk tahan sakit..tapi tak tahu mana puncanya..macam urat2 ni semua freeze, mengecutkan diri supaya xtegak masa solat...lambat pergerakan aku dari start abis wuduk,nak pakai telekung, nak start solat..semuanya siksa!!Aku bagitahu roomate, macam tak boleh nak solat, sakit pinggang pulak,,mungkin sebab banyak sangat meringkuk masa tahan sakit perut kot..and aku baru start perasan, setiap kali nak masuk asar, penyakit akan datang...kalau dekat nak maghrib pulak, aku sesak nafas..macam dada ditekan-tekan...nak mati ke Ya Allah...Teringat pembacaan aku mengenai saat2 sakaratulmaut...di mana dada terasa sesak, rasa sakit yang tak tertanggung...dalam hati aku..ini kah waktunya...mungkin aku takkan jumpa maghrib dah...perasaan aku masa tu, aku redha, walaupun takut sebab bekalan aku sememangnya masih tak cukup, tapi aku tak mampu nak lawan sakit tu..aku gagahkan diri solat maghrib, lepas tu, aku terlentang baring kat tengah2 bilik...sapa nak keluar masuk, memang langkah jelah aku...sebab aku dah start sakt perut masa tu...dengan sakit pinggang yang lagi menambah ketidak selesaan..aku cari port lantai sebab rasa situlah tempat paling best nak straightkan badan..and tempat yang boleh sejukkan perut yang tengah panas bila ditekankan ke lantai..masa tu dah serupa orang patah tulang jek..terdampar jek kat lantai...roomate aku pakat2 ngan member lain, tolong belikan tiket flight untuk aku balik rumah..sangat mahal tiket masa tu..erla, balik on the spotkan...kalau naik bas, dengan keadaan aku macam ni, xmampu rasanya..malam tu sahaja, melayanglah dekat RM200..aku student...duit pun cekau elaun jek..sedih masa tu..tapi parent aku dah paksa balik...aku pulak nak sangat balim sebab xnak susahkan kawan2 nak kena jaga aku, hantar pergi balik hospital..menyusahkan orang..aku xselesa..lagi pon, Allah gerakkan hati aku, suruh aku balik, jumpa ustaz..tu yang paling aku yakin nak buat masa balik rumah nanti...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 01:33 PM | Show all posts
Hari ke-4
Pagi aku nak balik rumah...aku sihat walafiat...pinggang perut elok tak sakit..dalam hati aku, penyakit aku mahal betul...siap nak naik flight baru baik..Aku dah perasan lagi...apesal time siang, pagi, mesti aku sihat...apesal tengah hari, start nak dekat asar, maghrib and tengah malam ke atas, baru aku sakit..ada tak betul ni..

Sampai aku kat rumah, parent aku memang dah sangat risau..aku memang selalu sakit...selalunya aku akan sakit, waktu2 genting...waktu2 aku nak periksalah, waktu2 aku nak naik belajarlah..waktu2 aku tengah genting dengan kerja2 and pembelajran aku...aku perasan,  aku alami ni dah beberapa tahun dah...sakit yang berlainan, tapi, aku akan keluar masuk hospital setiap kali saat2 peak hour tu..itulah sebabnya parent aku risau sangat...nasib baiklah, pagi aku dijemput di airport tu, aku ok, cuma secara fizikal, aku nampak pucat lesi..badan aku susut...tapi aku kuat..aku kena kuat...

Macam biasa, seperti yang dijanjikan, dalam jam 3.15 pm macam tu, perut aku kembali sakit..aku menangis masa ni...sebab aku tahu, sakit tu akan teruk bila tiba waktu2 tertentu..parent aku bawak aku pergi hospital besar..aku meringkuk depan kaunter ER...mas tu attendant datang dengan kerusi roda, disuruhnya aku duduk atas tu, dah ayah aku pun tolak...nasib aku xbaik..masih ramai kes2 yang lebih berat...aku tunggu satu jam lebih untuk dipanggil masuk...aku tak tahan...atas kerusi roda tu aku terdampar...ibu aku dah nangis2 kesian tengok aku terbiar...sebenarnya masa ni aku tak rasa sakit macam aku dekat rumah tadi...aku pun pelik..still rasa, cuma masa ni, aku dah penat sangat, tak larat aku nak berjalan..kaki aku longlai..jalan berpaut dekat parent jek..last2, kami tak tunggu pun nombor dipanggil..kami terus balik, and pergi ke klinik yang berdekatan dengan rumah...masa sampai klinik ni, dah masuk asar kalau x silap aku...aku penat...kesana ke sini..terbongkok-bongkok..dapat jumpa doctor, diulang lagi apa yang aku dah pernah cakap dekat doctor2 sebelum ni..aku tunjuk semua ubat yang docotor lain dah bagi..di tekan-tekan perut aku, last2 end up, dikatanya aku gastrik..sebab dia kata aku tak tahan, di inject lagi...ok..aku dah terima 3 injection dalam masa lebih kurang 3-4 hari ni...3 botol air, dan ubat gastrik yang berbondong2 banyaknye..Tapi, injection kali ni tak jalan..aku balik rumah, baring atas sofa..sakit lagi...xhilang langsung...masa ni dlam pukul 6.30pm...aku sesak nafas...tapi aku tak bagitahu parent sebab xnak diorang risau,...aku suruh diorang carikan ustaz untuk berubat...tapi sayang, ustaz yg dihubungi xdapat berubat malam tu...

