CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

Fizo Omar Bakal Tunang Gadis Bertudung - model tudung fareeda

[Copy link]
 Author| Post time 17-9-2013 09:30 AM | Show all posts
Saya serius dengan Mawar - Fizo

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Pelakon Fizo Omar, 28 mengakui bahawa dia kini sedang serius menjalinkan hubungan dengan seorang model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim, 23.

Menurut Fizo, model tudung jenama Fareeda itu menepati ciri-ciri sebagai calon isteri yang dicari selama ini.

"Sepanjang perkenalan kami, Mawar begitu menyenangkan saya dan keluarga. Malah, ibu saya juga sangat sayangkan Mawar.

"Saya harap semua pihak mendoakan agar dia memang menjadi jodoh saya dan kami akan bergelar suami isteri," kata Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -Fizo#ixzz2f6qB90hR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2013 09:32 AM | Show all posts
Mawar Fareeda Sah Bakal Tunang Fizo Omar
Agak terlambat Abang Nara kongsikan berita gembira ini. Kalau anda tidak pernah terlepas membaca BeautifulNara, baru-baru ini Abang Nara ada kongsikan informasi mengenai identiti bakal tunang Fizo Omar yang merupakan seorang model untuk tudung Fareeda. Informasi tersebut telah pun disahkan sendiri oleh ibunya menerusi Kosmo baru-baru ini.



Untuk makluman anda, nama penuh bakal tunang Fizo Omar ialah Mawar Abdul Karim. Ibunya, Faridah Zakaria adalah pengasas tudung Fareeda yang sangat popular di Malaysia. Keluarga Fizo Omar telah pun datang merisik pada 28 Ogos yang lalu. Kata ibu Mawar:-

Memang benar anak saya Mawar bakal mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fizo Omar pada awal Oktober ini. Bagaimanapun buat masa ini saya masih belum boleh mengumumkan tarikh pertunangan itu.





Memang Mawar dan Fizo adalah pasangan yang tampak sangat sesuai. Kedua-duanya sama cantik sama padan. Malah kedua-duanya pun bergiat aktif dalam perniagaan. Insya Allah apabila dah berkahwin nanti makin berkembanglah perniagaan mereka. Memang pilihan yang tepat. Tahniah Fizo dan Mawar!!!

kpoipes bulat bulat dari beautifulnara
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:18 AM | Show all posts
miawpink posted on 17-9-2013 09:32 AM
Mawar Fareeda Sah Bakal Tunang Fizo Omar
Agak terlambat Abang Nara kongsikan berita gembira ini. Ka ...

lawa pulak si Didie tu bertudung aku tengok...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:25 AM | Show all posts
dah tempah baju kat man kajang katanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:28 AM | Show all posts
untung fizo dpt usahawanita yg berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:31 AM | Show all posts
wafeenaulia posted on 9-9-2013 07:51 PM
Ya ampunnnn nasib la mawar yg ni..ingat kan nk tunang dgn mawarashid yg terkinja2 terlompat2 bagai n ...

ekceli sapa eh si mawarrashid tu.. nk kata selebriti bukan..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 10:32 AM | Show all posts
aku sampai sekarang tak boleh nak paham, pasal apa tudung fareeda ni reganya mcm tak masuk akal je...pastu kain nya sikit pulak tu (sikit a.k.a. singkat)...kot saiz xl ke ok lah jugak....
anyway....cantik jugak muka si mawar ni....manis je nampak....sesuai lah dng fizo tu....semoga berjodohan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:51 AM | Show all posts
lawanya tunang fizo,
tahniah la...harap2 kekal hingga ke tangan tok kadi....

* jgn jadi cam Jimmy Shanley dah ler*

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2013 01:45 PM | Show all posts
baru ku tahu rupanya model tudung fareeda ni anak tauke fareeda
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 05:24 PM | Show all posts
untung ler fizo dan mawar pun untung dpt fizo sbb fizo ni nampak mcm baik2
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:06 PM | Show all posts
mizzacu posted on 17-9-2013 10:31 AM
ekceli sapa eh si mawarrashid tu.. nk kata selebriti bukan..

