CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: akakbosan

[MISTERI SETEMPAT]Kisah2 Seram Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

  [Copy link]
Post time 5-9-2013 02:10 PM | Show all posts
my place ni not too far from TTDI jugak.. somewhere in PJ jugak.. this place owner cina, baru beli from another owner cina jugak... previous tenant cina jugak rasanya.. so i assume part of their custom to place cermin somewhere in their room/living room.. cuma exact location tak pasti.. logik ke kat atas tinggi macam tu?

malam2 bau jugak setanggi tapi ai assume from indian families kat either one of the units la.. either above or below me... or from bungalows depan tu sebab ada yang indian families situ...

also my cats kadang2 buat mata terbeliak tengok2 atas... tapi i suspect insects la kan.. cuma terlalu halus maybe tak nampak...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2013 02:16 PM | Show all posts
Kisah Rumah Akak Pt6

(sambungan [lagi] )

Dia tak tutupkan pintu totally, akak masih dapat nampak sikiiiiiit melalui pintu yang renggang sedikit dari tempat duduk akak di ruang tamu. Yang akak nampak dia berpusing dengan pergerakan tangan macam nak bersilat pun ya, macam nak mencantas benda pun ya… Really tak tahu nak explain apa dia buat tu.  Mula2 dia start sloooow jah… pastu makin laju.


Mungkin perasaan akak jah time tu… macam kelihatan kepulan asap putih mengelilingi dia waktu dia tengah berpusing tu. Tak pasti sebab samar2 cahaya lampu dan jarak akak dengan dia dalam bilik tu lebih kurang 25-30 meter. Lepas lebih kurang 15 minit dia berpusing macam tu, dia keluar… habis lencun satu badan dengan peluh. Akak ingat lagi malam tu dia pakai baju Melayu top warna putih dengan jeans. Pastu dia naik ke bilik akak, tengok sana tengok sini… pi bilik anak2 buah dia.. then dia kata, "harapnya OK lah lepas ni Kiki.. I tried my best." Lepas tu dia mintak diri nak balik.


Akak pun heran kenapa dia cakap macam tu. Dia rasa dia boleh halau bebenda dalam umah ni on his own kah? Biar betik, terdetik hati akak. Adik aku ni betul ke tak betul dah ni?


Akak pun naik ke bilik baru nak melangkah masuk bilik akak, tetiba bau kuat hanyir/hancing darah menusuk2 idung akak. Macam ada lori ikan merangkap pad piyed terpakai terbalik betul2 luar pintu bilik akak. Yang peliknya, langkah masuk bilik akak, takde bau langsung, langkah keluar setapak jah berbau kuat sangat… sepanjang corridor dari bilik akak ke kepala tangga. Turun jah tangga takde dah bau tu.


Hmmm. Pulak.


My first reaction pun sama dengan mak akak.. apahal maid ni bukak freezer satu umah bau darah merangkap ikan ni??!! Maid pun kena panggil… soklan sama gak yang ditanya, "Apa pasal kamu bukak freezer malam2 satu rumah bau hanyir ni?" (Bila pikir balik tak logik langsung, freezer nuuun kat dapur kat belakang, takkan bau sampai ke bilik atas macam ni… tapi nak menyedapkan hati, nak convince diri sundri bukan perkara mistik kan?)


"Tak mem… saya tak bukak," kata si Ayu lurus bendul dengan nada perlahan.


Hmmmpph.

"Kamu bau tak ni?" akak tanya dia.


Ayu dengan muka cuak secuak2nya merangkap pucat gigi, macam ndak tak ndak jawab, mengangguk perlahan.


Siangnya tu akak ada beli frame ayat 3 Qul, ayatul Kursi etc (niat nak buat hiasan jah) yang belum digantung. So akak suruh Ayu angkatkan simpankan frame2 tu kat dalam guest room dulu sampai kita gantung. So Ayu pun menurut perintah angkut frame2 tu masuk.


Akak naik ke bilik siap2 nak tido, takde apa2 gangguan… Alhamdulillah.  Tiba2 telefon berdering, suara B di hujung talian.


"Kenapa B?"


"Sorry to disturb you Kiki… tapi saya terlupa nak bitau tadi, tolong jangan sesiapa masuk guest room tu.. biar dulu sekejap."


La pulekkkk… awat tak habaq awai2!


"OK", itu saja akak jawab… dah agak lewat dan akak agak letih… akak tak citer pulak kat dia yang Ayu dah dengan segala bluesnya masuk guest room tu tadi.


Keesokan paginya… Ayu dengan muka macam nak menangis kata.. "Mem… semalam saya tak boleh nak tido memmmm… Saya rasa rumah ni macem mahu terbalik, macem saya digantung2 memmmm… Macem ada yang berlawan dengan saya…"


Waduhhhhh gimana….


