CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: uniq61

FAKTA TENTERA MALAYSIA DI MATA DUNIA

[Copy link]
 Author| Post time 5-12-2013 11:15 AM | Show all posts
PERSOALANNYA KENAPA BEGITU BANYAK SENJATA YANG DIBELI??? SAYA TAK RASA UNTUK PERTAHANAN TAPI PENYERANGAN....ITU SEMUA ATAS NASIHAT ISRAEL...MEREKA MENGELAR DIRI MEREKA SINGAPORN NI ISRAEL ASIA..

PADA 3 OGOS 1996..TENTERA SINGAPORN PERNAH MENYUSUP MASUK IKUT JOHOR DAN JEMKAN TNB..SO SATU MALAYSIA BLACKOUT....TAPI SAMPAI SEKARANG TENTERA MEREKA TAK BALIK... Last edited by uniq61 on 5-12-2013 11:52 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 11:18 AM | Show all posts
Mmg utk serangan...tu doktrin depa...fwd defence, tapi jgn la pikiq utk serang malaysia semata2... Too naive... Mcm la depa tak tau apa kita ada utk sama2 hancus kalau perang...so think out of the box...mungkin utk serang indon ka, siam ka, pinoy ka, vietnam ka, china ka...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 11:38 AM | Show all posts
YA KA???? TAPI KENAPA SENJATA MEREKA SENTIASA FACING MALAYSIA???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 11:59 AM | Show all posts
FAKTA ! Kisah Pegawai Tinggi Atasan Tentera dan Polis Singapura...

3 Apr 20129comments
Polis Singapore yang dianggotai Melayu hanya menjadi polis yaang melayan pelancong sahaja.


Sedih dan Malang, itu yang dapat aku simpulkan terhadap apa yang terjadi terhadap Melayu Singapura. Kebanyakan Melayu Singapura berkerja di Sektor Awam dan ada yang berniaga, selebihnya berada di sektor perindustrian...


Melayu yang berada di Sektor awam ini memonopoli Kastam , Imegresen dan Polis. Relitinya, kalau anda pernah Ke Singapura, kebanyakan imegeresen mereka adalah terdiri daripada orang-orang Melayu. Cukuplah hanya menjadi Checker di sempadan dan pengecop PASSPORT disitu. Pegawai atasan mereka terdiri daripada ABANG BESAR Cina Chauvisme PAP. Tak tau lah apa motifnya  kerajaan Singapura meletakkan orang-orang Melayu di situ , mungkin sebab nak menarik minat pelancong Malaysia yang ramai orang Melayu..uwek!

Jika dilihat Pegawai Polis pula, pangkat yang paling tinggi yang diperoleh Melayu ialah Superitendan. Mungkin bagi mereka, orang-orang Melayu tak boleh diberi pangkat tinggi-tinggi nanti akan menembak orang dan memberontak. Yang paling teruk, orang-orang Melayu akan merampas Singapura nanti.



MELAYU BERKAWAT SAHAJA

Selain itu, di bidang ketenteraan, orang-orang Melayu akan naik pangkat dengan tinggi iaitu setakat FULL Kolonel sahaja. Mungkin meereka takut jika orang-orang Melayu akan kautim dengan GENERAL TENTERA MALAYSIA DAN GENERAL TENTERA Indonesia jika pangkat General Tentera diberi kepada orang-orang Melayu yang penuh dengan semangat kepahlawanannya.



Itulah sepintas lalu apa yang terjadi di Singapura. Ia terjadi bukan selepas sepenggal atau 2 penggal atau 3 penggal pemerintahan Cina Chauvisme PAP di Singapura, ia terjadi selepas mereka lihat Melayu sudah layu dan terus layu.......


MALAYSIA, tunggu lah masanya. Kelak selepas DAP memerintah, mereka akan beli orang-orang MELAYU dengan peruntukan yang banyak disalur kepada orang-orang Islam, kepada masjid-masjid pak imam.....selepas Melayu itu Layu dan dipermudahkan, barulah taringnya keluar sepertimana taring yang sama mencengkam SINGAPURA dan Pulau Pinang...


Sekian.....luahan fakta yang tak tertanggung lagi oleh perasaan dan jiwa ini....

"MALAYS SHOULD BE IN COMMAND! "



Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:32 PM | Show all posts
Mana ada facing malaysia... Define how facing malaysia pls... Meriam n misil depa sentiasa terjulur dgn armed mode facing malaysia 24/7 ka? Wow! Fantastica bombastic!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 02:37 PM | Show all posts
MALAYSIA BAKAL KUASA NUKLEAR???

