Dunia Amerika, Taliban mahu damai 2013/06/20 - 07:17:53 AM
Tetamu tiba untuk upacara pembukaan pejabat baru pergerakan Taliban di Doha semalam. Gambar kecil wakil pergerakan Taliban, Muhammad Naeem bercakap pada sidang akhbar selepas upacara pembukaan rasmi pejabat barunya di Doha.
Isu utama penyelesaian politik, pendudukan asing di Afghanistan
Washington: Amerika Syarikat dan Taliban melahirkan harapan untuk mengadakan satu rundingan damai di Afghanistan dengan komitmen untuk bertemu minggu ini selepas 12 tahun pertumpahan darah yang menelan perbelanjaan besar, antara tentera diketuai Amerika Syarikat dan pemisah.
Taliban kelmarin membuka sebuah pejabat di Doha, ibu negara Qatar bagi membantu meneruskan usaha menyambung semula rundingan dan berkata pihaknya mahukan satu penyelesaian politik dan menamatkan pendudukan asing di Afghanistan.
Pegawai Amerika Syarikat berkata rundingan akan bermula di Doha pada esok tetapi berhati-hati dengan proses damai yang tidak menentu itu dan mungkin tercemar serta tidak menjamin kejayaan.
“Ia akan menjadi satu proses yang panjang dan sukar namun kemajuannya adalah penting kepada semua,” kata seorang pegawai kanan Amerika Syarikat.
Kerajaan Presiden Hamid Karzai berkata pihaknyamenghantar satu kumpulan di Doha dan seorang pegawai kanan berkata Taliban bersedia untuk mempertimbangkan rundingan. Tetapi pemisah tidak membuat sebarang komen mengenai dakwaan itu. Boneka Barat
Matlamat utama rundingan diplomatik ini adalah untuk mendapatkan wakil bagi kerajaan Afghanistan dan Taliban ke arah rundingan terus bagi masa depan negara. Taliban bagaimanapun enggan mengadakan rundingan seperti itu dan menyifatkan Karzai serta kerajaan beliau sebagai boneka kepada Barat.
Bagaimanapun, pengumuman diplomatik memberi isyarat pertama keyakinan dalam usaha damai Afghanistan sejak beberapa bulan dan berlaku ketika usaha perang yang dipimpin Amerika Syarikat mencapai peringkat kritikal.
Arahan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Kabul kelmarin melengkapkan penyerahan kepada pasukan keselamatan Afghanistan di seluruh negara berkenaan.
NATO merancang menamatkan semua operasi pertempuran di Afghanistan pada Disember 2014.
Presiden Barack Obama berkata operasi pertempuran Amerika Syarikat tidak akan dihentikan dan tetap akan diteruskan.
Empat tentera Amerika Syarikat terbunuh dalam satu serangan di Pangkalan Tentera Udara Bagram di Afghanistan, kata seorang pegawai Amerika Syarikat kelmarin. - REUTERS
Day-o, day-o
(Till I come and me wanna go home)
Day is a day, is a day, is a day
Is a day, is a day-o
(Till I come and me wanna go home)
Work all night, gonna drink our rum
(Till I come and me wanna go home)
Stack banana till the morning come
(Till I come and me wanna go home)
* Come mister tally man, tally me banana
(Till I come and me wanna go home)
Come mister tally man, tally me banana
(Till I come and me wanna go home)
* Day ia a day-o
(Till I come and me wanna go home)
Day is a day, is a day, is a day
Is a day, is a day
(Till I come and me wanna go home)
A beautiful bunch, a ripe banana
(Till I come and me wanna go home)
I seek deadly lacked a launch-ra
(Till I come and me wanna go home)
(Repeat ** and *** then *)
Day-o, day-o
(Till I come and me wanna go home)
Day is a day, is a day, is a day
Is a day, is a day-o