CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 97138|Reply: 346

[SERAM P'BAGAI]Himpunan Misteri Semasa Bercamping -oleh theflash

[Copy link]
Post time 24-4-2013 10:21 AM | Show all posts |Read mode
nota kaki-- hello readers. maaf la buat semua yang tertunggu2. bukan nya saya taknak sambung. tapi faham2 je lah. saya punye cerita dekat "Seri Iskandar " tu. itu cerita dari kawan saya. saya dpat cerite tu pun sekerat2. itupun guna call. huhuh.so saya bz.kawan saya tu pun bz. jadinya.itu sebab jadi 'projek gajah putih' dekat thread itu. jadinya, saya amik inisiatif. better saya guna pengalaman sendiri. senang ye dak? hehe.

prologue- saya sewaktu belajar. sangat2 gemar masuk ke hutan. ditambah pula saya amik Sport Science,jadinya memang ada jungle trekkin,water rafting bla bla. semua yang melibatkan aktiviti hutan. hampir satu sem tu. 4x masuk hutan. dan malas nak cite panjang. this is new horror story. about Malaysian Forest.............


jeng jeng...


Manusia Tanpa Wajah.

Pagi itu. aku bergegas mandi. seronok rasanya hati.sebab dapat masuk hutan lagi. horrayy! mana tak seronok
sebab equipment barang2 camping dah di beli. habis duit PTPTN aku. khemah. kasut Teva. tali.clip dan berbagai2 lagi aku beli
padahal. ada je fakulti provide. tapi nak pakai barang sendiri. hahaha

jam 6am. aku dah tercengat di Fakulti dengan kawan2 yang lain.
kami sekelas akan ke ENDAU ROMPIN.
hutan tebal. dan penuh misteri.
dari mulut orang. aku hampir2 taknak pergi. bila aku di momok dengan cerita hantu.
tetapi. di sebabkan aku sendiri penah terkena hal2 mistik ( rujuk Misteri Penamppakan TOKONG) aku rasa berani

tiba di sempadan Jhor Pahang kira2 jam 2petang. lewat sedikit. sebab berenti makan. berak la. dan solat.

tiba di pintu pengawal Polis Hutan,kami di beri taklimat. seperti biasa. hampir 1 jam.
kebetulan kami masuk semasa musim kemarau. jadi cuaca agak panas. tapi kami bersiap juga dengan kelengkapan ketika hujan.
kadang2 cuaca bukan boleh di ramal. ini kuasa TUHAN.

kami masuk ke dalam hutan kira2 jam 4pm. di bawah seliaan Perhilitan dan Renjer Hutan sendiri.
selepas di tunjuukan tapak camping. hampir 45min brjalan baru jumpa. memang tebal.
kami setup2. kira2 550pm. baru selesai. siap 20 khemah di pasang
dan aku memang beli 6 men tent,haha besar sedikit. sebab aku tinggi. hehe dan aku ada bawak air mattress. nak puas tidor!

malam itu masing2 penat. aktiviti masak ada.tapi malam itu aku hanya makan nestum dan masuk tidur.
malam itu sunyi. hanya bunyi cengekerik dan bunyi2 haiwan kecil sahaja berbunyi...

pagi itu. jam 6am. kami solat subuh berjemaah. dan lecturer aku. aku namakan En Fizo.( EF )
EF arahkan aku dan Mail ( nama tipu) untuk cari kayu api dan buahan2 yang boleh di makan
memang dah di ajar untuk survival dalam hutan. dan kata EF . kawasan ini da pisang hutan.
wahh. lama sudah tak makan pisang hutan!

berbekalkan lampu torchlite dan headlamp. kami berjalan .perlahan2. sambil aku memegang parang sehasta panjangnya.
perlahan2. dan aku dengan selamba memakai bot Doc Marten dalam hutan. berat. tapi macam secure.padahal aku ada boot untuk camping. tapi rasa seolah2 skinhead pula.hahah

kira2 20min. kami berjalan. kami dan nampak langit membiru. matahari nak keluar. dan kedudukan kami sedikit di atas bukit.
kira2 jam 650am. baru la kami berjumpa apa yang nak di cari.
Mail terus roger EF guna walkie. mengatakan kami dan jumpa pisang hutan dan kami inform EF tentang koordinat kami.
memang kami buat macam tu setiap 20min. untuk keselamatan. kami akan tagging bearing dan koodinat.

sebelum kami mengambil pisang hutan. Mail . seorang yang agak alim dan selelau jadi imam dekat kolej.
membaca doa. mohon di tolak segala bala kalau2 ada yang marah kami ambil barang hutan
dan sebelum aku mecantas pisang itu. aku membaca
Assalamualaikum Ya Nabi Sulaiman.
kata ustaz. jin2 sangat takut dengar nama Nabi Sulaiman.

