CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4244|Reply: 18

Gadis Itu Aku

[Copy link]
Post time 15-9-2013 11:35 PM | Show all posts |Read mode

“Berguguran bunga-bunga ditiup angin senja. Berlalu pergi tanpa meninggalkan kata”

Sudah sepuluh tahun dia meninggalkan aku. Berkenalan sejak berusia empat tahun. Dialah sahabat terbaik pertama, dialah kasih pertama. Sama-sama penggemar gula-gula berperisa kacang berbalut kertas warna yang dibeli dipasar malam. Sama-sama menghabiskan masa hujung minggu, bermain game team up tembak-menembak alien. Sama-sama menangkap berudu didalam parit pada waktu petang. Sama-sama mencari siput untuk mengusik adik Syafiq yang sememangnya penggeli. Bermain layang-layang, mengejar ketinggian pokok kelapa. Pernah kami berjanji, bersama-sama mengejar mimpi.

Aku tahu dia sakit, tapi aku sentiasa percaya dia akan sembuh seperti dulu. Bertahun-tahun dia melawan sakit. Selalu juga berulang-alik ke KL untuk rawatan. Saban hari aku lihat matanya yang sayu, kulitnya yang putih makin pucat. Rambut semakin gugur sehinggakan dia botak. Memakai songkok kesekolah, digagahi diri menaiki bas. Dugaan tak pernah mematikan senyumannya. Setiap kali berjumpa, pasti akan ada senyuman yang menanti buatku. Hinggalah satu malam Jumaat, sepuluh tahun lalu. Senyuman syafiq terhenti selamanya.

“Ain, Syafiq dah tenat. Tadi ibu dapat call, Cik Mah kata cell kanser masih aktif. Kimo isn’t doing anything to stop it” Sempat kukesan mata ibu yang berair sebelum pandangan beralih.

Tak putus hatiku berdoa untuk dia. Saat kusebut namanya dalam doa, terasa jantung berdegup kencang. Muungkin lebih pantas degupan jantungku berbanding pergerakan jarum saat pada jam dinding.

Aku masih percaya dia akan sembuh sehinggalah panggilan telefon kedua sejam kemudian. Ibu berlari mengangkat telefon.

“Sabarlah Mah, ini semua ada hikmahnya” Terdengar tangisan ibu, ganggang telefon digenggam erat.

“Ain, Syafiq dah takde. Dia dah pergi” Dan saat itu, detik itu, separuh jiwaku juga pergi bersamamu, Syafiq. Aku menangis semahunya. Saat itu aku tahu, tiada lagi teman sebaik dia akan kutemui dihayat ini.  

Sejak itu zaman persekolahan aku sepi. Aku menjadi gadis pendiam. Fokus aku cuma study. Cinta monyet kutolak tepi. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan. Aku bawa impian arwah Syafiq bersamaku. Berkat kesungguhan usaha dan doa, akhirnya aku berjaya mendapat tajaan dan meneruskan pelajaran di sebuah universiti terletak diutara tanah air. Kini aku punya hidup baru, jauh dari keluarga. Tak kusangka rezeki seorang gadis kampung sejauh ini.

Syafiq, terima kasih kerana membenarkanku membawa impianmu bersama.  


Last edited by mitnick on 15-9-2013 11:29 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2013 12:13 AM | Show all posts
cerita kau ok. tp perlu garapkan lg dengan bahasa cinta.. aku malas nk baca novel2 cinta nnti feeling nak bercinta dtg lg.. wakaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2013 12:41 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 16-9-2013 12:13 AM
cerita kau ok. tp perlu garapkan lg dengan bahasa cinta.. aku malas nk baca novel2 cinta nnti feelin ...

thanks utk cdgn. penulisan pertama, xpe... akn try slow2 utk improve.
br chapter 1. gear 1.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2013 06:51 PM | Show all posts
Muqaddimah mcm best je

So, next!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 12:12 AM | Show all posts
sarizu posted on 16-9-2013 06:51 PM
Muqaddimah mcm best je

So, next!

thanks otai! rajen2 laa bagi komen mn2 ptt baiki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 12:21 AM | Show all posts

“Kepulan awan tebal, kabus pagi menutupi kehadiran pelangi. Dan mata, jangan pernah berhenti menatap langit”


Buzz !!!