Last edited by akakbosan on 5-9-2013 02:19 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2013 02:34 PM | Show all posts
getarsukma posted on 5-9-2013 01:58 PM
sementara akak bosan karang cerita ai nak tanya opinion uols... kenapa dalam orang terdahulu dalam r ...

Tuuuudiah siap diagram...

Akak rasa... prolly cermin kot... fengshui purposes. They have this thing about reflecting/deflecting the good/bad entahapa2 dak?

The previous owner of this house, memang ada gantung salib atas pintu... and lots of crystals at certain places around the house. All for fengshui purposes, because tuan rumah dulu tu sendiri told me....

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 03:06 PM | Show all posts
lagi2
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 03:59 PM | Show all posts
lorrhhh..kesian kat maid akakbosan..pastu apa jadi?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 04:15 PM | Show all posts
Kiki.....tak sabar tunggu cerita seterusnya   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2013 04:27 PM | Show all posts
akakbosan posted on 3-9-2013 02:39 PM
Akak BBGS (time dia masih belum "dikorbankan" jadi Pavilion ).. sebab pindah duduk TTDI hany ...

wah...

dgr2nya kat BBGS tu ada terowong, betul ker???

and kolam renang dia berantu..ye ker??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2013 05:13 PM | Show all posts
leylapple posted on 5-9-2013 04:27 PM
wah...

dgr2nya kat BBGS tu ada terowong, betul ker???

The ori BBGS mana ada kolam renang dik.. Belakang secondary school tu dulu ada kolam renang tapi bukan sebahagian dpd BBGS tu.

Terowong? Takde pun akak tahu menahu.. Tapi sekolah rendah dia dulu, ada satu pintu kecik kat tepi bangunan dewan sekolah yg menjadi sumber misteri. Keciiiik je pintu tu, mcm trapdoor... tak pernah dibuka. Kitaorang ada gak gi tinjau2 tapi kena sergah dengan gardener garang.  Mungkin entrance masuk terowong mana lah tahu kan? ;)





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 05:18 PM | Show all posts
akakbosan posted on 5-9-2013 05:13 PM
The ori BBGS mana ada kolam renang dik.. Belakang secondary school tu dulu ada kolam renang tapi b ...

owh..bukan BBGS punya??

dulu masa sekolah menengah, kitorang selalu jalan kaki dari jalan stonor ke bukit bintang, lalu sekolah nie...

ada jugak nakal2 panjat masuk situ...tu yang nampak kolam renang...

pastu ada jugak senior sekolah bekas BBGS, kata situ ada kolam renang, tu yang ingat betul2 kolam renang BBGS...

tapi katanya berantu

crita terowong tu pun dgr dari diorang jugak...kalo diorang tipu, kata tertipu ler iols
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 05:35 PM | Show all posts
akakbosan posted on 5-9-2013 09:05 AM
Sebelum kita sambung citer pasal lalat... akak nak share gambo umah tinggal belakang umah akak (adja ...


tengok rumah pun skeri dah akak
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 10:16 AM | Show all posts
sambung akak bosan...........sebelum kebosanan menantiiii........apa jadi kat ayu? awat dok simpan barang lagi dalam guest room? pernah tak solat jemaah dalam bilik tu?azan kuat kuat ka?? bagi terbakaq rentong si sepet tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 10:29 AM | Show all posts
akak semalam ai saja lalu area TTDI otw home.. adakah rumah angker sebelah rumah M tu row yang bertentang dengan std chtd tu? kat situ ada nampak rumah lama for sale.. banner baru tapi rumah dah run down.. tapi sebab lalu malam kan so tak jelas la sejauh mana ketuaannya..

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
TTDI.. Pernah kerja sane dedulu.. Slalu blik tgh2 mlm.. Tpi mujur le xnampak pape.. Risau jgk kot kang nmpk x memasal xcident plk.. Syukur mata masih ade hijab..

TT Kiki, bile nk update cerite baru?? :lol
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 12:08 PM | Show all posts
pak2 ustaz kata.. kalo beli umah lama yg tak diduduki.. jgn terus masuk.. pulak tu kalo umah tu mmg ada penghuni halus.. umah tu kasi bukak kan sumer atap2/bumbung.. biar nampak langit.. biarkan dlm keadan begitu selama 2 or 3 minggu or sebulan... biarkan penghuni halus tu keluar terus dari umah tu.. lepas tu baru lah renovate taruk atap semula... pak ustaz kata insyaAllah tiada lah gangguan2 dari penghuni halus tu lagi.. sbb dia dah kuar dari situ..

Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2013 12:13 PM | Show all posts
saya ada baca dalam fb "M".. dia tu kelakar jugak.. dia ada download ghost detector apps dalam phone.. dalam apps tu tunjuk "benda" tu kejap kat belakang, tepi la... last2 dia tido..

saya pun try gak download apps tu... tak tau la boleh percaya ke tak...

cuba akak download.. mana tau ada petunjuk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 12:16 PM | Show all posts
Kisah Rumah Akak Pt6

Lepas daripada hari itu, akak seriously ikhtiar cari ustaz yang hanya guna ayat Al-Qur'an untuk memulihkan keadaan dalam rumah akak. Ramai gak yang mengaku diri expert offer membantu, tapi akak dah tak mahu… Ada yang offer buat secara 'remote' pun akak rasa risau… Akak amek pendekatan, hanya Allah SWT sahaja yang melindungi dan ikhtiar akak biarlah berlandaskan kalimah Dia sahaja.


Ada ustaz yang nasihati kami untuk baca Al Qur'an sendiri, bukan takat pasang CD. So akak dan B duduk dalam bilik tu and baca surah Al-Baqarah setiap hari. Kami solat berjemaah dalam rumah, di dalam bilik tu. Bawak anak2 maahad tahfiz khatam Al Qur'an di rumah. Makmurkan suasana rumah dengan majlis tazkirah.


Alhamdulillah…Shukrulillah ketara perubahannya selepas ikhtiar kami. Yang akak ingat masa akak mula2 baca ayat2 ruqyah, akak rasa nak muntah, nak pitam. Satu hari tu memang nyaris nak pengsan. Ada ustaz yang kata itu disebabkan ada benda "menumpang" pada akak ni. Bila dia ruqyahkan akak, akak rasa sayuuuuu sangat… macam nak menangis. Bila dia picit kat jari manis [manis ke?] kaki akak, sakitnya kurang sket jah dari sakit beranak uols (yang belum pernah beranak dan takkan ever merasa beranak aka jejanz just imagine ajelah ya )…Terpaksa tahan sampai nak kuar airmata. Padahal bukan dia tekan pun, dia letak je jari dia situ. Katanya saka and dah lamaaaaa dengan akak sebab tu dia rasa sedih bila akak nak buang dia… but that's another story-mory yang tak ada kaitan dengan Ms Sepet  (Subhanallah… tak habis2 kan?)


Sebulan dua lepas tu, dah tak ada dah penampakan Cik Sepet dalam rumah. Akak pun dah boleh tido dengan tenang, Alhamdulillah… takde lagi benda yang nak gunakan badan akak jadi 'portal'. Ayu pun dah happy, sebbaek sekali tu jah dia kena kacau teruk. Kata B yang boleh 'nampak' tu, masa kita mula2 start baca Al Baqarah tiap hari dalam bilik, dalam rumah… dia ada nampak Si Sepet.. muka marahhh tapi boleh nampak dia "terbakar". Allahua'lam…kalau tipu adik akak tu, tipulah akak. Tapi dalam family kita B tu terkenal lurusssssss selurus2nya takkan ever mentipoo.


TETAPI….

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2013 12:18 PM | Show all posts
Kakakuna posted on 5-9-2013 05:35 PM
tengok rumah pun skeri dah akak

Semalam ada bunyi anjing menyalak dari rumah tu... lebih kurang pukul 12 malam. Akak bukak langsir check nak tengok... tapi tak nampak pulak apa2. Padahal akak tahu mana dia ikat anjing dia selalunya. Hmmmm.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 12:19 PM | Show all posts
mamaezah posted on 6-9-2013 10:16 AM
sambung akak bosan...........sebelum kebosanan menantiiii........apa jadi kat ayu? awat dok simpan b ...

Soklan2 mama terjawab dlm posting akak terbaru nih... memang sebijik apa yang mama sajes tu kita dah buat... Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 12:20 PM | Show all posts
getarsukma posted on 6-9-2013 10:29 AM
akak semalam ai saja lalu area TTDI otw home.. adakah rumah angker sebelah rumah M tu row yang berte ...

Tak.. StanChart is on JBH.

M and neighbour jalan lain, "medan" lain ;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2013 12:23 PM | Show all posts
kulitmanggis posted on 6-9-2013 11:20 AM
TTDI.. Pernah kerja sane dedulu.. Slalu blik tgh2 mlm.. Tpi mujur le xnampak pape.. Risau jgk kot ka ...

Akak pun Alhamdulillah tak pernah nampak apa2 kat tempat2 orang2 lain kata pernah nampak itu ini di sekitar TTDI ni. Selalu gak dulu, zaman jahiliyah, balik dari berjimba-jimbana larut malam... selamba jah lalu on JDS yang dikatakan ada benda2 bergolek, terbang dan kejar orang tu... Alhamdulillah tak nampak apa2. Tapi lepas akak dengar citer pasal JDS tu, akak lalu LDP jah... pusing kat traffic light tepi OU tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8165 Replies : 49
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19705 Replies : 27
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16473 Replies : 432
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8227 Replies : 106
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 1914 Replies : 5
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.780540 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list