Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
12Next
Return to list New
22756
View
38
Reply

[2015] BRAVO 5 @ BRAVO LIMA

[Copy link]

Author: HangPC2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-7-2013 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by annehuda at 22-2-2015 11:28 AM

Bravo Lima Bukan Sekadar Filem



Oleh Rozdan Mazalan



Usaha untuk dokumentasi perjuangan anggota tentera

KALI terakhir filem yang mengangkat kisah angkatan tentera pada tahun 2000 iaitu Leftenan Adnan arahan Aziz M Osman, pahlawan Melayu yang bermati-matian mengekang kemaraan tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua. Manakala filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin pada tahun 1981 pula memaparkan keberanian pasukan polis mempertahankan balai mereka daripada ditawan komunis ketika zaman darurat. Menyedari sudah lama tidak ada lagi filem seumpamanya dihasilkan, Karya Prima Production Sdn Bhd dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertahanan dan Tentera Darat Malaysia menerbitkan berlatar belakang kehidupan sebenar insan yang menjadi benteng keselamatan negara berjudul Bravo Lima.

Filem itu diarahkan oleh Fauzi Nawawi. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Bravo Lima itu nanti ialah Hattan, Fizz Fairuz, Zul Huzaimi, Shashi Tharam, Adam Corrie, Frenkey, Fran Peterson, Kamal Adli dan Lisdawati serta Azee Yahaya. Memahami filem ini memerlukan stamina yang tinggi kerana bakal melakukan aksi lasak dan pantas, lima pelakon diarahkan menjalani latihan intensif sebagai mana latihan sebenar komando selama dua minggu di Kem Sungai Udang, Melaka. Ia sebagai langkah persediaan awal sebelum menjalani penggambaran filem ketenteraan Bravo Lima. Selepas itu, filem ini akan mula menjalani penggambaran bermula pada 10 April di Melaka, Tapah, Perak dan Mersing, Johor.

Pengerusi Eksekutif, Karya Prima Production, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor berkata, penerbitan Bravo Lima bukan sekadar filem semata-mata tetapi ia juga adalah usaha untuk mendokumentasikan kisah perjuangan anggota tentera dalam menentang pengganas komunis yang jarang mendapat perhatian penerbit filem tempatan. Tidak ramai yang menyedari pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjuang selama ini menentang komunis semata untuk mencapai kemerdekaan negara. Penerbitan filem ini juga menjadi cabaran kepada kami untuk menunjukkan bukti latar belakang sejarah negara ke layar perak.

Sebagai langkah awal, lima pelakon utama yang memegang watak sebagai komando akan diberi latihan intensif sebagai komando untuk menguji ketahanan mental dan fizikal sebelum penggambaran sebenar berjalan. Namun latihan yang diberikan itu bukanlah latihan yang 100 peratus seperti komando sebenar tetapi asas utama saja. Sebagai pelakon mereka mempunyai tanggungjawab untuk menggambarkan keadaan sebenar sejarah untuk mencapai kemerdekaan, katanya pada sidang media pelancaran filem Bravo Lima.

120 anggota tentera terbabit

Sementara itu, Fauzi berkata, kekuatan filem Bravo Lima bergantung kepada gabungan pelakon dan aksi daripada 12 pelakon lagak ngeri yang di bawa daripada Singapura dan China. Ini adalah filem pertama arahan saya dan memang sangat teruja untuk membawa filem ini bertaraf antarabangsa. Sebanyak 65 hingga 70 peratus adalah aksi yang akan menggunakan khidmat 120 anggota tentera dari ATM sendiri untuk menjayakan filem ini.

Selain itu elemen dramatik, percintaan, kasih sayang, komedi, pengorbanan tidak lari diselitkan di dalamnya. Kita juga akan memaparkan pelbagai senjata tentera yang tidak pernah ditunjukkan yang sebelum ini pernah menjadi rahsia kerajaan kerana keselamatan negara. Namun kini kerajaan sudah meluluskan dan kita boleh menunjukkan senjata itu di dalam filem ini.

