CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2860|Reply: 8

RAYUAN KEPADA ANAK-ANAK YANG PERIHATIN!

 Close [Copy link]
Post time 16-5-2013 11:23 PM | Show all posts |Read mode
RAYUAN KEPADA ANAK-ANAK YANG PERIHATIN!

1. Encik Semat Bin Umar, bernombor kad pengenalan 440316-12-5125, seorang warga emas berasal dari Kalabakan, Tawau, Sabah, menyewa di sebuah rumah sewa di Lorong Haji Said Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam bersama isteri yang di kahwini 10 tahun lepas yang berasal dari Medan, Indonesia. Beliau telah pikun dan isterinya pula menghidapi penyakit paru2 dijangkiti kuman.

2. Ketika di Sabah dahulu beliau mempunyai isteri dan 5 orang anak dan di percayai kelima-lima anaknya juga telah berhijrah ke Semenanjung.

3. Tiga minggu lepas isterinya telah di masukkan hospital selama 2 minggu kerana penyakit paru2 dijangkiti kuman. Oleh itu, Encik Semat hidup seorang mengharap belas ihsan jiran-jiran sebelah ketika ketiadaan isterinya.

4. Selepas menerima aduan dan membuat tinjauan, selasa lepas atas kapasiti sebagai SU JKKK, saya telah menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat agar dapat mengambil langkah sewajarnya bagi membantu Encik Semat dan pada petang tadi Jabatan Kebajikan Masyarakat datang dan membawa beliau ke Hospital Ampuan Rahimah Klang.

5. Oleh kerana isterinya mengadu bahawa beliau tidak mampu untuk menjaganya, Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin akan menempatkan Encik Semat di rumah Kebajikan orang tua.

6. Ketika ini, Encik Semat telah di masukkan di dalam wad kerana kesihatannya yang tidak baik.

7. Kepada anak-anak beliau atau sesiapa yang mengenali Encik Semat dan tahu dimana anak-anak beliau berada, saya merayu agar anak-anak beliau dapat mengambil berat tentang keadaan ayah mereka dan menjaganya sebelum beliau menemui Ilahi. Alangkah sedihnya jika beliau di masukkan ke rumah kebajikan dan sisa-sisa hidupnya di habiskan di sana tanpa anak-anak disisi.

8. Jika ada persengketaan dan sebagainya sebelum ini, lupakanlah dan berbaktilah kepada beliau kerana redha Allah itu begantung kepada redha kedua ibu bapa kita.

9. Sila hubungi Encik Nazri di Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang 03-33710885

10. Sekarang En. Semat berada di Wad 8B Katil No 7 Hospital Ampuan Rahimah Klang Selangor.

(TOLONG SHARE POST INI!)

p/s: dibenarkan copy dan paste untuk tujuan share. kami melakukan ni atas dasar prihatin.jika anda boleh share mengenai kehilangan anak duta besar switzerland sampai disebar keseluruh talian komunikasi,apa salahnya anda berbuat demikian untuk pakcik ni juga...

ini masa dia,masa kita tak tau lagi bagaimana.


MAKLUMAN : BeasT Copy dari FB...
















Last edited by BeasT on 16-5-2013 11:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 09:31 AM | Show all posts
ok, nti sy share kt wall fb sy
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:40 AM | Show all posts
Alangkah sedihnya jika beliau di masukkan ke rumah kebajikan dan sisa-sisa hidupnya di habiskan di sana tanpa anak-anak disisi.


adalah lebih baik dia dimasukkan ke rumah kebajikan drp hidup melarat seorang diri, dah tentulah makan minum dan kebajikannya terjaga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:47 AM | Show all posts
Simpati tu memanglah simpati.  Tetapi aku memahami jika anak2nya mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya selepas membaca surat ini sebagaimana pakcik ini pernah meninggalkan dan tidak menghiraukan mereka dan ibu mereka 10 tahun yang lalu. Sorry Pakcikkk, karmaa is a bitchhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:48 AM | Show all posts
kesian
kalau dah anak sendiri pun tak nak jaga mak ayah
biar leh mereka tinggal di rumah orang2 tua
nasib anak2 mereka pun belum tentu akan datang nanti bagaimana

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 11:10 PM | Show all posts
apa kata @parasitology ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2013 11:35 PM | Show all posts
Cam pernah baca je kesah ni lama da.......kat mana ek? cam dejavu lak
Apa2 pon semoga anak2 beliau akan bertanggungjawab membela ayah mrk



Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 07:54 PM | Show all posts

eloklah dihantar ke rumah orang tua,
lebih baik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2013 07:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.170168 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list