Malam tu jugak, parent bawak aku pergi hospital pakar..aku sedih sebab aku tahu, kosnya mesti tinggi..kalau dah pakar, hari minggu, malam pulak tu, konfem mati kena cas tinggi punya..tapi parent aku tak larat tengok aku sakit...aku sedih sangat...terasa sangat menyusahkan..tak habis2 aku menyusahkan.tp aku xmampu nak bertahan...sesampai jek aku di hospital, aku sihat...sihat..tegak aku diri...suka aku sampai hospital masa tu..aku siap cakap kat ibu "ibu, akak dah baik,akak dah tahu, sampai hospitalm mesti ok punyala"..tapi, xkanlah nak balik kan..dah sampai, cek terus...siap buat scan perut semua...doctor pun pelik..aku tak sakit apa2..doctor boleh tanya lagi "awak ni sakit apa??"..

aku dapat ubat gastrik yang paling power..aku tahu, aku xperlu makan ubat tu lagi...semakn aku makan, aku mmg rasa ada gastrik yang melampau..nak muntak..bukan sakit perut mencucuk2 pada waktu2 tertentu pon..sakit tu akan datang dan takkan hilang pun dengan ubat..ubat gastrik tu menyebabkan aku ada gastrik teruk bila makan...sebab aku tahu, aku xgastrik sampai tahap kena makan ubat power tu..

Hari ke-5
Aku terpaksa buat2 happy depan ibu aku walaupun sakit masih bersisa...tengah hari tiba..sakit aku dah start mencucuk2...dah start rasa bara2 pedih tu..aku cepat2 masuk bilik,..aku duduk atas katil...aku ruap muka dengan tangan...masa tutup mata tu, aku nampak sepasang mata yang tajam memandang aku...mata tu panjang, sepet..nampak mata tu jahat!.mungkin bayangan aku...aku tutup semula mata, dan cuba cari mata tu...tak ada pulak...aku terus ambil wuduk dan solat..lepas solat, aku terus ambil laptop, and aku pasang ruqyah melaui youtube...masa ni lah perut aku semakin lama, semakin sakit...semakin aku paksa dengar, semakin sakit..aku tak tahu kenapa, aku mengantuk sangat, dan akhirnya aku tertido...bila aku terjaga, aku pasang semula ruqyah tu,.,,dari keaadan aku tenang, perut aku sakit balik...aku rasa takut...aku terus keluar dari bilik, dan turun bagitahu apa yang aku alami dari tadi dekat ibu..ibu telefonlah semua sedara mara untuk mintak contact ustaz yang ada...

malam tu aku pergi berubat dekat ustaz yang duduk berdekatan dengan rumah aku..ustaz tu kerja pejabat agama..bersama dia ada 2 lagi perawat...sorang lelaki muda, sorang lagi isteri dia.masa aku datang tu, perut aku macam tetiba dah ok...masuk2 rumah dia, aku macam asyik nak pandang dapur dan tangga rumah dia..,,,aku tak tahu kenapa...tapi sejak beberapa tahun ni, aku akui, kadang2 aku dapat rasa kalau ada benda2 halus ni..tapi aku anggap tu cuma perasaan aku jek..macam2 pesakit masa tu...ada sekali tu, sorang pesakit ni salam dengan aku...cepat2 aku tarik tangan, sebab masa aku salam dia, aku rasa macam kena current kat jari..sakit..terkejut..aku tarik tangan, dan senyum jek..rupa2nya sebelu dirawat lagi, ustaz tu dah berbual dengan ayah aku masa ayah aku duduk dekat luar rumah...memang masa aku sampai tu, ustaz dah ada dekat luar, tengah rawat sorang lagi pesakit lain..ustaz tu kata,'panas perut anak awak tu,sakit dia..kesian'...ayah aku pelik lah sebab kami baru jek sampai, xsempat pun lagi nak berbual apa2 masa tu...ayah aku mengiyakan jelah..sepanjang aku tunggu tu, isteri ustaz datang jmpa aku..rupanya dia adalah kawan ibu aku jugak...so, dia berbual2lah...dia pegang aku...dia kata meremang bulu roma akak pegang awak, ada orang nak kenakan awak ni'..aku terkejut...aku dapat rasa ada benda tak betul, tapi tak delah sampai tahap didengki orang..aku ingat tersalah langkah masa aku pergi pasar malam kelmarin jek..