1. Dahulu terdapat satu persidangan cendekiawan Islam di Mesir yang berbincang mengenai masalah umat Islam yang tidak putus-putus dilanda musibah tetapi yakin akan kebangkitan satu bangsa dari Timur yang akan meletakkan agama itu ke satu tempat baharu dan dikagumi dunia.
2. Persoalannya siapakah bangsa itu yang memacu kembali umat Islam dan menjadi antara salah satu kuasa besar dunia.
3. Semua bangsa besar di dunia ini sudah pernah menjadi empayar selepas memeluk Islam tetapi yang belum pernah menjadi kuasa besar dunia ialah orang-orang Iran dan orang-orang Melayu dari rantau Asia Tenggara (Malaysia dan Indonesia).
4. Iran pernah menjadi kuasa besar dunia melalui Maharaja Darius tetapi ia berlaku sebelum zaman orang-orang Parsi memeluk Islam, orang Melayu pun pernah ada empayar tapi kecik je tidak sampai ke persada boleh menakluk Eropah atau India pun.
5. Dahulu saya pernah membaca buku karangan pengasas Al Arqam, Ustaz Al Shaari yang menyatakan Empayar Islam akan muncul dari Timur.
6. Tiga golongan akan memacu empayar ini, golongan pertama dari Iran, golongan kedua (saya tidak ingat) dan ketiga ialah kemungkinan orang-orang Melayu dari Malaysia.
7. Sejak dari itu saya sering mencari jawapan dan saya lihat pelbagai agenda jahat barat di kenakan ke atas Iran dan golongan ketiga ini (orang Melayu).
8. Adakah musuh-musuh Islam ini mengetahui kebangkitan bangsa-bangsa ini?
9. Berbalik kepada persidangan di Mesir tadi, para cendekiawan yang bijak pandai ini terus mencari golongan yang akan mewujudkan empayar Islam yang terakhir ini.
10.Orang-orang Arab di Afrika dan Timur Tengah tidak mungkin muncul kembali sebagai salah satu kuasa besar dunia kerana mereka sudah diberi peluang melalui Empayar Uthamaniah, Abbasiah dan kerajaan Islam di Andalusia malah telah menewaskan kuasa barat termasuk Rom.
11.Orang-orang Cina sudah diberi meluang menjadi kuasa besar semasa zaman pemerintahan Dinasti Ming dan kapal-kapal perang Laksamana Cheng Ho sudah pun menjelajah dunia dan nama ini terpahat sehingga sekarang.
12.Umat Islam di India (Pakistan dan Bangladesh dahulu masuk dalam negara ini) turut telah diberi peluang melalui Empayar Mogul dan terbinalah monumen Islam yang hebat di sana seperti Taj Mahal.
13.Turki melalui Empayar Ottoman terus memacu kekuatan umat Islam dan berjaya menangkis serangan tentera bersekutu dalam peperangan di Gallipoli pada 1918, serentak dengan itu ia juga menandakan pengakhiran Turki sebagai kuasa besar dunia.
14.Jika ditakdirkan mucul kuasa besar dunia dari negara Islam, sesuai dengan senario zaman ini, ia mestilah bersandarkan pada nuklear seperti Amerika Syarikat, Britain, Russia, China, mereka semua menjadi kuasa besar kerana didokong dengan ekonomi, teknologi serta kemajuan nuklear.
15.Memang benar, Pakistan merupakan salah satu kuasa nuklear tetapi ia tidak mungkin menjadi pemimpin kepada kebangkitan Islam melihat pada keadaan politiknya yang tidak stabil dan ekonomi yang masih ketinggalan sehingga mudah diperkotak katik oleh Amerika Syarikat.
16.Cuma umat Melayu sahaja yang belum pernah muncul sebagai kuasa besar dunia selepas Islam menjengok rantau sebelah ini, dan teori saya, kuasa besar pada dekad ini biasanya memegang kuasa nuklear.
17.OK kita hentikan sementara teori di atas.
URANIUM DI KENYIR
18.Tidak lama dahulu sebelum Hospital Angkatan Tentera di Seksyen 2 Wangsa Maju dibuka, seorang sahabat saya telah diberitahu oleh seorang wakil rakyat di Terengganu bahawa terdapat simpanan uranium yang terbesar di Tasik Kenyir atau di kawasan Banjaran Titiwangsa.
19.Saya tidak ingat lokasi yang tepat tetapi saya difahamkan ia memang berada dalam dasar tasik dan menarik minat saintis-saintis Barat untuk menyeludup masuk ke kawasan itu bagi mengambil sample tanah.
20.Saya tidak pasti akan kebenaran maklumat ini tetapi memang banyak aktiviti ketenteraan di situ terutama yang merangkumi kawasan stesyen janakuasa Sultan Mahmud.
21.Pasukan komando elit PASKAL juga dilaporkan hadir di kawasan itu dan aktiviti mereka termasuklah membuat selaman 24 jam di dasar Tasik Kenyir untuk memastikan rahsia negara terjaga, ini bagaimanapun tidak dapat disahkan atau khayalan orang semata-mata.
22.Kalau tidak silap saya, reaktor nuklear pertama Malaysia akan dibina pada tahun 2025 tetapi jarang dihebohkan sedangkan Indonesia, Filiphina dan Thailand tidak pernah menyembunyikan program nuklear mereka. Lokasi loji nuklear negara yang pertama ini sudah dikenalpasti tetapi kedudukannya tidak pernah didedahkan umum.
BUKTI DAN LOKASI
23.Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia Datuk Dr Daud Mohamad dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada tahun 2007 dahulu pernah mendedahkan mengenai pembinaan loji nuklear pertama Malaysia tetapi beliau memberitahu, lokasinya rahsia atas sebab-sebab keselamatan.
24. Kebanyakkan reaktor nuklear dunia terletak berhampiran tasik, empangan atau sungai kerana sejumlah air yang banyak perlu untuk sistem penyejukan dan penjanaan tenaga.
25.Jika demikian apakah mungkin sebenarnya loji nuklear pertama Malaysia akan terletak di kawasan Tasik Kenyir.
26.Difahamkan kawasan itu mengandungi kandungan uranium yang paling besar di dunia, bahan yang amat diperlukan untuk menjadi bahanapi nuklear.
27.Daripada apa yang difahamkan, anggota Paskal melakukan selaman dan rondaan selama 24 jam di dalam dasar tasik itu (entah betul atau tidak, saya pun tidak tahu kerana gagal mengesahkan maklumat ini).
28.Kata wakil rakyat itu kepada sahabat saya, Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad amat mengetahui kelebihan ini tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan perkara itu.
29.Dalam diam, para pemimpin negara ini mengambil pendekatan senyap untuk mendapatkan teknologi pembuatan nuklear (untuk janakuasa dan bukan senjata) dari negara-negara luar dan pada masa yang sama terus mengekalkan “status quo” Malaysia sebagai sebuah negara membangun.
30.Identiti Malaysia sebagai sebuah negara membangun ini membolehkan negara mendapat perpindahan teknologi secara murah, percuma atau usaha sama, al maklumlah nama pun negara membangun nanti jika diletakkan sebagai negara maju, semua perpindahan teknologi harus dibeli dengan harga yang sangat mahal, yelah negara maju kan kaya.
31.Jangan ketawakan saya, saya sendiri tidak pasti cerita ini benar atau tidak tetapi pesawat jet yang membawa Mahathir dalam satu lawatan ke luar negara tidak lama dahulu pernah bertukar arah secara rahsia ke Pakistan.
32.Pengalihan pesawat jet eksekutif itu tidak pernah diketahui umum dan perkara ini disahkan oleh seorang bekas agen perisik Pakistan kepada saya sendiri pada sekitar tahun 1998 dalam satu pameran senjata di Mines, Kuala Lumpur.
33. Menurut bekas agen perisik yang pada masa itu menjadi orang hubungan perdagangan senjata Malaysia-Pakistan, Mahathir dijemput secara rahsia oleh kerajaan Pakistan untuk menyaksikan ujian bom nuklear pertama negara Islam itu.
34.Mahathir menjadi satu-satu pemimpin Islam yang menyaksikan ujian bom nuklear Pakistan yang dibuat dalam Wilayah Balochistan, Utara Pakistan.
35.Pada tahun 2001, saya telah pergi ke wilayah Balochistan tetapi bukan untuk menyaksikan ujian nuklear, sebaliknya melihat kesan-kesan ujian iaitu kemarau yang berpanjangan dan keadaan tanah yang tidak subur menyebabkan tanaman tidak menjadi.
36.Jangan salah faham, saya pergi ke wilayah itu bukan sebagai saintis atau geologist sebaliknya saya terbabit dalam peperangan di antara Amerika Syarikat dan Taliban (saya bukan askar upahan, saya datang sebagai pelancong), saya tinggal tanpa kebenaran pihak berkuasa di Chaman dan Quetta sebelum perisik Pakistan mengesan kedudukan saya dan dua lagi rakan seperjuangan (Next time saya bukak cerita ini).
37.Wilayah Balochistan dipilih memandangkan ia merupakan wilayah yang paling besar dalam Pakistan, kurang membangun dan mempunyai penduduk yang sangat sedikit iaitu lebih kurang 6 juta orang sahaja.
38.Ujian letupan nuklear pertama itu dibuat pada Mei, 1998 dan menyebabkan dunia terutama seteru Pakistan iaitu India, terkejut besar kerana teknologi nuklear Pakistan jauh lebih maju dari India yang sebelum itu mendabik dada dengan keupayaan senjata nuklearnya.
DIBAWAH INI MERUPAKAN STATEMENT BODOH ORANG PUTEH TERHADAP UJIAN NUKLEAR PAKISTAN YANG SAYA PETIK DARI SATU LAMAN NGO BARAT
“Whereas all nuclear weapons are equally condemnable, but Pakistan’s weapons of mass destruction is even more dangerous as it is religion-specific. As part of its state ideology, Pakistan considers people from other religions as its enemies and has made clear it will not desist from being the first to use nuclear weapons.”
“Whereas Pakistan has rapaciously used Baluch resources for the last 60 years and in stead of giving Baluchistan its due share, killed and maimed tens of thousands of Baluch tribesmen and left their lands contaminated by nuclear radiation in the 1998 nuclear tests. No independent study has been conducted to see the disastrous consequences of Pakistan’s use of Baluch territories to test its so-called Islamic bomb”.
39.Saya sendiri tidak pasti sejauh mana Pakistan terlibat dengan penyaluran teknologi nuklearnya kepada negara Islam yang lain bagaimanapun beberapa tahun kemudian, saintis-saintis Pakistan ditangkap oleh kerajaan mereka kerana menjual maklumat sulit berkenaan teknologi nuklear kepada negara Islam lain antaranya Iran, Libya serta Korea Utara (Ini kes benci Amerika Syarikat dan Israel ni, pasal tu Korea Utara pun nama naik).
40.Difahamkan saintis terulung Dr AQ Khan antara yang terlibat dan urusniaga ini dibantu oleh ahli-ahli perniagaan dari Sri Lanka tetapi adakah mungkin Malaysia merupakan salah satu negara yang berjaya mendapat teknologi ini?
41.Secara kebetulan pulak, beberapa tahun selepas kroni saintis Dr AQ Khan ditangkap kerana menjual rahsia nuklear Pakistan ke Libya dan Iran, tup tup pada tahun 2008, sebuah syarikat iaitu Scomi Precision Engineering Sdn Bhd (Scope) dari Malaysia kena senarai hitam kerana menjual komponen nuklear ke luar negara iaitu Libya (antara pelanggan yang mendapat manfaat dari penjualan rahsia nuklear Pakistan)
42.Sekali lagi, ahli perniagaan Sri Lanka yang juga penduduk tetap Malaysia dikaitkan dalam skandal ini dan beliau ialah Buhary Seyed Abu (B.S.A.) Tahir dan dikenakan tahanan dalam rumah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
43.Aneh, apa muslihat barat mengaitkan Malaysia dengan penjualan nuklear dan bertambah aneh tetapi kagum kerana pemimpin dan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia ini membuat pelbagai putar belit atau “political manuevering” untuk mengelakkan Malaysia diberi tekanan sekaligus menyelamatkan negara dari bencana yang tak putus-putus diwujudkan oleh Barat.
44.Ok berbalik pada cerita Paskal tadi, saya diberitahu oleh sahabat saya yang beliau akhirnya berpeluang bertemu dengan Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Najib ketika merasmikan bilik hyperbaric chamber di Hospital Angkatan Tentera, Wangsa Maju.
45.Sahabat saya cuma perlukan satu maklumat penting untuk mengaitkan perkataan-perkataan Uranium, Paskal dan Kenyir. Jadi beliau cuma menanyakan satu soalan sahaja.
46.”Hyperbaric Chamber ini untuk penyelam Paskal kita di Terengganu (kedudukan Tasik Kenyir adalah dalam negeri Terengganu) ke, Datuk?” tanya beliau.
47.Najib jawab “Ya” dan perkataan ya inilah yang akan mengesahkan kebenaran cerita dari wakil rakyat Terengganu pada permulaan artikel ini tadi dan menyebabkan tugas saya sebagai agen X files bermula.
48.Alat Hyperbaric Chamber ini diguna khusus untuk penyelam bagi menstabilkan kandungan nitrogen dalam darah akibat menyelam terlalu lama.
49.Lebih kurang setahun selepas pertanyaan hikmah itu ditanyai, saya menghubungi pihak Malaysian Institute For Nuclear Technology Research atau MINT di laluan ke Dengkil (Bangi) untuk mendapatkan kebenaran masuk ke kawasan yang paling ketat kawalannya dan selalu menjadi mitos khabar-khabar angin orang sekeliling.
50.Saya masuk hanya untuk satu kajian, iaitu semata-mata untuk mengetahui apa benar negara ini mempunyai kandungan uranium yang terbesar di dunia, jika benar, Alhamdullilah, comfirmlah orang Melayu akan bangkit menjadi kuasa besar dunia nanti (Sekarang tak mungkin pasal Barat berjaya memecahkan mereka menjadi kumpulan kecil dari UMNO ke PAS, skrg PKR tapi takpe, kumpulan ini wujud untuk menentang ketidakadilan, mudah-mudahan mereka menang dan berjaya mendapat hak yang dituntut…Saya malas nak berjuang, bagi saya semua dah cukup dan saya rasa bersyukur, nak pi masjid tidak ada sekatan dan nak buat duit pakai MLM atau jual burger takde yang kacau (tak macam kat Singapore, kena buang kerja terus bunuh diri pasal takde peluang cari makan) tapi saya harap kerajaan akan menurunkan harga rokok lagi, pleaseee..pleaseee).
51.Pagi-pagi lagi saya dah start kunci kereta Kembara untuk masuk ke MINT, selepas menukar pas keselamatan, saya diiringi oleh seorang pegawai polis untuk masuk ke bangunan pentadbiran.
52.Saya tidak nampak sebarang unsur-unsur luar biasa kerana persekitaran institut sungguh cantik dengan landskap pokok dan bunga, saya tidak nampak bangunan yang menempatkan reaktor nuklear tetapi mungkin memang susah nak nampak pasal kawasan MINT ini sebenarnya besar.
53.Saya difahamkan MINT mempunyai satu mini reaktor nuklear yang dibangunkan di Amerika Syarikat dan ia disimpan jauh beberapa meter ke dalam tanah di satu bangunan yang lain.
54.Saya akhirnya bertemu dengan Director General Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) iaitu Dr Daud Mohammad.
55.Semasa ini, beliau belum lagi mendapat pangkat datuk dan MINT belum lagi ditukar nama kepada Agensi Nuklear Malaysia (penukaran nama dibuat antara tahun 2006-2007)
56.Tidak banyak maklumat yang saya perolehi dari Dr Daud kecuali mengenai pembangunan nuklear Malaysia.
58.Beliau bagaimanapun mengaku bahawa negara ini mempunyai pengetahuan dalam pembinaan tenaga nuklear oleh para saintis Malaysia yang kini ditempatkan dalam Tenaga Nasional Berhad.
59.Akhirnya, soalan cepumas saya adalah berdasarkan kepada dakwaan bahawa Tasik Kenyir mempunyai kandungan simpanan deposit uranium terbesar dalam dunia.
60.Beliau akhirnya menghampakan perasaan saya, Dr Daud menafikan dakwaan itu sebaliknya memberitahu, Malaysia tidak mempunyai banyak deposit uranium yang boleh dilombong kerana kandungan mineral itu terletak bersepah-sepah dalam negara ini.
61.Sebelum beredar, beliau menghadiahkan saya sebuah buku yang ditulisnya sendiri malah turut menanda tangani buku itu, ia berjudul “TEKNOLOGI NUKLEAR-Guna Membinanya”.
62.Saya sampai sekarang gagal menghabiskan buku itu kerana masalah penggunaan bahasa saintifik dan jargon-jargon saintifik yang susah hendak difaham.
63.Apa pun, saya pasti…rahsia sebenar tetap ada.