Buzz !!!

Buzz !!!

Aku mendekati laptop berjenama Acer Travelmate diatas meja. Sungguh, ianya hadiah paling mahal pernah kuterima daripada ayah. Kupandang skrin, bertalu-talu mesej Yahoo Messenger (YM) kuterima.

SyafiqK : Salam, hey, tengah buat ape?

Kubiarkan YM tidak berbalas.

Tap! Air sudah cukup panas, kubancuh nescafe segelas.

Buzz !!!

SyafiqK : Ko tengah buat air nescafe ke? Nak sikit! Heee ;)

Hampir terjatuh sudu yang kupegang. Eh, mamat nie ade sixth sense ke ape?

FarahinLilo : Camne tau? Psiko ke ngintai orang? Ko add aku ko kenal ke aku sape?

SyafiqK : Tak kenal sangat, aku tengok profile ko kat Friendster (FS). So, aku add laa.

SyafiqK : Err, takpe kan? Ko tak marah kan?

SyafiqK : Sebnanye nama ko sama macam nama kawan baik aku. Aku rindu dia.

SyafiqK : Mungkin sebab tue aku add ko. You remind me of her.

Aku terkedu. Ahh, tak pernah sesiapapun tahu kenangan aku dengan arwah Syafiq. Tak pernah kucerita tentang arwah pada sesiapa walau disekolah. Yang tahu kami rapat cumalah kedua-dua keluarga. Setelah arwah meninggal, keluarganya terus berpindah ke utara.

Buzz !!!

SyafiqK : Sori, kalau ko marah, delete jelah aku. T_T

FarahinLilo : Sori lambat... heheh, tak marahlah. Aku tengah bancuh air Nescafe laa tadi. Betul pulak ko teka... Sejak bila jadi nujum nie? Pandai  tengok dalam mangkuk air ke? Heheh =P Menarik pickup line ko. Next time aku nak try. Dulu aku pon ade kawan baik nama Syafiq               jugak. =)

SyafiqK : Bukan pick up line laa, kisah benar nie.... tak caye sudah.... T_T ko pon ade kawan baik sama  nama macam aku? So, ape cite dia sekarang? Ko contact lagi dia ke? By the way, kawan aku nama dia memang Farahin, tapi aku panggil dia Ain.

Mataku terpaku pada skrin laptop. Cuma ahli keluarga dan sahabat keluarga yang rapat memanggilku Ain. Termasuklah arwah Syafiq. Di sekolah, universiti, tempat-tempat lain aku selesa memperkenalkan diri sebagai Farah. Hatiku berbelah-bagi. Perkenalan pertama, patutkah kujujur menceritakan kisah aku dan arwah Syafiq? Aish, nanti takut pula mamat nie nak berkawan dengan aku. Jariku pantas menaip.

FarahinLilo : Dah tak contact. Ade masalah sket. Nantilah, bila ade masa aku cerita pasal dia kat ko. Next time, when i’m ready i’ll tell you about him. For now, aku banyak soalan nak tanya pasal ko. Heheh =D So, ko still contact bestfriend ko tue?

SyafiqK : Dah tak contact jugak. Entahlah, dia tiba-tiba buat hal. So, ko berminat nak tau ape pasal aku nie? Before ko tanya, aku dengan rela hati bagi sikit intro and preview. Heheh =D. Aku sebaya dengan ko, sekarang study kat Shah Alam, course mechanical engineering. Memang orang Selangor, mak suri rumah bapak keje Telekom. Tiga orang adik beradik, aku nombor dua. Membesar kat Selangor, sekolah kat Selangor. Kampung mak kat Ipoh.

FarahinLilo : Hello, tue bukan intro, preview maupon teaser hoccay! Aku belum sempat tanya, setengah novel ko da bagi. Ok, my turn. Aku anak sulung, tiga adik beradik. Family jenis anak perantau, tapi parents both are Johorean. Mak surirumah, ayah kerja pejabat biasa. Lain-lain, ko check laa profile FS aku. Ko anak nombor dua eyh? Selalunya anak nombor dua nie jenis boleh harap, dengar cakap, rajin, tapi senang naik angin. Heheh =D

SyafiqK :  Emm, sume ko mention tue hampir tepat, kecuali bab naik angin. Aku cool dude ok! Eh, sori member tetiba ajak keluar makan nie. Can i have ur number? Balik makan kang aku call. Ade benda nak cite pasal kawan baik aku, Ain. Tapi taknak bagi pon takpe, aku faham.

