CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4829|Reply: 14

Pengalaman Bertemu Lembaga Hitam Di Wad Hospital

[Copy link]
Post time 9-7-2013 04:12 PM | Show all posts |Read mode


Pengalaman Bertemu Lembaga Hitam Di Wad Hospital. Tidak semua orang pernah mendapat rawatan di dalam wad hospital. Pengalaman tinggal di hospital adakalanya membosankan kerana tidak tahu apa yang ingin dilakukan selain mengikuti rutin memakan ubat setiap hari. Namun terdapat satu kisah di mana pengalaman seorang pesakit ini telah diganggu satu lembaga hodoh di hospital. Lembaga tersebut muncul dan cuba menakut-nakutkan lelaki tersebut.

Beberapa tahun yang lalu, aku telah dimasukkan ke hospital. Inilah kali pertama aku menjadi ‘penghuni sementara’ di sebuah hospital. Aku ditempatkan di sebuah bilik yang menempatkan enam orang pesakit. dan katilku terletak di tengah-tengah. Semua pesakit di bilik itu berbangsa Cina yang lanjut usia. Hampir setiap malam aku tidak dapat lena kerana ‘kekenyangan’ tidur pada siang hari.

Pada suatu malam, kira-kira jam 9, aku terasa ingin membuang air kecil. Tetapi aku takut untuk ke bilik air yang terletak agak jauh dari tempatku. Ditambah lagi, lampu di luar sudah dipadamkan. Disebabkan tidak tahan, akhirnya aku memberanikan diri untuk ke bilik air, khuatir akan ‘terbuang’ di atas katilku. Aku berjalan perlahan-lahan menuju bilik air. Setibanya di situ, aku dapati bilik air itu kosong. Namun aku terdengar seperti bunyi orang yang sedang menyelongkar sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai.


Aku cuba memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong. Apabila aku pergi ke tandas terakhir yang bersebelahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup dan mungkin juga dikunci dari dalam. Aku pun biarkan sahaja kerana pada sangakaanku, mungkin ada orang di dalamnya.

Aku pun pergi ke sinki untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang ada di dalam tandas terakhir itu keluar. Aku memang selalu ke tandas itu dan tidak pernah ke tandas lain melainkan untuk mandi. Lama juga aku menanti. Apabila aku rasakan begitu lama, aku kembali menjenguk tandas itu semula dan… alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun di dalamnya. Pintu terbuka luas, tidak tertutup seperti tadi. “Bila masa orang ni keluar, tak nampak pun,” kataku sendirian. Aku mula terasa takut. apa tidaknya, hampir 10 minit aku menantinya di luar, tiba-tiba tandas itu kosong dan pintunya terbuka padahal aku yang berada di luar tak nampak sesiapapun semasa aku mencuci muka tadi.



Oleh kerana terlalu takut, aku tak jadi buang air dan terus balik ke bilikku. Aku cuba tenangkan perasaanku. Sepanjang malam aku gelisah dan tidak boleh tidur. Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal. Dalam kegelisahan begitu, tiba-tiba aku terpandang sesuatu di luar tingkap. Dalam kesamaran, aku ternampak kepala orang yang sedang memerhatikan aku. Rambutnya putih, kusut masai ke paras bahu, mukanya hodoh, terkopek-kopek dan berdarah. Matanya cengkung termasuk ke dalam. Aku benar-benar terpaku. Mataku tidak berkelip memandangnya. Darahku berderau, naik ke muka, jantungku berdebar-debar. Bulu romaku berdiri tegak dan tubuhku terasa seram sejuk. Mulutku seolah-olah terkunci untuk berkata-kata. Dalam hatiku berdoa…”Ya Allah. Kau selamatkanlah hamba Mu yang lemah ini.”

Tiba-tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana ingin membuang air. Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada di situ. Aku cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan ia benar-benar berada di hadapannya. Lama-kelamaan, lembaga yang tidak berbadan itu perlahan lahan naik ke atas dan terus menghilang menembusi siling. Aku yang sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa ditahan sehari lagi kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu tinggi. Kini, segalanya telah pun berlalu. Namun, peristiwa seram itu tetap terpahat dalam ingatanku dan tidak mungkin aku dapat lupakan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2013 07:48 AM | Show all posts
wow..
penceritaan yang menarik
kisah benar berlaku kat tt ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:16 PM | Show all posts
Seramnya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 03:48 PM | Show all posts
Serammmm...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2013 09:25 PM | Show all posts
kalau kena kat aku ni, mau bercicir aku berlari
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 08:29 AM | Show all posts
pelukis.plan posted on 10-7-2013 07:48 AM
wow..
penceritaan yang menarik
kisah benar berlaku kat tt ke?

cara penceritaan x best sgt..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2013 09:07 AM | Show all posts
berrygurl posted on 11-7-2013 08:29 AM
cara penceritaan x best sgt..

saja ja nak pancing tt
sebab ni bukan cerita dia
tapi copy paste

ni link dia
http://busuk.org/ping/view/462990
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 04:44 PM | Show all posts
pelukis.plan posted on 11-7-2013 09:07 AM
saja ja nak pancing tt
sebab ni bukan cerita dia
tapi copy paste

Hik hik..ada udang di sebalik mee gorang mamak rupanya ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2013 01:52 AM | Show all posts
pelukis.plan posted on 11-7-2013 09:07 AM
saja ja nak pancing tt
sebab ni bukan cerita dia
tapi copy paste

Patutla siap ade pic bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2013 07:23 AM | Show all posts
Ferr_Remy posted on 12-7-2013 01:52 AM
Patutla siap ade pic bagai...

harap2 mod tak marah la aku buat macam ni
bukan apa..aku suka baca cerita hantu

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 03:01 AM | Show all posts
pelukis.plan posted on 12-7-2013 07:23 AM
harap2 mod tak marah la aku buat macam ni
bukan apa..aku suka baca cerita hantu

Xper..bagus ko buat camni.. aku pun suka baca citer antu tp suka cite antu yg mmg TT asal yg tulis and post kat sini huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 07:14 AM | Show all posts
takde badan tue.. huuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2013 02:47 PM | Show all posts
aku pecaya nie cite betul hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 05:25 AM | Show all posts
Siap ada gambar penyeram crite hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 12:20 AM | Show all posts
jln citer cam dlm novel....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.074766 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list