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-12-2013 02:56 PM | Show all posts
HATI-HATI KETIKA MENGAMBIL GAMBAR DI SINGAPURAPosted on March 20, 2009
HATI-HATI KETIKA MENGAMBIL GAMBAR DI SINGAPURA

ANDA PERNAH BERHADAPAN DENGAN SITUASI INI DI MALAYSIA???, BACA PETIKAN AKHBAR BERITA HARIAN, SINGAPURA MENGENAI REJIMEN 6 SIR (Singapore Infantry Regiment)
Prebet (Pte) Soh Wei Siang, 22 tahun sedang bertugas mengawal sebuah pusat penting apabila ternampak seorang penumpang bas mengambil gambar bangunan pusat itu.
Oleh kerana mengambil foto tanpa izin dilarang di semua pusat-pusat penting, Pte Soh mula bertindak. Dengan pantas beliau mengingat ciri-ciri penumpang tersebut, usianya, pakaiannya, ketinggiannya, dimana dia berada, nombor plat bas dan hala kenderaan tersebut.
Semua ini dilakukannya dalam masa lima saat ketika bas itu bergerak meninggalkan anggota NS sepenuh masa.
Pte Soh melaporkan kejadian itu kepada pegawainya. Dengan maklumat yang diberikan, SAF dan polis dapat menahan bas itu dan mengenal pasti penumpang yang mengambil gambar itu dan melanjutkan siasatan.
Kombinasi askar-askar yang berwaspada serta kerjasama rapat dengan agensi-agensi keselamatan lain seperti polis dan pengawal Cisco, pusat-pusat penting seperti Pulau Jurong, Dermaga Sembawang dan Lapangan Terbang Changi selamat dari ancaman.
Sejak akhir 2001, askar-askar SAF meronda pusat-pusat awam penting bagi meningkatkan kawalan keselamatan. Namun berdepan dengan ancaman pengganasan dari pelbagai negara dan konflik kecil serta penyusunan semula keamanan, adalah penting bagi sebuah battalion aktif dilatih untuk menghadapi cabaran serupa itu.
6 SIR dipilih bagi tugas penting ini. Biarpun anggota-angota rejimen itu mempunyai keupayaan infantri seperti rejimen lain, ia mempunyai keunikannya.
“Khususnya kami sebuah pasukan yang diperbesarkan tanggungjawabnya,” kata ketua 6 SIR Mejar Wong Weng Kong.
“Kami mempunyai sebuah platoon khas yang dinamakan Platoon Pengesanan dan Pengasingan Kimia dan Letupan (CEDI). Anggota platoon in dilatih khas mengenal pasti dan mengesan bahan letupan serta bahan kimia serta mengasingkan bahan-bahan serupa itu dengan selamat sebelum memanggil pasukan Kimia, Biologi, Radiologi dan Letupan (CBRE) untuk tindakan lanjut.”
6 SIR juga mempunyai sebuah Platoon Provos yang diberi kuasa lebih luas di bawah undang-undang di beberapa bahagian. Ada juga sebuah Platoon Pengesan yang menggunakan teknologi pengawasan bagi meningkatkan pengawasan melebihi mata manusia.
“Tambahan, kami ada sebuah pasukan bersenjata khas lengkap dengan senapang tembak jitu, senapang gajah dan pelancar grenad automatik bagi menghalang penceroboh dari jarak dekat, sederhana maupun jauh,” jelas Mejar Wong.
Askar-askar dihantar menjalani latihan khusus di unit-unit khas. Contohnya, anggota dari Platoon Provos berlatih di Sekolah Provos sebelum pulang ke 6 SIR.
Tugas 6 SIR adalah mengawal pusat-pusat tentera serta pusat awam penting sebagai salah satu usaha tentera mengawal keselamatan dalam negeri. Mereka dilatih dengan kemahiran khas untuk berwaspada sepanjang waktu.
Apakah antara kemahiran yang diberikan dalam masa latihan selama lapan bulan itu?
Menjelaskan, Mejar Wong berkata pasukannya dilatih memberi respons mengikut keadaan.
Satu kemahiran penting adalah kebolehan mengingat maklumat.
“Kemahiran itu ditajamkan menerusi program komputer serta latihan berperanan.”
“Yang penting, kami ingin kukuhkan daya ingatan mereka. Anggota pasukan dilatih untuk mengenal pasti apa yang ‘tidak kena’ dan mengingati butir-butir penting seperti jenis, nombor plat kenderaan ketinggian suspek, pakaiannya. Kami ingin mereka melaporkan butir-butir seberapa tepat yang boleh agar kami dapat bertindak,” kata Mejar Wong.
Tambahnya: ” Dalam soal keselamatan, kita perlu ambil perhatian dan anggap sesuatu kejadian yang tidak kena tempat itu dengan serius, kerana anda tidak tahu di mana atau siapa musuh kita.
“Berbeza dengan operasi askar biasa yang sering tunggu perintah dari pihak atas, pasukan kami diberi banyak kebebasan untuk mengambil tindakan. Oleh itu, pegawai muda dan askar-askar pasukan kami digalak membuat keputusan berdasarkan keadaan,” kata Mejar Wong.
Sejajar dengan tugas meronda dan mengawal pusat-pusat penting, askar-askar 6 SIR sering berinteraksi dengan orang-orang awam setiap hari. Mengurus hubungan manusia juga adalah penting menurut Mejar Wong.
Kata beliau: “Kita punya askar yang bijak berfikir yang sedar kepentingan tugas mereka, mereka tahu apakah kawasan-kawasan yang dilarang apabila berhadapan dengan orang awam. Oleh itu mereka dapat berhubung dengan orang awam dengan cara yang sopan namun tegas.”
Memang ada beberapa orang awam yang enggan memberi kerjasama atau mudah marah. Namun askar-askar kami boleh mengawal keadaan dengan menerangkan peri penting peraturan yang dilaksanakan.
Bagaimana pula dengan syarikat swasta? Apakah pendapat mereka mengenai kehadiran anggota tentera mengawal kawasan perniagaan mereka?
Menurut Mejar Wong, pada awalnya ada yang rasa kurang selesa.
“Namun mereka sedar ancaman yang dihadapi dan pentingnya keselamatan. Mereka sedar, SAF bersama agensi keselamatan dalam negeri lain, mengambil berat akan keselamatan mereka. Saya diberitahu mereka rasa lebih aman apabila melihat pasukan kami menjalankan rondaan serta tertarik dengan sikap profesionalisme anggota-anggota kami,” jelas beliau.
Mejar Wong juga gembira melihat hubungan rapat yang dijalin antara 6 SIR dengan agensi lain seperti polis dan pasukan pengawal pantai yang sama-sama mengawal pusat-pusat penting.
“Melalui latihan bersama, perbincangan dan pertemuan, kami belajar selok belok cara operasi satu sama lain. Dengan cara ini kita dapat tingkatkan keberkesanan dalam menghadapi apa juga situasi,” tambah beliau.
Penggunaan teknologi juga tidak dilupakan. Contohnya, pasukan itu giat menguji alat-alat pengawasan seperti camera mudah alih.
Setelah pasukan itu diberi taraf operasi enam bulan lalu, apakah penilaian Mejar Wong?
Saya benar-benar bangga dengan pasukan ini. Mereka sedar peri penting tugas mereka, komited terhadapnya dan sering menimba ilmu untuk memperbaiki kelakonan masing-masing.
Dalam berinteraksi dengan orang ramai mereka menonjolkan imej positif SAF sekali gus menjalankan tugas dengan sopan tetapi tegas. Ini menunjukkan latihan yang diberikan mula membuahkan hasil.
Akhir kata penduduk Singapura dapat mengecapi kenikmatan keamanan memandangkan ada pasukan seperti 6 SIR yang menjalankan tugas mengawal negara.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 02:59 PM | Show all posts
Malaysia attacks on US FleetPosted on August 13, 2008