tiba giliran aku dirawat, ustaz suruh cerita apa yang aku alami..ustaz tu diam jek dengar..depan aku ada perawat lagi satu yang diam jek tutup mata..macam tengah merenung sesuatu..ustaz tu kata, ada orang dengki awak ni...lepas tu, yang sorang lagi depan dia kata yang dia nampak makhluk berbulu hitam dekat aku...ustaz tu sambut kata2 kawannya tu' betul, tu pun ada, tapi bukan tu yang menyebabkan dia sakit perut'.. ustaz tanya,sebelum ni ada mimpi apa2 yang pelik tak...aku imbas kembali..memang aku ada banyak mimpi pelik2..aku ada cerita semua yang misteri yang aku pernah alami sebelum ni dalam bod misteri ni...korang boleh belek semula thread2 aku sebelum ni..aku dah start rasa yang semuanya ada kaitan...mimpi2 yang aku alami...ape yang pernah aku nampak...semuanya aku cerita kat parent aku..tapi diorang anggap mainan tidur..tapi ustaz tu kata yang semua mimpi aku tu betul...apa yang aku alami tu betul..aku bagitahu yang aku pernah bermimpi diselamatkan oleh golongan badan kuda berkepala manusia masa ditawan oleh seekor ular yang besar..menurut rakan ustaz tu, tu tanda tak elok...ustaz tanya, sebelum ni ada jenjalan kemana-mana ke...ad benda mengikut...aku ni kaki jalan, mana nak ingat aku pergi mana yang melekatnye benda nak ngikut...sebenarnya, beberapa hari sebelum aku sakit, aku ada mimpi seorang lelaki..aku tak ingat dah mcamna mimpi tu, tapi yang aku ingat, lelaki tu sangat hensem..dalam mimpi tu, macam kelam2..kami dalam satu aktiviti...aku tak tahu macam mana wujudnya watak lelaki tu..2 malam aku bermimpi muncul lelaki yang tak kenal..tapi aku mintak maaf, aku xingat dah mcmna mimpi tu..masa kejadian ni tahun lepas, aku sangat ingat mimpi tu...sekarang, serious aku lupa jalan cerita mimpi tu..beberapa hari lepas tu aku sakit..

aku dirawat..rawatan yang melibatkan sentuhan badan dengan pesakit wanita dilakukan oleh isteri beliau,.aku diberi minum air rawatan..ditepuk2 belakang badan supaya aku muntah...tujuanya adalah untuk aku memuntahkan apa yang aku dah termakan, yang menyebabkan aku sakit perut..selesai aku muntah2, aku jumpa ustaz balik..timbullah semua cerita2 yang aku dah pernah alami masa dekat rumah...ustaz pagi air untuk pagar rumah....ustaz suruh aku ingat balik lelaki dalam mimpi tu...tapi aku tak boleh nak ingat...samar2 jek..isteri dia kata, bukan sorang yang dengki kat aku,..ada perempuan jugak yang xpuas hati,,dia nampak katanya..tu kata dialah...aku xanggap seriuos sangat pun...taknak fitnah..

setel semua dalam pukul 1 pagi lebihlah...balik tu, aku solat sunat, mintak petunjuk..andai patut utnuk aku tahu siapakah yang berniatg jahat dengan aku, tolonglah beritahu aku...tapi aku pun xtahu ape kepentingan untuk aku tahu siapa pembuat naya tu..sebenarnya, mlm tu aku tak boleh tidur...aku ketakutan..perut aku pedih...tapi aku diamkan supaya parent aku xsusah hati..dalam ati aku, xsetel lagi sebenarnya ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 02:00 PM | Show all posts
Hari ke-6
Aku sakit balik..terutamanya bila minum air ustaz tu..perut aku pedih...tapi parent aku suruh sabar lagi sementara nak try cari rawatan lain..
magrib tu pakcik aku bawak pergi jumpa kawannya..aku tak suka cara pakcik aku...ayah ibu aku tak dibenarkan ikut...dan waktu nak dibawanya tu, adalah tengah2 maghrib...aku keraskan hati, xkan ikut kalau ayah aku tak ikut...pakcik aku kecik hati sebab aku macam tak percayakan dia...aku bukan tak percaya, tapi aku aku takut!!!aku dapat rasa yang dia macam nak bawak aku ke tempat yg xberapa nak betul caranya...

