CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7398|Reply: 3

Kacamata : Lambang gaya peribadi

[Copy link]
Post time 4-4-2013 09:45 AM | Show all posts |Read mode
ZAMAN ini bukanlah satu perkara yang pelik apabila melihat seseorang yang tidak rabun memakai kaca mata berbingkai besar.

Sesetengahnya pula, jika dilihat dengan jarak dekat, hanya memakai bingkainya manakala cerminnya pula sudah dibuang

Namun, itulah trend terkini bagi penggemar cermin mata. Tidak seperti kebanyakan pengguna yang lebih gemar memakai kanta lekap yang mudah didapati dalam pelbagai warna, cermin mata dapat membuatkan saiz mata kelihatan lebih besar.

Cermin mata bukan lagi memberi maksud pemakainya mengalami masalah penglihatan seperti sensitif pada silau atau rabun. Ia kini adalah sebahagian aksesori yang menjadi pelengkap gaya individu.

Pilihan cermin mata tampil dalam pelbagai rekaan terutama rekaan klasik yang menjadi kegilaan masa kini. Bingkai ringkas rona hitam bersaiz besar seringkali dilihat menjadi pilihan dalam kalangan remaja.



Bagi pelakon dan pengacara, Zoey Rahman, dia menjadikan cermin mata sebagai aksesori wajib kecuali ketika sedang menjalani penggambaran yang memerlukan dia menanggalkan cermin mata.

“Saya sudah memakai cermin mata sejak menuntut di kolej. Kekerapan menggunakan komputer untuk melakukan tugasan kolej dan ketika penggambaran membuatkan saya mengalami masalah silau dan perlu memakai cermin mata.

“Tetapi dulu, saya hanya menggunakan cermin mata akibat silau. Kini, saya mempunyai beberapa koleksi cermin mata pelbagai saiz dan rekaan yang boleh disesuaikan dengan penampilan saya yang berbeza,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran bersama Stepper Eyewear dan Pantone Universe Eyewear di Viva Mall, Khamis lalu.

Zoey memberitahu, dia tidak dapat berpisah dengan cermin matanya, justeru dia sentiasa memastikan cermin matanya sentiasa berada di dalam poket seluar sekiranya dia menghadiri sebarang acara.

“Kadang-kadang, saya perlu memakai kanta lekap ketika menghadiri majlis tertentu atau menjalani penggambaran. Tetapi selepas semua urusan selesai, saya akan menanggalkan kanta lekap kerana tidak selesa lalu memakai cermin mata semula.

“Rekaan cermin mata yang saya gunakan setiap hari bersaiz kecil. Saya juga mempunyai beberapa cermin mata lain yang lebih besar namun rekaan ringkas menjadi pilihan saya,” ujarnya.

Tambah Zoey, dia mempunyai obsesi untuk membeli cermin mata baharu lebih-lebih lagi setiap kali melalui kedai cermin mata.

“Setiap kali membeli cermin mata, saya peruntukkan lebih RM1,000 kerana saya memang sukakan penampilan bercermin mata dan mempunyai koleksi cermin mata pelbagai warna yang mengikut trend masa kini.

“Saya juga pernah membeli cermin mata di butik Topman kerana sukakan bingkainya dan menukarkan cerminnya di kedai cermin mata,” katanya yang kini merupakan pereka kanan di Calista Design yang terletak di Taipan Damansara.

Farhan pilih klasik

Sementara itu, penyanyi Farhan turut menggemari cermin mata meskipun tidak dilihat memakainya ketika menghadiri sebarang acara.

“Saya sukakan cermin mata yang mempunyai rekaan fancy dan klasik kerana ia sesuai dengan imej saya,” katanya yang menggunakan cermin mata sejak di bangku sekolah menengah.

Menurut Farhan, dia tidak menghabiskan wang yang banyak untuk membeli cermin mata kerana selesa menggunakan hanya satu cermin mata pada satu-satu masa.

“Saya akan memakai cermin mata pada waktu malam terutamanya ketika memandu dan membaca. Bagi saya, cermin mata kini sudah menjadi trend dan bukan lagi dianggap sesuatu yang tidak bergaya atau memalukan pemakainya,” katanya.

Farhan memberitahu, sejak bergelar penyanyi, dia mengalami masalah silau yang lebih teruk akibat sering ‘melawan’ cahaya di pentas semasa membuat persembahan.

“Akibat masalah tersebut, saya membeli cermin mata tetapi tidak mahal, sekitar RM300 sahaja. Yang penting bukan harganya tetapi rekaannya yang menepati bentuk wajah dan gaya yang diinginkan,” katanya.

Sesuai dengan wajah
Dalam pada itu, supermodel Amber Chia pertama kali mencuba memakai cermin mata adalah ketika menjadi duta Focus Point beberapa tahun dahulu dan mengakui memiliki sedikit pengetahuan berkenaan pemilihan cermin mata yang sesuai.

“Bagi saya rekaan cermin mata mestilah sesuai dengan bentuk wajah seseorang supaya tidak menampakkan wajah seseorang itu lebih besar, tidak seimbang atau tenggelam dalam cermin matanya.

“Mereka yang mempunyai bentuk wajah besar tidak boleh memilih cermin mata yang terlalu besar dan panjang kerana akan membuatkan bentuk wajah nampak tidak seimbang, sebaliknya pilih rekaan bersaiz sederhana,” katanya.

Amber memberitahu, ibu bapanya memakai cermin mata tetapi dia tidak mengalami sebarang masalah penglihatan dan memakai cermin mata semata-mata untuk bergaya.

“Saya akan memilih rekaan yang terkini serta warna yang akan menampakkan wajah lebih muda. Cermin mata tidak semestinya untuk mereka yang rabun tetapi kini ia salah satu lambang fesyen dan menjadi trend ikutan.

“Saya sendiri menyukai cermin mata sebagai salah satu aksesori dan memilih reka bentuk yang besar untuk tampil glamor,” katanya.

Sumber : Kosmo Online

Last edited by rosemary70 on 4-4-2013 09:47 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2013 01:32 AM | Show all posts
saya sudah mula rimas dengan cermin mata saya.. nak tukar rasa  cam ikut napsu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 04:09 PM | Show all posts
selesa pakai cermin mata dari pakai contact lens, walaupon x penah pakai..........
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 08:52 AM | Show all posts
rasa di kong kongi spanjang masa kalau pakai spek... lolololo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.040463 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list