dapat la hampir setandan pisang hutan. boleh la di salai.
kira jam 720am. langit dah cerah. kami bergerak pulang. sambil aku menjinjit pisang yang di letak dalam guni.
dan mail lead di depan aku.
tiba tiba.terdengar bunyi suara wanita ketawa.ketawa kecil.
terus langkah aku terhenti! dan mael segera berpaling ke arah aku sambil letak jari telunjuk di mulut!
tanda diam!

aku terus diam. terus aku genggam parang aku.dan mael pun bergitu...
dan tiba tiba. kira2 30meter dari kami..

kelihatan 3 orang kelibat wanita berkurung putih dan bertutup kepala seakan2 kain batik berwarna kuning2.
berjalan di celah2 pokok besar.

aku dan mail terus merendahkan badan! aku terus berpeluh. rasa cuak.
dan aku tau! itu bukan nya manusia.
mana mungkin ada manusia begitu di tengah hutan!
berbaju kurung!
serba putih!

sedang kami memerhatikan mereka.
mereka beetiga. berhenti. dan tidak semena mena.
mereka bertiga memandang kami
dan terkejut!!

ada rambut. tapi muka kosong!!
sejurus mereka melihat kami.

kedengaran di sisi telinga kami. bunyi orang memberi salam,
entah datang dari mana.

( muka kosong tu sebijik cam cite bunian afdlin shaauki tu geng!!)

terus mael bangun dan berjalan laju . ikut jalan lain!
dan aku follow belakang!
kami terpaksa re route jalan lain.
sebab jalan itu ada mereka. rasa tak berani pula nak langgar. sebab dorg tercongok je dekat situ.,
sempat aku tengok mereka. mereka hanya berjalan.seperti terapung...dan di sekiling mereak sepertu ada kabus2...
pelik.

balik di base camp. aku bercerita dengan EF.
dia agak otai dalam kes2 macam ni..
sepatah sahaja dari mulut EF

"bunian."
sambung EF " untung la korg dpt jumpa anak dara buniaan pagi2 cmni" katanya sambil ketawa.


aku terdiam. dan mael menggaru2 kepala.
itu baru hari kedua kami di sini........
seperti pengalaman lepas.

"sekali dah nampak. mesti dia nak bagi nampak lagi!"



AKAN BERSAMBUNG


Last edited by theflash on 9-5-2014 01:16 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2013 10:21 AM | Show all posts
Kain batiik di tengah belantara

Pagi itu. aku bangun awal. jam 5. sejuk betul. walau dah 3 lapis baju aku pakai. still sejuk!
bangun. dan aku hidupkan api. untuk wanita2 masak. hee
dan aku berjalan ke gigi air sungai. agak jauh juga. aku dan 4 orang kawan. nak mandi
kira2 5 40am baru selesai. banyak bersembang. sebab terhenti2 sebab sejuk kot mandi air sungai!

selepas subuh.kami brekfast dan briefing untuk aktiviti hari ini.
jam 8am. water confident. kira2 jam 2pm baru selesai
badan memang penat tapi best. terasa pening2 sebab di pukul arus deras
ape tak nya. aku buat water rafting .

baring dalam khemah. dan tiba tiba. EF.
berdiri di depan khemah aku.
terkejut.
dan EF ketawa.
"jom ikut saya tengok jerat."
aku hanya angguk.
kerana memang aku dah berjanji dengan EF sejak dari fakulti.
nak belajar menjerat.

kira2 30minit kami berjalan menuju ke dalam tengah hutan.dari tapak basecamp
dan apa yang menghairankan... keadaan ketika itu. senyap sunyi
takde bunyi riang2 dan cengkerik etc.

pelik. dan EF seakan2 paham apa yang aku rasa.

hampa. jerat tak mengena. kata EF. jam 7 tadi dia dah pasang
"takpa. tengok petang nanti" kata EF

dan aku dan EF berpatah balik. dan tiba tiba. jalan yang sama..

mata kami tertancap pada satu dahan pokok.
bersusun kain batik!
seperti di sidai!
dan yang menghairankan aku
kain itu seakan2 baru di basuh
nampak air2 menitik.
dan berbau harum
dan BUKAN BAU SABUN.
bau macam bunga tanjung!

dan EF. aku dengar. mulutnya terkumat kamit!
dan aku terpacul.
mula berzikir.
keadaan sunyi. padhaal baru pagi. matahari baru nak naik.