Kita turut mendapat khidmat nasihat dan panduan sepenuhnya daripada ATM untuk menggunakan apa saja jenis kenderaan tentera untuk merealisasikan filem ini demi mencapai setaraf Hollywood, katanya yang akan menggunakan berpuluh kenderaan tentera termasuk sebuah kereta api yang akan diletupkan. Penulis skripnya Bravo Lima, Mejar Zainal Hayat berkata, sebelum dibawa ke lokasi untuk memulakan penggambaran, skrip ini sudah dirombak sebanyak 26 kali bagi mendapatkan kualiti dan keaslian cerita yang ingin disampaikan. Saya mengambil masa agak lama untuk menyiapkan skrip ini. Draf pertama saja mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan iaitu sejak Jun 2007.

Draf ini kemudiannya diserahkan kepada Finas untuk mendapatkan pandangan dan beberapa cadangan. Saya juga mendapatkan khidmat nasihat daripada sahabat saya dari Hollywood dan struktur penceritaannya tidak jauh daripada filem terbitan Hollywood. Kami juga berbangga apabila penerbitan filem ini mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada ATM, Finas dan sebagainya bagi memperbanyakkan lagi filem berunsur kenegaraan diterbitkan, katanya. Filem yang menelan belanja sebanyak RM4.5 juta termasuk kos promosi dan penjelajahan ke seluruh negara turut melancarkan sekali soundtrack Bravo Lima yang akan dinyanyikan oleh Hattan dan komposernya Edry Hasyim



- Berita Harian -






http://army.mod.gov.my/






Last edited by HangPC2 on 24-3-2014 10:49 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 26-7-2013 11:45 AM | Show all posts













Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-7-2013 11:48 AM | Show all posts
Beto layak jadi askar



Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar FAIRUZ IZYANA AYUB




SELAIN Beto (tengah), Bravo 5 turut dilakonkan oleh Shahshitaran (kiri) dan xavier fong.



BETO Kusyairy antara pelakon pelapis yang sedang menonjol dalam dunia lakonan drama dan filem tempatan. Sejak serius berlakon pada tahun 2003, dia telah berlakon lebih 10 filem cereka selain lebih 20 drama televisyen. Gaya lakonannya menjadi dan dia antara pelakon yang mampu membawakan watak yang berbeza-beza dengan cukup berkesan dalam lakonan.

Terbaru Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman telah menghabiskan penggambaran filem berjudul Bravo 5 dengan melakonkan watak seorang komando bernama Karim. Ternyata filem arahan Yeop Hitler Zami itu memberikan kepuasan kepadanya.

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, Bravo 5 juga sedikit sebanyak menguji stamina termasuk ketahanan fizikal dan mentalnya apabila melakonkan watak tersebut. Malah, kesungguhannya melakonkan watak Karim turut mendapat pujian.

" Antaranya para pelatih yang terdiri daripada komando di Kem Sungai Udang, Melaka mengatakan saya layak menjadi askar selepas menjalani latihan di situ baru-baru ini. Saya telah lulus dalam sesi latihan dan ujian yang dijalankan dan layak menjadi askar tambahan.

" Ini kerana, sebelum penggambaran Bravo 5 saya telah menjalani latihan di sana selama beberapa minggu. Sewaktu di sana, saya dilatih cara-cara menjadi komando dan ia satu pengalaman baru buat saya, " katanya kepada Hits baru-baru ini.

Beto ditemui selepas tamat menjalani penggambaran Bravo 5 di Tugu Negara, Kuala Lumpur yang antaranya turut dilakonkan oleh pelakon seperti Sofi Jikan, Shashitharan, Xavier Fong dan Normah Damanhuri. Ia dijangka ditayangkan pada Mac tahun depan.

Pelakon berasal dari Kepong, Kuala Lumpur itu begitu teruja sepanjang menjalani penggambaran filem itu kerana dia berpeluang merasai pengalaman sebagai seorang komando dalam filem yang sarat dengan elemen aksi dan patriotik.

" Saya memang sudah lama mengidamkan untuk berlakon dalam sebuah filem aksi seperti ini. Kebetulan pula saya mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri tomoi dan silat gayung. Ia dapat digunakan sewaktu berlakon dalam filem ini.

" Malah, sebelum menjadi pelakon sepenuh masa saya juga merupakan pelakon stunt (aksi ngeri) dalam filem seperti Cicak-Man dan Bilut. Semua pengalaman itu banyak membantu saya sebagai pelakon termasuklah dalam filem Bravo 5 yang sarat dengan adegan lasak, " ujarnya.

