CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrsT

Airmata Terindah..

[Copy link]
 Author| Post time 10-7-2013 09:36 PM | Show all posts
ni sambungan lagi hadiah untuk kaka..kaka.. semua..

*******************************************************************


“Terkejut?”tanya Khaleel Zachry



“Kenapa senyap? Terkejut kea tau takut” tanya Khaleel Zachry lagi.

“tak ada..apa..” jawap Auna Aulia tergagap.

Baru Khaleel Zachry ingin membuka mulut ada suara yang memanggil mereka. Menyuruh mereka keluar. Fuhhhh lega. Terima kasih lah banyak-banyak siapa yang tolong panggil tu. Dia rasanya macam dah tak cukup udara jerk dah ni bila berdepan dengan Khaleel Zachry macam ni. Bagi lah dia bernafas dengan tenang dulu. Lepastu baru boleh bawak berbincang.


“Noworries. Kita masih ada banyak masa lagi. abang memang dah lama idamkan macam ni.” bisik Khaleel Zachry di telinganya serentak dengan itu satu kucupan di pipi kanannya.


Huuuwaaaaaa..Auna Aulia rasa nak lari dah ni. Lututnya dah menggigil. Tolong.. dilihatnya wajah Khaleel Zachry dah macam rupa notty body sangat-sangat.

Tangannya di capai oleh Khaleel Zachry dan dibawa ke bibir. Auna Aulia kejang. Rasanya macam nak pitam saja.

Selapas itu Khaleel Zachry membawa dia keluar untuk bersanding kecil dan di perkenalkan pada saudara mara.

Sampai di bawah semua orang sedang menanti untuk aturcara seterusnya. Auna Aulia dudukdi pelamin indah di halaman rumah.

Abah dan mama mendekat ke mikrofon yang di letakkan berdekatan di situ. Abah dan mama ingin memberikan ucapan mereka.

Abah memulakan acara. Abah menarik nafas dalam sebelum memulakan bicara.

“Alhamdulillah.Rasanya baru macam semalam mamanya melahirkan dia. Hari ini selesai sudah tanggungjawab saya sebagai bapa. Rasanya sempurna sudah tugas saya InsyaALLAH.Hari ini saya serahkan tanggungjawab saya kepada Khaleel Zachry untuk mengambil alih mendidik, menjaga dan memberi kasih sayang kepada permata hati kami semua.Khaleel tolong jaga anak abah baik-baik. Didiklah dia sebaik mungkin. Janganlah kamu
kasarinya. Gunakanlah  kecerdikan kamu dalam mendidik dia. Abah doakan kamu bahagia dunia dan akhirat.” Semua tetamu yang hadir senyap.  


Kini giliran mama pulak bercakap. Khaleel Zachry meraih tangan Auna Aulia. Muka Auna Aulia sudah merah.


“Khaleel,selamat datang kepada keluarga mama. Terima kasih kerana sudi memperisterikan anak mama. Auna Aulia anak mama, hari ini terlepas sudah tanggungjawab mama menjaga kamu, selepas ini suami kamu akan mengambil alih tugas itu. Kasihi dan sayangi suami kamu sepenuh hati mu wahai anak. Senangkan hatinya dengan tingkahmu, jaga lah tutur kata dan setiap perbuatanmu. Bertabahlah hati menempuh alam rumah tangga yang banyak panca robanya. Berserah dan bergantung lah pada yangEsa. Dapatkan lah restu suamimu dulu dalam mencari keredahaanNYA kerana disitulah syurga kita. Auna Aulia, anak yang baik, kami lepas kamu dengan kasih sayang kami, Khaleel jagalah anak mama sebaik mungkin. Kami amanahkan dia padakamu. Tegurlah dia jika ada yang salah di mata kamu. Bimbinglah dia dalam mencari keredhaanNYA. Doa kami sentiasa mengiringi kamu berdua.” Kata mama.Abah menenangkan mama. Belakang mama di usap.


Kini giliran Aazad Aakif dan Aazad Aamir memberi ucapan.  Ada suara nakal dari kalangan keluarga kedua dua belah pihak. suasana menjadi riuh dan bertambah meriah. Auna Aulia menggenggam tangan Khaleel Zachry tanpa dia sedari. Meminta sebis kekuatan mungkin..

Mereka berdua memandang kearah Auna Aulia dan Khaleel Zachry yang duduk di pelamin.

“Akhirnya,bro you get my sister. Bertahun you menanti ya dakk…finally” semua orang tergelakmendengar ucapan Aazad Aakif.

“Kita orang amanahkan you untuk jaga adik manja kami. Tolong sayangi dia macam mana kami semua sayang dia. Please take a good care of her. Kalau dia menangis sebab you, and then dia mengadu pada I you siapyerr. Kita orang cari you okey. Auna Aulia adik abang.. buah hati pengarang jantung dan limpa Khaleel Zachry..” sekali lagi semua yang mendengar ketawa.

Auna Aulia tertunduk malu.

“Amacam best tak. Kene suprise macam ni? Lain kali jangan buat lagi okey..? Jaga diri sis. Abang sayang kamu. I’m gonna miss you my dear sister. Dengar cakap suami saling hormat menghormati. Jangan degil. Adik berhak untuk bahagia. Doa abang sentiasa untuk adik. Please remember I always your big brother." Sekali lagi tetamu tergelak mendengar ucapan Aazad Aakif.

Auna membuat gerak mulut abang jahat.. Aazad Aakif hanya tergelak.

Abang sentiasa ada untuk kamu walau di manasahaja. Jadi a good wife adik pada Khaleel. Abang yakin dia akan menjaga kamudengan baik. Abang sayang kamu lebih dari apa yang ada didunia ni kerana kamuthe only one adik abang. Okey.. jaga my sister. Dia amanah untuk you sekarang.”Kata Aazad Aakif.

Khaleel Zachry hanya mengangguk. Aazad Aakif mendekat bersalam dengan Khaleel Zachrydan berpelukkan. Dahi Auna Aulia di cium. Tak suka lahh semua orang buat diamenangis. Benci lahh.. semua orang jahat sebab buat dia nangis.

Kini gilirannya Aazad Aamir memberi ucapan. Dia hanya memandang Auna Aulia. Auna Aulia membalas pandangan itu. Antara Aazad Aakif dan Aazad Aamir Auna rapat sedikit dengan Aazad Aamir.


