CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8846|Reply: 22

Artis Jumpa Bomoh : Apa Komen Artis?

[Copy link]
Post time 30-4-2013 09:03 AM | Show all posts |Read mode


Senario artis berjumpa bomoh bukanlah perkara baru dalam dunia hiburan tempatan. Biarpun  hidup dalam dunia serba canggih dan moden, masih ada segelintir artis atau selebriti yang sanggup bersusah-payah berjumpa bomoh untuk membuat hajat.
Selain mahu meraih populariti, ada juga yang sanggup membuat perkara-perkara jahat seperti menyantau rakan artis kerana cemburu.  Persoalannya, adakah perkara ini menjadi amalan biasa insan bergelar artis atau hanya menjadi amalan mereka yang tidak tahu hukum?
GUA telah mendapatkan komen beberapa artis berhubung isu ini. Jom lihat apa kata mereka.
Wawa Zainal
“Memang tak bagus pergi berjumpa bomoh untuk dapatkan apa yang dihajati. Kalau terkena penyakit misteri pula, lebih baik berjumpa dengan ustaz. Jangan terlibat dengan perkara-perkara syirik ni.”
Yana Samsudin
“Saya tak pernah jumpa bomoh dan tak pernah dikelilingi orang-orang yang terlibat dengan perkara syirik ini. Walaupun saya pernah sakit dulu kerana mungkin terkena buatan orang, saya lebih memilih untuk berubat dengan ustaz.”
Norman Hakim
“Bomoh itu adalah perantaraan antara kita dengan Allah. Jadi dah jadi syirik kalau kita mempercayainya. Bagi saya, kita kena yakin dengan diri sendiri. Kalau ada perkara yang dihajati adalah lebih baik kita meminta sendiri dengan Allah. Banyakkan berdoa dan berusaha. Kita juga kena ingat, kalau kita amalkan perkara-perkara yang mendatangkan syirik ini, pasti ada pembalasan daripada Allah. Kalau tidak di dunia ini, pasti di akhirat nanti.
Setakat ini, saya tidak pernah terfikir untuk mendapatkan bantuan bomoh untuk merealisasikan kemahuan saya. Saya tidak percaya. Memang ada pihak yang pernah beri cadangan untuk jumpa bomoh, tapi saya enggan. Saya tidak mahu mempercayai perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah. Tentang senario artis berjumpa dengan bomoh itu, saya rasa memang wujud. Tetapi saya tidak tahu siapa yang terlibat.”
Salwa Razak
“Bagi saya orang yang berjumpa dengan bomoh ini adalah mereka yang tidak menggunakan otak untuk berfikir dan bertindak. Saya cakap macam ini sebab kalau mereka berfikir dengan baik, tentu mereka tidak akan melakukan perkara-perkara syirik. Biarpun saya tidak popular, saya tidak akan memilih jalan singkat untuk berjumpa bomoh. Sebaliknya, saya akan berusaha lebih gigih untuk dikenali ramai. Saya tidak percaya dengan bomoh. Lebih baik saya minta dengan Allah dengan banyak berdoa. Seandainya ada kawan-kawan yang mencadangkan saya berjumpa dengan bomoh, saya memang akan tolak.”
Dafi
“Benda-benda ini semua tidak perlu dan patut dijauhkan terutama sekali kepada kita yang beragama Islam. Ia adalah perbuatan syirik. Apa yang penting adalah berdoa dan berserah kepada Allah kerana itu lebih berkat.”
Didie Alias
“Tengok dulu apa tujuan apa mereka berjumpa dengan bomoh.  Sama ada untuk tujuan yang elok atau tidak elok. Ada yang berjumpa bomoh bagi tujuan memulih atau berikhtiar kerana selain doktor, bomoh juga boleh mengubati penyakit. Ini kerana terdapat juga sakit yang disebabkan perkara halus yang boleh diubati oleh bomoh dengan cara perubatan Islam.
Tetapi jika untuk tujuan jahat maka itu tidak baik kerana sebagai umat Islam lebih baik kita mempercayai Allah daripada bomoh. Bagi saya,  terpulang kepada individu untuk membuat pilihan sendiri dan ia bergantung kepada niat.”