Beto juga menganggap Bravo 5 yang merupakan filem kedua dia melakonkan watak utama selepas filem Istanbul Aku Datang yang akan ditayangkan tidak lama lagi sebagai penting kerana ia menyerlahkan lagi bakatnya sebagai pelakon selepas ini.

Sebelum ini nama Beto dikatakan kurang menonjol kerana lebih banyak melakonkan watak-watak sampingan terutamanya dalam filem-filem indie dan filem-filem pendek yang kurang menonjol di medium arus perdana.

" Selepas hampir 10 tahun berlakon barulah kini saya dapat melakonkan watak-watak utama. Bravo 5 adalah filem ke-10 lakonan saya termasuklah dua filem indie berjudul Hujan Panas arahan Nadiah Hamzah dan Sangkar arahan Sharifah Amani yang saya lakonkan sebelum itu.

" Sebelum ini, saya juga banyak berlakon dalam drama dan telemovie tetapi kebanyakkannya melakonkan watak-watak sampingan sahaja. Saya anggap ini sebagai suatu permulaan untuk terus diberi kepercayaan melakonkan pelbagai watak utama pada masa depan, " katanya.

Justeru, anak ketiga daripada empat beradik itu berharap nama Beto Kusyairy akan terus mekar dalam dunia lakon. Dia juga berharap nama yang diambil daripada satu watak dalam filem Sepanyol berjudul Blood In Blood Out itu akan terus mempopularkan namanya dalam bidang lakonan.

Ternyata selepas hampir sedekad menggunakan nama Beto Kusyairy, dia bukan sahaja semakin dikenali penonton, malah ramai penerbit dan pengarah menawarkannya berlakon drama, telemovie ataupun filem sejak akhir-akhir ini.

" Saya tidak menduga nama Beto yang saya gunakan sejak zaman sekolah kekal sehingga kini. Rosyam Nor yang menyuruh saya menggunakan nama lain dan bukannya nama sebenar saya sebagai nama komersial sewaktu saya berlakon dengannya dalam filem Syaitan.

" Semasa berlakon dalam filem arahan Bade Azmi itulah saya mula menggunakan nama Beto. Sebab itu, saya memang berterima kasih kepada Rosyam kerana memberikan cadangan itu kerana ia juga berdasarkan pengalamannya sebagai pelakon, " jelasnya.



© Utusan Melayu (M) Bhd







Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 26-7-2013 11:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 04:34 PM | Show all posts
ak kenal logo kat lengan  itu...itu la logo lambang Vat 69..lambang pasokan komando polishutan...

Tiga tiga jadi enam
Tiga enam jadi sembilan
... Oh! Itulah 69
Tanda megah masa depan
Beret kelabu tanjak kami
69, Slogan kami
Lembing kerambit, Lambang kami
Unit gempur gagah berani
Satu langkah kami maju
Namun undur tidak sekali
Oh! Itulah sumpah kami
Dalam Unit 69
Oh! Ibuku jangan bimbang
Kalau aku tidak pulang
Pergi aku untuk berjuang
Pada Nusa dan Bangsaku
Beret Kelabu sudah pergi
Hanya tinggal jasa bakti
69! Itulah kami
Komando Polis Negara ini

..sebba apa dinamakan 69?...sebab gerila kominis laa berikan gelaran ini ..iaitu "Lok Kow" iaitu 69,memang vat 69 sangat digeruni oleh gerila kominis sebab mereka boleh baca setiap pergerakan gerila dengan bantuan trekker @ penjejak orang asli dlm team mereka.
kalu tak salah dlm team komando vat69 ada Alpha, Bravo, Charlie dan Delta,...kalu salah tlg betul kan...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2013 03:16 AM | Show all posts

poster pon tiru mcm  cerita "Band of brothers"


Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2013 09:36 AM | Show all posts
pelakon dan pengarah bertukar2 ke? artikel pertama tulis fauzi nawawi pengarah, pelakon ada fizz fairuz la... artikel kedua tulis arahan yeop hitler pulak.. tup2 nama beto, sofi jikan naik...???
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-3-2014 09:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2014 08:37 PM | Show all posts
aku ada tgk shooting




http://www.youtube.com/watch?v=q1QbfJuVDhc

http://www.youtube.com/watch?v=uQhsMr4Lk4E Last edited by GuaAnakMelaka on 2-4-2014 08:38 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 12:07 PM | Show all posts
Filem mana keluar dulu agak eh? Bravo 5 ko Balun?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2014 12:59 PM | Show all posts
lawan komunis jugak ye citer ni, bila nak buat filem lawan pengganas sulu pulak, usop selam cakap nak buat dulu

harap2 sehebat bukit kepong filem ni, tgk trailer mmg nampak best jugak, lagi2 beto yg berlakon