Sekali lagi hatiku membuat pengiraan. Sejak zaman mirc, tak pernah ku bertukar-tukar nombor telefon dengan lelaki yang ku kenal di alam maya. Apetah lagi baru sekali berchatting. Ah, nak bagi ke taknak nie?

FarahinLilo : Bagi nombor ko. Nanti aku miscall. Tapi kena janji jangan bawak nombor phone aku pegi jumpa bomoh pulak. Walaupon nombor aku nie nombor bertuah, takyahlaa beli nombor ekor sama macam nombor aku yeee... heheh =D

SyafiqK : Ok, tapi ko da janji nak miscall kan? Thanks Ain, Take Care! =)

FarahinLilo : Ok, nanti aku miscall. Btw, jangan panggil aku Ain, panggil aku Farah. Ko nie, logik laa sket, takkanlaa nama aku Farahin orang panggil Ain. Ok, take care!

Kutekan butang telefon. Janji kukota, miscall seorang lelaki yang tak pernah kukenali. Pertama kali untuk perkenalan pertama di alam maya. Mungkin kerana aku juga rindukan arwah Syafiq.


Last edited by mitnick on 17-9-2013 09:38 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2013 09:18 AM | Show all posts
salam mit..

wahh brbakat juga menulis eh..

menarik juga citer ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2013 09:23 AM | Show all posts
awanjingga posted on 17-9-2013 09:18 AM
salam mit..

wahh brbakat juga menulis eh..

wsalam...
saje try2 isi masa lapang... biase2 je nie, xle lawan karya awanjingga...
rajen2 laa kritik utk improvemnt iols~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2013 06:49 PM | Show all posts
“Di antara lilin dan api, pasti punya bayang. Bayang semalam, hari ini, dan esok pastinya berbeza”


Ztt...

Ztt...

Ztt...

Handphone bergetar. Ah, siapa pula call malam-malam buta nie? Dahlah aku tengah baik punya layan movie Pirates of the Caribbean. Lakonan Keira pula tu, pelakon kegemaranku. Aktiviti rutin malam Sabtu, ingin merehatkan minda sambil menonton filem.
Nombor tidak bernama. Lambat-lambat kujawab panggilan.

“Assalamualaikum, hai Farah....” Terdengar suara lelaki tak dikenali dihujung talian.

“Hmm.. sape nie?” Kucuba cam suara. Masih gagal.

“Assalamualaikum, Farah, tak nak jawab salam ke? Dosa tau! Haritu dia juga yang beriya miscall kita, lepas tu boleh pulak dia tanya siapa kita?”

“Waalaikumsalam.... Maaf saya betul-betul tak kenal”

“Nie SyafiqK, from YM. Sampai hati awak tak save nombor saya. Nak call awak pun jari saya terketar-ketar macam orang sakit parkinson, rupa-rupanya awak tak sudi pun nak cakap dengan saya. Kalau tau laa camni, nak je tadi saya menyamar jadi Along kutip hutang.. ”

Aku tersenyum. Memang sengaja tidak ku save nombor SyafiqK lepas miscall tempoh hari.

“Saya tak save nombor orang yang mungkir janji” Segaja kuperli.

“Alaaa.... sorilaaaa... saya tak sempat call awak lepas balik makan haritu. Saya kena tolong member saya, motor dia rosak. Lepas tu hari khamis saya ade quiz, tak sempat nak call awak. Awak nie mesti lawakan kalau jumpa depan-depan. Takde gambar awak close-up dalam FS, tapi menurut firasat saya, awak nie lawa. Orang kate perempuan kalau muka lawa mesti kuat merajuk. Heheh”

Haih, lelaki. Ada- ada saja idea nak mengayat. Rupa gadis kampung sepertiku yang tak pernah dilihat pun dikatakan lawa. Lelaki dan imaginasi, confirm tak dapat dipisahkan.