Akhirnya, aku berjaya paksa ayah aku ikut.,sebelum aku pergi, aku sempat ambil wuduk..lalu, aku solat dalam kerata tu...pakcik aku tanya, aku senyap jek..aku protes cara dia..aku tahu niat dia baik..aku doa banyak2, janganlah dia bawak aku jumpa pawang pulak...karang tak pasal2 ada benda lain pulak melekat..aku doa semoga ditutupkan hijab perawat tu kalau caranya xbetul..

akhirnya, aku sampai disatu tempat, dalam kelapa sawit, ada rumah2 dalam tu...orang indonesia yang tinggal di ladang sawit..kawasan sawit tu sangatlah seram..erlah, waktu maghrib, mata aku dah nak start melilau tengok atas pokok..tapi aku cepat2 larikan pandangan..takut2lah aku ternampak benda2 tak patut...aku masuk satu rumah...dalam tu ada kawan pakcik tu..kalau tak silap aku, kami panggil dengan gelaran wak..wak tu tanya sikit2, then dia macam senyap...diagnose la kot...dalam masa yg sama, aku xlepas2 baca surah2, ayat qursi dalam hati...selesai dia diagnose tu, dia cakap, sakit aku berpunca dari ayah aku...ayah aku ada bernazar untuk aku, tapi tak ditunaikan lagi...aku pun pelik,,,ayah aku ada ngaku tenatang nazar tu..wak nasihatkan supaya ayah aku cepat2 bayar nazar tu...ayah aku bernazar untuk bagi drma bila dah berkemampuan...tapi sebab macam2 masalah muncul, tu yang dibayar2 lagi nazarnya...ayah aku mengaku, dia pun macam ada rasa aku sakit sebab nazar nye tu...wak tu bagi aku air yg dia jampi...aku pasang telinga betul2 dengar jampi yg dibaca...apa yang aku dapat tangkap, memang ada selit2 ayat quran awal2.then, tetiba ada nama malaikat2 pulak...macam diseru2...aku kaget kat situ,...disuruh minum air jampi, aku selawat, mohon redha dah tawakal pada Allah..aku rasa dia tahu aku curiga...dia terangkan suruh buat rawatan tradisonal (rebus bawang dengan kunyit, letak garam yang dia dah jampi) ..disebabkan dia tahu aku curiga, dia ckap' kalau tanya doktor pun, doktor tahu kebaikan ubat yang dia suruh buat'...aku terkejut jugak...dia boleh baca gerak hati aku rupanya..dia suruh aku tabur sedikit lagi garam yang berbaki ke tempat tidur dan pintu hostel aku..aku iyekan jek...

kami disuruh tunggu diluar, sementara pakcik aku berbual kejap dengan wak tu..aku dengan ayah aku dok luar rumah yang dikelilingi kelapa sawit..sepanjang balik tu, pakcik aku cakap, sebab ayah aku, 'benda tu' dah makan sikit2 kau...cepat setelkan nazar bapak kau...dalam hati aku, wak tu bukan baca aku, tapi bapak aku...aku dah doa semoga Allah tutup hijab wak tu terhadap aku..sebab tu, yg wak tu nampak adalah ayah aku, bukan sepenuhnya tentang aku...aku diamkan jek cakap2 pakcik aku..aku protes kenapa ada guna garam2 bagai..

sebenarnya malam tu, kami ada appoitment dengan pusat rawatan lain dekat masjid yg berdekatan rumah aku..pakcik aku xbenarka aku pergi berubat kat situ...katanya, tunggu dulu rawtan wak tu..aku pulak keras hati, aku ajak ibu ayah bawak jugak aku jumpa ustaz tu..sebenarnya, masa aku sampai situ, giliran aku dah hampir terlepas,,,nak dicancel nama aku untuk diberi ke pesakit lain yang tak mendaftar awal...mungkin rezeki aku dekat situ, masa dipanggil nama aku, kami sefamily memang baru jek sampai masjid tu...Mulalah sesi rawatan aku dengan ustaz...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 02:42 PM | Show all posts
Hari ke-6
Aku sakit balik..terutamanya bila minum air ustaz tu..perut aku pedih...tapi parent aku suruh sabar lagi sementara nak try cari rawatan lain..
magrib tu pakcik aku bawak pergi jumpa kawannya..aku tak suka cara pakcik aku...ayah ibu aku tak dibenarkan ikut...dan waktu nak dibawanya tu, adalah tengah2 maghrib...aku keraskan hati, xkan ikut kalau ayah aku tak ikut...pakcik aku kecik hati sebab aku macam tak percayakan dia...aku bukan tak percaya, tapi aku aku takut!!!aku dapat rasa yang dia macam nak bawak aku ke tempat yg xberapa nak betul caranya...

