CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119192|Reply: 484

From the Cempaka Dahlia's Files--oleh theflash

  [Copy link]
Post time 22-8-2013 01:40 PM | Show all posts |Read mode
nota kaki- hahaha. tajuk dah macam the conjuring/the warren files.
               ok. my fiancee also since dari kecik mengalami peristiwa pelik/mistik. till now. tp sejak dah berusia ni agak jarang. tapi kalau sekali kena. dia  
               akan seminggu macam tu nampak,terkena dan jenis gangguan yang lain.cuma kena rasuk je tak.
              ok. ini cerita yang di tunggu2. jenuh kaut cerita time raya.orang beraya. kami bercerita hantu.



AKU di dalam cerita ini adalah Cempaka Dahlia.




"Malas la. cam kenyang" ujar aku pada Man bila dia ajak aku makan bakar dekat JB.
sebab jauh dan malas nya nak balik bila dah kenyang2.

" u ajak le mak." balas Man.
nak tak nak. aku dengan malas nye ajak Mak
Mak ok je. hanya tersenyum dan jawab " Lauk tengahari pun dah takde. hehe" ketawa kecil

Kebetulan si Man bercuti.die memang macam tu. akan ke sini selepas balik Perak. satu jalan katanya.
apa nya. Johor dengan KL. jauh!
lainla melaka atau seremban


kira2 jam 820pm. Man datang.dia hanya menginap di Homestay di simpang depan kampung
borak2 dalam kereta.

"ada tempat spesel. tak jadi la makan ikan bakar. ada cam kedai dalam tv cite Jalan2 Cari makan tu!" ujar man exaited.

bagus la . aku macam alergik dengan makanan laut. udang ok. tapi sotong aku out.mesti gatal
tapi yang sotong tu la aku suka!

kira kira jam 930pm. kami tiba.
dan kami semua cepat2 singgah di surau berhampiran kedai makan tu
senang. isyak dulu. then baru leh makan banyak2. hahah

selesai.
memang kedai tu macam cantik. berlampu bagai macam stadium
lawa dan nampak kemas.
saja aku berjalan2 sekitar kedai. macam ada tempat bacaan tentang sejarah kedai.
dah lama. kira 8tahun buka. dan pelanggan memang macam gempak
full house.
meja kami tu pun baru di buka oleh pekerja kedai tu.

kami duduk dan order.
order sampai. makan.
dan sedang makan.

aku suka tengok perangai orang sekeliling
ada yang bercouple., tapi masing2 sibuk dengan hp
ada yang berkahwin
si suami pegang baby. si isteri makan dulu.
sweet .

than. aku beralih pandagan. dan tiba tiba

aku macam perasan ada kucing sedang naik di atas salah sebuah meja di kedai tu.
dan bila aku tengok semula
bukan kucing!

tapi macam monyet/beruk!

sedang mengelilingi meja itu.
ah sudah!
aku sangkakan. orang sekarang dah tak main sugar glider. terus bela beruk
maklumlah
orang singapore dan Jb ni kadang2 urban. ( maaf cakap. tak semua) hahaha

aku perlahan2 bangun. konon nak basuh tangan
dan aku merapati meja itu
kira2 30meter aku berdiri
sah! memang beruk!
berbulu hitam! dan yang menjijikaan beruk itu sedang kencing di atas dulang makanan mereka!

sah! itu bukan binatang peliharaan!
dan bila aku tengok meja meja yang lain. memang ada!

aku dah mula tak sedap hati. apa benda tu!
macam aku seorang yang nampak
dan cepat aku beralih nak ke meja.
terkejut !

atas meja kami pun ada! ntah datang dari mana!

dan man dan emak. memang sure tak nampak!
"man. jom balik, please. i nampak sumthing" bentak aku

cepat2 man bangun dan tuju ke kaunter
dan die memang sudah faham bila aku cakp macam tu
aku betul2 maksudkan , bukan main2

aku terus tunggu di kereta.
dan dari jauh aku dapt tengok
semacam ada perempuan mengusap kepala monyet itu sambil mereka kencing di pinggan dan cawan pelanggan!

dan man dan mak muncul. cepat man start enjin dan pergi
dan sempat aku kerling

memang ! ada berpuluh di setiap meja.
dan ada 2 3 perempuan tua mengusap2 kepala beruk2 itu!!

