CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahnafnia

FILEM CINDERELLA [FIZO OMAR-NELYDIA SENROSE]

[Copy link]
Post time 22-11-2013 09:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 09:53 AM | Show all posts
tq.. @annehuda

T.T nanti edit tajuk ek.. date release 19/12/2013.  

soundtrack (dinyanyikan semula oleh Farah AF2)
http://www.youtube.com/watch?v=uev8M3CtL7M

Comments

dah edit dah tarikh release  Post time 22-11-2013 10:01 AM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam best jer..

Kena pi tgk ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 10:42 AM | Show all posts
ulang2 part awal2 trailer tu... suka pulak tgk nely berlari dlm hujan & belasah mamat tu dgn kayu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
charlizetheron posted on 22-11-2013 09:42 AM
ulang2 part awal2 trailer tu... suka pulak tgk nely berlari dlm hujan & belasah mamat tu dgn kayu... ...

Kalau tgk trailer mcm best dr cinderella versi asal..
Haruslah best ada nely kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Saper pelakon yg jd bapak tiri tu..
Geli ar x pakai bj

Kamal adli lam ni kira syok kat nurul kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2013 10:48 AM | Show all posts
ahnafnia posted on 22-11-2013 10:45 AM
Kalau tgk trailer mcm best dr cinderella versi asal..
Haruslah best ada nely kan..

#kipassusahmatinely  kan kita...

versi filem haruslah kena lebih rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 10:49 AM | Show all posts
ahnafnia posted on 22-11-2013 10:47 AM
Saper pelakon yg jd bapak tiri tu..
Geli ar x pakai bj

tgk muka mcm pelakon drama ... tu aa tak pakai baju... uhuhu..
aah syok kat nurul... mesti tikam blakang member aa nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2013 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
charlizetheron posted on 22-11-2013 09:48 AM
#kipassusahmatinely  kan kita...

versi filem haruslah kena lebih rasa..

Rasa sexcited giler nak tgk citer ni...

Nak tgk chem nely n fizo utk kali ke 2 lepas andai itu takdirnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
charlizetheron posted on 22-11-2013 09:49 AM
tgk muka mcm pelakon drama ... tu aa tak pakai baju... uhuhu..
aah syok kat nurul... mesti tikam  ...

Tgk gaya nely tolak cam geli kan.. Muehehe..

Ada bergelut dlm air tu..
Mesti berebutkan nurul ni..

Dah start nak buat sinopsis sendirik ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 11:17 AM | Show all posts
ahnafnia posted on 22-11-2013 11:14 AM
Tgk gaya nely tolak cam geli kan.. Muehehe..

Ada bergelut dlm air tu..

hahahahaa... aah mcm geli je.... last2 trailer nely pukul kepala bapak tiri.. mcm beriya2... ke hempuk btul2..

yep nak tgk kimi.  klu ada kimia ... sure nely nie kuat btul kimia nya .. tempias kat hero2 terus...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
charlizetheron posted on 22-11-2013 10:17 AM
hahahahaa... aah mcm geli je.... last2 trailer nely pukul kepala bapak tiri.. mcm beriya2... ke he ...

Kalau dgr cara nely jerit tu cam nak bersepai kepala pak tiri dia...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada kimia ni..

Ngan nanas pun ada kimia gak khen..
Bertabahlah... Dah mula nak terima kenyataan ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 11:29 AM | Show all posts
ahnafnia posted on 22-11-2013 11:23 AM
Kalau dgr cara nely jerit tu cam nak bersepai kepala pak tiri dia...

muka bapak tiri pun berkerut beriya.... mau berhari2 magrain tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 11:33 AM | Show all posts
Cinderella Versi Filem Cereka
ExcellentPictures / September 25, 2013
Borak Lokasi Oleh Syanty Octavia Amry

Sekitar 1998, industri drama tempatan pernah mencetuskan fenomena apabila drama bersiri Cinderella lakonan hebat Ahmad Idham dan Haliza Misbun berikutan jalan cerita menarik selain dibarisi ramai pelakon hebat.

