View: 2974|Reply: 1
|
TWIN TOWER@LIVE 2013 SIDANG MEDIA BERSAMA ARTIS ANTARABANGSA
[Copy link]
|
|
Hilton Hotel Kuala Lumpur - Tahun ini merupakan tahun ke-3 konsert Twin Tower @Live (#ttlive) yang diadakan di hadapan KLCC. Dan untuk julung kalinya satu sidang media bersama artis antarabangsa diadakan. Tentu saja para media tidak ingin melepaskan peluang ini. Sidang media bersama dengan kumpulan UKISS, Demi Lovato dan Backstreet Boys diadakan di Hilton KL Sental pada 22 Mac 2013, hari pertama konsert #ttlive yang akan diadakan pada malamnya. Namun salah sebuah artis antarabangsa iaitu 2NE1 tidak dapat menghadiri sidang media ini kerena dikabarkan mereka cuma akan sampai di Malaysia pada keesokan harinya.
Keterujaan kehadiran para media adalah lebih kepada Backstreet Boys sebenarnya.(oke..diri ini mengaku..; ). Sesi temuramah yang sepatutnya bermula pada 2 petang tertunda selama sejam namun suasana diceriakan oleh gelagat usik mengusik oleh Serena C dari Hitz FM yang bertindak sebagai pengacara. Telatahnya yang ceria dan lucu memberitahu yang beliau baru saja membuat carian tentang artis yang beliau bakal temui dan baru mengetahui bahawa 2 ahli UKISS telah meraikan ulangtahun mereka baru-baru ini. Oleh itu beliau mengingatkan para media supaya jangan lupa mengucapkan selamat hari jadi dalam 2 bahasa kepada Shin SooHyun dan Eli.
Memulakan sesi temuramah yang pertama dimulakan dengan kumpulan UKISS. Kumpulan ni yang tidak asing lagi bagi peminat di Malaysia kerana kedatangan mereka kali ini adalah merupakan kali ke-5 sehingga mereka juga sudah menganggap Malaysia merupakan rumah kedua mereka dan sudah terbiasa dengan suasana di Malaysia sehinggakan sesi temuramah banyak didominasikan oleh Serena C yang banyak melontarkan soalan kepada AJ yang baru kembali dari Universiti of Columbia yang menuntut dalam jurusan psychology. Bila Serena bertanyakan kenapakah AJ memilih jurusan psychology. AJ berkata dia suka membaca gerak laku sambil cuba membaca fikiran orang. Tika Serena bertanya adakah AJ boleh membaca apa yang difikirkannya sekarang. AJ cuma tertawa besar.
Sepanjang sesi tersebut juga Kevin bertindak sebagai jurucakap dibantu oleh AJ dan Eli banyak bercakap berkenaan dengan album penuh ketiga terbaru mereka iaitu "Collage" yang telah dilancarkan awal Mac tahun ini. Ditanya apakah track kesukaan mereka dalam album tersebut. Sambil tertawa dimulai oleh Eli memilih track 'Party All The Time" yang juga diperstujui oleh AJ kerana lagu tersebut adalah lagu duet mereka. Soohyun pula memilih track 'Missing You". Manakala Kevin memilih lagu solonya 'My Reason' lagu yang ditulis berdasarkan pengalaman cinta pertamanya. Dongho memilih 'Because I Love You'. Kiseop & Honn pula sebulat suara memilih "Standing Still". Seketika satu suara nakal dan tawa yang bergema dari media ketika ditanya kepada Kiseop tentang kegemaranya menaikturunkan gambar peribadinya yang berada di bilik tidur atau sedang mandi. Kevin yang juga tertawa memberitahu bahawa Kiseop sebenarnya seorang yang sangat nakal kerana suka mengusik peminatnya. Dia berpikiran peminat menyukai mengetahui benda-benda seperti itu.