2 3 hari selepas kejadian itu
man mesej aku

berbunyi

"i ada tanya orang yang berpengalaman. benda yang u tengok tu. macam pelaris kedai. sori ye bawak kedai tu,patott la ramai! hehe"

aku tersenyum dan balas

" takde ke beruk goreng kan dalam menu"

terus Man kol aku dan kami berborak. hahaha


akan bersambung
boleh?

Last edited by theflash on 9-5-2014 01:16 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2013 01:41 PM | Show all posts
Ular Sawa Kuning jam 3am


nota kaki- Aku dalam cerita ni adalah Cempaka Dahlia ,dan untuk pengetahuan readers, CD duduk kawasan kampung dan di kelilingi sawit. typical rumah orang kampung di JOHOR. hehehe



aduh
malas nye kalau balik rumah. sebab tandas dekat luar!

aku baru je balik dari UiTM. cuti sem. kalu la dekat kolej Melati tu. senangnya nak kencing. nak berak ke.
sebab tandas tersergam indah dan senang nak pergi.
bukan aku lupa diri ke ape yang dulu memag dr kecik tandas rumah aku jenis luar.
tapi aku ni agak penakut.
itu sebenarnya.
takkan nak kejut mak.

aku cuba buat tak layan rasa nak terkencing tu
tapi adui
sejuk. suasana kampung memang cmni time malam
tu aku suka.
sangat sejuk
nyaman.bukan sejuk macam aircond

aduh
aku mengeluh berkali2
hendak je aku kencing dalam baldi.
tapi baldi semua dalam toilet dekat bawah.

aku tengok mak sedang lena tido. takkan la aku nak kejut

aku bangun. terpisat2. capai botol mineral dekat meja. basuh muka.
tiba tiba mata terlihat sinki dekat dapur
adeh
takde la nak dekat situ

aku capai torchlight
sempat aku makan biskut


turun.
satu persatu tangga aku turun
takut tersalah langkah
mahu aku terseliuh

dan cepat2 aku lari2 anak. ke tandas.
macam2 bunyi kedengaran
ade bunyi macam burung
burung hantu dan belatuk
masuk
tak bukak lampu sebab suis lampu sebelah
aku guna torchlight
3minit
setel.
lega
dan rasa cuak pulak nak balik ke rumah
cepat aku lari2 anak.
dan naik tangga. dan nak tutup pintu

dan semasa nak tutup pintu.

aku ternampak ada ular sawa.sedang memanjang di atas tanah dekat area tangga!
kaler kuning!
dan aku hairan. tadi masa lalu takda pun
sebab agak besar
ada besar peha org dewasa
takkan laju dia bergerak
di sebabkan mengantuk. aku buat tak layan
lagipun kawasan sawit
haiwan macam tu selalu je aku nampak time kecik2

esok nya aku terpikir.

if ular sawa yang kaler biasa tu, rasa nyamacam biasa la kalau dekat area Malaysia ni
kalau kuning tu bukan habitat dia spesial ke? sebab ak macam ada tertengok dalam national geograpic

ah.
aku malas nak layan. lantak la

malam nya. jam 12 malam macam tu
aku melayan cerita di astro
dan hendak ke dapur
bancuh air
dan dapur aku jenis dapur kampung
ada jaring2
bukan full dinding
sekali lagi

aku ternampak ular sawa kuning!
duduk di tempat yang sama

dan tiba tiba!
ada seorang wanita berpakaian seperti penari kebudayaan,
siap berbaju songket 3 warna. kunig merah dan hijau2.
siap ada tiara di atas kepala terus mengangkat ular tersebut dan di lilitkan diatas tengkuk!!