“Sape merajuk? Sori, takde masa nak merajuk. Saya cool aje. Haritu quiz camne? Ok?”

“Asal boleh jawab tue oklah kot. Awak camne kat sana? Ok? Boleh sesuaikan diri? Baru dua minggu kat sana kan?”

“Haah, baru dua minggu. Tak habis lagi explore tempat nie. So far so good. Ade roommate sorang, baik juga orangnya. Pergi kelas boleh tahan jauh, jalan kaki dari kolej ke bilik kuliah. Makanan, emm kena biasakan diri dengan masakan utara. Kat cafe banyak jual santan-based food. Lauk kari, lauk masak lemak, sayur masak lemak, lauk sup susah nak jumpa. Banyak jual ikan keli, belum pernah beli lagi. Kat rumah tak makan ikan air tawar.”

“Glad to hear that. Ala, you are one smart girl. Mesti boleh survive punyalah kat sana. Awal-awal nie enjoy je dulu. Nanti dah start busy, nak sembang lama-lama pon tak sempat tau!. Eh, jom kita main compatibility test nak? Kita gilir-gilir bagi soalan, tapi kena jawab serentak. Jangan main tipu!”

“Ok, let me start first. Pepsi or Coke?”

“Coke!!” serentak menjawab

“Johnny Depp or Orlando Bloom?”

“Jonny Depp!!” serentak

Apple or Pear?

“Apple!!” serentak lagi

“Aishh.. asyik sama je nie... memang kompem kite serasi kan, Farah? Ok, nie soalan last, Arsenal or Man U?

“Arsenal!”

“Sori, Farah minat Chelsea, nampaknya takdelah serasi mana kita nie, Syafiq oii... Hahah”

“Saya tak puas hati. Saya rasa awak nie minat Man U, tapi takmo ngaku. Betul tak?”

“Dahlaa Syafiq, saya memang tak minat dua-dua. Terimalah hakikat dan kebenaran itu”  

Aku tergelak kecil dihujung talian. Mamat nie, memang tak mau mengalah nampaknya.

“Hmm, yelah-yelah terima laa nie. Saya terima hati awak. Eh silap, saya terima jawapan awak. Hehe.. By the way, ingat tak hari tu saya nak cerita pasal Ain? Ain kawan baik saya.”

“Yep. So, what is it? Ceritalah, saya dengar”

“Ain tue cinta pertama saya. Kami satu sekolah. Rumah dia pun dekat dengan rumah saya.. Sekolah dengan taman perumahan tempat tinggal kami dekat, jadi biasanya kami jalan kaki saja. Selalu pagi-pagi sebelum pegi sekolah saya akan tunggu dia depan rumah, buat-buat ready nak pakai kasut. Tapi sebenarnya bila dia lalu depan rumah, saya curi-curi tengok dia. Bila dia dah jalan selang dua rumah, saya ikut dia dari belakang. Since form 1 kot, setiap pagi saya camtu. Ade sekali kes masa form 4, on the way nak pergi sekolah tiba-tiba dia hampir dilanggar motosikal, sempat saya lari pastu cepat-cepat tarik tangan dia ketepi jalan. Memang sipi lagi nak kena langgar. Sejak tu, kami berkawan baik. Setiap hari pergi balik sekolah sama-sama, waktu rehat ke kantin sama-sama, weekend melepak sama-sama.”

“Wahh... baik sangat awak nie, tiap-tiap pagi bertahun-tahun tunggu dia. Lepas tu apa jadi?”

“Kisahnya sekarang dia dah masuk matriks. Awal-awal ok lagi contact, lama-lama lepas sebulan, message saya dia start tak balas. Call pon dia reject. Lepas tu terus tak dapat contact. Saya try tanya member-member perempuan yang rapat dengan dia. Rupa-rupanya dia ada boyfriend baru kat sana. Dia dah tukar phone number baru. FS saya pon dia block, apetah lagi YM. Entahlah, dah lama saya sayang dia, susah nak lupa sekelip mata. Kadang-kadang rasa bodoh pon ada juga. Sorry, I thought finding a girl with the same name could give me some answers or ideas of what should I do next. Sorry, I know it sounds stupid, but I still don’t know what to do. I miss her a lot, I really am”

Kudengar suaranya perlahan, bergetar, pada ayat terakhir. Ya, lelaki ini ikhlas mencinta, namun cintanya tak pernah berbalas. Bodoh kerana cinta, atau pengorbanan kerana cinta?   