"ada orang.ini kampung dorang la ni...." ujar EF perlahan.

aku diam.
"dah. jom kita" ujar EF

aku berjalan. melalui dahan pokok bersidai kain batik. banyak. hampir 10 helai...
dan tiba2 telinga menangkap bunyi orang bercakap.
butir nya tidak dengar

tetapi riuh rendah. dan aku lihat EF dah mula melajukan langkah
aku ap lagi. dah mula berlari2 anak.!

sampai di base camp. aku berpandangan.
dan hari itu.EF akan ceritakan pengalaman beliau di hutan ENDAU ROMPIN....


akan bersambung
Last edited by theflash on 25-4-2013 10:54 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 10:21 AM | Show all posts
Alkisah Ayam Hutan


katanya.masa dia mula2 berkecimpung dalam hutan .
banyak juga petua yang dia dapat dari orang asli kebanyakkan dan juga pemburu2 hutan yang menembak haiwan2 rare.

antara petua yang dia ajar pada kami.sebelum masuk hutan bagi salam. dan patahkan ranting kecil masa nak masuk hutan.
sebagai nak bagitau yang kita ni masuk rumah orang.
dan kalau nak kencing. takpayah nak cakap "tumpang kencing tok nenek" bagai.
cakap " Assalamualaikum ya Nabi SUlaiman"
cukup berkesan dan jin2 confirm takut dengar nama Nabi Sulaiman.
dia juga ada berpesan. jangan kencing di lereng bukit. takut2 ada 'kampung' dekat bawah tu.
dan jangan ambil benda yang bukan hak kita.
dan jangan cakap besar dan sentiasa jaga kebersihan terutama bagi kaum hawa ketika period.
jangan buang merata. sebab aku penah tengok kes seumpama itu ( nanti saya cerite ok)

katanya EF.
"masa saya mula2 masuk hutan. saya belajar dengan pakcik saya. seorang pemburu dan penjerat. dia la yang ajar camne nak jerat2 semua. cuma katanya. ayam hutan ni sebenarnya bellaan bunia. bukan senang nak dapat. dan bukan susah nak dapat.katanya. kalau dah di letak jerat. kena letak sebelum subuh atau lepas asar. dan kalau ada. ada la ayam nya dekat situ."

pernah sekali EF berkata...

"masa dah 3x menjerat. kali ke dua tu dapat ayam hutam. memang seronok tak terkata. dan kali ketiga tu. dah menjerat. sepatutnya. dah letak jerat. jangan pergi dah. kena tunggu dan kena ikut gerak hati. kalau gerak hati tak teringat jerat tu. kalau 3 hari. 3hari la jangan tengok jerat tu. dah itu petua nya. dan kebetulan. saya ni terlalu balik jalan jerat tu. kira 50meter dari tempat jerat . saya baru nak patah balik. dan tiba2 kedengaran bunyi orang bermain kompang dan berzanji! memang terkejut. dan cepat2 saya sembunyi belakang pokok."

kata EF. bunyi itu datang dari arah bunyi jerat . dan yang menakutkan tiba2 dari seakan2 bawah tanah. ada 3 orang anak muda muncul memakai tanjak emas di kepala.ntah datang dari mana. tiba2 keluar. memang beberapa ekor ayam. dan mereka beetiga meletakkan ayam2 berkenaan dalam tali jerat. dapat EF lihat dari tempat sembunyi. jumlah ayam. 6 ekor. dan sesudah itu. mereka bertiga menadah tangan dan seakan2 berdoa. dan tiba tiba. mereka berpaling dan zass.
hilang!

dan cepat2 EF ke tempat jerat dan mengambil ayam .
dan bila balik dia bercertia pada pakciknya.

spontan pakciknya berkata" biasa la tu. dah banyak kali aku jumpa. rusa pun penah dorang bawak sebelah tangan."


EF terdiam. adakah dia bertuah dapat melihat perkara berkenaan?
Last edited by theflash on 26-4-2013 11:33 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 10:21 AM | Show all posts
Kisah diganggu pontianak


Ini adalah kisah yang berlaku semasa hari terakhir kami bermalam di dalam hutan...

sejak dari siang. memag aku rasa tak sedap hati. rasa macam di perhatikan. rasa macam ada orang yang menengok
dan aku semeangnya seorang yang paranoid. sejak terkena kes kakak dulu...

malam itu.selepas maghrib.ada taklimat.dan selepas makan malam. masing2 penat.sebab aktiviti siang tadi.
dan malam pun menjelma. dan malam itu kebetulan hujan renyai2. tiada angin
hanya 30minit sahaja hujan.
dan ketika itu. aku keluar. menjenguk.
rasa panas. padahal baru lepas hujan.
tiba tiba telinga menangkap bunyi perempuan menangis!

