View: 7474|Reply: 36
|
[Tempatan]
Letupan Kuari Terlalu KUAT di Pasir Gudang ; 1 maut !!!
[Copy link]
|
|
Letupan kuari terlalu kuat sebabkan kawasan sekitar rosak teruk sehingga seorang maut...di kawasan Seri Alam, Pasir Gudang (Jumaat 19 Julai 2013) Banyak batu2 besar yg melantun memusnahkan pokok, bangunan dan kereta....agak mengerikan !!!
JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang maut manakala 10 lagi cedera terkena serpihan batu akibat kerja-kerja meletup batu dari kawasan berhampiran Kawasan Perindustrian Seri Alam di sini hari ini.
Mangsa merupakan warga Nepal berumur sekitar 30-an yang mati di tempat kejadian.
Jarak kawasan kilang dengan kawasan kuari itu ialah kira-kira 500 meter.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Rizal Buang berkata kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari itu turut merosakkan 18 buah kereta, 14 buah kilang lain dan sebuah sub stesen milik Tenaga Nasional Berhad.
Pihak bomba menghantar 37 anggota dan turut dibantu 16 anggota polis bagi melakukan kerja-kerja menyelamat.
Aktiviti kuari dilapor dihentikan serta-merta akibat kejadian itu.
Mangsa yang meninggal dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini beserta mereka yang cedera.
Seorang pegawai pemasaran sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit yang berhampiran, Rosmawati Rahmat, 40, berkata beliau mendengar letupan kuat sebelum keadaan kilangnya bergegar.
"Kebiasaannya siren amaran akan dibunyikan pada pukul 12.30 tengah hari sebagai isyarat letupan akan dilakukan dan bunyi letupan selalunya tidak kuat.
"Bagaimanapun bunyi letupan hari ini begitu kuat sehingga batu-batu terpelanting jauh ke kawasan kilang," katanya.
Seorang pemilik kilang plastik yang enggan dikenali berkata aktiviti letupan sering dilakukan, namun kejadian hari ini paling serius. - Bernama
sumber :http://www.sinarharian.com.my/se ... i-di-johor-1.184562
|
|
|
|
|
|
|
|
Warga nepal jd pakar bom ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterbersih posted on 20-7-2013 01:07 AM
Warga nepal jd pakar bom ke??
tak pasti mangsa pekerja nepal tu pekerja kuari atau pekerja kilang berhampiran yg terlibat.....takziah |
|
|
|
|
|
|
|
tak sampai 200meter dari opis aku.
masa letupan aku dah balik rumah sembahyang jumaat.
warga nepal tu pekerja kilang berhampiran.
Batu kuari terpelanting masuk kedalam kilang. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila ke ape kawasan kuari berhampiran tempat orang ramai.... johor ni penub dengan masalah dan penipuan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang cerdik tak akan beli rumah area Seri Alam , Masai dan Pasir Gudang ... |
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 20-7-2013 07:02 AM
Gila ke ape kawasan kuari berhampiran tempat orang ramai.... johor ni penub dengan masalah dan penip ...
Memang tipu ini area Seri Alam , Masai.
Penipu-penipu dah kenyang dapat habuan ... habuannya ialah tanah-tanah di Gelang Patah (Iskandar Malaysia).
Rakyat jadi mangsa...
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
masak la kuari tu....
kena byr ganti rugi semua kerosakan tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
mak aii..besor giler batu yg tercampak tu...manalah tak mati |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya........takziah kepada sesiapa yang terlibat. |
|
|
|
|
|
|
|
mados tu sultan johor punya kan |
|
|
|
|
|
|
|
Nocturna posted on 20-7-2013 08:46 AM
Lagi gambar
thanx for e pics |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu posted on 20-7-2013 08:56 AM
thanx for e pics |
|
|
|
|
|
|
| |
|