“Lama awak minat dia ye? Tahan pulak tue bertahun-tahun, bahan pengawet ape yang awak pakai? Sardin dalam tin pun paling lama tahan dua tahun je sebelum expired... hehehe”

Tawa kecil kudengar dihujung talian. Lega. Mungkin dia hanya mahu ada pendengar kisah cintanya yang tidak kesampaian. Malu untuk bercerita pada rakan-rakan yang mengenali, akhirnya stranger sepertiku dicari.

“So, awak nak taulaa, Farahin nie punya pendapat ye? Ok, saya rasa awak patut bagi space untuk diri awak dan diri dia. Awak pun baru masuk U, focus laa new things yang ada kat U. Cari  kawan baru, aktiviti-aktiviti baru, join club ke, sibukkan diri supaya awak tak ingat kat dia 24/7. Awal-awal nie memang bukan mudah, tapi lama-lama nanti biasalaa tue. Pasal Ain tu, tak payahlaa awak contact dia lagi. Dah terang nampak dia yang nak jauhkan diri. Kalau betul awak sayangkan dia, doakan kebahagiaan dia. Dalam masa yang sama, berdoa semoga awak diberikan jodoh yang terbaik.”

“Thanks Farahin. Rasa macam dah kenal lama, walaupun baru first time call. Siyes, first time rasa camni. Thanks sebab dengar semua nie, rasa lega sikit... Oklah, dah dekat pukul 2 pagi nie, lewat dah. Anak dara tak elok tidur lewat, nanti muka cepat kedut. Hehe... Bye Farahin, Take Care!”

“Bukan anak dara je, anak teruna pon samalah. Tidur lewat pon boleh kedut-kedut, dari muka sampai tapak kaki. Ok, nitey nite. Take Care. Bye Syafiq.”

Kisah SyafiqK membuatkan aku teringat pada arwah Syafiq. Segera kutekan butang shut down pada laptop. Kuambil wudhuk, kubacakan Yassin.

Hadiah buat arwah Syafiq, tanda ikhlas ingatanku buatmu.


Last edited by mitnick on 17-9-2013 06:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2013 10:36 PM | Show all posts
Cite budak2 u ya...

Next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2013 09:59 PM | Show all posts


“Seja itu merah. Mungkinkah langit sedang berduka meratapi pemergian mentari?”


Pada hari pertama cuti semester, adikku angah dikejarkan ambulans ke Kuantan Medical Centre (KMC). Ketika dikejarkan ke hospital, aku masih di dalam bas, dalam perjalanan pulang ke rumah dari U. Penat perjalanan selama sembilan jam hilang sekelip mata apabila perkhabaran itu sampai ke telingaku. Kata doktor, mungkin terdapat kuman di dalam darah angah, cukup untuk membuat hatiku tak keruan. Memahami keadaan ayah yang sibuk bekerja, ibu yang perlu mengatur adik bongsu yang masih bersekolah, aku menawarkan diri untuk menemani angah. Pukul 4 pagi aku gagahkan diri membawa beg pakaian kami naik ke wad angah yang terletak di tingkat tiga. Hening pagi dikejutkan dengan bunyi roda dan lantai yang bergesel. Sempat kusenyum pada jururawat yang sedang bertugas dikaunter. Terlalu pagi mungkin, senyumanku dibalas dengan wajah keliru. Selepas solat subuh, kualas kain di atas tikar kecil yang dihampar ditepi kati. Aku menghampiri katil, angah masih nyenyak tidur. Tapak tanganku perlahan-lahan menyentuh dahi angah. Suhu normal, angah tak demam. Kutepuk bahu angah perlahan, sehingga dia tersadar. Perlahan-lahan angah bangun dari katil dan mengambil wudhuk. Angah solat secara duduk diatas katil. Mataku mula terasa berat, dan sudahnya aku tertidur berbantalkan beg galas. Perjalanan selama sembilan jam ditambah pula perjalanan ke hospital dua jam cukup untuk membuatkan badanku letih. Sudahnya aku tertidur sehingga tengahari.