Recently i wrote (in my field as a journalist) about Tom Clancy book, “The Marine” that was published somewhere around mid 90′s. I bought the book from MPH bookstore a couple of years ago. Unfortunately, my editor somehow does not want to use the story due to some sensitivity issue.
Tom, in “The Marine” is trying to depict a scenario on how US Marine force will work, he choose the setting in Sept 2008 when the Sultan of Brunei was blown apart in his helicopter by a guided missile.
The plot actually was mastermind by Malaysia government in an attempt to install a puppet ruler in Brunei, which is also a part of Malaysian government plan to control the oil field in Brunei (about the same scenario when the Iraqis invaded Kuwait in 1990s).
The United States immediately send its fleet of ships including an aircraft carrier to South China Sea.
Kuala Lumpur, meanwhile, scramble its fighter aircraft, the Migs and Hornet to warn the Americans but this action, was seen as an act of war by the US fleet commander. In retaliation, the US launched their Harrier and shot down the intruder aircraft.
One of the Hornet, pilot by a fictional character, Edward Tawau manage to close in and fire the aircraft cannon resulting a number of casualties among the crew in the US carrier.
In following days, a fleet of Malaysian ships including the frigate Lekiu and a transport ship, KD Seri Inderapura was on sail to Borneo without knowing a US submarine is stalking them.
The submarine later fire torpedoes and hit the KD Seri Inderapura, in his remark, Tom wrote, : “Lekiu (kapal friget Malaysia) stood by to recover survivors. By all accounts, they did a first rate, professional job of seamanship, worthy of the traditions they had inherited from Britain’s Royal Navy and their own pirate ancestors “.
The conflict ends, when US Marine succeed in destroying Malaysian army that was station to protect the oil feilds in Brunei.
My personnel opinion : Why Tom try to associated Malaysia as an American potential adversary? In the same book, Tom include two scenario on how the Marines will involve in tension. First, he create a scenario on how the Marines punished the Iranians (an attack on Iran nuclear plant) and second, the Malaysian invasion of Brunei.
Remember, he wrote the book in the 90s, the Iranian scenario is nearly a reality today where the US government is considering an attack as a retaliation on Teheran nuclear program.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2013 03:19 PM | Show all posts
INDONESIA TERTEMBAK PESAWAT SENDIRIPosted on May 10, 2012
NOTA PENULIS : HARAP BACA DENGAN RASIONAL. INI ADALAH RENTETAN SEJARAH. HARAP JANGAN BERGADUH DENGAN FORUMER INDONESIA. SAYA SEDANG MERANCANG UNTUK MEMPERKENALKAN SISTEM EMEL, DI MANA HANYA MEREKA YANG BERDAFTAR SAHAJA BOLEH BAGI KOMEN. MANA-MANA KOMEN YANG MEMAKI HAMUN, EDEN TERUS BLACK LIST.
Charlie Indonesia (sekadar gambar hiasan)