Glamour tuuuuu kt keek jelah haha..
sbb glamour terkinja2 mcm monyet kena belacan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:15 PM | Show all posts
muda lg upernye model parida ni...
aku ingtkn dh beranak pinak..

selamat btunang la kalian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2013 09:42 AM | Show all posts
Mawar sukar didekati



STATUS sebagai selebriti bukan platform mudah bagi pelakon Fizo Omar untuk mencairkan hati anak kepada pemilik tudung Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim.

Akui Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, Mawar seorang yang sangat komited pada kerja dan dia juga tidak seperti kebanyakan wanita yang senang didekati.

"Susah sebenarnya hendak dekat dengan dia (Mawar). Walaupun status saya sebagai artis. Dia sangat tegas dan komited pada kerjanya," ungkapnya tatkala disoal bagaimana hubungan mereka terjalin.

Bicara Fizo lanjut, pada dasarnya mereka berjumpa atas dasar kerja tanpa melibatkan perasaan, namun akhirnya hati lelaki Fizo mulai terpaut pada Mawar selepas melihat kesungguhan dan kebijaksanaan wanita itu menguruskan perniagaan ibunya.

Fizo juga mengakui, dia yang memulakan langkah pertama mendapatkan nombor telefon Mawar dan menghubungi wanita itu.

"Saya kagum melihat dia menguruskan perniagaan ibunya. Dia bukan jual mahal masa mula-mula saya ingin mendekatinya tetapi dia terlalu komited terhadap kerjanya," ujar Fizo ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 80 koleksi eksklusif tudung Fareeda pelbagai warna, corak dan kerongsang di ibu pejabat Fareeda di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.


Bersedia mental & fizikal

Selepas mengenali Mawar pada tahun lalu dan mendapat restu daripada ibunya, Hasnah Jidin, dia tidak menunggu lama dan terus merisik wanita itu pada 28 Ogos lalu.

Pada usianya yang sudah mencecah 28 tahun Fizo juga mendedahkan, dia sudah mencapai sasarannya dalam membuka perniagaan dan juga melaksanakan tanggungjawabnya kepada keluarga.

Dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melangkah ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan.

"Sasaran saya sudah tercapai pada usia 28 tahun. Kini, saya bersedia pula dari segi mental dan fizikal mencari calon yang sesuai untuk dijadikan isteri. Pada masa yang sama, saya berjumpa dengan Mawar. Saya terpikat padanya," luah Fizo yang bakal mengikat tali pertunangan dengan Mawar pada Oktober depan.

Tidak mahu bertunang lama dan merancang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini, ujar Fizo, kalau ikutkan, dia tidak mahu bertunang dan terus melangsungkan perkahwinan.

Begitupun, dia sekadar mengikut adat dan syarat untuk mengikat tali pertunangan biarpun hanya sekejap.

Terbit drama

Berkongsi mengenai perniagaan Hot Burger miliknya, kata Fizo, setakat ini dia mempunyai hampir 30 cawangan Hot Burger di sekitar Lembah Klang dan merancang untuk menambah 20 cawangan di Kelantan dan juga 30 cawangan di Johor Bahru.

Disoal sama ada dia bakal meninggalkan dunia lakonan kerana sibuk menguruskan perniagaan, akui Fizo, dia masih lagi berlakon, cuma mengurangkan aktiviti lakonannya demi memberi tumpuan pada perniagaan dan penerbitan drama yang baru diceburinya.

"Saya tidak akan tinggalkan bidang lakonan tetapi terpaksa memilih tawaran dan watak yang datang. Bukan apa, penghujung tahun ini buat pertama kalinya saya akan menerbit sebuah drama bersiri untuk RTM. Sebelum ini, saya pernah menerbitkan video korporat untuk kerajaan," jelasnya.