Aazad Aamir mengambil nafas. “Dear..Derar.. dear sister.. Okey now saya nak bagi ucapan. Yaya, Khaleel dengan baik-baik yer.. abang nak cakap..” semua orang tergelak mendengarnya. Ada kedengaran suaran-suara nakal mengusik. “Bro, first of all welcome to our small family. Akhirnya apa yang diimpikan jadi kenyataan yaa dak. Macam mana rasa sekarang lega tak?I dah cakap you tak percaya.. but start from now on kyou kena panggil I abang lah kan. Kerana I ni abang ipar you. ” ucap Aazad Aamir. Sekali lagi hadirin tergelak.


Khaleel Zachry hanya tersenyum sahaja. gelak secara berhemah. Wajah Auna Aulia di tatap dalam. Sedalam kasihnya pada gadis yang telah sah menjadi isterinya. Yang telah halal untuknya.


“Legakan.Tolong jaga tuan puteri kita orang ni baik-baik. Dia terlalu bermakna pada kami. Sakit dia bermakna sakitlah kami, gembira dia maknanya gembiralah kami. Kalau dia menangis siap you yaa Khaleel. I tahu apa yang you dah lalui untuk dapatkan adik I. I rasa sangat kagum dan tak salah I katakan bahawa you yang layak menjaga Yaya. Yaya..” panggil Aazad Aamir. Aazad Aamir memandang keatas seperti menahan sebak.

Suasana bertukar suram semula. Abang please jangan buat Auna nangis lagi. Please..Auna memberi isyarat mata.

“Yaya,abang sayang Yaya sangat-sangat. Sakit yaya bermakna sakitlah abang. Gembira yaya, yaya maknanya gembira lah abang. Kehadiran Yaya adalah kegembiraan kami semua.Masih ingat lagi mama bawak balik yaya ke rumah ni abang duduk sebelah yayad ari Yaya masuk rumah sampai kepetang. Abang takut orang lain ambik adik abang.Now betul-betul dah ada orang ambik yaya dari Abang. Yaya, Abang sebenarnya susah hati bila abang kawin nanti siapa yang akan tengokkan yaya lepas ni. Tapi kini abang  rasa abang dah tunaikan tanggungjawab kami mencarikan jodoh untuk kamu adik. Dia sungguh bertuah dan kamu juga bertuah. Abang sentiasa doakan kebahagian yaya. Jangan sedih-sedih lagi. Sekarang masa untuk Yaya gembira. Abang sayang Yaya.. jangan lupa abangya dik…” Aazad Aamir tidak dapat meneruskan ayatnya. Dia sebak.

Terus Auna Aulia bangun mendapatkan abangnya. Berpelukkan. Diikuti oleh Aazad Aakif. Mereka yang hadir terharu dan menitiskan air mata.

Khaleel Zachry hanya membiarkan. Dia rasa dia cukup bertuah kerana dapat bersama dengan keluarga yang masih memegang teguh sifat kekeluargaan. Kemudian dia datang mendekat ketiga beradik itu mereka berpelukan bersama.


Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Malam ni ada acara makan malam. Siang tadilebih kepada Hi Tea. Khaleel Zachry bersiap di bilik Aazad Aakif. Kali ini AunaAulia mengenakan dress labuh potongan moden. Bertudung selendang lilit. Cantik dan manis. Meleret kainnya yang berpotongan kembang payung. Berwarna baby green. Khaleel Zachry pula mengenakan sepasang persalaninan baju melayu warnayang sama.

Terpegun Khaleel Zachry melihat Auna Aulia. Matanya tidak boleh di alihkan ke tempatlain. Auna Aulia tertunduk malu. Sebenarnya dia masih lagi segan dan tak dapat membiasakan diri lagi.

Acara malam ni adalah kenduri bacaan doa selamat selepas magrib dan jamuaan makan kecil-kecilan sahaja. Untuk kedua-dua belah pihak saling berkenalan. Beberapaorang rakan pejabat mereka hadir. Terkejut mereka bila dapat tahu Auna Aulia berkahwin dengan Khaleel Zachry. Masing-masing kata Auna Aulia pandai menyimpan rahsia.


****************************************************************

ok done for today.. selamat membaca ya kaka..kaka.. semua



Last edited by mrsT on 10-7-2013 09:51 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 10:40 PM | Show all posts
alaa alaaa tak cukup

pelisss another N3
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:59 PM | Show all posts
ohh dammmm gojesss,  manjang kaka rasa tak cukup... nak lagi dan lagi dan lagi....

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 07:54 AM | Show all posts
Sedihhhhhnyaaaaa......
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:58 AM | Show all posts
serious beb...su nangis tau baca entry tadi....nasib xde sapa kt opis....masih adakah semangat kekeluargaan seperti itu..kagum sangat ngan family auna..mcm real story jee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 11:58 AM | Show all posts
untuk hari nie enjoy ya...


**************************************************

Hampir pukul sebelas malam tetamu beransur pulang. Keluarga Khaleel Zachry juga ingin berangkat pulang.


Auna Aulia mengiringi mereka ke kereta. Tangannya masih dalam genggaman Khaleel Zachry. Tak penat ke mamat ni dari tadi asyik berkepit.

“Auna jaga diri. Bonda balik dahulu. Nanti esok datang makan tengahari di rumah ya..”Datin Sharifah Adawiyah memeluk Auna Aulia. Jatuh kasihnya kepada satu-satumenantu perempuannya ini. Dia yakin Khaleel Zachry tidak salah memilih dan diatak salah menilai.

“Khaleel,jaga isteri kamu baik-baik. besok bawaklah Auna balik kerumah. Bonda menanti kedatangan kamu”

“Baik bonda, insyaALLAH” Jawab Khaleel Zachry tangan bonda di salamnya dan pipi itujuga di kucup.

“Walid balik dulu Auna. Jaga diri..”

“terima kasih walid.” Jawab Auna Aulia dan tunduk bersalaman dengan keluarga mertua.

Selepas semua beredar baru terasa penatnya badan. Auna Aulia pandang sekeliling kelihatan orang catering sedang sibuk mengemas. Ada juga ahli keluarganya masih berbual.