1. Tentu ramai yang tidak tahu kisah ini, ia berlangsung sewaktu negara kita berada di dalam konfrantasi dengan Indonesia yang ketika itu melancarkan “Ganyang Malaysia” atas dosa yang sehingga hari ini kami tidak tahu.
2. Alasan mahu membebaskan Malaysia dari Inggeris tetapi yang diserang dan disembelih hidup-hidup termasuk ketika sedang beribadat ialah anak-anak bangsa Melayu dan dua insiden telah terjadi, satu melalui Peristiwa Kalabakan dan dua, pembunuh beramai-ramai Rejimen Infantari 1 Singapura (SIR 1) yang terjadi di Kota Tinggi, Johor.
3. Pada 16 September 1965, negara kita iaitu Malaysia dirasmikan dengan kehadiran Singapura, Sarawak dan Sabah dan pada tarikh yang sama, pasukan komando Indonesia ketika itu sedang bersiap untuk mencerobohi ruang udara Sarawak/Sabah melalui sempadan Long Pasia/Long Bawan.
4. Sebuah pesawat Hercules C130B dengan nombor lambung T-1306 sedang disiapkan dan terbang dari lapangan terbang Pontianak, kapal terbang ini dengan seramai 36 komando para akan menceroboh Sabah pada hari itu.
5. Pesawat tidak ditandai dengan jelas, ia merupakan satu operasi sulit atau clandestine, tidak ada iringan dari jet pejuang MIG-17 milik ABRI-AU pada hari itu, petugas-petugas meriam anti pesawat yang berkedudukan di kawasan lembah Long Bawang (di bawah kawalan kompeni meriam anti pesawat ABRI) juga tidak dimaklumkan.
6. Apa yang tidak diketahui oleh pihak perisikan Indonesia, pasukan Malaysia sudah melengkapkan kawasan sempadan dengan “firebase-firebase” yang kecil, sesetengah dilengkapi dengan pasukan Askar Melayu Di Raja dan setengahnya dikemudikan oleh tentera British yang pada masa itu terlibat dalam Operasi Claret.
7. Pencerobohan dari pesawat Hercules dimulakan pada waktu malam, pihak ABRI tidak menyangka bahawa tentera Malaysia dengan dibantu oleh askar-askar komanwel sudah bersiap sedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan.
8. Team patrol SAS yang meronda di sempadan melaporkan kepada kem di belakang bahawa mereka terdengar deruman enjin pesawat yang terbang rendah bagi mengelak dari dikesan oleh pihak keselamatan Inggeris dan Malaysia.
9. Sebaik sahaja pesawat menghampiri garison Malaysia/SAS di sempadan Sarawak, Hercules dua enjin milik ABRI itu ditembak bertalu-talu dengan sistem mesingan dan meriam anti pesawat.
10.Kapten pesawat ketika itu amat yakin, jika mereka sudah dikesan maknanya British sudah pasti telah menghubungi Kucing dengan radio untuk meminta bantuan jet-jet pemintas dari jenis Javelin.
11.Tembakan dari pasukan Malaysia/SAS sudah cukup gempar untuk menyebabkan juruterbang Hercules ABRI berpatah balik walaupun sebenarnya tidak ada yang mengenakan tubuh pesawat.
12.Bagaimanapun petugas ABRI yang mengawal landasan Long Bawang tidak mengetahui wujudnya operasi sulit pada malam itu.
13.Dari jauh anggota ABRI yang mengawal meriam anti pesawat (AA) sudah mengesan kedatangan Hercules.
14.Oleh kerana tidak dimaklumkan, pasukan AA ABRI menembak bertalu-talu ke arah pesawat malang itu yang mereka sangka milik tentera Komanwel kerana datang dari arah sempadan Malaysia.
15.Pesawat robek dan terbakar apabila ditembusi peluru, juruterbang berusaha mengekalkan haluan pesawat kerana sudah terlalu hampir ke bumi, jika beliau panik dan mendongakkan pesawat untuk mencapai altitude yang lebih tinggi, lebih murah peluru-peluan meriam AA menghancurkan kesemua anggota komando ABRI yang berada dalam perut pesawat itu.
16.Kapten pesawat Hercules akhirnya berjaya membuat pendaratan kecemasan, pesawat meletup selepas terbakar tetapi kesemua anggota dan anak kapal berjaya keluar untuk menyelamatkan diri.
17.Komander AA ABRI yang mengetuai kompeninya pada malam itu berasa tidak percaya dengan apa yang sudah dilihat, beliau sudah melakukan pengkhianatan tanpa disedari.
18.Akibat ketakutan selepas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya, komander AA ABRI di garison Long Bawan menyeberang ke sempadan untuk menyerah diri ke Malaysia.
19.Setahun sebelum kejadian yang memalukan di Long Bawan, Indonesia telah kehilangan pesawat Hercules C130B dengan nombor lambung T-1307.
20.Kisahnya bermula pada 1 Sept 1964, apabila ABRI cuba menyeludup komando mereka dengan terbang dalam kegelapan di atas Selat Melaka dalam penerbangan untuk satu operasi rahsia di Labis, Johor.
21.Sebuah pesawat jet pejuang Inggeris dari jenis Javalin kemudian dihantar dari pengkalan udara British di Singapura untuk memintas pesawat Hercules tersebut.
22.Sebaik sahaja melihat pesawat Hercules itu terbang memasuki ruang udara tanahair, melurulah jet pejuang Javelin itu memintas dan mempermainkan pesawat malang yang berisi 48 askar payung terjun Indonesia dan seperti biasa jet-jet pejuang ABRI tidak diguna untuk mengiringi penerbangan pencerobohan ini.
23.Juruterbang Javelin tahu Hercules tersebut berada dalam ehsannya, mana mungkin ia mempertahankan diri dari tujahan meriam jet pejuang yang tercanggih di Asia Tenggara ketika itu.
24.Juruterbang berbangsa Indonesia semakin panik apabila melihat keadaan demikian dan cuba terbang rendah, beliau berharap kelajuan rendah pesawat empat enjin itu membantunya untuk melakukan manuver-manuver pada aras yang lebih rendah.
25.Penerbangan rendah seperti itu sudah pasti membantu pesawat seperti Hercules kerana pada masa itu jet pejuang belum ada teknologi radar Look Up Look Down Capability dan sebuah jet pemintas seperti Javelin sudah pasti berada di dalam keadaan yang merbahaya jika terbang di bawah paras selamat yang dibenarkan.
26.Percaturan juruterbang Hercules ketika itu bagaimanapun tersilap, cuaca agak buruk, bulan tidak membantu dengan sinarnya, permukaan laut yang bergelora.
27.Oleh kerana panik dan disamping berhadapan dengan apa yang dipanggil Spartial Disorientation, pesawat akhirnya menjunam ke permukaan laut tanpa sebutir peluru pun dilepaskan oleh jet pejuang yang mengejar tadi.
28.Habis kesemua nyawa kru dan perwira ABRI di dalamnya remuk dengan berkecainya pesawat pengangkut yang tercanggih pada zamannya ketika itu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 03:26 PM | Show all posts
MISI SULIT GGK DI BOSNIA
Posted on April 21, 2009

Gambar 1 merupakan warga GGK

Gambar 2 memperlihatkan dua anggota PASKAU dengan alat LTD

Semua gambar merupakan sumbangan jurufoto pertahanan tempatan

1. Sebenarnya saya menerima banyak permintaan untuk membuat cerita tentang kehebatan pasukan khas Malaysia (komando) dan di antaranya ialah Paskal. Masalahnya maklumat tentang operasi-operasi pasukan ini seperti PASKAL, PASKAU dan GGK biasanya amatnya sulit.

2. Yang ada pada saya sangat sedikit. Marilah kita tinjau kisah yang saya garap ini untuk menjadi satu analisis berdasarkan ilmu dan maklumat yang sangat minima yang saya ada.

3. Saya sebenarnya sangat patriotik pada negara ini walaupun dilahirkan di sebuah negara lain (bukan Indon atau Bangladesh yaaa).

4. Tujuan saya membuat blog ini juga adalah untuk memupuk semangat patriotik kepada negara ini tanpa mengira sebarang latar belakang dan pegangan parti politik.

5. Memang rata-rata saya banyak mengaitkan dengan Melayu dan Islam tetapi sumbangan dari bangsa lain sebenarnya banyak juga terutama dari kaum-kaum bumi dari Sabah dan Sarawak.

6. Seperti yang kita tahu, kebanyakkan anggota pasukan khas kita ramai yang terdiri dari anak-anak muda Sabah dan Sarawak malah dalam satu operasi Pertubuhan Bangsa-bangsa (PBB), reputasi tentera Malaysia yang mengamalkan “ngayau” (potong kepala) menjadi satu mitos yang digeruni musuh.

7. Bercakap tentang negara, saya melihat bangsa Malaysia sekarang ini amat tertonjol di pentas dunia dan negara ini sangat dikasihi ramai.

8. Inilah pengalaman yang saya kutip semasa pergi ke kawasan bencana dan perang di Myanmar, Filiphina, Pakistan, Afghanistan dan Iran.

9. Sebut sahaja Malaysia, serta merta orang yang menerima saya berubah wajah, berkaca-kaca sinar matanya serta senyuman panjang terukir dan bibir tidak lekang menyebut nama Mahathir dan Putrajaya.

10.Raifel AK-47 yang diacukan kepada saya mula bertukar tangan, siap boleh timang-timang dan posing gambar lagiii..semua pasal saya orang Malaysia (Gambar tak scan…lain kalilah apabila saya bukak cerita, bagaimana saya menceroboh masuk ke sempadan Afghanistan masa Amerika Syarikat bom Taliban selepas serangan 11 Sept).

11.Rupa-rupanya terlalu banyak sumbangan besar yang dibuat oleh negara kita ini kepada masyarakat Islam antarabangsa yang kita sendiri pun tidak tahu.

12.Ada sebab mengapa kita tidak tahu, ada beberapa perkara yang terlalu sulit untuk dihebahkan kerana ini bakal mendatangkan masalah kepada negara dan rakyat.

13.Lagi pun siapa nak percaya kalau saya katakan Tun Dr Mahathir Mohamad ada terlibat dalam mesyuarat sulit atas kapal Sultan Brunei di perairan antarabangsa untuk membekalkan senjata dan dana bagi pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. ANDA PERCAYA KEE??????

14.Tak akanlah Presiden sebuah parti sekular (orang katalah, bukan saya kata) buat kerja-kerja “amal” demikian.

BOSNIA-PERANAN KOMANDO MALAYSIA

15.Inilah negara yang agama rasminya Islam seperti yang tercatat dalam Perlembagaan dan pemimpinnya menyahut rintihan derita dan penindasan masyarakat Islam lain seperti di sebuah bekas republik bernama Bosnia Herzegovina.

16.Dari 40 negara Islam, hanya 12 yang mengangkat Islam sebagai agama rasminya, hatta Arab Saudi sendiri tidak mengangkat agama rasmi itu ke tempat tertinggi.

17.Dan dari jumlah itu, hanya lima negara Islam yang menghantar tenteranya di bawah operasi Joint Endeavour yang dipimpin oleh North Atlantic Treaty Organization (NATO).

18.Dari 31 buah negara yang menyertai operasi itu, hanya satu yang menghantar pasukan khas atau komando mereka untuk menyertai misi yang paling berbahaya dalam sejarah kemanusiaan iaitu Malaysia.

19.Malang pertama berlaku sebaik sahaja Angkatan Tentera Malaysia berada di bumi Bosnia pada 1993, seorang askarnya terbunuh akibat terpijak periuk api dan ramai lagi yang akan menyusul kemudian.

20.Saya ada mendengar cerita mengenai pasukan komando kita membantu jet-jet pengebom NATO untuk menyerang sasaran tentera Serbia yang banyak menyembelih umat Islam Bosnia ketika itu.

21.Cerita ini saya dengar ketika menyambut kepulangan Malcon dari Bosnia di Subang lama dahulu, entah betul entah tidak saya sendiri pun tidak tahu tapi bacalah analisis saya.

22.Ketika tentera kita dihantar untuk melindungi masyarakat Islam di Bosnia, negara pada masa itu baru sahaja membeli 18 Mig-29 Fulcrum dan 8 pesawat F/A 18D Hornet.

23.Hornet yang kita beli pada masa itu tidak dilengkapkan dengan pakej senjata (beli pesawat sahaja, pakej senjata beli kemudian).