Akhirnya, aku berjaya paksa ayah aku ikut.,sebelum aku pergi, aku sempat ambil wuduk..lalu, aku solat dalam kerata tu...pakcik aku tanya, aku senyap jek..aku protes cara dia..aku tahu niat dia baik..aku doa banyak2, janganlah dia bawak aku jumpa pawang pulak...karang tak pasal2 ada benda lain pulak melekat..aku doa semoga ditutupkan hijab perawat tu kalau caranya xbetul..

akhirnya, aku sampai disatu tempat, dalam kelapa sawit, ada rumah2 dalam tu...orang indonesia yang tinggal di ladang sawit..kawasan sawit tu sangatlah seram..erlah, waktu maghrib, mata aku dah nak start melilau tengok atas pokok..tapi aku cepat2 larikan pandangan..takut2lah aku ternampak benda2 tak patut...aku masuk satu rumah...dalam tu ada kawan pakcik tu..kalau tak silap aku, kami panggil dengan gelaran wak..wak tu tanya sikit2, then dia macam senyap...diagnose la kot...dalam masa yg sama, aku xlepas2 baca surah2, ayat qursi dalam hati...selesai dia diagnose tu, dia cakap, sakit aku berpunca dari ayah aku...ayah aku ada bernazar untuk aku, tapi tak ditunaikan lagi...aku pun pelik,,,ayah aku ada ngaku tenatang nazar tu..wak nasihatkan supaya ayah aku cepat2 bayar nazar tu...ayah aku bernazar untuk bagi drma bila dah berkemampuan...tapi sebab macam2 masalah muncul, tu yang dibayar2 lagi nazarnya...ayah aku mengaku, dia pun macam ada rasa aku sakit sebab nazar nye tu...wak tu bagi aku air yg dia jampi...aku pasang telinga betul2 dengar jampi yg dibaca...apa yang aku dapat tangkap, memang ada selit2 ayat quran awal2.then, tetiba ada nama malaikat2 pulak...macam diseru2...aku kaget kat situ,...disuruh minum air jampi, aku selawat, mohon redha dah tawakal pada Allah..aku rasa dia tahu aku curiga...dia terangkan suruh buat rawatan tradisonal (rebus bawang dengan kunyit, letak garam yang dia dah jampi) ..disebabkan dia tahu aku curiga, dia ckap' kalau tanya doktor pun, doktor tahu kebaikan ubat yang dia suruh buat'...aku terkejut jugak...dia boleh baca gerak hati aku rupanya..dia suruh aku tabur sedikit lagi garam yang berbaki ke tempat tidur dan pintu hostel aku..aku iyekan jek...

kami disuruh tunggu diluar, sementara pakcik aku berbual kejap dengan wak tu..aku dengan ayah aku dok luar rumah yang dikelilingi kelapa sawit..sepanjang balik tu, pakcik aku cakap, sebab ayah aku, 'benda tu' dah makan sikit2 kau...cepat setelkan nazar bapak kau...dalam hati aku, wak tu bukan baca aku, tapi bapak aku...aku dah doa semoga Allah tutup hijab wak tu terhadap aku..sebab tu, yg wak tu nampak adalah ayah aku, bukan sepenuhnya tentang aku...aku diamkan jek cakap2 pakcik aku..aku protes kenapa ada guna garam2 bagai..

sebenarnya malam tu, kami ada appoitment dengan pusat rawatan lain dekat masjid yg berdekatan rumah aku..pakcik aku xbenarka aku pergi berubat kat situ...katanya, tunggu dulu rawtan wak tu..aku pulak keras hati, aku ajak ibu ayah bawak jugak aku jumpa ustaz tu..sebenarnya, masa aku sampai situ, giliran aku dah hampir terlepas,,,nak dicancel nama aku untuk diberi ke pesakit lain yang tak mendaftar awal...mungkin rezeki aku dekat situ, masa dipanggil nama aku, kami sefamily memang baru jek sampai masjid tu...Mulalah sesi rawatan aku dengan ustaz...

Sesi rawatan tu guna sebotol air, limau purut (kot) beberapa biji. Ambil no, bayarlah RM15 untuk air dan limau tu..setiap sesi rawatan, 4 orang pesakit dibenarkan masuk..pesakit diwajibkan bawa mahram masuk sebab dalam tu yang merawat adalah ustaz dan adik ipar serta beberapa orang lelaki lagi...kami ber-4 disuruh duduk dikerusi..bahagian depan kami ditutup dengan sejadah..nak cover aurat yang mungkin akan terdedah bila sesi rawatan bermula nanti..pada awal rawatan, ustaz bertanya setiap orang mengenai sakit yang dialami..aku orang last, duduk paling jauh dari ustaz. sebelum merawat, ustaz dah ingatkan, dia akan bacakan ruqyah..jangan ikut walaupun tahu ayat tu.hayati apa yang dibaca...andai ada yang merasai apa2 semasa dibaca ruqyah dibaca, dia akan datang dekat orang yg palin teruk keadaannya masa tu..kami dikehendaki memejamkan mata sepanjang sesi rawatan..dan mahram kami dikehendaki untuk memegang kami dengan kuat sepanjang tempoh rawatan..

