View: 34182|Reply: 286
|
PRODUSER BENGANG DENGAN JEPP?
[Copy link]
|
|
Selama SS mengenali Jep dari kumpulan Sepah,dia seorang yang profesional dan tidak pernah buat hal dengan mana-mana produksi apatah lagi urusan memberi kerjasama terhadap wartawan mahupun drama atau filem yang dilakonkannya.
Namun baru-baru ini,rakan SS bertemu dengan produser,pengarah dan pelakon filem OMK! (Oh Mak Kau!),Ain Nordin.Tiba-tiba Ain meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan sikap pelakon yang lahir daripada program Raja Lawak itu.
Ain mendakwa,sudah tiga kali promosi filem Jep tidak hadir dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.Kata Ain lagi,pernah dia menghantar mesej merayu supaya Jep hadir ke sesi pratonton filem itu baru-baru ini namun hasilnya 'hampeh'.
Jep yang pada awalnya berjanji akan hadir tiba-tiba dikatakan tidak dapat muncul kerana dia terpaksa pulang ke kampung gara-gara demam.
Pelik pula SS mendengar alasan yang diberikan Jep kerana takkan demam sampai perlu pulang ke kampung.Kalau kampungnya dekat di daerah Selangor boleh juga diterima akal,ini tidak,nun jauh di Johor Bahru.Kalau memandu pun makan masa kira-kira empat jam.
SS tidak pasti apa sebenarnya masalah yang dilalui Jep tetapi dalam soal kerja dia tentu faham kena ambil serius sebab jangka hayat filem bukannya lama sangat.Kalau minggu pertama tidak ligat promosi di pihak produser dan pelakon,susah juga dibuatnya nanti.
Malah artis Hollywood pun masih pergi promosi atau turun padang untuk membantu filem mereka di sana sini walaupun pasaran mereka cukup besar.Ini pula Malaysia dan kita kena lebih kerja keras atas nama satu pasukan.
Sebenarnya SS ada dengar beberapa rakan artis yang pernah berlakon dengan Jep mengatakan perkara yang sama.Kata mereka Jep sekarang sudah mula buat hal dengan tidak memberi komitmen sepenuhnya terhadap promosi filem lakonan.
Bukannya apa,dulu SS ingat ketika rakan mereka,Mamat buat hal,Jep juga banyak menasihatkan Mamat,takkan sekarang Jep pula dah berjangkit?
Sebenarnya ini perkara kecil dan boleh diubah kata orang,semuanya belum terlambat dan SS harap,Jep ada penjelasan terhadap semua dakwaan yang dilemparkan kepadanya.
SS : Ada pelawak yang hanya mahu lucu diatas pentas atau dalam lakonan saja.Dalam realiti,mereka lebih serius seperti Imuda .
sumber : Harian Metro 13/05/2013
xsure nak merge dgn benang yg mana, jadi iolls bukak benang baru.
|
|
|
|
|
|
|
|
iolls bukak benang ni bukan utk jatuhkan nama Jepp, tapi untuk jernihkan kembali nama heolls.
ini adalah jawapan balas heolls hari ini (14/05/2013) dari mStar Online.
Jep Sepah Tidak Lari Komitmen Promosi Oh Mak Kau!
PETALING JAYA: Pelawak Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepah, 28, kesal dengan dakwaan tidak bertanggungjawab dan lari dari komitmen dalam mempromosikan filem terbaru lakonannya Oh Mak Kau! (OMK!).
Jelas Jep, dia tidak hadir pada sesi pratonton filem berkenaan berikutan tidak sihat dan perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak produksi.
"Saya demam dan ketika itu berada di Johor, perkara sakit begini kita pun tidak jangka akan berlaku dan saya tidak main-main. Shuib dan rakan-rakan yang rapat dengan saya tahu keadaan saya kalau demam adalah agak teruk.
"Saya juga sudah beritahu produser dan minta maaf kerana tidak dapat hadir," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Jep diminta mengulas tentang ruangan pojok sebuah akhbar yang mendakwa produser filem tersebut kesal dengan tindakannya yang gagal menghadiri tiga kali sesi promosi yang dijalankan.
Jelasnya lagi, sementara dua promosi lain yang tidak dapat dihadiri adalah disebabkan terlibat dengan penggambaran sitkom Karot Komedia terbitan sebuah stesen televisyen berbayar.
