CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5087|Reply: 0

[MANGA, ANIME] SKET DANCE

[Copy link]
Post time 18-7-2013 12:48 PM | Show all posts |Read mode

Sket dance (Suketto Dansu) manga romantik komedi yang dilukis oleh Kenta Shinohara


Sket dance ni mengisahkan tentang tiga orang pelajar biasa kat Kaimei High School yang menubuhkan satu kelab untuk membantu orang lain. Nama kelab tu Sket-dance. S-Support, K-Kindness, E-Encouragement, T-Troubleshooter. Tak kisah la masalah apa sekalipun, diorang akan tolong sapa2 je yang datang mintak tolong kat kelab diorang. Setiap episod macam-macam masalah yang diorang kena selesaikan dari masalah students sampailah masalah peribadi cikgu.

Ketua kelab tu (Fujisaki Yuusuke) atau lebih dikenali sebagai Bossun. Bossun ni sebatang kara, dia cuma ada sorang kembar sebab parents dia dua2 anak yatim. Tapi, parents dia mati hari yang sama dia lahir. Ayah dia mati dalam kemalangan dan mak dia mati melahirkan. Sejak tu dia dijaga akane, kawan parents dia dan kembar dia dijaga oleh doktor yang bertugas waktu mak dia melahirkan. Bossun dapat tahu yang dia anak angkat waktu hari jadi yang ke-15 dan dapat tahu yang dia ada kembar 2 tahun lepas tu. Bossun ni sangat childish dan tak sensitif bab2 perempuan. Dari penampilan dia pun dah nampak sebab dia suka pakai topi merah dan goggle sebab dia nak tiru kartun popman yang dia suka. Tapi, hati dia sangat baik dan dia lah yang tolong dua orang lagi ahli kelab tu untuk mulakan hidup baru. Yang perempuan tu nama Himeko (Onizuka Hime) dulu sangat ganas dan tak ada kawan. Kerja dia asyik bergaduh kat jalan dan semua orang takut kan dia. Yang lelaki pakai cermin mata tu dulu tak pergi sekolah, tak keluar bilik langsung dan tak berkawan ngan sesiapa pun. Sejak kematian adik dia, dia berhenti bercakap dan cuma akan berkomunikasi melalui komputer. Bossun yang tolong dia sehingga akhirnya dia kembali ke sekolah dan berkawan. Bossun jugak yang tolong onihime jadi budak perempuan yang normal.

Kelab sket dance ni bermusuh dengan student council sekolah tu. Diorang sentiasa bersaing dan student council anggap kelab ni macam kelab yang bawak masalah. Ironi nya, naib pengerusi student council tu lah kembar kepada bossun. Apa2 masalah yang ada kat sekolah tu, diorang sentiasa bersaing nak selesaikan dulu.


Komen aku: Aku sangat suka anime ni sebab kelakar sangat. Setiap episod ada je masalah baru yang kelakar. Karakter dalam anime ni sangat innocent dan tak banyak bab2 yang kurang sopan macam anime lain so aku tak segan even tengok dengan parents sekalipun. Anime ni sangat santai dan best.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.056398 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list