bayangkanlah aku orang last..masa ustaz start baca ruqyah, aku dengar orang paling kiri aku dah jerit2 sakit. yang betul2 sebelah aku asyik sedawa2 jek...aku jek yang paling normal masa tu..dalam hati dah bersyukur dah sebab mungkin aku xsakit macam tu...sebab xda rasa apa2, melainkan rasa lenguh di kepala..mungkin sebab aku duduk tegak jek..mungkinlah...aku dapat rasa, pesakit2 disebelah kiri aku dah menggelupu2 kat bawah, nangis2 sakit katanya...aku takut, tapi ayah aku depan aku masa tu, so aku yakin lah untuk terus berada disitu..

selesai rawatan orang ketiga, tibalah giliran aku..ustaz start baca ayat yang sama dibacakan dekat 3 orang sebelum ni...jadinya aku macam dah boleh ikutlah..tapi aku kuatkan diri xikut..ustaz pegang kepala dan macam lalukan something dekat area bawah telinga dan tulang leher...masa ni lah, aku jerit sakit.sakit sangat2.rasa macam tulang yang lebam ditekan sekuat-kuatnya...lama pulak tu ustaz tu alinkan benda keras tu dekat kawasan tu...sepanjang2 benda tu dialinkan,aku tutup mata, aku tak nampak dia guna apa...aku bayangkan dia guna tulang buku lima dia dekat setiap kawasan yang aku menjerit sakit tu...dalam hati aku, ustaz ni kasar, buatlah slow2, aku sakit giler kot...

dari kawasan kepala sebelah kanan, beralihlah ke tangan kiri aku. dipicitnya jari hantu tangan dengan jari manis..aku menjerit sakit.memang kuat suara aku..sampai orang luar pun dengar..kemudian beralih ke belakang lutut kanan...ni lah saat2 kesakitan yang paling azab sekali aku rasa.. aku tak dapat nak describekan kesakitan tu..apa yang aku ingat, memang sangat sakit, aku menangis sekuat hati, menjerit..ayah aku cerita, air mata aku berjujuran jatuh atas tangan dia, sebab ayah aku yang pegang aku..aku jerit cakap 'sakit ayah...akak sakit...ayah...tolong...sakit...'...benda keras yang digunakan ustaz tu dilalukan pula ke pinggang...meliuk2 liuk aku tahan sakit+ geli..aku memang xboleh dipegang bahagian tu..macam kena geletek jek..then ada satu part yang dipicit jari kaki belah kiri...sama sakitnya macam dipicit jari tangan kiri...kemudian, belakang aku ditepuk2, xtaw dengan apa ustaz tu tepuk, tapi sakit sangat2...dahlah aku sakit perut, sakit ditekan tempat2 dia rawat, pastu tamabh ditepuk pulak belakang aku..aku hampir2 nak duduk kat lantai sebab maliuk-liuk tahan sakit..dalam rawatan tu, ada diazankan aku...last sekali, aku dengar ustaz suruh ayah aku pangil aku bukak mata...sebab dorang suruh bukak mata kau tak respon...ustaz suruh panggil aku dengan nama, baru aku bukak...

bila kau bukak mata, aku tengok, tinggal family aku je masa tu...badan aku sakit macam baru lepas kena belasah...lebam2 aku rasa,..ustaz tanya, 'kawan2 panggil awak apa er'..aku dah pelik dengan soalan tu, tapi aku lemah, aku just jawab jek soalan tu..then, ibu aku tanya, kenapa anak saya ustaz..ustaz just cakap' awak xperasan ke, dah lama benda ni ikut awak.nasib baik xmasuk, kalau lama sikit, bahaya, awak takkanlah tak perasan yang awak sakit2 kepala semua..dah lama dah awak macam ni...kenapa baru sekrang nak datang..kenapa pergi hospital, nanti macam2 ubat diberinya, entah apa2 lagi sakitnya nanti'...
aku pulak kena marah...mana aku tahu...tapi cara ustaz cakap tu, macma dia tahu, yang aku sebenarnya dah lama sedar tentang hal ni...dia tak adalah cakap pasal aku dikenakan oleh someone ke...tapi dia kata, ni sihir..aku paham sendiri lah..