Pada tahun 2013 ini UKISS kini dalam siri konsert jelajah "U-KISS Zepp Tour 2013" di Jepun selepas AJ kembali menyertai UKISS. Ditanya adakah mereka mempunyai rancangan untuk mengadakan konsert solo mereka di Malaysia disebabkan UKISS sudah berkali-kali datang Malaysia. Dengan nada yang perlahan Kevin menyatakan bahawa mereka memang ingin berbuat demikan tapi buat masa ini mereka belum ada merancangnya lagi. Sebelum sesi berakhir mereka ditanya siapakah artis yang mereka teringin untuk berkerjasama. Dengan cerianya mereka teringin sekali berkerjasama dengan kumpulan Backstreet Boys kerena mereka merupakan ikon yang paling mereka sanjungi sejak mereka masih diusia remaja lagi. Apabila diberitahu bahawa selepas mereka, Backstreet Boys akan muncul. Mendengar itu saja mereka kelihatan sangat teruja tapi terkilan seketika bila mengetahui bahawa kumpulan idola mereka cuma akan membuat persembahan pada hari kedua sedangkan sehabis sahaja persembahan UKISS malam ini mereka akan berkejar balik ke Korea. Kevin memberitahu bahawa mereka pernah menyanyikan lagu 'As Long As You Love Me' semasa mula-mula mereka membuat penampilan umum. Manakala Eli pula memberitahu bahawa mereka sering berlatih mengunakan lagu-lagu Backstreet Boys semasa mereka masih menjadi 'trainee'. (fanboy mood mereka begitu terserlah sebaik saja bertemu secara live bersama Backstreet Boyz..hehe )
Kata-kata terakhir dari Kevin adalah :
Bila kami membuat persembahan diluar Korea. Kami selalu berkongsi pentas dengan banyak artist terkenal. Tapi kali ini kami merasai perbezaan yang sangat ketara untuk persembahan disini kerana ianya sangat sangat bermakna dimana pada kali ini kami akan bakal berkongsi dan berdiri diatas pentas yang sama walaupun berlainan hari bersama-sama dengan Backstreet Boys, ikon yang sangat sangat kami hormati. Kami juga sangat berbesar hati dan bangga kerena UKiss dijemput untuk membuat persembahan dimana seluruh dunia berkumpul oleh itu kami berjanji akan memberikan persembahan yang terbaik sebagai wakil dari Korea.
Selepas U-KISS, Demi Lovato pula muncul. Demi Lovato akan bakal membuat persembahan pada hari yang sama dengan UKISS. Tidak banyak soalan yang ditanya dan kebanyakkannya soalan daripada peminat. Semua soalan lebih kepada apa yang beliau lakukan selepas bangun dari tidur, bagaimana beliau mengimbangi tugasannya sebagai hakim untuk The X Factor dan nyanyian beliau. Demi yang pertama kali menjejak kaki ke Malaysia mengambarkan Malaysia sebagai negara yang panas tetapi bersih. Dia juga agak terharu kerana tidak menyangka mempunyai peminat di Malaysia. Beliau juga berkata sekiranya dia tidak masuk studio, dia suka menghabiskan masa dengan ahil keluarga dan teman rapatnya sambil sesekali melakukan kerja rumah. Bagi yang tidak tahu Demi Lovato merupakan bintang Disney Channel berlakon disamping Jonah Brothers. Popular dengan lagu hitnya iaitu 'Skycraper". Beliau akan bakal berkurung didalam studio untuk menyiapkan album ke-4nya yang masih belum diberi tajuk album. Atas sokongan yang tidak berbelah bagi, Demi sempat memberi pelukan terima kasih kepada peminatnya diatas pentas.
Artis terakhir dan yang ditungu-tunggu oleh para media (nah ni termsk ler diri ini ya...fangirl sgt..haha ) iaitu kemunculan Backstreet Boys. Tampil saja diatas pentas, Brian terus memberi pose gila-gila kepada para media. Dan pada masa ini kesemua media bertambah enegatik dan berkumpul dihadapan. (baik mengaku ini adalah termasuk diri ini..hehe). Kedatangan BSB ke Malaysia adalah merupakan untuk kali ke-3. Pertama pada tahun 2005 dan tahun 2008. Disaat Serena C bertanya siapa yang ingin bertanyakan soalan tanpa berfikiran panjang (dalam otak memang dah rangka soalan ini.. ) dengan pantas mengangkat tangan dan tapi apa yang membuatkan saya terkedu sampai terlupa seketika apa nak soal bila dengan hormatnya Brian turun menghulurkan mike hingga ramai yang bersuara berkata Brian sangatlah gentlement...hahaha...