"uuuuuuuuu..uuuuuuuuhhuukkk...eeeeeeeeeee"

aku menelan air liur.cepat2 aku zip khemah!
dan bahang panas makin kuat terasa. dan kawan sekehemah aku. FAIZ. terjaga. sebab aku asyik menolak2 kaki dia.
sebab nak kejutkan dia
serius aku takut. sudahlah gelap. lampu khemah aku padam.

dan cepat2 aku tutup mulut faiz dan bisik tentang apa yang aku dengar
dengan segera. faiz. matanya segar. sebab dia pun macam aku. geng2 paranormal. :p

die capai parang. dan torchlite. dan aku hanya duduk dalam khemah. faiz keluar. merangkak. sebab taknak sesiaapa terjaga.
dan belum sempat dia melangkah jauh. aku dan faiz terhenti.

kelihatan di hadapan khemah kami.

"ya allah! subhanaalahhh! " tiba tiba faiz beristighfar!

dan aku cuba focus ke arah depan! kelihatan. ada lembaga menyerupai perempuan....
berambut panjang. dan  buat pengetahuan semua. badannya besar dan lebar. berbeza dengan saiz org biasa. dan banyak dah kata orang lain. kalau pontianak ni.. badan nya memang besar2 wallahualam.
dan aku terpaku.
dan cepat3 aku tarik faiz!
terduduk faiz dan cepat2 kami kunci zip khemah
dan wanita itu masih tercgat dan perlahan.
berpaaling ke arah kami.

seperti memandang kami
dan tiba tiba!

dia mendepakan tangannya dan letak kan tangan ke kepala nya dan zasssssss!
dia mencabut kepalanya sendiri!
dan menlemparkan ke arah depan khemah kami!

ahh sudah! cepat2 aku dan faiz tarik selimut dan baca ayat kursi!
dan akhirnya kami terlena sendiri.
pagi esok nya.

rupanya. bukan aku sorang sahaja yang berjaga,
semua orang nampak benda itu dan apa yang dia buat malam tadi!
dan mereka cakap.
semasa faiz keluar dari khemah
ada 2 3 semacam lembaga sedang berjalan ke arah dia!!
dan hilang2 tiba selepas aku tarik dia semula.....
kalau la tak tarik....entah lah

"kenapa korang tak jerit bagitau!!" tanya aku


"macam mana nak jerit.....SETIAP KHEMAH ADA BENDA TU DUDUK DEPAN ....MENCANGKUNG....."



aku terkedu. dan diam.
dalam pada masa sama. bersyukur
Last edited by theflash on 9-5-2013 08:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:30 AM | Show all posts
takottttt~~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 10:34 AM | Show all posts
ahazman24 posted on 24-4-2013 10:30 AM
takottttt~~

NOOOOOBBB NOOOBBBBB heheheheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2013 10:47 AM | Show all posts
saya datang nk minta duit sewa tapak ni..ble boleh settlekn semua ye?...hehehehe...

terbaek la bro~~..dgr cite dh ade unifi..bole la hapdet selalu lepas ni...
hehehehe

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 10:51 AM | Show all posts
hehehe... ingat dah hilang tanpe berite... akhirnye kembali dengan cite2 baru...
terbaek la flash...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 11:23 AM | Show all posts
best2..sambung lagi cpt2
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:07 PM | Show all posts
waaahhh xsabar nk tunggu sambungan nie..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:10 PM | Show all posts
ler..dah tak de dah..cepat cepat ler update...excited nak baca ni...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:16 PM | Show all posts
Terbaik la TT ...xsabar nk menunggu sambungan seterusnyer......
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:32 PM | Show all posts
best cite tt... hapdate cepat2...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 01:35 PM | Show all posts
woot woot~~~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 02:23 PM | Show all posts
yeah2!!!! citer baru laaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:06 PM | Show all posts
wahh.. menarik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2013 03:33 PM | Show all posts
tq tq tq.... igt tt dh benti bercerita... tu yg dok diam je malas nk push2.. betol gak tt ckp.. bkn sng nk phone call.. nk igt balik butiran... x pela.. kalo ade len kali leh sambung kt sri iskandar.... yg benang ni pun siokkk jugak... bestnye dpt camping bebas2 gituw..... teringin plak nk pacak kemah jugak... hehehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 05:12 PM | Show all posts
Sila sambung tuan tapak
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 05:26 PM | Show all posts
dlu2 salu jeh camping dlm htn...sbb amik kos perhutanan
tp xpnh pn jumpe mende2 mistik
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 05:29 PM | Show all posts
yeah... terbaik laa flash.. selamat kembali..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.108849 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list