Khaleel Zachry memeluk meramas bahunya. Auna Aulia terkaku di situ. geli bila ada orang usik tengkuknya. Eeeee...

Mama datang mendekat. “Yaya bawak Khaleel ke bilik. Mungkin dia penat.” Kata mama.

“eh tak apa mama. Biar saya tolong apa yang patut.” Jawab Khaleel Zachry.

“tak ada apa nak buat pun Khaleel semuanya pakai catering. Sofa-sofa pun dah dibawak masuk ke dalam. Kamu berdua pergilah naik berehat. Yaya bawak Khaleel naik kebilik berehat.”

Auna Aulia melepaskan keluhan. Dia saja jerk nak berlama-lama dekat bawah, kalau perlu tak naik bilik pun tak apa. Tapi nak tak nak dia terpaksa juga bila melihat pandangan mama.

“Marilah naik ke atas. Salin baju dan rehat” ajak Auna Aulia. Itupun dia rasa nak tercekek saja.

Khaleel Zachry hanya menuruti Auna Aulia dari belakang. Tiba-tiba dia terpijak kain Auna Aulia yang labuh. Nasib baik dia sempat dia pegang pinggang Auna Aulia.Kalau tidak mesti Auna Aulia tersembam. Auna Aulia sudah merah mukanya malu.Akhirnya Khaleel Zachry berjalan seiring dengan Auna Aulia. tangan Auna Aulia di genggam erat.

Auna Aulia membuka pintu bilik mereka. Terbau haruman bilik yang begitu menenangkan.Macam tahu-tahu jer darah dia tengah gemuruh sekarang ni. Khaleel Zachry membuka songkoknya dan di letakkan di atas meja solek. Matanya memerhati setiap pergerakkan Auna Aulia.

AunaAulia buat-buat sibuk. Baju tidur untuk Khaleel Zachry di keluarkan. Warna putih. Baju yang dia beli dulu. Dibawa kebilik air disangkutkan. Supaya senang nanti Khaleel Zachry nak pakai.

“Pergilah mandi dulu. Saya dah siapkan semuanya dalam toilet” kata Auna Aulia tergagap. Rasanya macam dah tak cukup oksigen dah ni. Aduh..

Khaleel Zachry datang mendekat. Auna Aulia menapak kebelakang dan akhirnya dia terperangkap kerana di belakangnya dinding. Perutnya dah kecut dah ni, Ya ALLAH tak pernah dia terfikirkan keadaan sebegini.

“Siapa yang nak disuruh pergi mandi tu?” tanya Khaleel Zachry tangannya di angkat lurus kedinding jadi Auna Aulia tak boleh lari kemana sebab dah dihalang oleh tangan Khaleel Zachry. Aduhhh parah ni. Macam apa dah tengok dia ni.

Auna Aulia telan air liur. Ya ALLAH. Peluh dingin dah mengalir. “Awak lah siapa lagi..” jawab Auna Aulia.

“Apa..tak dengar..” kata Khaleel Zachry.

“awak..”tekan Auna Aulia.

“Siapa?”

Auna Aulia melepaskan keluhan. Apa yang patut dia panggil takkan sayang kot..eeeiiii getik dengar.. loya tekak. Tak kan abang. Dia dah ada dua orang abang karang panggil abang nanti ada orang lain yang perasan. Ya ALLAH.

Khaleel Zachry masih menanti. Wajah Auna Aulia yang sudah memerah malu di tenung begitu tapi Khaleel Zachry suka. Baginya itu permandangan yang indah.

“Cepat..saya masih menanti. Saya tak kisah kalau kita begini sehingga kepagi..” kata Khaleel Zachry. Auna Aulia terbeliak.

“Ya Habib.” Nasib dia teringat sebab dia pernah terbaca dekat internet. What ever yang penting dapat lepas diri dulu. itu yang penting. karang bila budak budak notty jadi budak lagi notty susah.

Khaleel Zachry tercangang. “Ya Habib?”

“YaHabib.. habibi maknanya kekasih ku. Tak kan tu tak tahu.” Adoii.. malu.. malumana nak letak muka ni. Mulut ni pulak macam tak nak duduk lama jerk at tempat asal. Durhaka sungguh yaa mulut.. Kepala Auna Aulia tertunduk malu. Tu satu hal takut satu hal. Risau dengan mulut laser Khaleel Zachry satu hal. Merana sungguh dia malam ni. Dah lah penat. Kulit muka dah semakin tebal dia rasa. Kepala yang di tunduk terkena sedikit ke dada Khaleel Zachry. Khaleel Zachry tergelak.Dia tak sangka Auna Aulia boleh berfikir sebegitu. Tapi hatinya senang. Dia suka.

Auna Aulia dia tarik rapat. Dia memeluk Auna Aulia. Sudah lama dia berangan ingin mendakap Auna Aulia. Kini semuanya telah halal baginya. Rasanya beban perasaan yang di tanggung telah hilang.

Auna Aulia kaku. Dia terkejut. Dia tak biasa begini. Di sentuh begini. YA ALLAH. Diarasa nak lari saja. Kalau dia mati keras kat sini macam mana erkk?

“Humaira takut?” tanya Khaleel Zachry.

Auna Aulia terkejut. Siapa Humaira tu.. huwaaaaa.. belum apa-apa lagi Khaleel Zachry dah sebut nama perempuan lain. Tapi Auna Aulia terus membatukan diri.

Khaleel Zachry tersenyum. Ubun-ubun kepala Auna Aulia di kucupnya. “Humaira membawa maksud kemerah-merahan lah.. dah mulalah tu fikir yang bukan-bukan. Seperti Auna Aulia abang sekarang. Usik sikit dah merah muka..”

Fuhhl ega-lega. “Jangan lah cakap macam tu. Saya tak biasa lah.. boleh lepas tak.Sakit lah..” kata Auna Aulia.  KhaleelZachry tergelak lagi.  

“Kitas ama-sama belajar okey. Saling lengkap melengkapi. Errmm..”

Auna Aulia mampu menganggukkan kepala sahaja. What ever. Janji dia lepas. “Lama lagike nak peluk ni. Penat lah” kata Auna Aulia.

Khaleel Zachry tergelak lagi mendengar ayat Auna Aulia. Akhirnya dia merenggangkan sedikit pelukkan.