"Saya bukan sengaja tidak mahu datang, lagi pula ini filem lakonan saya sudah tentu saya mahu ia berjaya. Tapi keadaan memang tidak mengizinkan dan ada komitmen yang lebih penting.
"Insyaallah promosi pada 16 Mei ini dan seterusnya saya akan datang," ujarnya.
Katanya, dia redha jika isu ketidakhadiranya ini mampu menjadi salah cara promosi filem tersebut biarpun menjejaskan kradibilitinya sebagai seorang pelakon.
"Saya kesal namun biarlah, saya anggap perkara ini adalah salah satu promosi filem tersebut," katanya.
Filem yang berkisarkan dua beradik, Sam (Jepp) dan Mun (Shuib) dengan kata simbol mereka, ‘kemas balik selepas mencuri’ sering mencetuskan kemarahan ibu mereka.
Segalanya berubah dengan kedatangan Que (Ain), seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua.
Kehadiran Que juga membuatkan Embun (Didie) terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya.
Filem ini bakal ditayangkan pada 16 Mei 2013. |
|
|
|
|
|
|
|
JEP JEP apa nak jadik la
kena tulah kot...dulu kaw2 dia kutuk mamat tak disiplin
@maxim tolong nasihat sikit pengarang jantung uols ni
|
|
|
|
|
|
|
|
parasitology posted on 14-5-2013 08:58 AM
JEP JEP apa nak jadik la
kena tulah kot...dulu kaw2 dia kutuk mamat tak disiplin
@maxim tolong na ...
haha. baca artikel kedua please.
|
|
|
|
|
|
|
|
EllaJepp posted on 14-5-2013 09:01 AM
haha. baca artikel kedua please. Sebenarnya SS ada dengar beberapa rakan artis yang pernah berlakon dengan Jep mengatakan perkara yang sama.Kata mereka Jep sekarang sudah mula buat hal dengan tidak memberi komitmen sepenuhnya terhadap promosi filem lakonan.
bukan kes demam ni jah...pernah ada kes lain jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
parasitology posted on 14-5-2013 09:05 AM
giteww...uols PA jep kah?
hahahah. PA jepss jejanss ok. mestilah bukan iolls!
|
|
|
|
|
|
|
|
parasitology posted on 14-5-2013 09:05 AM
giteww...uols PA jep kah?
hi, iols PA jep
|
|
|
|
|
|
|
|
EllaJepp posted on 14-5-2013 08:56 AM
iolls bukak benang ni bukan utk jatuhkan nama Jepp, tapi untuk jernihkan kembali nama heolls.
ini ...
bagus, aku dah tahu x mungkin jepp seteruk ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la klu bukan yg mcm tu.....kurangkan kontroversi tingkatkn prestasi..... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya demam dan ketika itu berada di Johor, perkara sakit begini kita pun tidak jangka akan berlaku dan saya tidak main-main. Syuib dan rakan-rakan yang rapat dengan saya tahu keadaan saya kalau demam adalah agak teruk
Jepp, sila ambil Vitamin C 500mg a day dan Ambil 30ML Scotts Emulsion daily Now, bukan setakat Syuib..semua org dah tahu..kalau Jepp demam, dia demam agak teruk Bersabarlah Jepp, setiap kesakitan itu...diampunni dosa2 kecil kita, mudah-mudahan. |
|
|
|
|
|
|
|
diana007 posted on 14-5-2013 02:51 PM
Tak tahu nak komen apa #Ada artikel sokongan dan dorongan dari Abang handsome @maxim   ma ...
jd penonton akan berduyun2 ke pawagam hanya kerna Jepp x datang promosi filem? lgsung x masuk akal.
iols saspek ni semua hasad dengki si pengarah sendu nurul Ain Nordin sbb nak tekel Jepp tp x dpt2..
pastu kalau pilem x laku mesti nak salahkan jepp la tu..puiii
|
|
|
|
|
|
|
|
entah2 pilem tu sendu sgt x?
sampai jepp pon malu nk pi promosi |
|
|
|
|
|
|
|
hasniey posted on 14-5-2013 03:29 PM
entah2 pilem tu sendu sgt x?
sampai jepp pon malu nk pi promosi
barangkali juga
|
|
|
|
|
|
|
| |
|