Dr Mahathir adalah pengarah PRU UMNO 2013. Najib semacam buduk lembab disamping Dr
Mahathir. Boleh jadi Najib lupa pesanan Tun Daim- kalau bawak Mahathir
berkempen, kena jaga2. Sebab Tun Mahathir loose canon. Main tembak, kemudian
tanya soalan. Disetengah negara, polis tembak suspect dahulu kemudian tanya.
Kalau yang ditembak mati, tak perlu lah tanya. Kepadarakyat terbanyak, penglibatan langsung Dr Mahathir akan disambut baik denganpenolakan mutlak, lebih dari sesiapa, Dr Mahathir lah penyebab budaya rasuah,pencurian harta benda rakyat dan pemerintahan kuku besi. Bila Abdullah Badawimenang besar dalam tahun 2004, majority luar biasa yang di capai oleh UMNOmencerminkan bagaimana rakyat meraikan penyingkiran Dr Mahathir daripemerintahan Maalysia. Sekalilagi, rakyat mempunyai peluang untuk meraikan penyingkiran Dr Mahathir. Kaliini, kasi pukul habis. Semakinhari, semakin sasau pemikiran Dr Mahathir yang sesak. Dia menuduh kalau KitSiang menang, huru hara kaum akan berlaku. Orang Cina Malaysia jangan sekalikali lupa bahawa Dr Mahathir lah orang yang mempertikaikan pemberian kerakyatankepada orang Cina dahuu. Dan orang2 cina dahulu adalah datuk nenek kami. Satuundi untuk BN menandakan kamu mencemar ingatan keatas nenek moyang kamu. Onevore for BN means you dishonour the memory of your forefathers. Cubapara pembaca fikirkan. Orang Cina dalam negara ini berapa ramai mereka? 24%dari jumlah pendudu 29 juta. Ertinya 7 juta orang. Orang Melayu berapa ramai?55% dari penduduk. Yakni 16 juta. UMNO mengajar yang 16juta takut kepada 7 jutaorang. Mahathir ingat Melayu pondan ke? Bagaimana yang 7 juta ini bolehmengancam kedudukan orang Melayu secara fisikal? 60%penduduk negara ini agama mereka Islam. Yang beragama kristian sebanyak 9%.Tapi UMNO ajar orang Melayu yang beragama Islam yang sebanyak 60% ini takutkepada yang 9%. Ini didikan UMNO. Yang9% ini mempunyai kekuatan luar biasa, keyakinan luar biasa sehingga dapatmengkristiankan yang 60%. Dari yang 60% itu, 20% ialah ahli UMNO. Seramai 3.2juta. Yang 3.2 juta ini amat mudah di kristiankan? Bolehkah mubaligh kristianmenasranikan Dr Mahathir, Muhyidin Yasin, Fathul Bahri atau Zul Nordin, atauIbrahim Ali? Jika jawapan nya tidak, maka demikian juga lah jawapan nya kepadasama ada 9% ini boleh mengkristiankan orang Melayu yang beragama Islam. DAPakan bertanding 50-52 kerusi parlimen. Jika DAP menang semua pun, DAP tidakboleh menubuhkan kerajaan secara berseorangan. Dia mesti dapat sokongan danpermuafakatan dari PAS dan PKR yang majority nya orang Melayu. Tentulahmustahil DAP dapat mendominasi orang2 PKR dan PAS. DAPakur kepada perlembagaan Malaysia. Dan ia akur kapada kesemua peruntukan dalamperlembagaan Malaysia. Ini termasuklah kedudukan orang Melayu, Raja2 Melayu,Bahasa Melayu dan agama Islam. Jadi,macam mana Mursyidul am UMNO boleh beritahu rakyat, tanpa sedikitpun maludengan pembohongan nya, bahawa DAP boleh mencetuskan ketegangan kaum? Yangmencetuskan huru hara ialah pihak yang tidak boleh menerima orang sudah menolakmereka. Yang mencetuskan huru hara ialah jenis Melayu yang dididik oleh UMNO 88buatan Dr Mahathir. Jenis Melayu yang tidak menghormati pemikiran berbeza, yangtidak mampu menangkis penghujjahan dengan hujjah mereka sendiri. Jenis Melayuyang Dr Mahathir sifatkan sebagai pondan dan sebagai rapuh aqidah mereka. |