CARI Malaysia :
Sebelum itu saya ingin mengucapkan tahniah untuk ulangtahun ke-20 Backstreet Boys.
Tahniah kepada Howie diatas kelahiran anak lelaki pada Feb 16. ( Howie tersenyum gembira dan mengucapkan terima kasih).
Tahniah juga kepada Nick yang baru bertunang pada Feb 20. ( Nick tersipu-sipu dan tersenyum)
BSB akan bakal melancarkan album terbaru pada April ini dan akan mengadakan seri konsert jelajah dunia pada Mei.
Soalan saya adalah apakah BSB akan memasukkan Malaysia dalam senarai negara untuk konsert jelajah BSB?.
Jawaban :
Buat masa ini kami belum ada perancangan lagi untuk Asia. Lagipun untuk tahun ini konsert akan tertumpu di sekitar US dan dan perancangan kami selewat-lewatnya pada tahun hadapan kami berjanji kami akan mengunjungi Malaysia untuk konsert kami nanti. Kata Brian lagi kedatangan mereka ke Malaysia pada kali ini tersangat singkat jadi di masa konsert mereka nanti mereka akan punya lebih masa untuk mendekati peminat-peminat mereka.
Tahun 2013 adalah merupakan tahun bertuah kepada BSB kerana banyak perkara baik yang berlaku kerana biarpun usia kumpulan ini sudah mencecah 20 tahun namun mereka masih lagi bersama dan peminat juga masih setia mengikuti perkembangan mereka jadi tidak hairanlah kalau nama Backstreet Boys akan bakal tertera di Hollywood Walk Of Fame pada April 22 ini. Ditanya apakah perasaan mereka. BSB berkata ini adalah pengiktirafan yang tertinggi mereka terima sudah tentu membuatkan mereka merasa bangga dan beranggapan penghormatan ini adalah merupakan kejayaan terbesar sepanjang 20 tahun mereka dan ini juga membuatkan mereka semakin berusaha untuk memberikan terbaik kepada peminat.
Nick berkata biarpun kehidupan mereka telah banyak berubah dengan usia yang meningkat tua dengan masing-masing kini sudah mempunyai keluarga yang bahagia kecuali dirinya yang baru bertunang namum mereka tetap Backstreet Boys yang sama yang peminat kenali sejak 20 tahun lalu. Mempersembahkan dan mencipta muzik mengikut peredaran masa dan terus berkembang untuk membuatkan mereka berjalan seimbang dengan peminat lama dan baru. Apatah lagi peminat sering menjadikan mereka sumber inspirasi.
Kevin pula memberi galakan kepada generasi muda sekarang ini perlu lebih berani dalam mempertaruhkan muzik yang mereka sampaikan. Sentiasa mencuba menghasilkan sesuatu yang berbeza dalam menampilkan genre muzik sendiri dan anda akan pasti berjaya dan berpuas hati.
Pada sesi akhir temuramah, BSB diberitahu bahawa kumpulan UKISS dari Korea adalah merupakan peminat setia mereka. Pada sesi bergambar beramai-ramai kelihatan betapa terujanya kumpulan UkISS dapat berjumpa secara live dengan idol mereka. Ketika sibuk bergambar pun kelihatan Brian berkata sesuatu kepada Kevin dan AJ. Apakah kita akan bakal melihat impian UKiss akan terlaksana untuk berduet dengan idola mereka dimasa akan datang? Kita tunggu saat dan ketika itu ya. Semoga impian mereka terlaksana dan impian peminat Malaysia juga tercapai untuk melihat Backstreet Boys dan UKISS mengotakan janji mereka untuk mengunjungi Malaysia pada konsert mereka akan datang nanti.
Terima kasih diucapkan kepada Jojo Events Sdn Bhd dan diuruskan oleh Citrine One Sdn Bhd kerana sudi menjemput CARI Malaysia untuk menghadiri Sidang Media ini.
Artikel oleh : isabel
Editor : isabel
Photo : isabel
Last edited by isabel on 3-4-2013 04:12 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|