terperanjat aku!
ntah dari mana wanita tu datang
dan aku tahu
itu bukan nye manusia!

cepat aku keluar dari dapur dan terus aku padam tv!
dan tidur
dan malam itu
tidur aku tidak berapa nak lena
sebab macam terdengar orang memanggil nama aku dari luar tingkap!

esok paginya.
dengan kepala pening2. aku capai hp dan tanya man.

akan bersambung





Last edited by theflash on 22-8-2013 05:22 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 01:41 PM | Show all posts
Hidangan waktu malam


Memang kebiasaan nya bila hari Rabu aku memang akan balik lambat
ada banyak kerja biila hari rabu8
report dan site visit bagai
so aku dah tau dan mak pun dah tau.
so dia akan tido dlu tak tunggu aku untuk makan sama
malam itu aku ingat lgi.
hari tu tak la sibuk macam hari rabu yang lain
macam rilek je. dan aku amik kesempatan untuk pergi ke Jusco.
konon nak cuci mata. dengan kawan
alih2 jam 10 baru aku nak gerak.
sampai dah tutup Jusco

dan aku selalu balik ikut jalan gelang ptah tu bila malam2
lagipun banyak kereta
dan kebanyaakan kereta singhapore
  
Ada la teman untuk aku berjalan di atas jalan raya
dan aku seperti biasa bawak slow2
jalan kampung

sampai di rumah
kira2 jam 1045.
masuk ke dalam rumah. aku basuh kaki di pintu rumah

masuk tanggal mekap
basuh muker
basuh2 badan
dan cadang nak tidor
dan bila aku ke pelantar di dapur untuk gosok gigi
terbau ada bau makanan

wah. mak masak
hati aku berkata
macam lapar.

ok. nak makan!

dan bila aku ke bilik.untuk pakai toner etc
aku ke dapur. aku selak tudung saji.
takde apa2 pun.
pelik.
tapi macam ada bau kari.
macam bau ikan goreng
ala. false alarm ke

takkan rumah sebelah
rumah sebelah jauh kot. ada la kira2 100meter
jauh nye bau tu berjalan
aku ignore.
sebab mungkin perasaan aku.

kting!!
bunyi sudu berlaga dengan pinggan!

aku terdengar di bawah rumah.

aduh. betul ke apa yang aku dengar
aku hiraukan dan cepat2 aku jalan ke bilik

kting! kitng! terdengar bunyi macam orang ceduk lauk!

berderau
bunyi tu datag dari bawah
di bawah rumah ada la 3 meja.

aku perlahan2 ke tingkap..
jenguk

tekejut!!!
aduh!

ada lauk! siap dengan pinggan yang dah di taruh dengan nasik!

ada hampir 5 lauk jenis lauk dan semua dalam pinggan tembaga!
dan setting macam zaman 80an
dengan kendi air tembaga.
tempat letak tisu tembaga
aku berderau
dan rasa lutut dah takde dekat peha

argh!
tiba tiba mata aku tertangkap seseuatu!
sudu di mangkuk tiba tiba macam melayang sendiri!
menceduk lauk dengan sendiri dan di tuang ke dalam pinggan!
aku gosok mata!
betul!
perbuatan itu di ulang!
mengisi kuah ke dalam pinggan!

terus aku berlari dalam bilik'aku baca ayat kursi
dan cuba lelapkan mata
dan mak suidah lama di buai mimpi!

sampai hendak subuh.
baru aku rasa macam hendak lena
adui.
mengantuk betul rasa.
dan semasa aku nak pergi keja.
kedengaran mak bising.

