CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7167|Reply: 22

Misteri Apakah Melanda Kemensah Heights?

[Copy link]
Post time 12-6-2013 04:15 PM | Show all posts |Read mode


Alif (bukan nama sebenar)  menunjukkan salah satu kawasan permainan pocong dan puntianak. Aktiviti paranormal didakwa berlaku di belakang Zoo Negara.

Sungguhpun begitu, menjelang lewat malam, kawasan yang menempatkan deretan rumah teres, banglo dan kondominium itu mampu mengundang perasaan seram terutama jika melalui lorong yang gelap lagi sunyi.

Dakwaan ada penduduk terpandang kelibat pocong dan puntianak di beberapa lokasi sekadar memanjangkan lagi cerita-cerita paranormal di perumahan elit yang dahulunya dilimpahi hutan tebal itu.

Bukan sekali dua, malah difahamkan kejadian penduduk terserempak dan diganggu oleh entiti itu pada waktu tengah malam hingga pukul 3 pagi sering berlaku.

Bagi warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, ramai yang tidak betah bekerja lama di situ, apatah lagi jika terpaksa bertugas pada sebelah malam.

Kebanyakan mereka mengadu terdengar bunyi orang berjalan dan berlari malah ada juga yang mengaku sering diganggu bunyi-bunyi aneh yang tidak mampu dijelaskan.





Puntianak rumah banglo

“Seorang kawan saya pernah ternampak puntianak bertenggek di tangki air rumah banglo ini semasa ia dibina.

“Akibat terlalu terkejut dan takut, dia yang hamil dua bulan mengalami keguguran,” kata Wati, seorang warga Indonesia yang turut bekerja menyiapkan pembinaan banglo itu. Wati sudah hampir lima tahun tinggal di kawasan Kemensah.

Dia yang kerap mendengar cerita pelik daripada rakan-rakannya bagaimanapun belum pernah melihat sendiri rupa hantu yang sering diperkatakan itu.

“Saya selalu lalu di kebanyakan lokasi yang dikatakan berhantu, tapi Alhamdulillah, saya belum berjumpa lagi. Kalau ada peluang, nak juga tengok,” ujarnya ketawa.

Untuk merasai sendiri kewujudan entiti di kawasan itu, krew Jurnal mula menyusuri sebatang jalan mati yang bersempadan dengan Zoo Negara.

Digelar kawasan permainan pocong, beberapa penduduk kononnya sudah terserempak dengan makhluk itu di situ. Walaupun tidak menemui sebarang imej pelik, haruman kuat bunga melur menusuk ke hidung jurugambar Jurnal.

Peliknya, tiada sebatang pun pokok bunga di situ, yang ada hanya pokok kayu. Beberapa ketika kemudian, sewaktu ingin merakamkan gambar jalan berkenaan, kamera yang digunakan pula gagal berfungsi dengan baik untuk beberapa minit.

Biarpun berdepan dengan beberapa perkara aneh, kami tidak berjaya merakamkan sebarang imej hantu di kawasan tersebut.



contoh je.

Pemandu wanita

Seterusya ialah ‘jalan bukit’, lokasi panas yang dikatakan banyak gangguan pelik berlaku.

“Pernah ada seorang wanita kena kacau ketika melalui jalan ini pada pukul 11 malam. Keempat-empat pintu keretanya diketuk kuat sedangkan keretanya sedang bergerak laju.

“Dengan muka pucat lesi dan nafas yang tertahan, dia pergi ke tempat saya berniaga,” cerita seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ana.

Selain itu, sebuah banglo tinggal dan sebatang lorong yang juga jalan pintas, dikaitkan dengan kewujudan puntianak.

“Di banglo itu, ada penduduk yang ternampak puntianak terbang melintasi rumah tersebut.

“Di laluan pintas yang berdekatan dengan bengkel bas itu dahulu ada perempuan Indonesia mati bunuh diri,” kata Wati pula. Wanita ini gemar melalui jalan pintas itu dari tempat kerja ke rumah kongsinya.

Lokasi terakhir yang kami tuju pada malam itu merupakan sebatang pokok yang sering menjadi lokasi kemalangan tidak kira malam ataupun siang.

“Walaupun pokok itu berdiri di selekoh yang tidak tajam, namun dalam sebulan ada dua tiga kemalangan kereta berlaku di situ termasuk menghentam pokok tersebut,” ujar Ana.

Pada malam itu, krew Jurnal kebetulan bertemu seorang pengamal perubatan alternatif yang berasal dari Jawa Timur, dikenali sebagai Ustaz Sugantaro, 37.

Jangan takut

Mesra dengan panggilan Pak Ainul, dia yang sedang menziarah seorang rakannya dikatakan mahir mengubat orang yang terkena sihir atau diganggu syaitan dan jin.

Ketika ditanya adakah betul wujud makhluk halus di sekitar Kemensah, Pak Ainul berkata dia hanya dapat merasai kehadiran makhluk itu di atas sebatang pokok tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Katanya, kehadiran makhluk halus boleh dirasai dengan kehadiran angin yang boleh ‘diberatkan’ oleh entiti berkenaan.