24.Umum mengetahui pesawat Hornet ini dilengkapi dengan sistem penerimaan laser dan berkemampuan untuk melancarkan bom-bom panduan laser ke arah sasaran, bom-bom jenis ini termasuk dalam kategori “Precision Guided Munition” yang menjanjikan ketepatan sasaran hampir 90 peratus berbanding dengan bom jatuhan bebas “free fall bomb”.

25.Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sebelum ini tidak pernah mengoperasikan bom-bom panduan laser kerana pesawat sedia ada seperti F-5E, A4 Skyhawk dan MB-339 tidak ada alat penerimaan pantulan laser dan sudah tentu pesawat-pesawat yang dibina dengan teknologi 50an serta 60an ini tidak dapat mengadaptasi teknologi persenjataan terkini.

26.Ini merupakan teknologi yang sanggat canggih. Persoalannya sejauh mana kecanggihan bom ini dan bentuk pemakaiannya dalam peperangan, inilah yang mahu diuji perancang TUDM dalam mencorakkan keupayaan tentera udara kita pada masa akan datang.

27.Cuma ada satu tempat di dalam dunia, di mana perancang pertahanan negara boleh menguji senjata tersebut dan satu-satunya kawasan sesuai ialah di medan konflik Bosnia-Serbia.

28.Yelah, sistem panduan laser ini amat sensitif (ia harus diuji kerana bukan semua negara mahu berkongsi maklumat dengan Malaysia)…ia boleh diganggu dengan pancaran infra red, kelembapan udara malah bom jenis ini dilaporkan tidak sesuai dipakai untuk sasaran di padang pasir kerana kristal pasir boleh menyerakkan pancaran laser itu.

29.Ini terbukti apabila taktiksyen tentera udara Israel memutuskan untuk menggunakan bom “free fall” bagi memusnahkan reaktor Iraq satu ketika dahulu dan tidak menggunakan bom panduan laser.

28.Sesuai pula dengan senario pada masa itu, NATO memang ada rancangan untuk menyerang Serbia tetapi siapa pula yang nak bantu mereka?

29.Bagus, nasib baik kontingen Malaysia ada bawa sekali pasukan khas mereka iaitu dari Gerup Geruk Khas (GGK).

30.Ini juga merupakan peluang yang baik untuk Malaysia menguji senjata berkenaan.

31.Maka padam malam hari, sepasukan empat anggota GGK berpakaian serba hitam bergerak pantas dengan membawa alat terpenting untuk misi itu iaitu gajet “Laser Target Designator” (LTD).

32.Alat canggih ini diguna untuk menanda sasaran dengan pancaran laser yang ditembak beberapa kali dalam beberapa saat, ia bertugas membantu bom panduan laser mengelungsur mengenai sasaran.

33.Sasaran biasanya merupakan aset yang tidak bergerak seperti pos pemerintah, radar, bunker kerana cahaya ini tidak boleh “LOCKED” pada sasaran yang sedang bergerak seperti kereta kebal.

34.Sebaik sahaja sasaran ditanda, kontek pun dibuat dengan pesawat NATO (F-18 Hornet dari kapal pengangkut Amerika Syarikat) dan pesawat itu terbang pada altitud 20,000 kaki (jarak optimum) untuk melancarkan bom panduan laser.

35.Kejayaan misi komando ini telah memungkinkan negara kita mencipta sejarah…tidak lama kemudian bom-bom panduan laser seperti PAVEWAY II mula dipakai oleh TUDM dan beberapa alat LTD yang lebih baik mula terlihat dalam inventori pasukan khas lain khususnya Pasukan Khas Udara atau PASKAU.

36.Hairan ya…mengapa Malaysia menghantar komando ke Bosnia.Mungkin banyak lagi operasi khas dilaksanakan oleh pasukan ini untuk membantu askar Muslim Bosnia yang serba kekurangan berbanding gerila Serbia yang jauh lebih canggih…malah lebih canggih dari kontingen Malaysia sendiri.

PENULIS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS TULISAN INI KERANA TIDAK DAPAT MENYATAKAN BUKTI. KISAH
INI PENULIS TAHU LAMA DAHULU SEMASA MENYAMBUT KEPULANGAN ASKAR MALAYSIA PULANG DARI BOSNIA. IA