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-4-2014 02:27 PM | Show all posts












Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-4-2014 02:28 PM | Show all posts
The Making







Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2014 09:37 AM | Show all posts
best filem macam nih....
memang lama dah nantikan filem2 mcm nih....
tapi aku rasa filem nih kompom ramai tak pergi tgk....
maklum la penoton kat malaysia lebih suka citer2 sampah sarap......
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 11:48 PM | Show all posts
baguslah daripada panggung penuh dgn cerita cinta bodo
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 09:00 AM | Show all posts
MMg...cerita camni tak nak tengok...lepas tu bila keluar isu pertahanan bukan main lagi...tapi cerita keluar pun sampah..abis yang masuk sampah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2015 10:33 PM | Show all posts
TPM Lancar Bravo 5
Posted on September 3, 2015 by admin in Sinema  //

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyempurnakan majlis pelancaran filem perjuangan anggota komando Rejimen Gerak Khas menentang pengganas komunis, Bravo 5.

Yang turut hadir Tunku Pang lima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.
Filem Bravo 5 yang berlatar belakang tahun 1989 mengisahkan lima anggota komando yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan te ngah Semenanjung Malaysia.
Kelima-lima komando yang berjaya mengesan kem musuh itu bagaimanapun terpaksa bertempur dengan 200 pengganas komunis berikutan set komunikasi yang digunakan mengalami kerosakan.
Filem itu dipetik daripada kisah benar Diari Misi Komando yang merupakan rahsia sulit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kini dipaparkan untuk membangkitkan semangat patriotik masyarakat.
Zulkifeli semasa berucap dalam majlis pelancaran itu berkata, filem tersebut mengangkat kisah daripada misi sebenar komando mempertahankan tanah air tercinta.
Filem ini juga bertujuan mengajak masyarakat untuk saling bersatu-padu dan mengangkat martabat perjuangan suci ATM, katanya.
Zulkifeli juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah atas perkenan menjadi penaung diraja filem berkenaan.
Filem terbitan Karya Prima Production arahan M. Hitler Zami itu dibintangi oleh Beto Kusyairy, Remy Ishak, Sofi Jikan, Shashitharanz, Xafier Fong dan Normah Damanhuri.
Bravo 5 bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 10 September ini dengan harapan dapat menyuntik nilai patriotik dan kesedaran masyarakat mengenai pengorbanan anggota pasukan ke selamatan.
C Utusan Malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2015 01:20 PM | Show all posts
Edited by washere2 at 6-9-2015 01:23 PM

Bravo 5 uji 
Beto Kusyairy
SYED MUSSADDAD SYED MAHDI  |  06 September 2015 1:00 PM

MELIHATKAN turun naik industri seni, pastinya membuatkan sesiapa sahaja gerun. Jika satu masa dahulu kebanyakan penerbit dan pelakon boleh tersenyum lebar melihat jumlah kutipan berjuta-juta ringgit, kini semuanya mula mengerutkan dahi.