"sapa la punggah pinggan tembaga dekat stor ni
ni keja abang ko,. xpun ipar la ni,. guna tak basuh."

aku tak tau pulak mak ada pinggan tembaga
dan aku tengok.,
sah
memang pinggan yang sama

"mak. mana dapat pinggan tu."

mak jawab pendek,

"dari istana. "

pendek
dan membuatkan aku tertanya2 masa perjalanan ke ofis.

bersambung

Last edited by theflash on 27-8-2013 09:52 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 01:42 PM | Show all posts
Yang dia bukan dia

nota kaki- kejadian ini berlaku semasa CD di sekolah berasrama di Johor. tak perlu tahu di mana. nanti budak2 takut. hahaha



Malam itu hujan lebat
sememangya aku suka.
sebab.
satu. warden takkan ronda. sebab tempias.
dan dua , boleh la aku lari dari prep!
haha.

bukan malas., tapi kerja sekolah semua dah di selesaikan dan
agak malas nak ulang kaji time hujan
dengan bunyi angin dan hujan menimpa atap awning
memang bingit dan memang aku tak leh nak study

kelihatan semua kawan2 aku semua dah buat kerja selain kerja sekolah
ada yang try2 mekap.baca URTV dan ada yang dah start makan megi!

"wei., semerbak bau megi kau. nak sikit." perli aku pada Sue
dan Sue hanya senyum

kerana dia tau aku tak suke meggi perisa kari. aku suka perisa tomyam sahaja.
tak kisah apa jenama.

"tarak2. beli sendiri" balas sue. sambil ketawa2

dan aku gelak dan teringat
kain basuhan aku di atas .
ala. memang kene sidai.
nanti busuk pulak
dari pagi aku rendam
aku berhati2 menaiki tangga.
sebab licin. dan aku ke tandas
bilas dan turun.
sidai di bawah
ada atap.
memang bingit betul .bunyi hujan menimpa awning besi
dan kelihatan beberapa budak junior turut menyidai kain.
dan aku seperti biasa.
haha pau sepit baju!
bagi aku benda tu memang rare
asyik hilang je.
"nanti akak pulang balik tauuu!' sengih aku.
selesai

aku ke bilik prep
lar. semua dah hilang.
tengok tv ke? or tidor.?
aku masuk. dan kemas2 utk jadual esok
selamat esok jumaat
then leh holiday.

sedang aku kemas. tiba2 terdengar bunyi loker.

sreeeekk..

"eh! Nisa. dorang semue pegi mana ek?' sapa aku

Nisa. ketua kelas aku. seorang yang agak2 hardcore. pemain bola jaring harapan johor
tinggi lampai

Geleng
tak menjawab pun Nisa.

dan dia hanya duduk di depan loker kosong yang di bukanya.
dan aku malas nak endah kan Nisa
sebab aku memang nak bergegas naik ke atas

MATA dah mengantuk
dan aku paling2. si Nisa dah takde.

dan aku naik ke atas.
dan tekejut!

Nisa sedang melipat baju!

aik.

"cepat nye naik." sapa aku

dan Nisa kehairanan.tapi dia meneruskan melipatkan baju.
dan aku malas nak tanya lagi
kelihatan nisa macam penat dan die memang begitu tambah2 kalau balik dari permainan bola jaring

dan aku ke bilik air dan mandi dan segala gala nya
dan aku balik ke dorm,
mana la semua orang ni pergi. hairan aku.
dan kira2 jam 10 lebih
aku tidor.

kira2 jam 2am
aku di kejutkan. oleh nisa

"teman aku g kencing" sapa nisa. perlahan2.
dan aku terpisat2.
turun dari katil. dan nisa pimpin tangan aku
"mamai wei." aku balas.

tiba di tandas.
aku duduk di luar.

"adui cepat la." jerit aku perlahan.

"ye.ye.isk kau ni." balas nisa

dan nisa keluar. muka ketawa

"rilek la" balas nisa

dan dia terus pimpin tangan aku
dan tiba di muka pintu tandas

kami berselisih dengan seseorang

NISA!
Nisa ada di depan pintu berselisih dengan aku dan 'Nisa'

"eh. kenapa kau ada?" Balas nisa yang di depan tandas

"saja. haha" Nisa yang pimpin tangan aku ketawa kecil.

dum.

aku terus pengsan
aku ingat lagi.
ketika itu jantung aku macam nak pecah.
NISA TAKDE KEMBAR
DAN DIE ANAK SULUNG

kawan aku cakap. aku pengsan sampai pagi esok.
jam 6am camtu baru sedar
then baru aku tahu.
sedikit demi sedikit.