BAGAIMANAPUN MEMPUNYAI KAITAN DENGAN PEMBELIAN HORNET DAN BOM PANDUAN LASER PERTAMA NEGARA.
TAK PAYAHLAH CARI KAT INTERNET PASAL KISAH INI TIDAK ADA ORANG TAHU PUNNNNN..SAYA CARI PUN TAK JUMPA. Last edited by uniq61 on 5-12-2013 03:28 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 03:37 PM | Show all posts
TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANGPosted on July 7, 2009
TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG
1. Tersiarnya maklumat ini mungkin mengundang konflik.
2. Maklumat yang anda bakal baca seterusnya akan mengesahkan kepercayaan anda.
3. Sekitar beberapa tahun lepas, saya menikmati makan tengahari bersama dengan seorang pegawai paling kanan berpangkat jeneral dalam angkatan tentera (Nama tidak dapat disiarkan kerana saya bimbang maklumat ini boleh disalahgunakan, ketiadaan nama membolehkan sebarang konflik dinyahkan atas alasan ketiadaan kredibiliti).
4. Kesempatan ini saya ambil untuk bertanya satu soalan cepumas yang bermain dalam benak minda saya sejak sekian lama, soalannya cukup mudah, iaitu : BILA PALING HAMPIR NEGARA TERLIBAT DALAM PEPERANGAN?
5. Beliau terdiam, dan kemudian bertanya kepada beberapa orang awam lain yang duduk semeja
dengan satu soalan yang mudah iaitu Anda Kampung Mana?…ada yang cakap dari Johor, Melaka, Kelantan dan tiba lah giliran saya, saya jawab :”Saya berasal dari……tetapi taat setia saya adalah Malaysia”.
6. Beliau yang yakin dengan jawapan saya kemudian meneruskan percakapan tetapi seorang pegawai kanan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ketika itu yang duduk semeja dengan kami macam saspen sahaja kerana maklumat ini cukup sensitif.
7. Sebenarnya negara kita hampir diancam bahaya peperangan pada tahun 1988, jawab beliau mudah.
8. Beliau meneruskan percakapan, kita hampir berperang dengan Singapura kerana isu air.
9. Ya, pembaca sekelian sila semak akhbar lama mengenai krisis perjanjian air Malaysia dengan
Singapura pada tahun 1988.
10.Saya bertanya kembali, bagaimana pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahu keadaan begitu kritikal sampai hampir kepada bahaya peperangan?.
11.Katanya, pihak ATM berjaya memintas sistem komunikasi Singapura melalui mesej-mesej yang dihantar kepada rakyatnya di Malaysia.
12.Mesej itu meminta semua rakyat Singapura pulang dan terdapat keadaan luar biasa di kawasan sempadan pintu masuk Johor Bahru-Singapura ketika itu.
13.Saya bertanya kembali, jika perang, adakah ATM mampu menang memandangkan Singapura sangat kuat dari segi material tenteranya?
14.Beliau jawab, TIDAK…KITA TIDAK MAMPU MEMENANGI PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA SEMASA ITU, KITA PASTI HABIS.
15.Jawapan beliau sangat menghampakan saya tetapi kemudian jeneral itu menambah lagi, TETAPI SEKARANG JIKA KEKUATAN ATM TINGGAL 50 PERATUS, KITA MAMPU BANGKIT DAN MENGHANCURKAN MEREKA.
16.Kepada pembaca sekelian, pada tahun 80 dan 90an, negara kita tidak mempunyai senjata ofensif malah pasukan tentera kita yang telah menang perang dengan komunis baru sahaja memasuki arena peperangan konvensional sedangkan Singapura yang sudah menikmati keamanan dan kekuatan ekonomi sejak sekian lama sudah pasti berjaya membangunkan kekuatan tentera mereka bertahun-tahun lamanya.
17.Saya amat sering ditanya jika ATM berpontensi menang dalam peperangan dengan Singapura
malahan saya juga suka membuat tinjauan sendiri mengenai persepsi rakyat Malaysia mengenai
peperangan dengan Singapura.
18.Nampaknya ramai di antara rakyat kita yang tidak yakin ATM akan menang, kalau ada yang yakin pun balik-balik menggunakan hujah yang bangang dan tidak relevan langsung dengan strategi peperangan hari ini.
19.Apa itu hujah bangang??? hujah yang sering digunakan adalah kita lebih ramai bilangannya.
ANALISIS PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA, VERSI BARU BUKAN TEORI MERSING LINE
20.Seorang saudara saya yang merupakan anggota tentera Singapura sendiri tidak yakin Singapura akan menang perang panjang dengan Malaysia, peperangan Malaysia dengan Singapura akan jadi satu peperangan yang sangat-sangat singkat, kata saudara saya itu.
21.Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew sendiri pernah mengaku bahawa Singapura boleh bertahan selama 2 bulan sahaja jika berperang dengan Malaysia.
22.Mungkin Lee mahu menipu minda orang Malaysia kerana sejarah moden telah pun membuktikan bahawa negara-negara kecil seperti Israel akan memastikan peperangan dengan seteru mereka berlaku dengan tempoh masa amat singkat seperti Peperangan 6 hari yang berlaku di antara Israel dengan negara-negara Arab pada 196oan dahulu.
23.Sekarang anda pasti ke bahawa Malaysia tidak ancaman, saya sendiri sentiasa melihat Singapura sebagai ancaman yang besar malah percayalah negara itu berpotensi untuk melakukan tindak agresif terhadap kita.
24.Anda kata saya mengarut???…Baiklah, saya sebenarnya dilahirkan di Singapura dan saya
sangat-sangat memahami mentaliti orang Singapura tetapi berita baiknya, saya di pihak anda, saya sejak dari kecil tinggal, bersekolah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan kini warganegara
Malaysia.
25.Singapura akan berperang hanya satu sebab sahaja iaitu AIR.
26.Hari ini saya masukkan tiga sebab iaitu AIR, TANAH dan sekuriti Singapura sebagai sebuah
negara pulau pelabuhan yang hebat.
27.Mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad seorang yang cukup genius dan melihat ancaman Singapura sebagai sesuatu yang sangat serius, malahan beliau melihat lebih jauh iaitu Singapura sebagai proksi Zionisme di rantau ini.
28.Kita tahu pada zaman beliau Malaysia mahu memusnahkan Tambak Johor tetapi projek ini terbatal dan ketika itu banyaklah suara-suara sumbang yang menyebutnya projek jambatan itu ada kaitan dengan kronisme atau kaitan dengan pengikut2 Mahathir.
29.Yang mereka tidak tahu adalah, pembinaan jambatan di Johor Bahru itu sebenarnya merupakan kehendak Sultan Johor dan Mahathir diminta membuatnya.
30.Pasal itu apabila Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan jambatan ketika di sebelah Changi, Sultan Johor tidak bersetuju.
31.Sultan Johor hanya mahu Tambak Johor di buang dan digantikan dengan sebuah jambatan.
32.Anda hendak tahu mengapa??? Sultan Johor bukan sebarang sultan, beliau tahu bahawa pelabuhan terbaik di selatan sebenarnya adalah pelabuhan Johor dan bukan pelabuhan Keppel di Singapura.
33.Cuba anda lihat geografi, pernahkan anda terfikir mengapa Johor tidak menjadi sebuah
pelabuhan dan mungkin ada yang mempertikaikan pendapat ini, kononnya Selat Tebrau sempit.
34.Saya ingin bertanya, jika Selat Tebrau sempit untuk laluan kapal, pernahkah anda melihat
bertapa sempitnya Terusan Suez dan Terusan Panama?.
35.Tulisan pada baris ini terpaksa dipotong (delete).
36.Saya masih ingat beberapa tahun dahulu ada cadangan untuk memotong genting Segenting Kra di Thailand untuk menjadikannya sebuah terusan.
37.Kosnya sangat mahal tetapi yang penting Singapura sudah beberapa kali mensabotaj projek
tersebut sehingga gagal dan hari ini dengan kekacauan di Thailand, harapan untuk melihat sebuah terusan di Segenting Kra tidak akan ada kesampaian.
38.Hari ini, Singapura dibangunkan dengan kekuatan tentera yang tidak ada tolok bandingnya
dengan mana-mana kuasa di rantau ini.
39.Tun Mahathir percaya, jika tambak Johor itu dicabut, ekonomi Singapura sedikit sebanyak dapat dilemahkan, perairan Selat Tebrau sebenarnya sangat dalam dan kapal-kapal besar mampu belayar di selat itu.
MERSING LINE DIGANTI DENGAN SERANGAN DARI KUANTAN
40.Kemudian datanglah pula Tim Huxley, yang menulis buku Defending Singapore dan sejak dari itu terkeluar pula strategi Mersing Line di mana tentera republik itu mampu melumpuhkan kekuatan ATM dalam masa dua hari sahaja dan akan memasuki Johor sebelum bertahan di satu garisan maya yang dipanggil sebagai Mersing Line.
41.Garisan itu dijadikan kerana tentera Singapura tidak mampu bergerak lebih jauh disebabkan
masalah kekurangan anggota serta bekalan logistik yang agak panjang.
42.Itu yang mereka mahu anda fikir, tidakkah bodoh teori itu apabila Singapura mengenepikan
ancaman TUDM dari Kuantan dan Gong Kedak.
43.Baru-baru ini, seorang sahabat saya, Nasir (kini jurukamera Channel 9 di Seremban) yang hari ini bersara sebagai kapten dari Rejimen Gerak Khas mengenepikan teori Garisan Mersing ini.
44.Katanya, pre emptive strike dengan tentera Singapura mara dari Johor Bahru sehingga ke
sempadan Johor sudah diketahui ramai.
45.Ini yang mereka mahu kita fikir, sama seperti perancang tentera British yang menyangka Jepun akan menyerang dari Selatan Singapura dari laut sebaliknya Jepun telah menyerang dari Kelantan, akibatnya meriam-meriam besar yang diletakkan di kompleks pertahanan Fort Siloso tidak mampu dipakai kerana muncungnya menghala ke laut di sebelah selatan.
46.Sejak dari 80an lagi, ATM sebenarnya telah memikirkan kemungkinan Singapura akan melancarkan serangan dari kawasan Pantai Timur dengan keberangkalian mendarat di kawasan Pahang untuk melumpuhkan Kuantan dahulu.
47.Anda fikir Singapura tidak mampu buat??? Kekurangan anggota?, bagaimana kalau saya katakan hampir 70 peratus rakyat Singapura mampu menembak dengan baik kerana setiap dari mereka pernah menjalani latihan khidmat negara.
48.Singapura tidak mempunyai masalah untuk mengumpulkan tentera dan mampu mengerakkan sekurang-kurangnya 500,000 askar termasuk kerahan tenaga jika keadaan memerlukan, malah 1.2 juta rakyat mereka yang berusia di antara 16 sehingga 18 tahun boleh dilatih untuk tujuan ketenteraan.
49.Dalam tempoh 24 jam, jumlah ini boleh digerakkan melalui kod-kod rahsia yang terpancar pada skrin televisyen mereka atau mesej-mesej pada alat kelui mereka.
50.Logiknya serangan dari kawasan pantai timur ini boleh dilihat melalui perolehan terbaru
mereka dari pembinaan kapal-kapal pengangkut jenis LPD kelas Endurance. Untuk apa sebuah negara kecil seperti Singapura memiliki kapal-kapal pengangkut ini.
51.Mana mungkin kapal-kapal pengangkut ini dibina semata-mata untuk membawa askar menyeberangi Selat Tebrau kerana tugas ini masih boleh dipikul oleh kapal-kapal pengangkut kecil dan dari artikel saya yang lepas, kawasan Johor Selatan sendiri tidak sesuai untuk pendaratan dengan keadaan tanah yang agak lembut serta pantai yang penuh dengan pokok bakau.
KAPASITI KAPAL PENGANGKUT LPD KELAS ENDURANCE
51.Singapura mempunyai empat kapal LPD iaitu RSS Endurance, RSS Resolution, RSS Persistence dan RSS Endeavour.
52.Setiap satu kapal dilengkapi dengan misil pertahanan udara Mistral dan mampu membawa
sekurang-kurang 350 tentera (kapasiti waktu aman) serta 18 buah kereta kebal dan 20 kenderaan.
53.Saya percaya semasa peperangan, kapal-kapal ini mampu membawa sekurang-kurangnya dua batalion tentera dan cukup untuk menawan pengkalan udara TUDM di Kuantan.
54.Armada laut Singapura masih mampu untuk bertindak sendirian tanpa perlindungan
pesawat-pesawat F-16 mereka kerana dilengkapi dengan pelbagai sensor serta peralatan senjata
yang baik.
55.Selain dari itu, perlindungan armada ini diberikan oleh friget-friget halimunan dari Kelas
Delta yang mengambil teknologi muktahir friget La Fayette, Peranchis.
56.Kapal-kapal Delta ini juga amat unik, ia direka untuk menangani ancaman udara dengan
maksimum, saya rasa semasa perancang tentera Singapura memilih friget ini, mereka meletakkan ancaman dari kapal-kapal TLDM pada tempat kedua.
57.Kedudukan pengkalan laut Singapura di sebelah pantai Changi membolehkan jangkauan mereka dibuat sehingga ke Kuantan dan bukan di sebelah Selat Melaka yang lebih sempit oleh perairan Indonesia dan Malaysia.
58.Tak percaya? Cuba lah lihat peta…perhatikan kedudukan Lumut, Changi dan Kuantan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 03:48 PM | Show all posts
PADANG GOLF BAIK UNTUK PENDARATAN HELIKOPTER SINGAPURAPosted on May 2, 2009