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2013 09:08 AM | Show all posts
lebih suka jawapan Lagy didi...

betul tu... taksemestinya jumpa bomoh terus kita kata buat jahat....dan berniat melakukan jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 09:15 AM | Show all posts
Saja selitkan nama Didie kat bawah, sebenarnya artikel ni nak sindir dia sebab baru ni kan keluar macam-macam cerita pasal dia dan kes si Amyza tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 09:48 AM | Show all posts
cakap percaya Allah prong prang prong prang.. pakai baju tak cukup kain ingat Allah tak??
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 10:26 AM | Show all posts
antara yg kat atas,muka didi alias je yg ada tokoh jadi bomoh/dukun/witch dan seangkatan dgn nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 10:32 AM | Show all posts
ape kes melibatkan didie
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2013 10:41 AM | Show all posts
Dah popular mesti ramai yg dengki kt artis2 ni, aku slalu tertanya mcm ct tu, mesti ramai yg nk bomohkn dia... Mcmne ek dia tangkis..?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 11:06 AM | Show all posts
sgt seram tgk retis ckp pasal keagamaan.... ingat tuhan, solat, ikhtiar etc

tp dressing mcm half naked
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2013 12:58 PM | Show all posts
September14 posted on 30-4-2013 10:41 AM
Dah popular mesti ramai yg dengki kt artis2 ni, aku slalu tertanya mcm ct tu, mesti ramai yg nk bomo ...

Satu ker key dier.....solat jgn tggl.....xkirelah dier sapo....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 01:05 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 30-4-2013 09:48 AM
cakap percaya Allah prong prang prong prang.. pakai baju tak cukup kain ingat Allah tak??



hanya mampui tersenyum je baca posting yu beb
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 01:06 PM | Show all posts
September14 posted on 30-4-2013 10:41 AM
Dah popular mesti ramai yg dengki kt artis2 ni, aku slalu tertanya mcm ct tu, mesti ramai yg nk bomo ...



cuba tanya kat insta Datuk Siti mana tau dia jawab kan? skang ni dia ske berinsta bagai
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 01:10 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 30-4-2013 09:48 AM
cakap percaya Allah prong prang prong prang.. pakai baju tak cukup kain ingat Allah tak??

ini juga yg terlintas di benak fikiran ku.

prong prang prong prang..malu weh..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 01:42 PM | Show all posts
yipun_78 posted on 30-4-2013 01:05 PM
hanya mampui tersenyum je baca posting yu beb

senyum lah senyum lah ahai cek mek yipun














Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 02:16 PM | Show all posts
yipun_78 posted on 30-4-2013 01:05 PM
hanya mampui tersenyum je baca posting yu beb

LIKE BEBANYAK ..
STANDARD RETIS MESIA LA KAN ..
TERINGAT SI FATHIA DALAM MELODI MINGGU NI .. DIA DUK KATA KALAU TAKMAU KENA GANGGUAN BOMOH NI .. KENA RAJIN SOLAT DLL ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 03:08 PM | Show all posts
mana pegi thread didie main bomoh tu? tak sempat baca
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 01:44 AM | Show all posts
kesimpulan dpd komen2 artis adalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2013 11:04 AM | Show all posts
kadang2 ada gak perlu jumpa bomoh tak salah tuk ubati penyakit...tp tgk ler bomoh yg macam mane....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 11:04 AM | Show all posts
tp tgk muka didi tu mmg seram sket...ke sbb dia kurus sgt?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 11:33 AM | Show all posts
cahaya_almas posted on 1-5-2013 11:04 AM
tp tgk muka didi tu mmg seram sket...ke sbb dia kurus sgt?

Kedua-duanya sekali....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 03:41 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 30-4-2013 01:42 PM
senyum lah senyum lah ahai cek mek yipun

senyum je ... blaja untuk menerima seadanya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.160733 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list