                  
Bukan soal kualiti filem yang menjadi masalah tetapi kesanggupan penonton untuk ke panggung mula diragui. Hanya filem yang benar-benar hebat sahaja mampu mengutip angka jutaan ringgit manakala yang lain mula mengira rugi.
Bagi pelakon Beto Kusyairy pastinya perkara tersebut turut dirasai. Kebanyakan filem berbahasa Melayu sudah kurang mendapat sambutan dan keadaan itu sedikit membimbangkan.
Saya sedar tentang perkara ini dan pastinya itu menjadi keadaan yang membimbangkan buat seluruh industri juga. Tapi buat masa ini saya hanya mampu meyakinkan penonton melalui lakonan semata-mata.
Jika mereka datang ke panggung untuk menyaksikan saya, itu sudah cukup baik. Ganjarannya saya akan memberikan yang terbaik dan membuatkan mereka berpuas hati dengan apa yang saya beri, kata Beto memulakan cerita.
Dia yang kini sedang rancak mempromosikan filem Bravo 5 yang akan menjengah pawagam 10 September ini menganggap penglibatannya dalam filem berkenaan sebagai sesuatu yang menarik.
Filem ketenteraan yang menyemai semangat patriot itu turut dibintangi oleh Remy Ishak, Sashi Taran, Xavier Fong dan Frank Peterson sudah menjalani penggambaran lima tahun yang lalu.
Meskipun agak lama diperam, Beto menganggap ini merupakan masa yang sesuai untuk ditayangkan kepada umum memandangkan rakyat Malaysia baru sahaja menyambut Hari Kebangsaan dan akan meraikan Hari Malaysia pada 16 September ini.
Sebenarnya satu ketika dahulu saya pernah terfikir adakah filem begini akan mendapat sambutan daripada penonton? Soal laku atau tidak memang awal-awal lagi saya congak sebelum menerima tawaran.
Tapi apabila berada di set, persepsi itu berbeza. Dengan berpakaian celoreng dan bersenjata api semangat patriotik mula naik mendadak. Saya tahu yang saya lakukan betul.
Lagi satu kita sudah lama tidak menghasilkan filem begini. Kali terakhir pun menerusi filem Leftenan Adnan. Jadi ini masa yang sesuai untuk penonton kembali ke panggung, ujar Beto lagi.
MENGHARAPKAN tuah kutipan tiket akan memihak kepada filem ini, pastinya Beto meletakkan kepercayaan kepada M Hitler Zami yang menjadi pengarah Bravo 5.
Dia yang membawakan watak sebagai Trooper Karim yang juga merupakan anggota yang mempunyai masalah disiplin menganggap yang berlaku ketika penggambaran lima tahun dahulu sebagai kenangan manis yang sukar dilupakan.
Trooper Karim seorang anak yatim piatu yang kesunyian dan bermasalah. Dia juga sering memberontak tetapi tetap terpilih memandangkan dia yang terbaik dalam sebuah Ronda Kumpulan Kecil (RKK) melaksanakan sesuatu misi mengesan seorang askar Melayu yang telah ditawan komunis.
Konflik mula tercetus apabila dia sukar bekerjasama dengan rakan-rakan kerana beranggapan dirinya bagus sedangkan tidak sebagus mana. Filem ini berlatarkan situasi yang berlaku sekitar tahun 1980-an, cerita Beto mengenai wataknya.
Filem yang menjalani penggambaran di Tapah, Perak itu tidak dilakukan secara sembarangan.
Sebelum menjalani penggambaran, kesemua pelakon telah dihantar oleh pihak produksi menjalani latihan ketenteraan di Kem Sungai Udang, Melaka.
Mereka diberikan asas dan latihan intensif dengan komando (Rejimen Gerak Khas) di sana hampir dua minggu termasuk belajar cara untuk mengendalikan senjata, formasi bergerak dalam hutan selain mengenal pasti sebarang jerangkap samar.
Awal-awal saya agak cuak apabila terpaksa menjalani latihan seperti itu tetapi Alhamdulillah kami menerima layanan yang cukup bagus daripada pihak tentera.
Yang paling penting kami dilatih menjalani perkara asas supaya tidak nampak janggal di depan kamera, ujarnya.
Dedah lelaki yang berusia 35 tahun ini lagi, hampir seratus peratus aksi lagak ngeri dalam filem ini juga dilakonkan sendiri oleh mereka.
Pada mulanya pihak produksi mahu menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri dalam kalangan komando namun mereka menolak. Cuma ketika penggambaran dilakukan mereka dipantau pihak komando yang amat menitikberatkan soal keselamatan pelakon.
Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Beto apabila mereka turun dari helikopter Nuri dari ketinggian 100 meter menggunakan tali.
Menganggap ini merupakan filem yang paling mencabar dari segi fizikal, dia perlu melakukan yang terbaik memandangkan memikul tanggungjawab membawakan watak komando selain menjaga imej tentera.

-  http://www.utusan.com.my/hiburan ... thash.YItQDYOk.dpuf


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem wajib tonton..
Lakonan beto x pernah mengecewakan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2015 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde sapa lg ke tgk movie ni. Review plsss
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list