CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 25307|Reply: 65

Honda Civic

[Copy link]
Post time 8-7-2013 12:01 PM | Show all posts |Read mode






Honda Civic kini sudah pun tiba ke generasi ke-9 sejak generasi pertama diperkenalkan pada 1972. Setiap pengenalan model Civic, ia mengalami perubahan berdasarkan kehendak pelanggan Honda sendiri.

Mengukuhkan lagi kehadirannya di pasaran tempatan, Honda Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan Honda Civic baharu.

Secara kumulatif, sejak pelancaran generasi pertamanya sebanyak 19.7 juta unit Civic telah dijual di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja sebanyak 58,000 unit Civic berada di jalan raya sejak pelancaran generasi ke-7 pada 2003. Kejayaan model itu dikukuhkan lagi menerusi penerimaan menggalakkan dari generasi ke-8 yang dilancarkan pada 2006 dengan kira-kira 49,000 unit dijual.

Setiap generasi Civic dipertingkatkan dengan tema pembangunan tertentu dalam fikiran. Civic 2012 merangkumi konsep asas ‘futuristik dan kompak tersendiri’. Justeru itu, menurut Ketua Projek Besar Honda Civic baharu, Masayuki Sano untuk memberikan nilai baru kepada Civic merupakan cabaran besar terhadap mereka.

Untuk memberikan nafas baru kepada Civic mungkin satu cabaran yang besar kerana secara peribadi generasi ke-8 lebih menarik dan sporty.

Keberadaan Honda Civic 2012 kali ini pasti anda akan memberi tumpuan kepada bahagian luar. Saya akan memulakan dengan nada positif: Honda Civic 2012 tidak hodoh masalahnya ia juga tidak sangat menarik. Cuma sedikit hambar. Saya hampir menguap tiap kali melihat rekaan luarannya.

Sedikit segar, ia lebih kepada menciptakan imejnya tersendiri. Mungkin saya hanya membuat penilaian melalui rupa paras dan reka bentuk. Prestasinya masih belum diketahui. Ia hanya pendapat peribadi dan mungkin ada yang suka akan rekaan baharu yang ditawarkan ini.

Sekurang-kurangnya, model baru ini masih tidak boleh dikelirukan dengan kereta lain di jalan raya. Jika dilihat, Honda bersungguh cuba mengelak trend ke arah lampu hadapan yang terlalu besar dan pengambilan udara ternganga dan pada masa yang sama menjauhkan diri dari imej tiang besar di hadapan bagi memihak kepada peningkatan penglihatan dan kokpit yang lebih berudara.

Malah  bahagian belakang Civic 2012 juga lebih ke arah moden kontemporari, tidak sporty seperti sebelum ini. Jika dilihat terlalu banyak garisan otot di bahagian belakang dan sedikit pendek.

Masuk ke dalam kabin anda secara jelas melihat sebuah evolusi papan pemuka Civic yang meletakkan digital speedometer di hadapan tengah atas pada satah yang berbeza dengan meter rpm di bahagian bawah.

Di sebelah kiri speedometer anda boleh melihat Paparan Pintar Multi-Info (i-MID) yang memaparkan maklumat antaranya audio, penggunaan minyak, dan fungsi perjalanan komputer dengan resolusi grafik tinggi. Malah, anda juga boleh menetapkan latar belakang kertas dinding sendiri.

Civic baru berkenaan juga merupakan model pertama bukan hibrid Honda yang dilengkapi dengan Eco Assist. Ia adalah satu sistem yang membolehkan anda memandu dengan lebih cekap, hanya dengan menekan butang Econ.

Penggunaan kecekapan bahan bakar dapat dilihat menerusi bar yang terletak di kedua-dua belah speedometer. Apabila bar berwarna hijau ia menunjukkan pemanduan yang jimat minyak.

Di samping itu, untuk bahagian luaran dan dalaman, standard keselamatan Civic telah dipertingkatkan dengan bantuan kestabilan kenderaan (VSA) yang kini disepadukan dengan Motion Adaptive EPS (stereng berkuasa elektrik) yang membantu pemandu untuk mengawal semasa keadaan oversteer dan understeer.

Bersama-sama dengan model petrol menerusi varian 1.8L, 2.0L, 2.0L dengan NAVI, turut serta memasuki pasaran adalah varian Civic hibrid yang menampilkan enjin lebih besar 1.5L i-VTEC yang disambungkan kepada motor elektrik yang ringan dan dipertingkatkan.

Civic hibrid adalah yang pertama di Malaysia dipasang dengan bateri lithium-ion yang boleh menyimpan lebih banyak kuasa elektrik dengan saiz yang kompak. Dipertingkatkan dengan teknologi pintar, Civic hibrid juga pertama kali menawarkan Smart Entry dan butang push start.

Honda turut memperkenalkan pakej selepas servis yang sama pada Honda City baharu- lima tahun waranti dengan perbatuan tanpa had dan juga untuk bateri IMA serta servis buruh percuma sehingga enam kali servis sehingga 100,000 kilometer.

Sehingga penghujung tahun ini, Honda menyasarkan jualan sebanyak 5,200 unit untuk varian petrol dan 1,200 unit bagi versi hibrid.  

Bagi varian petrol, Civic didatangkan dengan warna perak, hitam, putih dan  polished metal metallic. Tanda harga bagi varian 1.8L- RM115,980, 2.0L- RM131, 980 dan 2.0L+Navigasi- RM136,980. Tersedia dengan empat warna pilihan, varian hibrid ditawarkan pada harga RM119, 980.