aku disuruh mandi tengah2 malam tu jugak dekat masjid..mandi air limau, kemudia limau tu ditanam ditanah...ada 4 bijik limau semuanya, semuanya perlu dibuat mandi...limau perlu diperah dalam sebaldi air, dan selawat, dan perah ikut putaran jam, 7x beserta selawat..lepas mandi, kulit limau kena buang ikut 4 cara..tanah, angin, air, api...syaratnya, setiap petang kena mandi guna sebiji limau setiap kali mandi, dan mandi kena di surau atau masjid sahaja,.tak boleh di rumah..makanya, setiap petanglah aku bertemankan ayah aku pergi masjid untuk mandi...ayah aku akan buatkan semuanya, aku tinggal mandi jek,..start malam berubat tu, lepas mandi, perasaan akuu tak tenteram.. malam tu, ibu aku mimpi..dalam mimpi tu, ada ular warna putih, dah mati...and ada anak kucing, warna putih, main kuis2 bangkai ular yang dah mati tu..

alhamdulillah, aku dah ok siang tu...walaupun ada rasa benda gerak2 dalam badan, tapi sakit perut kurang..cuma badan aku rasa sakit macam masa aku kat hostel...baring xkena, duduk xkena...hari kedua lepas mandi limau, aku terus seram sejuk...,aku mkenangis jek...aku takut.aku takut sangat2,,,aku membontoti jek ibu kemana2,,,aku xbukak telkung...aku rasa sejuk dan seram..aku nangis nak ayah aku...perasaan aku masa zaman kanak2 dulu datang.,dulu aku nak kan ayah aku jek...aku akan nangis bila ayah aku pergi kerja...macam tulah aku rasa.. masa ni, ayah aku pergi solat dekat masjid,,,ibu aku suruh aku kuat...once ayah aku balik, aku dah beransur ok..and alhamdulillah, aku kembali sihat lepas tu...cuma ada dalam salah satu hari semasa tempoh rawtan 4 biji limau tu, aku membuang banyak kali, sedangkan aku xada makan apa2 pun.aku makan sekali jekm tapi aku buang macam aku ni makan berpinggan2..padahal sepanjang aku sakit, berat aku susut 5kg..entah ape pulak yang aku buang....ibu aku risau aku sakit lagi,,,






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 02:47 PM | Show all posts
hurm.. ujian kehidupan utk tt.. harap bertabah tau.. ada org jahat hidup dia aman damai. ada org baik hidup dia ditimpa musibah. jd bertabahlah. ALLAH maha mengetahui apa terbaik utk hambanye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-3-2013 02:53 PM | Show all posts
aku just kuatkan amalan mana yang mampu, baut solat2 sunat, sambil teruskan rawatan untuk kali ke-2 dan ke-3...rawatan kali kedua, aku masih menjerit sakit, cuma sakitnya kuranglah berbanding rawatan yang pertama..lupa nak bagitahu, menurut ayah aku, ustaz tu just alinkan limau tu ke kawasan2 yang aku jerit..lalukan jek,.,tak nampak macam ustaz tu tekan kuat2 sampai aku jerit macam ape jek...and masa ustaz tekan jari tu pon, aku cuba lagi sekali tekan sekuat hati, xrasa apa pun...sikit on xsakit...korang cubalah tekan jari kuat2..xsakit kan.,...tapi tempat ustaz tekan tu tinggalkan kesanla..lebam and bertanda,,..

masa rawatan ke-3, sempatlah aku berbual dengan ustaz sebab aku betul2 depan dia kali ni..ustaz kata, aku termakan benda tak elok..aku adalah terdengar dia macam kata, ada orang saja nak kenakan aku...lain kali hati2 makan...lagi pon, kawasan aku duduk tu memang popular katanya dengan santau..Allah nak suruh awak dkatkan diri dengan DIA..memang aku akui, aku sedikit dekat dengan Allah masa aku sakit...hailah badan...banyak noh setan kot selama nih..

aku sempat tanya ustaz, macam mana nak tahu, kalau benda tu memang dituju khas untuk kita, bukan dituju rambang...menurut ustaz, kalau memang khas dekat kita, akan tepatlah kena terus dekat kawasan yang ditujukan, waktu tu jugak..aku macam ada terdengar dia cakap, slow jek (awak ni dituju khas)...kalo telinga aku menipu, maaflah, ape yang aku sampaikan ni pun mungkin silaplah)..

so, aku dapat simpulkan yang sakit aku ada 2 punca,..satunya disihir (mungkin) dan secara tak langsung ada benda mengikut dah lama...mungkin misteri2 selama ni, yang aku alami, adalah disebabkan adanya benda2 tu disisi...wallahualambisawaf.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2013 02:55 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 31-3-2013 02:47 PM
hurm.. ujian kehidupan utk tt.. harap bertabah tau.. ada org jahat hidup dia aman damai. ada org bai ...