“Mandilah dulu. Saya siapkan sejadah.” Kata Auna Aulia.

“Kita solat sama.” Kata Khaleel Zachry.

Auna Aulia hanya menganggukkan kepala. Tanda setuju. Selepas menanggalkan segalamake up dengan make up remover dia membentangkan sejadah dan menanti giliran untuk menggunakan bilik mandi. tudung lain di sarung di kepala. tak biasa okey.

Tak lama selepas itu Khaleel Zachry keluar dengan bertuala sahaja. Berderau darahnya selama ini tak pernah dia melihat ahli keluarganya macam ni. Selamba badak dia ajer. Aduh malunya. Dia menghulurkan kain pelekat pada Khaleel Zachry tanpa berani memandang keadaan seksa Khaleel Zachry. Tahu lah awak tu hot. Khaleel Zachry tergelak melihat gelagat Auna Aulia. Lagi saja dia menanyang body. Tak pula dia sangka Auna Aulia pemalu sebegini.  Lagi lah dia seronok menyakat.

Khaleel Zachry mengusik Auna Aulia dengan berpura-pura menanggalkan tuala. Auna Aulia yang terkejut terus menutup muka dengan towel. Kenapalah malam ni lama sangat nak siang agaknya. Rasanya memang betul-betul yang dia tiba-tiba kejung dalam bilik ni nanti

Selepas itu Auna Aulia melangkah kebilik air untuk membersihkan badan. Dia bercadang bilas dulu badan lepas solat baru mandi. Selepas menjirus badan dia keluar dengan berbaju Tshirt lengan panjang dan seluar panjang berserta tudung. complete set. ambik ko..

**********************************************************

okey cukup panjang dah nie..




Last edited by mrsT on 11-7-2013 12:07 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2013 01:15 PM | Show all posts
mrsT posted on 11-7-2013 11:58 AM
untuk hari nie enjoy ya...

ekekekeke sakan cik abang menyakat auna yee....sian auna...dah le pemalu...asik la diusik sana sini...bahagianya rasaa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 01:19 PM | Show all posts
tambah lah lagi sikit?...boleh tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2013 08:05 PM | Show all posts
khas utk semua.. selamat berbuka yaa..


********************************************


“Kejap jer mandi?” tanya Khaleel Zachry.


“Bilas badan saja. Nanti lepas solat baru saya mandi.” Terang Auna Aulia. Khaleel hanya mengangguk. Auna Aulia mengenakan telekung.


Buat pertama kalinya dalam hidupnya orang lain yang mengimamkan solatnya. Seorang lelaki bergelar suami. Dia rasa begitu tersentuh. ALLAH memakbulkan doanya.Menginginkan seorang lelaki yang boleh menjadi imam di setiap solatnya. Dia bangga.


Panjang sekali doa Khaleel Zachry. Dalam bahasa arab dan di selang selikan dengan bahasa melayu agar senang dia faham. Dia tak sangka Khaleel fasih berbahasa arab. Kalau tengok caranya memang tak ada ciri-ciri langsung. Ciri penyangak ada. Hahaha.. jahat dia.


Setelah mengaminkan doa, Auna Aulia bersalaman dengan Khaleel Zachry. Tangan lelaki itudi kucup. Kepala Auna pula di cium. Auna Aulia cepat-cepat bangkit dan mengemas telekung. Dia segan. Dia rimas. Dia takut. Segala macam rasa ada.


Apa yang dia tahu dia nak beremdam dalam bath tab menenangkan hatinya. Laju dia melangkah ke bilik air. Khaleel Zachry hanya tersenyum melihat. Dia tahu mesti Auna Aulia nak beremdam dalam bath tab. Dan dia nak melihat selama mana Auna Aulia nak duduk dalam bilik air. Sebelum itu baju di tukar kepada baju tidur yang diserahkan oleh Auna Aulia tadi. Pandai Auna Aulia menganggak saiz dia.


Auna Aulia beremdam dalam bath tab hampir setengah jam. Baju tidur satin berwarna putih mutiara, berseluar dan berlengan panjang di sarung kebadan siap dengan tudung sekali lengkap package. Sebelum itu losyen disapukan keseluruh tubuh.Takut kulit kering selepas beremdam dengan air yang suam. Bathrob di sarungkan pula kebadan cover sebab baju tu agak nipis lah jugak. macam tadi siap bertudung. Dia mengintai. Fuhh lega. Kelihatan Khaleel Zachry sudah lena.


Kelambu berkain jarang di katil bertiang empat  telah dibuka dari ikatan dan menutupi hampir seluruh katil. Dia berjingkit menuju kekatil. Kelihatan sedang tidur. Fuhh selamat. Dengan berhati-hati dia berjengkit-jengket  ke sofa panjang di sudut bilik.  


Baru dia nak merebahkan badan satu suara menegur. “berdosa seorang isterimeninggalkan katilnya tanpa izin suami.”


Akibat terkejut dia menjadi kaku disofa itu. Nasib tak melompat. Tubuh badannya menggigil tak usah nakcakaplah. Ingatkan dah tidur rupanya tak lagi.


Khaleel Zachry menepuk ruang kosong disebelahnya. Membawa maksud menyurush Auna Aulia tidur di situ.  Auna dengan berat hati yang amat sangat terpaksa melangkah ke katil dan merebahkan badan disebelah Khaleel Zachry.


Auna Aulia melihat Khaleel Zachry tersenyum seperti mengejek. Perlahan-lahan dia merebahkan badan di sebelah Khaleel Zachry tapi tidur dengan membelakangnya Khaleel Zachry. Tak berani dia nak mengadap muka Khaleel Zachry. Dia belum hilang akal lagi.


Khaleel Zachry menegur “Takkan nak tidur dengan bathrob ni. Siap dengan tudung bagai. Nak bukak sendiri atau nak abang bukakkan..”


Auna Aulia kejung. Budak yang dah sedia notty dan rasa macam budak lagi notty. Rasa dah nak menangis dah ni bila mendengar ayat itu tapi diatetap membatukan diri.


“Abang kira sampai tiga. Sayang tak nak bukak abang yang akan tolong bukakkan dan abang suka nak ingatkan. Bila abang dah bukak, abang akan bukak semuanya.Sekarang cinta hati abang pilih yang mana satu..” bisik Khaleel Zachry dicuping telinga Auna Aulia.