Malah lagu tema drama berkenaan berjudul Sehati Sejiwa nyanyian Haslinda turut menjadi siulan dalam kalangan peminat setia pada waktu itu.

Kini, selepas 15 tahun drama bersiri berkenaan bakal difilemkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd yang mana ia diarahkan Ahmad Idham sendiri. Mengekalkan tajuk yang sama iaitu Cinderella filem ini menampilkan pelakon berbakat Fizo Omar dan Nelydia Senrose sebagai watak utama.
Sehubungan itu, Idham berharap penonton yang pernah menyaksikan drama itu tidak akan lupa de–ngan jalan ceritanya. Drama terbabit turut bertanggungjawab menaikkan nama Idham yang ketika itu sedang berjinak-jinak di dalam bidang lakonan.

Menurut Idham, hatinya terdetik untuk menghasil–kan filem Cinderella sejak dua tahun yang lalu, namun ketika itu dia masih belum menemui pelakon yang sesuai dan layak untuk memegang watak utama sebagai Nurul atau Cinderella.

“Saya mahu penonton mengimbau kembali drama berkenaan. Namun tidak semua jalan ceritanya saya ambil. Yang sama mungkin jiwa, perasaan dan romantiknya saja.

“Mungkin tempoh waktu sekarang terlalu lama dan saya bimbang ada yang terlupa akan drama ini. Namun saya yakin dengan garapan baru, jalan cerita yang lebih segar dan pelakon-pelakon yang bagus akan memperkuatkan lagi filem ini.

“Skrip ini saya buat bersama arwah Meor Shariman yang juga rakan saya. Apabila saya yang garap, saya tahu apa yang saya nak penonton rasa ketika menonton filem Cinderella lakonan Nelydia dan Fizo ini,” katanya.

Hanya mengambil pengawalan jalan cerita dari drama bersiri Cinderella, Idham berkata perkara itu dilakukan kerana mahukan kelainan apatah lagi drama itu sudah terlalu lama bimbang penonton akan muak.

“Dalam filem Cinderel–la ini, yang saya kekalkan daripada drama Cinderella adalah satu metafora yang mana bagi saya, saya me–ngekalkan kewujudan Cinderella Melayu yang diwujudkan dari seorang anak tiri di sebuah kampung apabila ditangkap basah dengan seorang jejaka yang tidak dikenali dan dibawa ke bandar.

“Itu yang saya bawa. Itu metafora yang saya pakai semula di mana Nelydia memegang watak Nurul tinggal bersama ibu tiri–nya. Satu hari dia ditang–kap khalwat bersama Fizo Omar. Cuma bezanya di sini, Nelydia adalah seorang jururawat di pusat kesihatan di kampungnya,” katanya.

Bagi Idham, untuk me–ngembalikan nostalgia itu, dia perlu mencari pelakon yang kuat. Justeru dia memilih Nelydia selepas terlihat pelakon berkenaan berjaya membawakan satu watak dalam Setia Hujung Nyawa.

“Saya rasa ketika itu, drama itu menjadi satu fenomena sekejap. Saya kata, inilah Cinderella yang saya cari. Dia tak semestinya seksi. Saya hendak cari seorang yang mempunyai perwatakan ayu, manis, penuh tawa, sedih, manja dan semesti–nya Melayu dan saya melihat perwatakan itu ada pada diri Nelydia dan sesuai dengannya.

“Saya tidak pernah bekerja dengan Fizo dalam mana-mana filem dan keinginan untuk bekerjasama dengannya sudah lama ada. Pada era kini saya lihat Fizo adalah seorang hero yang sesuai.

“Walaupun tidak berapa popular seperti pelakon lain namun saya yakin waktu untuk–nya sudah sampai. Malah saya dapat lihat karakter anak orang kaya yang boleh menjadi seorang ‘playboy’ sesuai dibawakan oleh Fizo,” katanya.