Mengulas lanjut, kata Fizo, dia juga masih menjadi pengacara untuk program Nasi Lemak Kopi O di TV9 dan juga memberi taklimat kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti.





Ibu punca Mawar terima Fizo

PERTEMUAN dengan anak pemilik tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim, 24, dan bakal tunangnya Fizo di majlis memperkenalkan 80 koleksi eksklusif tudung Fareeda di ibu pejabat Fareeda di Bangi, Selangor membuatkan Kosmo! ingin menyatukannya mereka untuk hiasan muka depan Hab-Hib.

Bagaimanapun, Mawar menolak secara baik gambarnya dan Fizo dirakam secara berdua.

Katanya, tidak manis gambarnya dirakam sebelum dia dan Fizo mempunyai ikatan yang sah.

Akur dengan permintaannya itu, Mawar diajukan soalan apakah kriteria Fizo yang membuatkan hatinya terpaut.

Ungkap Mawar, kesungguhan Fizo pada kerja dan juga restu keluarganya membuatkan hatinya dibuka untuk pelakon itu.

"Saya tidak memandangnya sebagai artis tetapi melihat pada cara dia berniaga. Dia bersungguh dalam kerjanya. Pada masa yang sama, ibu merestui hubungan kami," ujarnya yang malu-malu mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Fizo.

Akui Mawar, secara jujur dia pada mulanya agak takut mendekati Fizo kerana statusnya sebagai selebriti tetapi ibunya, Faridah Zakaria melembutkan hatinya untuk menerima Fizo.

Jelas Mawar, ibu memintanya jangan terlalu garang dan tegas terhadap Fizo kerana dia berasakan lelaki itu bersungguh ingin mengenalinya lebih dekat.

“Saya tidak pernah ada hubungan yang serius sebelum ini. Mama yang banyak nasihat saya supaya tidak terlalu garang dan dia juga melembutkan hati saya untuk menerima Fizo,” dedah Mawar.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz2fCjrKJRY
Hakcipta terpelihara

sumber= kosmo

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:01 AM | Show all posts
gambar yg last ni br nmpk lawa..pic yg sebelum2 ni nmpk cam tua sikit,...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 10:50 AM | Show all posts
tu la psl..gambo last ni baru nmpk muda remaja
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 11:59 AM | Show all posts
sajer posted on 13-9-2013 10:09 PM
patut la tudung pareeda ni berhantu....
nasib baik xmenghantui hidup i sbb QC asben i tinggi. tud ...

memanglah perasaan rase berbeza, name pun pakai tudung mahal... ha..ha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2013 12:14 PM | Show all posts
housequeen posted on 17-9-2013 10:32 AM
aku sampai sekarang tak boleh nak paham, pasal apa tudung fareeda ni reganya mcm tak masuk akal je.. ...

entah aku pun tak paham, rege tak masuk akal tak penah beli
harge tak masuk akal la cepat jadi jutawan.
mati2 aku ingat si mawar ni dah kawen, single lagik rupanya.


Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 12:32 PM | Show all posts
miawpink posted on 18-9-2013 09:42 AM
Mawar sukar didekati

comey je klu mekap nipis ni...kenapa la nak mekap tebal nmpk tua.
btw dia yg kecik ni pon pakai tetap pendek..mcm utk saiz XS je tudung nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 12:46 PM | Show all posts
pakai tudung mcm bebudak nak g ngaji... baik x payah pakai lah cik kak ooi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2013 12:57 PM | Show all posts
apesal masing2 asik cerita kagum pasal menguruskan perniagaan/kerja
kalau perniagaan melingkup acamana


fizo ni ada ciri2 bapak ngan suami penyayang, suka budak2, pandai masak
semoga berbahagia la hendaknye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.070054 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list