“Saya dianugerahkan deria keenam yang membolehkan saya melihat dan merasai kehadiran kuasa jahat.

“Ada yang dihantar untuk mengganggu dan ada yang hadir hanya untuk melihat dunia anak Adam.

“Hanya apabila saya diperlukan untuk merawat pesakit, baru saya akan berunding dengan jin dan syaitan itu.



JALAN mati di belakang tembok Zoo Negara ini tiba-tiba berbau wangi.

“Jika tidak saya tidak akan mengganggunya. Biar sama-sama aman,” katanya yang tidak menolak kewujudan aktiviti paranormal di Kemensah.

Tidak menafikan wujudnya perasaan takut di kalangan masyarakat terhadap hantu yang mempunyai pelbagai rupa ini, Pak Ainul memberitahu: “Sebagai manusia yang tercipta sempurna, kita tidak perlu takut dengan makhluk ghaib.

“Tidak mungkin syaitan mengalahkan manusia. Yang penting, kita berserah pada Yang Maha Kuasa dan isikan jiwa dengan amalan yang dituntut agama,”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 10:59 AM | Show all posts
cam bes jer aktiviti paranormal nie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2013 11:09 AM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 13-6-2013 10:59 AM
cam bes jer aktiviti paranormal nie..

aku suka aktiviti cr hantu.. berminat jum la.


Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 01:18 PM | Show all posts
cef_gango posted on 13-6-2013 11:09 AM
aku suka aktiviti cr hantu.. berminat jum la.

ko buka thread ajak forumer2...kite diskus tgok camne..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 02:28 PM | Show all posts
me too..aku minat sgt nak join semua ni..nak cari pengalaman..nak cuba lawan rasa takut tu...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 02:49 PM | Show all posts
aku pernah jumpa hantu...masa kat genting, tapi kene bayar dulu beberapa puluh ringgit...baru dapat jumpa hantu itew
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2013 03:45 PM | Show all posts
menarik.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 08:08 PM | Show all posts
aku berminat baca cerita2 hantu je... kalu nak join cari hantu memang tak la kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2013 08:29 PM | Show all posts
dekat sgt la dgn area rumah aku. tp tak pernah la kena bnda bnda ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 11:20 PM | Show all posts
tmpat ni kat mana sebnarnya,,,, byk nau tmpt dicertiakan tp tak tepat
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 09:44 AM | Show all posts
ex_klia posted on 13-6-2013 02:49 PM
aku pernah jumpa hantu...masa kat genting, tapi kene bayar dulu beberapa puluh ringgit...baru dapat  ...

ye ke? takutnye....wa lagi , tgh jalan2 kat first world tu ada hantu 2 ekor...tp wa heran pulak, napa org ramai tak kagum ye?

sedangkan kat sini ramai yg kagum kalo jpe hantu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 10:46 AM | Show all posts
salimrock posted on 14-6-2013 09:44 AM
ye ke? takutnye....wa lagi , tgh jalan2 kat first world tu ada hantu 2 ekor...tp wa heran pulak, n ...

itu hantu nk enterframe.....satgi kang adela yg mintak nk gambo bersame, termasuk la aku ni.....
tapi tu zaman x matang aku la, tgh selok kekdahnye

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 12:12 PM | Show all posts
kalau dekat kawasan ni memang tak silap memang betul..
sangat-sangat seram..
cuba pergi dan alami sendiri..
setia ada cousin yang stay banglo belakang zoo ni...
cousin setia pon tak berani nak balik rumah tengah-tengah malam...
kalau balik pon dia redha je lalu jalan zoo tu..

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 02:26 AM | Show all posts
kat kemesah ni dulu banyak indon yerk.
buat rumah tepi sungai
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 06:17 AM | Show all posts
syaitan makin byk , dorang kan tak mati , tunggu sok kiamat baru mati , so membiak2... tak der yang mati

manusia pulak lahir  pastu mesti mati tak kira lambat ke cepat..

do the math heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2013 06:19 AM | Show all posts
syaitan makin byk , dorang kan tak mati , tunggu sok kiamat baru mati , so membiak2... tak der yang mati

manusia pulak lahir  pastu mesti mati tak kira lambat ke cepat..

do the math heheh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2013 10:56 PM | Show all posts
cef_gango posted on 13-6-2013 11:09 AM
aku suka aktiviti cr hantu.. berminat jum la.

aku nk join gak..kalo jadi inform aku weh...
forumer lain cmane??
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2013 11:26 PM | Show all posts
dn_vision posted on 16-6-2013 10:56 PM
aku nk join gak..kalo jadi inform aku weh...
forumer lain cmane??

ok deal !

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 11:42 AM | Show all posts
hantu pocong dan kuntilanak saja ka yg ada kat m'sia ni,,,kata 1 m'sia..hantu pakai smart2, tuxedo kew, suit mahai2 kew, dress?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2013 01:39 PM | Show all posts
ada kawan aku rumah dia dalam kg.kemensah ni..
aku dah la penakut..pernah tu aku drive balik pukul 1 pagi dari rumah dia..
selamat la tak teserempak apa2...
aku pandang depan je..tak tengok dah kanan kiri..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.220895 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list