Bagi model petrol adalah pemasangan tempatan (CKD) di kilang Honda yang terletak di Pagoh, Melaka di mana sebanyak 60 peratus menggunakan komponen tempatan sementara model hibrid diimport sepenuhnya dari Jepun.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2013 07:38 PM | Show all posts
CKD...tp dok mahal jugak..pffffttt...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:25 PM | Show all posts
tak mampoo
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2013 08:44 PM | Show all posts
Japanese car nowadays are so overrated!! Only those hardcore Japanese fans cannot accept the fact that other emerging brands from South Korea and Europe are slowly but surely matching the Japs brands in Malaysia. For most parts of the globe, Japanese cars have lost to Conti cars or even Korean mades.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 10:36 AM | Show all posts
Honda like a lego...brg stream leh masuk civic...brg accord leh masuk crv...brg jazz leh masuk city...easy to maintainable...i like this way...not like others such konti, korean and bla bla bla...pergi half cut..oh takdelah model tuh..pergi new spare part even SERVICE CENTER...oh stock takde kena order this is the lousy situation that customer need to facing on it...
sebab tu nampak keta konti zaman dulu2 byk tersadai kat umah atau tepi jalan atau used kar pun...honda for legacy model even honda 2nd gen...still move on the road...huhu...itu rating for benchmark mostly konti is the highest ranking only for temporary and cannot be sustainable...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2013 05:53 PM | Show all posts
satu2nya brand yg resale value dia tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2013 10:26 AM | Show all posts
Honda civic baru ni design tak lawa....designer honda dah takde idea kot....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 11:09 AM | Show all posts
dragger posted on 9-7-2013 05:53 PM
satu2nya brand yg resale value dia tinggi

Tak jugak... tengok juga model tertentu. Ko rasa Freed dan Accord generasi keenam dan ketujuh tu resale value dia tinggi? Anyway, saya setuju model2 Honda lain resale value adalah tinggi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2013 01:42 PM | Show all posts
eco_internet posted on 10-7-2013 10:26 AM
Honda civic baru ni design tak lawa....designer honda dah takde idea kot....

mungkin nak cuba benda yang baru... kut
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 02:03 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 10-7-2013 11:09 AM
Tak jugak... tengok juga model tertentu. Ko rasa Freed dan Accord generasi keenam dan ketujuh tu r ...

brand hunda.. bukan proton...

mentaliti org still pandang brand jepun lebih ok
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 05:01 PM | Show all posts
dragger posted on 10-7-2013 02:03 PM
brand hunda.. bukan proton...

mentaliti org still pandang brand jepun lebih ok

Cuma kat Malaysia saja ramai orang masih di bawah tempurung. Ramai orang kat luar negara boleh terima brand Korea dan Conti, malah jualan keta2 ni dah memintas brand dari Jepun. Keta Jepun bagi saya overrated sangat kat Malaysia. Dah lah mahal, dalam apa pun tarak jika nak banding ngan brand Korea. Kalau nak imej, baik saya beli keta Conti macam VW ataupun Citroen/ Peugeot.

Keta jepun cuma kelas sama ngan Korea. Bukan keta high class,ok?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 10:50 PM | Show all posts
Dh test drive tp ckd punye mcm x value dgn duit yg kit byr..cukai yg melampooo sangat jd lh kete ckd pastik kosong. Compare dgn import from japan n thailand mantapp skit. Tp resale value mmg x leh bid dgn conti's and korean car huhuhu..klau pakai menangis lh nk juai blik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 11:46 PM | Show all posts
tgk je lh dlm 10 thn lg
korean cars will dominate..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 09:23 AM | Show all posts
spiderman80 posted on 10-7-2013 05:01 PM
Cuma kat Malaysia saja ramai orang masih di bawah tempurung. Ramai orang kat luar negara boleh ter ...

lepas ni kereta conti plak overrated.. dah semua pandang ke arah conti car.. kui3

btw interior kereta tahun 90an lagi kemas drpada zaman milenium ni...

takde plk interior pelastik time tu..

zaman skang plak semua dia nak pelastikkan.. sungguh pelastik kereta itu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 10:45 PM | Show all posts
so expensive..new civic~
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2013 08:26 PM | Show all posts
tumpang tnya, kalau nak bli civic baru yg design lama de lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2013 02:55 PM | Show all posts
flarengirl posted on 12-8-2013 08:26 PM
tumpang tnya, kalau nak bli civic baru yg design lama de lagi ke?

nk beli baru utk design lama xde dah..production dh stop
kena beli 2nd hand ler...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 10:52 PM | Show all posts
ejai601 posted on 13-8-2013 02:55 PM
nk beli baru utk design lama xde dah..production dh stop
kena beli 2nd hand ler...

design lama nmpak sgt jantan compare ngan design baru nih..kenapa eh derang stop?

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 11:50 AM | Show all posts
flarengirl posted on 13-8-2013 10:52 PM
design lama nmpak sgt jantan compare ngan design baru nih..kenapa eh derang stop?

sbb tuk produce civic baru ni....
lg pun civic tu dh lama dlm pasaran so better up new model
sama la mcm persona,dh kuar preve..stop kan persona


Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2013 12:03 PM | Show all posts
model persona ade lg la..persona ganti gen 2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.082437 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list