“Bluekkkkk!!!”

“Bluekkkkk!!!”

“Bluekkkkk!!!”

Sah, ubat yang diberikan doktor mula memberikan kesan pada angah. Kami sedia maklum doktor yang merawat angah telah memberikan ubat dengan kadar dose yang tinggi. Kesan sampingan ubat menyebabkan angah berulang-alik ke tandas akibat muntah-muntah dan cirit-birit. Tiada pilihan lain lagi, memandangkan jangkitan kuman dalam darah angah sudah mula menyerang tulang kaki. Memang kelihatan angah sukar untuk berjalan secara normal atau berdiri terlalu lama. Kerapkali juga mengaduh sakit kaki.

Kulihat angah sekali lagi menapak dalam kepayahan ke tandas. Angah, baru berusia 14 tahun tapi sedang melalui saat-saat sukar dalam hidupnya. Doktor juga tidak membenarkan angah aktif bersukan kerana masalah kakinya. Angah, juara pelari jarak jauh dan kapten bolasepak sekolah kategori bawah 15 tahun terpaksa akur dengan arahan doktor. Ah, jiwa remaja angah pastinya memberontak Bukan mudah untuk melupakan minatnya dalam sekelip mata. Perlahan-lahan airmataku mengalir. Sungguh tabah dirimu. Walau pelbagai kesukaran dihadapi, namun tak pernah sekalipun angah merungut susah. Kudengar pintu tandas dibuka. Segera kuseka baki airmata dan kualih pandangan keluar tingkap, membelakangi angah. Aku tak mahu angah melihat airmataku dan menyalahkan dirinya sendiri. Aku tahu, jauh disudut hati angah pastinya dia merasakan seolah-olah dirinya telah menyusahkan keluarga.  

Selama dua minggu aku menemani angah dihospital. Sepanjang itu juga laptop peneman setiaku di dalam wad. Kerana kesibukan kerja, ayah, ibu dan adik hanya menemani angah pada hujung minggu. Aku juga saksi pelbagai jenis ujian yang dilakukan doktor, dari X-Ray, CT Scan, menggunakan alat mengetuk kaki angah, dan ujian darah yang dilakukan secara harian. Dari physician, Datuk Dr Meng, hinggalah ke orthopedist, Dr Amran semuanya tidak dapat memberikan jawapan yang jelas mengenai penyakit angah. Sudahnya selepas dua minggu, kami dibenarkan pulang, namun jarum pada tangan angah tidak dicabut. Doktor menyarankan supaya angah tetap dicucuk ubat selama dua minggu dirumah. Selama dua minggu berturut-turut jugalah aku dan ibu menemani angah ke klinik untuk memasukkan ubat. Cuti semester yang pertama aku gunakan sebaiknya untuk menemani angah.   


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 12:15 PM | Show all posts
mitnick posted on 18-9-2013 09:59 PM
“Seja itu merah. Mungkinkah langit sedang berduka meratapi pemergian mentari?”

Pada hari pe ...

ayamak.. why stop here. more please... moreeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2013 12:19 PM | Show all posts
alaa posted on 22-10-2013 12:15 PM
ayamak.. why stop here. more please... moreeeeeeeeeeeeeeeeeeee

ade jgk ke yg baca? terharu iols
esk iols try laa update ye... arini tak sempat.. nak memasak lagi, nak amik budak skola lagi, tuisyen, nonton drama swasta lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 02:47 PM | Show all posts
mitnick posted on 22-10-2013 12:19 PM
ade jgk ke yg baca? terharu iols
esk iols try laa update ye... arini tak sempat.. nak m ...

wah terharu eh.. kalau terharu kena update sebanyak2 yang mungkin la eh... kehkehkeh..

ade aje yang baca.. suka cara penulisan awak senang nak baca. jalan cerita pun macam bes aje..

update cepat2 ye. and pls pls pls jangan la separuh jalan aje. kecewa tau bila dah best2 baca, tapi cerita tak habis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 10:24 PM | Show all posts

“Sakura, cantik dimata namun tiada haruman. Indahnya yang pasti cuma seketika”


3 missed calls from Ammonia_Lab.