Misteri kenapa semua takda.
memang la.
ada roll call ketika tu. semasa aku pegi bilas kain
dan patot budak2 di ampaian macam pelik tengok senior tak pegi roll call.
padahal memg utk senior.
patot dekat dorm dan prep takde
dan aku tak dengar bunyi PA SYSTEM dari dewan sebab hujan.

kedua.

NISA memang pergi game bola jaring.
pagi die balik dan dia balik kira2 jam 930pm.cikgu/coach dia yang hantar ke sekolah.
dan aku PERASAN. NISA BUKAN JENIS YANG KAKI LIPAT KAIN.
DIA MEMANG AKAN GANTUNG SEMUA BAJU DIA.
atlet. tiada masa dan dia agak ketomboyan.
aku tak perasan semua tu.
dan aku tak tau.

siapa yang aku jumpa
Ketiga2 nisa itu.
aku tak tau .
sampai sekarang aku hairan dan pelik

kenapa Nisa yang muncul sedemikian


TAMMAT

*NANTI saya sambung kes istana tu ye*
Last edited by theflash on 5-9-2013 09:42 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 01:42 PM | Show all posts
baru baru baru!!! aku chop dulu, satgi lepas zohor baru baca
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 01:44 PM | Show all posts
lagi lagiiii...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2013 01:44 PM | Show all posts
Austris posted on 22-8-2013 01:42 PM
baru baru baru!!! aku chop dulu, satgi lepas zohor baru baca

hehehehe terima kasih singgah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2013 01:45 PM | Show all posts
cuki posted on 22-8-2013 01:44 PM
lagi lagiiii...

huhuhuh

sabar cuki

nanti saya post lg satu utk hari ni
ni tgh curi2 tulis heh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2013 01:49 PM | Show all posts
Sila sambung TT
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Best....check in...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 01:52 PM | Show all posts
Eiiyakkkkkkk..keji sungguh owner kedai yg buat pelaris tu.

Flash..sila sambung ye...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 01:58 PM | Show all posts
beruk goreng satu
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 02:00 PM | Show all posts
Kdai mkn dkat Johor???cempaka dahlia??adakh restoran juara yg dkat tman chempaka,blok 14, yg skrg dh pindh dkat taman dhlia??plz explain sbb aku prnh mkn dkat kdai ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 02:21 PM | Show all posts
menunggu sambungan....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 02:26 PM | Show all posts
rangka beruk ader??
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 02:38 PM | Show all posts
terus datang ke sini setelah mendapat khabar dari FB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2013 02:38 PM | Show all posts
Austris posted on 22-8-2013 01:42 PM
baru baru baru!!! aku chop dulu, satgi lepas zohor baru baca

as salam. dah lama x nampak
ada cerita baru x?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 02:42 PM | Show all posts
kenapaaku posted on 22-8-2013 02:38 PM
as salam. dah lama x nampak
ada cerita baru x?

xde citer baru. aku tgk nick ko "kenapaaku" terus otomatik nyanyi lagu awie. hahaha. "oh...mengapa aku... dilukai...didusta...dipenjara begini..."

eheh, lupa jawab salam. waalaikumussalam. ngee~~~
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 02:46 PM | Show all posts
theflash posted on 22-8-2013 01:41 PM
-----vvip parking-----

copppp 1 bilik!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2013 02:54 PM | Show all posts
uiii TT theflash... maknanya beruk tu duk kencing dlm hidangan yg belum disentuh ke? beruk tu maknanya banyak ekor la kan. dah setiap meja ada beru kencing? ke aku salah baca. jap baca lagi skali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.111816 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list