CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8984|Reply: 30

pak cik xda bnda lain ke nak makan.

[Copy link]
Post time 17-5-2013 12:26 PM | Show all posts |Read mode





Bagi orang lain, perbuatan ini dianggap tidak masuk akal dan boleh menjejaskan kesihatan, tapi bagi saya ia menjadi menu harian sejak 17 tahun lalu,” kata Mohd Razali Ishak, 63, yang mempunyai tabiat luar biasa apabila menjadikan sabun mandi dan bedak sebagai makanan kegemarannya.
Bapa kepada sembilan anak yang juga bekas penoreh getah itu berkata, pada mulanya dia hanya makan bedak, namun menambah ‘menu’ eksotiknya dengan memakan sabun mandi sejak tujuh bulan lalu.
“Saya mula makan sabun mandi selepas tertarik melihat bentuk dan baunya. Selepas menggigit sedikit cebisannya, saya rasa ia begitu enak dan sejak itu mula menjadikannya makanan harian.
“Sejak tujuh bulan lalu, saya mula makan bedak talkum pula, juga kerana saya suka baunya yang harum. Kini saya mampu menghabiskan dua atau tiga botol bedak 100 gram sehari,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di Padang Rengas di sini, semalam




Segelintir penduduk yang mendapat tahu mengenai minat pelik warga emas itu yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang pada mulanya beranggapan Mohd Razali tidak waras.
“Saya akui pada beberapa tahun pertama dulu bukan saja jiran sekampung, malah anak-anak termasuk isteri mengatakan saya gila.
“Selepas gagal meyakinkan mereka, saya membuat keputusan pergi menjalani pemeriksaan di sebuah hospital dan keputusannya mengesahkan saya waras,” katanya. Dia yang berasal dan tinggal di Sungai Temau, Kuala Lipis berkata, sehingga sekarang, dia masih tidak tahu punca dan kenapa dia memiliki tabiat pelik itu.
“Sudah ribuan kali saya ditanya soalan ini, tapi saya sendiri tidak tahu jawapannya. Ia masih menjadi misteri bagi saya dan keluarga. Tabiat ini bukan sengaja diada-adakan untuk mencari publisiti kerana tiada sebab untuk saya buat begitu,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Razali tidak menolak kemungkinan ia ada berkaitan dengan unsur mistik kerana pernah menemui pengamal ilmu perubatan tradisional dalam usahanya menghentikan tabiat ini.
Katanya, usahanya itu selepas gagal mendapatkan jawapan daripada doktor bertauliah, juga menemui jalan buntu menyebabkan dia berserah segala-galanya kepada Tuhan.
“Isteri (Rohani Yusup, 57,) dan anak-anak sudah berputus asa menasihatkan saya supaya berhenti. Malah, isteri pernah cuba meletakkan tepung gandum dalam bekas bedak kerana bimbang saya jatuh sakit kerana makan bedak setiap hari.
“Namun, usaha itu gagal kerana saya dapat membezakan rasanya. Saya tidak tahu bagaimana menjelaskan perasaan saya ketika makan bedak dan sabun, tetapi jika sehari tidak menjamahnya, saya gelisah seperti ada sesuatu tidak kena,” katanya. Sementara itu, anak Mohd Razali, Roslinda, 32, berkata, dia dan adik beradik lain sudah letih menasihatkan bapa mereka supaya berhenti mengamalkan hobi pelik itu.
“Kami percaya ayah menjadi begini akibat terkena buatan orang menggunakan sihir atau ilmu hitam. Justeru, saya berharap jika ada pihak boleh membantu merawat penyakit ‘unik’ ayah ini.
“Kami tidak mahu ayah meneruskan tabiatnya makan bedak dan sabun mandi kerana bimbang bakal memudaratkan lagi keadaan kesihatannya yang semakin uzur sekarang,



pkcik makan la tom yam seafood kan sedap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 12:59 PM | Show all posts
melayu dan ilmu hitam tak dapat dipisahkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 01:16 PM | Show all posts
ilmu hitam la pulak dikaitkan. isk isk.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 02:15 PM | Show all posts

wahai pakcik

byk benda lagi sedap
antaranya karipap
ciken cop
ikan patin tempoyak
cekodok pisang
kepci



Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 03:11 PM | Show all posts
save budget makan benda2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 03:21 PM | Show all posts
Mesti mulut wangi je sebab kuat makan sabun
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-5-2013 03:21 PM | Show all posts
cikatilia posted on 17-5-2013 02:15 PM
wahai pakcik

byk benda lagi sedap

ALAMAK IKAN PAtin TEMPOYAK??????/ XPNH MKN XPNH JUMPE!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 03:26 PM | Show all posts
kesian...lepas ni mkn gel rambut plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 03:49 PM | Show all posts
bersih n wangi pakcik itew ye..mesti peparu dia clean aje...sesambil buih2 menyucikan dlamannyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 04:56 PM | Show all posts
sikit2 ilmu hitam...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 05:48 PM | Show all posts
untung supplier sabun ni kalau dapat tender p.cik ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:16 PM | Show all posts

masalah jgk tu..
nak kena beli sabun/bedak tuk pakcik ni...pastu nak beli lauk pauk tuk keluarga lagii...
makan sabun tiap2 hari, tak kerap ke bilik air ker...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 11:52 PM | Show all posts
dah banyak berlaku kes macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 09:45 PM | Show all posts
sendawa keliuar buih
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 04:04 PM | Show all posts
koondoor posted on 18-5-2013 09:45 PM
sendawa keliuar buih

buih yg berbau wangi
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 04:05 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 20-5-2013 04:04 PM
buih yg berbau wangi

kalau pacik ni kentut pun mesti bau wangi gak muahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 04:12 PM | Show all posts
Spiral posted on 20-5-2013 04:05 PM
kalau pacik ni kentut pun mesti bau wangi gak muahaha

nice




















Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 04:29 PM | Show all posts
tak mudarat ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 04:32 PM | Show all posts
adeeiiiiii pakcik nih...................
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2013 12:02 PM | Show all posts
tak sakit perut ke pakcik ??
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.069311 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list