Masih mengekalkan lagu tema Sehati Sejiwa, Idham menampilkan kelainan dengan memberi nafas baru terhadap lagu berkenaan di samping sedang mencari penyanyi yang sesuai untuk menyanyikan semula lagu itu.

Kata Idham, jika disebut mengenai Cinderella, ia adalah pengorbanan seorang wanita. Suka duka, cabaran dan dugaan yang dihadapi seorang wanita.

Fizo Teruja pegang watak Salman

Walaupun tidak sempat menyaksikan drama bersiri Cinderella sepenuhnya, Fizo Omar yang memegang watak sebagai Salman yakin dengan penampilan segar yang dibawanya.

Ini kerana filem Cinderella hanya mengambil pengawalan cerita drama Cinderella malah Idham yang pernah memegang watak sama banyak membantunya dalam menghayati watak berkenaan.

“Saya gembira apabila ditawarkan watak dalam filem ini apatah lagi memegang watak utama. Apabila saya Tweet di Tweeter milik saya ramai peminat yang memberikan maklum balas positif dan tidak sabar menyaksikan filem ini ditayangkan malah tidak saya nafikan penangan drama Cinderella memang begitu kuat sehingga ke hari ini.

“Filem ini tidak sama seperti drama, hanya awal cerita sehingga babak ditangkap basah dan selepas itu semuanya berubah. Watak saya lebih berat kerana di dalam filem ini saya seorang kaki perempuan dan suka berhibur.

“Paling mencabar pada kemuncak cerita saya disahkan menghidap penyakit HIV dan itu satu tamparan hebat buat saya sebagai Salman di samping cabaran untuk saya lebih menghayati watak sebagai pesakit HIV,” katanya.

Nelydia Gementar DI LOKASI

Pertama kali memegang watak utama di dalam filem adalah cabaran besar buat Nelydia atau mesra dengan panggilan Nely. Baginya perasaan gementar sentiasa ada setiap kali dia melakonkan setiap babak di dalam filem Cinderella.

“Pada awal menerima tawaran ini Nely sangat teruja namun dalam waktu yang sama sering berasa gementar bimbang tidak berjaya melakonkan watak seperti yang diharapkan oleh pengarah.

“Malah ketika di lokasi juga perasaan gementar itu tidak pernah pudar apatah lagi Nely turut bergandingan dengan pelakon yang mempunyai nama-nama besar seperti Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan dan Azizah Mahzan.

“Untuk menghayati watak sebagai Nurul, Nely banyak menonton drama Cinderella di laman YouTube bagi mengambil ‘mood’ sebagai Nurul. Memang agak sukar kerana di dalam watak ini Nely banyak bermain dengan emosi.

“Abang Idham banyak membantu malah dia sendiri mahu Nely membawakan watak Nurul dengan cara sendiri tanpa meniru gaya yang dibawakan oleh Haliza Misbun,” kata–nya.

Sinopsis:

Nurul seorang gadis kampung berusia 22 tahun tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil. Di kampung, keluarga tiri Nurul melayan Nurul seperti orang gaji. Tiada langsung rasa belas kasihan.

Mereka terpaksa membenarkan Nurul tinggal di situ kerana terpaksa dan juga kerana menunjukkan kepada orang-orang kampung kemuliaan hati mereka membela seorang gadis yatim piatu.

Pada masa yang sama, Zamil pula teruja dengan keayuan adik tirinya dan menunggu masa yang sesuai saja untuk mencabul Nurul.

Salman berusia lewat 20-an adalah anak kepada Datuk Mohktar, seorang tokoh korporat terkemuka. Datuk Mokhtar mempunyai syarikat pembinaan yang mendapat kontrak kerajaan. Salman anak tunggal Datuk Mokhtar yang akan mewarisi syarikat berkenaan.

Salman yang belajar di luar negara dalam bidang perniagaan baru pulang ke Malaysia bagi proses mengambil alih syarikat bapanya kerana Datuk Mokhtar terpaksa bersara awal akibat serangan strok.