Terus terbuntang mata dia.  Ni memang nangis betul-betul karang ni. Nak tak nak perlahan-lahan dia buka. Khaleel Zachry menghulurkan tangan meminta tudung dan bathrob itu. Auna Aulia tiada pilihan. Mula-mula tudung di serahkan kemudian bathrob itu diserahkan kan kepada Khaleel Zachry. Huwaaaa… mana dia nak sorok diri ni. Baju ni dah lah seksi dan nipis.. Huawaaa..ni memang nak nangis ni. Benci betul dengan semua orang. huwwaaaaa..


Khaleel Zachry menyelimuti tubuh Auna Aulia dengan comforter bersma dengannya. Tubuh Auna Aulia ditarik dekat padanya. Kehangatan dari tubuh Khaleel Zachry dapat dirasakan oleh Auna Aulia masih membelakangkannya. Khaleel Zachry menahan getar di dada. Menghidu haruman dari tubuh Auna Aulia. Setelah tudung yang menutupi  rambut Auna Aulia dibuka. Terlepas lah rambut Auna Aulia yang panjang dan ikal dibawah. terkkena sedikit di mukanya. Rambut Auna Aulia yang panjang itu di cium.Wangi. Bau harumnya membangkitkan nalurinya hatinya yang telah berkocak.


“Berdosa seorang isteri membelakangkan suami sewaktu tidur..” kata Khaleel Zachry lagi.


Huwaaa…memang Auna Aulia menangis betul-betul. Dia takut sebenarnya. Dia rasa dia dah macam sesak nafas. Tak cukup oksigen. Nak lari bilik mama dan abah pun ada jugak. Khaleel Zachry terkejut melihat Auna Aulia menangis. Tapi dia berlagakbiasa.


“Sayang takut..”


AunaAulia menganggukkan kepala. Giler lah tak takut. dia dah rasa macam nak terkeluar segala isi perut dah ni.


“Pandang abang sayang..” kata Khaleel Zachry sambil manarik sedikit wajah Auna Aulia.Kelihatan ada Auna Aulia sedang menangis.


“Kenapa perlu menangis sayang, malam ini untuk di raikan bukan untuk menangis..” PujukKhaleel Zachry lembut.


“Takut..” itu saja yang mampu Auna Aulia katakan.


“Syuuuhhh..jangan menangis. Abang sayang isteri abang ni. Cinta hati abang. Dah lama abang pendam perasaan ini. Sakitnya dada ni Allah saja yang tahu. Melihat cinta hati abang menangis. Akhirnya ALLAH izinkan juga.”


“Tapi Auna takut..”


Khaleel Zachry tergelak. “kenapa perlu takut sayang..”


“tak biasa..” Terketar-ketar Auna Aulia member tahu Khaleel Zachry. Memang Auna Aulia tidak biasa dengan benda-benda ni semua.  Mana pernah ada lelaki yang bukan halal untuknya menyentuh dia. Keluarganya agak moden kehidupannya tapi amat menitik beratkan agama. Cuba lah sesiapa buat hal dengan dia. Pasti orang teruk kena abang-abangnya.


Sebab itulah setiap kali dipegang oleh Khaleel dia malu. Di jadi kejang. Beku. Macam renjatan elektrik. Itulah agaknya nikmat yang Allah ingin bagikan sebab ituAllah mengharamkan menyentuh orang yang bukan muhrim. Sebab bila di sentuh suami nanti buat pertama kali dah tak rasa apa-apa sebab dah biasa. Mungkin pertama kali halal di sentuh tapi yang berdosanya dah selalu. Nikmatnya tiada.Pada pandangan cetek ilmu dialah.


Khaleel Zachry tersenyum lebar. Auna Aulia di bawa rapat ke dada. Ingin dia tenangkan jiwa yang gundah ini. Khaleel Zachry memujuk Auna Aulia dengan kata-kata pujukrayu. Setelah Auna Aulia tenang. Dia lega.


Khaleel Zachry menatap wajah Auna lama. Bibirnya cuba menghampiri bibir Auna Aulia yang merah itu. Nafasnya tidak sekata. Bergelora. Jika dulu haram maka kini halallah sudah.


**********************************************************

harap berpuas hati yaa




Last edited by mrsT on 11-7-2013 08:14 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 10:14 PM | Show all posts
muahahahaaaa... kaka pulak yang rasa dup dap dup dap dup dap... alahaiiii TT sambung ler lagi... kaka dan rasa resah gelisah dah nih...  phewwww... auna pesal nak takut2 lak... laki hang hensem macho gagah ganteng... kalo kaka la dpt macam khal nih... dia lum terkam kaka yang terkam dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 11:23 PM | Show all posts
suke sgt2 cite neh from A to Z ..rase lom smpai Z lg nie an

@asyriqa ~ amboi kaka kemain die terkam2 dlu .. well khal kan HOT STUFF

pstt TT i nak jadi minik no.2 boleh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 01:18 AM | Show all posts
yoozara posted on 11-7-2013 11:23 PM
suke sgt2 cite neh from A to Z ..rase lom smpai Z lg nie an

@asyriqa ~ amboi kaka kemain die terk ...

kaka jeles ngan TT nih... sbb hubby dia hot mcm khal.... TT  cer tepek pic kawen TT kat sini... kaka teringin sgt nak tgk TT ngan hubby dia mesti mcm pinang dibelah dua...  best kan TT  nye famili bahagia kaka rasa bila baca  kisah hidop TT nih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam pagi jumaat dan selamat berpuasa utk semua....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 07:28 AM | Show all posts
waaa kaka @asyriqa   amboiii...

@yoozara   tq larling..

@cegitu  selamat berpuasa yaa.. salam jumaat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 07:33 AM | Show all posts
untuk kaka semua.. enjoy ok..  


*************************************



Auna Aulia hanya mendiamkan diri tidak berkutik. Mukanya merah. Dia faham apa yang di pinta oleh Khaleel Zachry. Tapi dia malu ya amat untuk menjawab. Dia hanya mampu memandang mata Khaleel Zachry sahaja.


