Tort menjaga air muka
Tort menjaga air muka adalah tort yang tidak menyebabkan apa-apa implikasi ketara kepada seseorang atau tanahnya, akan tetapi kepada reputasinya. Tort ini merangkumi fitnah secara percakapan atau secara penulisan, penggelapan pengumuman, penzahiran. Adalah perlu difahami tort fitnah adalah terjemahan daripada istilah Bahasa Inggeris "Defamation". Penggunaan istilah "saman malu" yang popular di kalangan masyarakat awam di Malaysia adalah tidak tepat. Istilah "saman fitnah" adalah lebih tepat. Ini kerana seseorang boleh menyaman seseorang lain dengan saman fitnah apabila kenyataan "tidak benar" disebarkan terhadapnya. Tidak wujud "tort fitnah" walaupun seseorang itu terasa dimalukan jika kenyataan yang disebarkan itu adalah benar. Contohnya seseorang itu tidak akan berjaya membuat saman fitnah ke atas sebuah syarikat surat khabar kerana memaparkan berita bahawa dia telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana didapati bersalah mencuri di pasar raya. Walaupun berita itu memalukan diri orang tersebut, namun jika berita itu memang benar dan bukannya fitnah, maka dia tidak akan berjaya di dalam saman fitnahnya.
pertama...
hari ni rasa kelam kabut..mklum la closing date Contest Dangau nak tiba dah..
tp,hart tak bagi komitment sngt....hampun.. ade lagi yg tak siap tu...
harap dapat siap sebelum tarikh tutup...