Terima kasih...Cuma hidup kena berjaga-jaga...kepercayaan semacam hilang sejak kejadian tuh...sama2lah kita muhasabah diri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2013 03:51 PM | Show all posts
Misterius sggh skt tt ni..tp pcyala,tuhan beri dugaan spya kite lbh dekat padanya..anggap tu kafarah ats dosa2 kite yg lalu..mungkin dosa kite lbh byk dr pahala kite.nila masenye tuhan nk upgrade amalan kite..brbaik sgka dgn Allah lbh baik..wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 04:27 PM | Show all posts
skarang dah ok ke sakit tt?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 05:13 PM | Show all posts
Kisah yang amat menarik walaupun TT terpaksa menanggung kesakitan...tak jemu membaca.....kalau ada kisah selanjutnya jgn lupa update...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannye kt tt..anggapla ini ujian dr Allah s.w.t..semoga tt cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 06:07 PM | Show all posts
feyo posted on 31-3-2013 02:53 PM
aku just kuatkan amalan mana yang mampu, baut solat2 sunat, sambil teruskan rawatan untuk kali ke-2  ...

sekarang mcm mana TT, masih ada lagi sisa2 penyakit TT??
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2013 10:22 PM | Show all posts
kesian TT..harap terus bersabar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 09:47 AM | Show all posts
beskotmarrie posted on 31-3-2013 03:51 PM
Misterius sggh skt tt ni..tp pcyala,tuhan beri dugaan spya kite lbh dekat padanya..anggap tu kafarah ...

Terima kasih beskotmarie..betullah tu...sedar diri jugak..semua ni mungkin asbab untuk hapus2kan dosa jek kan..tapi...sakit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 09:54 AM | Show all posts
perembes posted on 31-3-2013 04:27 PM
skarang dah ok ke sakit tt?

Sekarang alhamdulillah dah ok...sakit2 perut tu memang xada lah lepas rawatan pertama lagi dah berkurang terus...mungkin ada keserasian dan kena kuat semangat sikit kot..sakit tu lebih kurang 3 minggu jek..mngkin Allah saja nak uji...Tapi memang kena kuat betul2 nak layankan semua ni...sememangnye boleh giveup dengan belanja penyakit nih dalm seribu lebih.., nilai tu memang sikit nak dibandingkan dengan pesakit2 yang lain2 yg dah berpuluh2, ratus2 ribu habis sebab sakit...tapi dalam masa xde duit tu...abis korek elaun jek..kalau dah pergi sana sini doctor diagnose sama, memang akan rasa giveup..tapi masa nilah kita kena lawan sebenarnye..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2013 09:56 AM | Show all posts
medangmru posted on 31-3-2013 05:13 PM
Kisah yang amat menarik walaupun TT terpaksa menanggung kesakitan...tak jemu membaca.....kalau ada k ...

trima kasih medang bagi tacang.....alhamdulillah dah ok sekarang...kalau sakit, nak menaip ni pun xlarat..hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 09:57 AM | Show all posts
MissDoraisamy posted on 31-3-2013 05:41 PM
Siannye kt tt..anggapla ini ujian dr Allah s.w.t..semoga tt cpt sembuh

Thanks miss doraisamy.....syukur semuanya selamat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 10:06 AM | Show all posts
MissVixen posted on 31-3-2013 06:07 PM
sekarang mcm mana TT, masih ada lagi sisa2 penyakit TT??

sebenanrnye, beberapa hari lepas dah ok tu, tetiba sakit perut datang balik...walhal aku dah beli tiket untuk balik..tapi terpaksalah burn tiket tu...parent tak akan nak lepaskan kalau sakit lagi...tak tahulah..aku geram jugak masa tuh...tapi sakit sekejap je lah...seminggu lepas tuh, dapat balik dengan selamat..alhamdulillah..

tapi dalam bulan 11 tahun lepas kalau xsilap..sekali lagi aku kena sakit perut, membuang2...sememangnya sakit perut dah jadi fobia buat aku...ada sekali tu, aku membuang sebatang kayu yang panjangnya dalam i ruas jari..lebih kurang 1cm la kot..aku ingatkan batang sayur, cubalah dipatahkan...tapi tak berjaya jugak..masa cuba patahkan tu, aku rasa kerasnya macam batang lidi sate tu ha!..apekah yang aku makan??panjang and keras macam tu, macammana gamaknye boleh lepas mulut aku?xkanlah aku makan pakai telan jek kan..aku buang jek kayu tu...teringatkan sisa2 sakit mungkin...ustaz ada bagi minyak wangi suruh pakai di telinga dan nadi tangan..sebab takutlah diganggu lagi nanti..mungkin sebab dah pernah terkena..sekarang ni, aku jaga2 diri jek supaya bolehlah aku habiskan study dengan jayanya tanpa gangguan atau sakit2 mengejut yang selalu datang time peak2 hour ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2013 10:08 AM | Show all posts
langit_biru18 posted on 31-3-2013 10:22 PM
kesian TT..harap terus bersabar..

terima kasih langit biru..memang tabah tu yang buat kita kuat and aura positif makin naik...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.052381 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list