“Cinta hati abang..” panggil Khaleel Zachry lagi. Auna Aulia masih tidak berubah, sama seperti tadi. Khaleel Zachry beranikan diri mencium bibir Auna Aulia. Auna Aulia masih berdiam lagi. Seperti tadi. Tidak membantah. Auna Aulia rasa nak terkeluar segala urat perut dah ni.. Kali ini Khaleel Zachry mengucup ubun-ubun kepala Auna Aulia berserta bacaan doa. Kedua-dua belah alis mata Auna Aulia. Seterusnya turun ke hidung kedua-dua belah pipi akhirnya jatuh dibibir merah Auna Aulia. Auna Aulia diam tidak bergerak diaseperti dipukau. Hatinya seperti merelakan.

Yang hanya kedengaran doa dari bibir Khaleel Zachry Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlahdari syaitan apa yang akan Engkau karuniakan kepada Kami.

Ketika ini dia pasrah dalam terpaksa. Melawan yang tu suami. Karang berdosa. Nak jadia kayu bakar apa neraka ke nak jadi ahli syurga insyaALLAH. pilih mana satu Auna Aulia kerana mengenangkan dia telah berjanji akan di serahkan jiwa dan raganya untuk lelaki yang bergelar suami sejak dari dulu. maka dalam keterpaksaan dia merelakan. huhuhuuhuu..

Diluar bumi di sirami hujan. Bumi bergembira. Dua insan hayut dalam nikmat dunia yang ALLAH kurniakan. Cara yang di redhai ALLAH. Semoga akan bertambahnya bilangan ummat Muhammad andai diizinkan. InsyaALLAH.

Pagi itu Auna Aulia tersedar jam 530 pagi. Dia berada dalam pelukan Khaleel Zachry.Apa yang terjadi malam tadi benar-benar memalukan sangat-sangat memalukan okey. Mukanya panas rasa nya kalau di ukur satu pembaris panjang tu pun tak cukup untuk mengukur ketebalan kulit mukanya. . Dia menarik sedikit comforter menutup tubuhnya yang sedikit terdedah. Khaleel Zachry tersedar. Auna Aulia cepat menutup mata. Dia tidak mahu Khaleel Zachry tahu dia dah bangun.

Khaleel Zachry menghebus di telinga Auna Aulia. Dia kegelian. benci lah.. main taktik kotor macam ni. Khaleel Zachry tergelak. Akhirnya matanya terbuka. Mukanya disorokkan dalam comforter. Dia malu. Malu sangat-sangat. gila tak malu.

Khaleel Zachry menarik comforter dari menutupi muka Auna Aulia. Dia ingin memandang wajah cinta hatinya. Bertapa dia berbangga dapat menakluki Auna Aulia malam tadi. Dia berbangga kerana hanya dia. “Cinta hati abang.. terima kasih atas apa yang terjadi malam tadi. Abang benar-benar gembira. Terima kasih sayang..” hanya dia dan Auna Aulia yang mengerti apa yang dimaksudkan.

Muka Auna Aulia sudah merah. “tak mau lah cakap.. malulahh..” Auna Aulia kembali menyorokkan mukanya di dalam comferter. satu hari macam ni pun tak apa..

Khaleel Zachry ketawa bahagia. “abang nak lagi…sekarang boleh?” bisik Khaleel Zachry mengusik.

huuuhuuwaaaaa... tak agak-agak. “Abang..tak nak lah…” jawab Auna Aulia malu. Lagi dia membatukan diri dalam selimut.Yang dah terjadi ni pun dia tak tahu macam mana nak hadap. Inikan pulak dibawak berbincang, ada yang duduk dalam selimut ni sampai kepetang karang.

“Bangunlah kita mandi solat subuh..”ajak Khaleel Zachry.

“abang mandi dulu. Sebelum tu minta bathrob Auna.” Auna Aulia menghulurkan tangan.Muka dan badannya masih lagi dalam comforter.

Kedengaran suara gelak jahat Khaleel Zachry. “Sampai hati Auna tak nak tengok badan abang yang super duper hot and sexy ni..” usik Khaleel Zachry lagi.

“Abang..tak nak lah..” karang bentak-bentak karang baru tahu.

Khaleel Zachry tergelak. Bathrob di serahkan pada Auna Aulia. Auna Aulia menyarung bathrob dari dalam comforter manakala Khaleel Zachry menyarung  seluar tanpa baju.  Auna Aulia bangun untuk mengemas tempat beradu mereka. Comforter di tarik. Khaleel Zachry tersenyum. Auna Aulia dah merah muka malu. Dia menundukkan menekupkan mukanya dengan bantal yang ada di tangan. Rasanya satu hari ni dia tak sanggup melihat wajah Khaleel Zachry. Dia malu. Malu nak amat. Macam mana lah orang yang lain tu yaa.. adakah mereka rasa apa yang dia rasa.

Khalee lZachry datang mendekat. Tubuh Auna Aulia di dakap erat. Dia amat berterima kasih kepada Auna Aulia. “terima kasih sayang..” itulah yang mampu dia katakan. Auna Aulia di dakap erat. Auna Aulia hanya membantukan diri. Malu.


Khaleel Zachry melangkah ke bilik air  selapas Khaleel Zachry selesai Auna Aulia pula mengambil giliran untuk mandi. Tadi Khaleel Zachry ada ajak mandi bersama. Gila nak pergi. tak akan terjadi okey.  Selepas itu mereka bersolat subuh bersama. mensyukuri nikmat ALLAH dengan kurnia yang diberikan

Auna Aulia menghadap cermin sambil membetulkan lilitan tudungnya. Dia mengenakan sepasang jubah moden yang dibeli secara online di Aab Collection berwarna gray fesyen terkini.Tudung dia lilitkan seperti yang orang lain pakai senang cerita macam perempuan arab pakai. Senang saja lilit-lilit dah jadi.Khaleel Zachry hanya memerhati Auna Aulia bersiap.

“Cantik-cantik ni nak kemana?” tanya Khaleel Zachry.

Auna Aulia hanya tunduk bila ditanya. Mukanya merah. Sebenarnya dia masih malu lagi dengan Khaleel Zachry. Dia tak ada keberanian lagi untuk menatap wajah Khaleel Zachry. “Tak kemana..” jawabnya ringkas

“Cantik sangat. Tak takut ke kalau abang tak kasih sayang keluar bilik?”