3 voice messages from Ammonia_Lab.

Kutekan butang voice message.

First message. Ammonia_Lab : Hello....Hellooooo.... Helloooooooooooo...

Second message. Ammonia_Lab : Angkatlaa.... angkatlaaa... angkatlaaaaaaa.....

Third message. Ammonia_Lab : Farahin... Farahhhh.... if you get this message, buzz me back. Urgent.

Ahmad Fahmi Zhafran a.k.a Ammonia_Lab.

Hampir setahun berchatting YM.

Pertama kali kukenal sewaktu menemani angah di hospital.

Antara lelaki popular disekolah dulu. Popular sebab genius. Dari subjek English, Add Math, Modern Math, Biology, Kimia, Fizik, Sejarah, semuanya sentiasa markah 90 keatas. Dengar gossip-gossip rakan-rakan hostel, lelaki itu selalunya langsung tak study pada malam sebelum hari peperiksaan. Malah main chess sambil makan kacang, kadang-kadang bermain basketball malam-malam buta di court. Tak pernah juga kedekut ilmu jika ditanya rakan-rakan tentang pelajaran. Nak kata hensem, adalah iras-iras Won Bin, cuma bezanya dia berkaca mata. Aku tak berkesempatan mengenali beliau semasa disekolah, kerana jumlah pelajar tingkatan 4 dan 5 yang ramai dan kami juga berada dalam kelas yang berbeza. Sejujurnya semua itu cerita yang kudengar dari rakan-rakan sebilik. Ia selalu membuatkan ku tertanya-tanya tentang empunya diri itu. Akhirnya aku terjumpa page FS lelaki itu, terus aku add FS dan YM sekaligus.

FarahinLilo : Buzz!

FarahinLilo : Sori baru online. Tadi ade keje laaa.... Ade ape?

Ammonia_Lab : Sebenarnya.. err... nak bagitau something, tapi jangan marah tauuu~


Last edited by mitnick on 23-10-2013 10:25 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2013 10:28 PM | Show all posts
alaa posted on 22-10-2013 02:47 PM
wah terharu eh.. kalau terharu kena update sebanyak2 yang mungkin la eh... kehkehkeh..

ade aje  ...

terima kasih sbb sudi baca & sudi bg semangat utk menulis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2013 09:44 AM | Show all posts
mitnick posted on 23-10-2013 10:28 PM
terima kasih sbb sudi baca & sudi bg semangat utk menulis

iols pulak terharu..

tq for the update ye... hehehe takkan 1 je? kihkihkih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2013 08:03 PM | Show all posts

“Ku cari cahaya dalam kegelutan warna
Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya
Ku temui dia bayang malam yang terluka
Pesona cintaku pun terbakar”


FarahinLilo : Buzz!

Ammonia_Lab : Sebenarnya.. err... nak bagitau something, tapi jangan marah tauuu~

FarahinLilo : Yee, tak marah. Bagitau jelah.

Ammonia_Lab : Aku jatuh T_T

FarahinLilo : Jatuh? Dekat mana? Tuelah, giat sangat main bola tak kira masa, mana tak jatuh. Ok tak nie? Cedera tak? Kalau cedera pegi klinik check. Lain kali hati-hati laa sket masa main...

Ammonia_Lab : Bukan jatuh tue. Jatuh cinta... <3 hihihi.. tak sangka kau risaukan aku~

FarahinLilo : Ler, ingatkan jatuh cedera tadi... Jatuh cinta pon kecoh, macamlaa dalam dunia nie dia sorang je yang penah jatuh cinta. Apesalaa akhir-akhir nie semua orang pun nak ngadu hal cinta kat aku, mentang-mentanglaa aku takde boifren.. sobss

Ammonia_Lab : Point penting nie bukan pasal jatuh cinta, tapi kat sape yang cinta nie dah terjatuh. Takmo tau ke? Taknak tau pon takpe, nak bagitau jugaaakkkkk!