Datuk Mohktar dan Salman tinggal bersama-sama Mak Jah, orang gaji mereka. Datuk Mokhtar yang membesarkan Salman selepas kematian ibu Salman sewaktu Salman masih kecil.

Salman juga mempunyai seorang rakan baik, Ray. Mereka mempunyai hobi yang sama iaitu suka berfoya-foya dengan perempuan dahi licin dan ‘ramping’. Suatu malam, Zamil mencabul Nurul. Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu.

Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman. Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung.

Salman dan Nurul diberi dua pilihan sama ada di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung berkenaan. Bagi menjaga namanya, Salman bersetuju dengan pilihan kedua.

PROFIL PRODUKSI:

FILEM: Cinderella
TERBITAN: Excellent Pictures Sdn Bhd
PENERBIT: Azlan Shah Jaffril / Ahmad Idham Ahmad Nadzri
PENERBIT EKSEKUTIF: Mohd Kasturi Rasul
PENGARAH: Ahmad Idham Ahmad Nadzri
PENERBIT PENYELARAS: Rozniza Zainal
SETIAUSAHA: Nurhayati Abdullah
PENOLONG PENGARAH 1: Ahmad Khalid Ahmad Nadzri
PENOLONG PENGARAH 2: Ahmad Zaha Abdul Aziz
SKRIP: Allahyarham Meor Shahriman / Ahmad Idham Ahmad Nadzri
PENGARAH FOTOGRAFI: Mohamad Ridhuwan Zainal Abidin
PENGURUS PRODUKSI: Mohamad Naquib Idris
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Suhaida Adnan
PENATA SENI: Hasnor Musa
BUSANA: Azham Abdul Aziz
TATARIAS: Jamal Mohd
KESINAMBUNGAN: Nur Diana Arshad
PENATA MUZIK: Direct Audio Studio
PENYUNTING: Shamsul Zain /Ayman Mahmood
PASCA PRODUKSI: Excellent Film Works
PERALATAN PENGGAMBARAN: Professional Film Equipment
PROMOSI: Azwan Annuar
PEREKA POSTER: Khairil Azreen Azmi
DI SEBALIK TABIR: Mohamad Fazrien Mohd Ziear
JURUGAMBAR: Mohd Suhairi Mat Johor
JURUGEGAS: Muhammad Abu Baihaqi / Muhammad Zayni
PERALATAN: Muhd Shahrul Zabidi
SAJIAN MAKANAN: Sri Kayangan Catering

PELAKON: Fizo Omar (Salman), Nelydia Senrose (Nurul), Kamal Adli (Ray), Fauziah Nawi (Mak Jah), Datuk Jalaludin Hassan (Datuk Mokhtar), Azizah Mahzan (Ainon), Azlan Komeng (Zamil), Erin Malek (Farah), Dayangku Faratiwan (Sheila), Sahrol Nizam (doktor)

http://excellentpictures.com.my/cinderella-versi-filem-cereka/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
charlizetheron posted on 22-11-2013 10:29 AM
muka bapak tiri pun berkerut beriya.... mau berhari2 magrain tu...

Kalau betullah kena tu..
Mau masuk spital..
Nely bab mimik muka,ekspressi
Dah nampak improve..

Wah... Dah start muji dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 11:38 AM | Show all posts
ahnafnia posted on 22-11-2013 11:35 AM
Kalau betullah kena tu..
Mau masuk spital..
Nely bab mimik muka,ekspressi

hhahaha... aah btul ... memek muka mmg menjadi.  tapi apa2 pun kena tgk full movie gak neh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Salman kena hiv.erkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 11:44 AM | Show all posts
ahnafnia posted on 22-11-2013 11:42 AM
Salman kena hiv.erkkk

xpe mesti hepi ending ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
charlizetheron posted on 22-11-2013 10:38 AM
hhahaha... aah btul ... memek muka mmg menjadi.  tapi apa2 pun kena tgk full movie gak neh... :lov ...

Nak pi tgk.. Tapi cam x sesuai jer tgh memboyot ni pi tgk wayang.. Gigih sgt kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.067264 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list