Mata Auna Aulia terbuka besar. Biar betul? Tak pernah dibuat orang. “takkan lah kot”jawab Auna Aulia. Biar betul. Huuhuhu.. waaaaaaa.. nangis lagi karang..

“Kenapa pulak tak? Kalau abang tak izinkan?” usik Khaleel Zachry lagi.

“Tak nak lah. Auna nak tolong orang kat dapur. nanti apa orang kata. Auna segan. Kan kata nak balik rumah sana?”

Khaleel Zachry tersenyum. Seronok pulak dia membuli Auna Aulia dalam keadaan Auna Aulia macam ni. Dulu tak boleh. Menjawab saja kerjanya. sekarang ni malu-malu. Seronok.  “Rumah sana tu rumah siapa?” tanya Khaleel Zachry. Dia datang mendekat kepada Auna Aulia. Cara jalannya, cara senyuman nakal dia seperti adaa genda dan cuba mengoda. Auna Aulia mematungkan diri. Budak paling notty dah mendekat.

Khaleel Zachry memeluk Auna Aulia dari belakang. Bahu Auna Aulia di kucup kasih. Disayang akan wanita yang dia nikahi ni. Sangat. Rasanya berbaloi menanti bertahun-tahun. Terasa manisnya lebih-lebih lagi semalam saksi Auna Aulia menjadi hak miliknya mutlak. Tubuh Auna Aulia dipeluk erat. Dia membenamkan mukanya dibahu Auna Aulia. Dia melihat biasannya bersama Auna Aulia daricermin. Tinggi Auna hanya mencecah bibirnya sahaja. Kerana dia memang tinggi dan Auna Aulia juga tinggi. Nasib tak jadi model kalau tidak lagi haru dan dia makan hati. Oh Tidak.. dia tak mahu kongsi isterinya dengan sesiapa. Auna Aulia hak miliknya.


***************************************************

enjoy yaa kaka2 semua..







Last edited by mrsT on 12-7-2013 07:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:24 AM | Show all posts
terase sendri plak yg malu

nak lagi nak lagi TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 08:46 AM | Show all posts
aduhhhh kaka rasa malu n segan plak (konon...hat sebenonya gatai n ngada2 sama kan)  tak sabor nak tunggu dorang gi hanimun...  aikkkk TT pasai pa asik sambung seketoi seketoi jah nih... nak kena babap ekkk....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 08:55 AM | Show all posts
salam semua....ekekekke su pun rasa bahagia je tgk auna bahagia disamping abang khal....tq tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 11:51 AM | Show all posts
untuk tghari nie lagi satu.. sebab petang takut bz ler pulak.. enjoy ya..

***************************************************************************



“cantik isteri abang.” Puji Khaleel Zachry. “terima kasih sayang sebab ringankan sikit bahu abang ni.”


Muka Auna Aulia berkerut dia tak faham. “Maksud abang?”

“Yaaalahh.. Auna dah pakai tudung. So tak payahlah tunggu abang suruh. Sayang tahu batas antara mahram dengan tidak. So ringan sikit bahu abang ni. Kalau tidaksenget lah jugak. Teruk abang kene jadi bahan bakaran nanti..” kata Khaleel Zachry.

Auna Aulia tersenyum. Dia faham apa maksud Khaleel Zachry. Khaleel Zachry cuba memberi nasihat padanya. Dia suka cara itu, tidak secara terang-terangan menegur orang kata berlapik. Dia  tak tahu yang Khaleel Zachry begini. Bukan selalu nak menyangak jer kerja dia. Mulut dia MasyaALLAH laser kalah perempuan.

“Kenapa dulu abang suka marah-marah Auna?”

Khaleel Zachry masih erat memeluk Auna Aulia. “Kenapa erkk..? mungkin sebab abang tak nak sayang Auna ketat-ketat sangat kot..Nanti takut Auna perasan. Jatuh lah saham abang sebagai jejaka yang paling hot dekat mata Auna. Auna ingat abang tak tahu Auna selalu curi-curi pandang abang..”

Auna Aulia menunduk. Pin ditangan di mainkan. Dia menggigit bibir sendiri. Malu. Lagipun pandang tengah marah lain lah..

“Auna,boleh tak jangan buat muka macam tu sekarang..?” tegur Khaleel Zachry.

“Macam mana?” Auna Aulia pelik.

“Macam tu.. gigit bibir. Macam tu. Abang takut elok-elok kita dah mandi tak pasal-pasal kena mandi lagi sekali nanti. Auna nak? Abang okey”

“Abang..abang jahat..”

Khaleel Zachry tergelak. “Kalau tak nak jangan buat. Buat macam tu..” Khaleel Zachry memberi amaran.

Setelah bersiap ala kadar Auna Aulia. Khaleel Zachry kata dia nak baring sekejap. Jam menunjukkan pukul 815 pagi. Rumah masih lagi sunyi. Mungkin semua orang kepenatan. Dia menuju kedapur. Kelihatan mama dan auntie Aireen sedang berbual.Bibik sedang menggoreng nasi.

“Assalamualaikum mama. Mummy Aireen..” sapa Auna Aulia. Pipi Puan Mardiah dan Mummy Aireen diakucup. Sudah jadi kebiasaan dia setiap hari.

“Awal bangun..” tegur Mummy Aireen

Macam lain jerk maksud soalan tu. “Biasa jer.” Jawab Auna Aulia dia buat selamba. Bukan dia tak tahu maksud lain pada soalan tu. Tapi malas nak layan. Karang dia yang malu. Baik buat bodoh. “Mama nak buat sarapan apa pagi ni?” Auna Aulia cuba mengubah topik.

“Goreng nasi, mama ada order kuih apam gula hangus yang Tok Mummy dengan Nenek suka tu.” Jawab Puan Mardiah.
“mama tak nak tambah apa-apa?” tanya Auna Aulia.

“Buatkan mummy Vanila Muffin special Yaya tu boleh. Teringin pulak nak makan. Rindu..”pinta Mummy Aireen.

“Aikk mummy dekat UK tak ada Muffin ke?” tanya Auna Aulia tergelak.

“Bukan tak ada tapi rindu Muffin Yaya. Tak sama..” Mummy Aireen dah mula bercerita.Auna Aulia tergelak.