FarahinLilo : Ikhlas taknak tau. Semoga berbahagia dengan cintamu.. =)

Ammonia_Lab : Orang tue kau. It’s you. I fell in love with you. AKU JATUH CINTA KAT KAU. Caps lock in case you didn’t see it right.. hihihi <3

Aishh... Mamat nie dah gila ke ape? Ke aku yang gila? Dua tiga kali aku scoll atas bawah window screen YM. Rasanya betul apa yang aku baca. Eh, mamat nie main-main ke ape?

Tangan aku mula sejuk, jantung berdegup pantas.

Tapi takkanlah senang sangat nak jatuh cinta, nama sebenar aku pun dia tak tau. Cuma aku saja yang tahu nama sebenar dia, mana tak tahu, dia feymes zaman sekolah. Selama ni pun setahun chatting, borak perkara-perkara biasa sahaja. Muka aku pun dia tak pernah tengok, aku tak pernah upload dalam FS. Yang aku tahu, muka dia memang banyak dalam FS miliknya. Takkanlah muka hensem tue layak dengan aku yang muka pure kampung nie? Tapi bukan lelaki muka hensem ramai yang playboy ke? Tak pasal-pasal pula aku masuk dalam list skandal mamat nie kang. Hishh!

Ammonia_Lab : BUZZ !!

Ammonia_Lab : BUZZ !!

Ammonia_Lab : BUZZ !!

FarahinLilo : Err... yeke? LOL apesal aku rasa lawak plak dengan confession kau tue?

Ammonia_Lab : Kenapa pulak nak lawak? Jatuh cinta ikhlas nie. First time jatuh cinta dah kene gelak. Penat mengumpul kekuatan nak confess, tak kesian ke kat aku nie? Sobss T_T

First time jatuh cinta? Takkan aku cinta pertama dia? Macam careless sangat bunyinya. Tapi bila difikirkan balik, zaman sekolah dulu memang tak pernah dengar gossip dia couple dengan sesiapa. Yang aku dengar, budak-budak perempuan adalah minat dia, tapi dia buat macam biasa je. Ada jugak budak perempuan yang sanggup lalu depan kelas dia lepas prep malam semata-mata nak tengok muka dia, terutamanya budak junior. Aku cuma pernah tertanya-tanya tentang dia, tapi aku tak pernah jatuh minat padanya.

FarahinLilo : Sori.... ok dah tak gelak. Sekarang nie tengah tepuk tangan gaya padayappa. Va.Va.Va. Tahniah sebab berjaya jatuh cinta buat kali pertama, tapi takziah sebab orang yang dijatuhi cinta itu aku. =)

Ammonia_Lab : Haishh.. aku serius nie. You, take responsibility. Mulai hari nie kau couple dengan aku. Mulai harini kau girlfriend aku. I am serious.

Mamat nie, aku tak cakap pun aku suka dia. Kenapa pula isu couple jadi isu berbangkit pula? Aku dahlaaa ade orang yang aku memang minat. Orang tue jea tak tau aku minat dia, setiap kali chatting cerita tentang perempuan lain. Setiap kali sembang dia cakap tentang perempuan yang dia minat. Aku cuma pendengar setia, tak lebih tak kurang. Perlukah saja aku terima jejaka bernama Ahmad Fahmi Zhafran dalam hidupku? Mungkin aku patut memberikannya peluang. Kebanyakkan orang kata, lebih baik kita terima orang yang sayangkan kita lebih. Lagipun, orang yang aku minat tak pernah mengatakan dia juga sukakan aku sama seperti perasaan aku padanya.

FarahinLilo : Ok. Aku sudi jadi girlfriend kau. Emm, nak buat ape sekarang eh?

Ammonia_Lab : *emoticon bunga api* Bunga api sempena kita declare! Err.. sebenarnya aku pun tak tau nak buat ape, sebab first time suka kat someone. Thanks sebab sudi terima aku. =)


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2013 08:13 PM | Show all posts
alaa posted on 24-10-2013 09:44 AM
iols pulak terharu..

tq for the update ye... hehehe takkan 1 je? kihkihkih

hehehe... jgn lupa bagi kritikan juga ya! sebab nie 1st time menulis, banyak tak reti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.068688 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list