“Cantik baju Yaya. Bila beli.. mama tak pernah nampak pun..” tegur Puah Mardiah.Pekenan pulak dengan potongan jubah moden Auna Aulia.

“Ahah..alaa Aab Collection. Yang mama suka tu. Ni baju design baru.” Beritahu Auna Aulia.

“Aab Collection tu bukan based dekat UK ke Yaya.” Tanya Mummy Aireen.

“Eeemmm betullah.. baju dia ada yang sesuai untuk cuaca sini..” terang Auna Aulia.

Mereka hanya mengangguk. Auna Aulia ada teste dia sendiri dari segi fesyen. Tapi yang pasti apa yang tersarung pada badan Auna Aulia kelihatan sangat cantik.

Mummy Aireen adalah kakak ipar mama. Ada dua orang anak Noal Muammar dan Noah Muaamar. Dua-dua dah berkahwin. mereka semua balik kerana nak meraikan majlis perkahwinan Auna Aulia.

Auna Aulia tergelak. Dia adalah satu-satunya cucu perempuan Tok Mummy dan Tok Daddy.Tak ada yang lain.  Yang ada semua lelaki. Itulah sebabnya dia sentiasa mendapat perhatian yang istimewa dari semua orang. Yang paling dia hargai hubungan dia dengan sepupu-sepupu yang lain sebelah mama sangat rapat.

Begitu juga sebelah abah. Dia rapat jugak tapi sebelah abah keluarganya besar. Adik beradik abah saja dah ada sepuluh orang. Abah nombor Sembilan bongsu lelaki. Jadi sepupu-sepupu dia semua dah besar dan beranak pinak. Dia pun terkejut bila dia dah bergelar nenek. Tapi dia tak kasi cucunya panggil nenek, kalau yang lain tua dari dia cukup panggil dia nama saja dan dia akan menggelarkan orang itu kakak, kalau yang budak-budak baru panggil dia nanny. Hahahahaa perasan mat saleh kan. Kisah apa tak glamor okey nenek. Nanny baru best.

“Takapa.. Yaya buatkan Mummy Muffin ok. Kesian mummy..” kata Auna sambil tangannya lincah mengambil bahan-bahan untuk membuat Muffin alaa bukan susah. Guna tepung yang ready made bancuh saja. Tapi dia ada sukatannya sendiri. Tak sampai setengah jam dia sudah sibuk membakar muffin. Lagi lah senang kalau ada bibik yang membantu. Dia buat bibik kemas. Hahaha kan mudah. Auna Aulia pelik bila orang kata masak ni susah. Bagi dia kacang goreng jerk. Tak sampai 20 minit bau Muffin sudah semerbak satu rumah.

Auna Aulia kedalam piring. Dia membakar lagi. Satu Loyang boleh dapat enam biji.Sekali bakar dua Loyang.  Dia saja buat lebih nanti boleh bawak sedikit pada keluarga buah tangan. Segan kalau datang tanpa bawa apa-apa.

“sedapnya bau..” tegur Natasha isteri kepada Noah.

Dia datang membawa dulang ditangan. Di belakang ada Roseline isteri Noal yang sedang mengandung lima bulan.

“dekat sini rupanya puas Ada cari..” kata Puan Madarina.

“errmr..tengok pengantin bakar muffin. Semerbak bau satu rumah..”

“errmmm..Muffin Yaya kan special. Tak ada saper pun boleh lawan.” Kata Natasha.

Auna Aulia tunduk malu bila di puji begitu. “Mana ada adunan dia biasa saja..”

“Tak sama sayang.. Tok daddy dengan daddy selalu complain kalau mummy beli atau buat muffin, dia orang cakap Muffin Yaya yang terbaik..” terang Mummy Aireen.

“haaaaa..musyawarah apa kat sini.. cepat lah siapkan sarapan. Dah pukul Sembilan pukul berapa nak sarapan.” Tegur abah.

“errmm dah nak siap dah. Kan ker dah ada kuih dan air dekat depan tu. Tinggal nasi goreng ni nak kena bawak ke dapan. Muffin ni sekali.”

Mereka membawa makanan ke luar.  Sarapan di luar hari ni senang sebab ramai. Auna Aulia keluar bersama dua piring besar penuh dengan muffin yang masih panas.

Khaleel Zachry tidak kelihatan. Auna Aulia naik ke bilik untuk memanggil Khaleel Zachry. Dia membuka pintu bilik perlahan. Kelihatan Khaleel Zachry tengah berbaring di atas katil. Mata terpejam rapat. Auna Aulia duduk di sisi Khaleel Zachry perlahan. Takut tidur Khaleel Zachry terganggu. Dia menatap wajah lelaki yang baru dia nikahi semalam.

Rambut Khaleel Zachry lurus dan pendek. Baru dia perasan bulu mata Khaleel Zachry panjang. Macam pakai bulu mata palsu pun ada lebat.  Menambahkan lagi kecantik dan keindahan ciptaan ALLAH. Khaleel Zachry putih merah. Cantik. Kalau Khaleel Zachry jadi model sure laku. Bentuk badan yang menarik sasa tapi tidak terlalu menonjol berketul-ketul tapi cukup membuktikan Khaleel Zachry seorang yang rajin bersenam. Mungkin selalu ke gym. Auna Aulia ambil kesempatan menatap wajah Khaleel Zachry lagi kalau Khaleel Zachry jaga tak mungkin dia lakukan. Mati tegak dia nanti bila Khaleel Zachry tenung dia nanti. Itu kelemahan dia dari dulu sehingga sekarang. Dia selalu kalah dengan panahan mata Khaleel Zachry. Dia baru berani menatap wajah Khaleel Zachry lama dari dekat dia mencium dahi Khaleel Zachry perlahan. Takut Khaleel Zachry terjaga. Tangan pulak yang tak reti duduk diam. Gatal pulak tangan pergi mengusap rambut Khaleel Zachry. Durhaka sungguh ya tangan..



***********************************************************************

tqvm sebab sudi baca cerita yang merapu lagi meraban nie..  





Last edited by mrsT on 12-7-2013 12:00 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2013 12:02 PM | Show all posts
@asyriqa   jangan lah babap saya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.679107 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list