1. Sebenarnya sudah lama saya hendak dedahkan isu ini tetapi macam tak berminat pasal fakta agak lemah walaupun saya memperolehinya dari seorang pegawai tentera sehinggalah blog Belia Watan Waja mendedahkan isu summer camp Singapura di Terengganu.
Untuk melihat entry Summer Camp itu, bolehlah melawat entry ini di blog Belia Watan Waja pada pautan http://pb2w.blogspot.com/2009_03_01_archive.html

2. Bukan apa saya bimbang orang kata yang kita ni “Paranoid”, tetapi selepas di fikir semasak-masaknya, tidak salah kalau saya ulas isu ini.
3. Betul atau tidak saya serahkan kepada pembaca untuk menilainya. JADI PIKIRLAH SENDIRI.
4. 15-20 tahun lepas, mana ada banyak berpadang golf di Johor terutama yang berhampiran dengan Pulau Singapura. Kalau ada pun, padang golf terhampir ialah di Kem Majidee.
5. Itu pun jadi kontroversi apabila askar-askar kita dilaporkan menjadi budak KD boy kepada pegawai-pegawai tentera Malaysia dan Singapura yang bermain di padang itu (isu ini pernah keluar dalam Utusan Malaysia pada masa itu tetapi tidak ingat tarikhnya, yang nyata masa tu saya masih di bangku sekolah).
6. Seorang pegawai tentera darat berpangkat Mejar yang saya temui di Kem Gemas tidak lama dahulu telah memberikan analisis yang membuka mata saya.
7. Beliau berkata, dahulu, tidak ada tempat pendaratan helikopter (secara besar-besaran) atau kawasan lapang untuk operasi pendaratan tentera di sekitar Johor Bahru tetapi kini sudah banyak.
8. Pendaratan melalui pantai Johor amat tidak sesuai kerana paya gambut.
9. Di negeri Johor sahaja sekarang ini sudah ada 30 padang golf, bagaimanapun penulis tidak dapat mengesahkan padang mana yang mempunyai nilai strategik untuk operasi tentera tetapi banyak padang-padang golf di Johor, pembinaannya dibiayai oleh pelabur-pelabur dari Singapura.
10. Satu kawasan yang luas seperti padang golf boleh menampung pengoperasian ketenteraan, sama seperti kepentingan sebuah lapangan terbang.
11.Dalam kes Johor, lawan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai beberapa opsyen, sama ada menawan Johor melalui tambak, pendaratan bot-bot (mungkin sukar kerana kewujudan Hutan Paya kecuali serangan dari arah Changi, ini bermakna pendaratan melalui pantai timur Johor) atau pun menghantar pasukan khas melalui helikopter.
12.Umum pun tahu, Singapura ini banyak meniru Israel dan Amerika Syarikat dalam membentuk model angkatan tenteranya.
13.Helikopter tentera Singapura pun amat berkeupayaan tinggi apatah lagi dengan kemasukan helikopter pengangkut berat seperti Chinook yang menggunakan dua enjin.
14. Dalam masa beberapa jam sahaja, padang-padang golf ini boleh ditukar menjadi lokasi penempatan artilleri Singapura (kebanyakkan meriam Singapura termasuk yang terbaru 155mm) boleh dibawa oleh Chinook).
15.Singapura tidak akan menjadikan Woodland sebagai zon pertempuran tetapi idea untuk menjadikan Johor sebagai zon penampan bukan satu idea baru dalam pemikiran jeneral-jeneral pulau itu.
Senarai kelab golf di Johor, setakat yang saya dapat kesan adalah sebanyak lebih kurang 30 padang. Ada beberapa kelab di bawah yang dimajukan oleh syarikat Singapura tetapi saya telah memadamkan tanda-tanda yang saya buat sebelum itu.
Austin Hills Country Resort
Lot PTD 58061, Taman Mount Austin
PO Box 155, Pos Malaysia, Majidee
81100 Johor Bahru, Johor
Batu Pahat Golf Club
678 Jalan Dato’Mohd Shah
83000 Batu Pahat, Johor
Bukit Banarang Golf & Country Club
No. 1, Persiaran Gemilang
Bandar Banang Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor
Daiman 18 Johor Bahru
No.18 Jalan Pesona, Taman Johor Jaya
81100 Johor Bahru, Johor
Desaru Golf & Country Club
PO Box 26, Bandar Penawar
81900 Kota Tinggi, Johor
Guthrie Golf & Country Club
Ladang Ulu Remis, PO Box 103
81850 Layang-Layang, Johor
IOI Club Sagil
Sagil Estate, PO Box 504
84900 Tangkak, Johor
IOI Paya Lang Golf Club
Paya Lang Estate, Batu 6
85100 Segamat, Johor
Kluang Country Club
Jalan Mengkibol
86000 Kluang, Johor
Kota Tinggi Golf Resort
Viswanathan Plantations Sdn Bhd, P.O. Box 52
81907 Kota Tinggi, Johor
Ladang Bukit Lawang Country Club
Ladang Bukit Lawang 1, Jalan Kulai
Kota Tinggi, Johor
Nam Heng Country Club
K.B. 502
81909 Kota Tinggi, Johor
Octville Golf & Country Club
Octowers Resort Berhad, P.O. Box 60
Lot Ptd, Masai
90038 Johor Bahru, Johor
Orchard Golf & Country Resort
Km.19, Jalan Kota Tinggi / Kulai, KV 510
81900 Kota Tinggi, Johor
Palm Resort Golf & Country Club
Jalan Periaran Golf, Off Jalan Jumbo
81250 Senai, Johor
Palm Villa Golf & Country Resort
PTD 44500, Jalan Pindah Utama
Bandar Putra, PO Box 69
81000 Kulai, Johor
Permas Jaya Golf Club
6, Jalan Permas Selatan, Bandar Baru Permas Jaya
81570 Johor Bahru, Johor
Ponderosa Golf & Country Club
10-C Jalan Bumi Hijau 3, Taman Molek
81100 Johor Bahru, Johor
Poresia Country Club
Km. 36, Mukim Tanjung Kupang
81550 Gelang Patah, Johor Bahru
Pulai Springs Resort
20km, Jalan Pontian Lama
81110 Pulai, Johor
Royal Johor Country Club
3211 Jalan Larkin
80200 Johor Bharu, Johor
S.T. Rhodes Club
c/o Socfin Company Bhd, Johor Labis Estate, PO Box 101
85400 Cha’ah, Johor
Sebana Cove
LB 505 Kota Tinggi PO
81900 Kota Tinggi Johor
Segamat Country Club
Km.4, Jalan Genuang, PO Box C-22
85007 Segamat, Johor
Starhill Golf & Country Club
6.5 Km Jalan Maju Jaya, Kempas Lama, Skudai
81300 Johor Baru Johor
Tanjung Emas Golf Club JKR
No.202, Jalan Timbalan
84000 Muar, Johor
Tanjong Puteri Golf & Country Club
Ptd 101446, Mukim Plentong
81700 Pasir Gudang, Johor
The Kukup Golf Resort
Pekan Pemerok
82700 Pontian, Johor
The Legends Golf & Country Resort
Lot 1302, Kebun Sedenak, PO Box 11
81000 Kulai, Johor
Tioman Island Golf Club
Berjaya Imperial Beach Resort, Pulau Tioman
PO Box 4, 86897 Mersing, Johor


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:01 PM | Show all posts
SINGAPURA TERIMA PESAWAT M-34610:42 AM | Filed under: ASEAN, Singapura, VIDEO | Posted by: maldefender


RSAF M-346 - Singapura mula menerima pesawat latihan lanjutan terbaru - photo youtube



Venegono Superiore (Varese), Itali 7 Ogos 2012 - Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), menerima pesawat lantihan lanjutan terbaru M-346, majlis telah diadakan di kilang Alenia Aermacchi di Venegono Superiore, Itali.

Pada bulan September 2010, ST Aerospace, sebagai kontraktor utama, bekerjasama dengan Alenia Aermacchi (syarikat Finmeccanica) dan Boeing Company, telah diberikan kontrak untuk membekalkan sebanyak 12 buah pesawat M-346 pesawat dan sistem latihan untuk program (AJT), RSAF.

Majlis pelancaran telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari RSAF, wakil utama dari
ST Aerospace, Syarikat Boeing dan Alenia Aermacchi, serta wakil kakitangan yang terlibat dalam program ini. Penghantaran pertama M-346 dijadualkan pada akhir tahun 2012. - sumber rujukan - Alenia



Pembangunan pesawat Yak-UTS bermula pada tahun 1991 dan reka bentuk telah siap dibina pada September 1993. Pada tahun yang sama, Yakovlev telah mengadakan satu perjanjian dengan syarikat Itali Aermacchi untuk bekerjasama dalam pembangunan pesawat ini, yang kini menjadi Yak/AEM-130. Yak-130 versi yang akan ditawarkan untuk Rusia dan versi M-346 untuk pasaran Itali. TUDM  juga bakal menggantikan pesawat HAWK, namun bukan dalam masa terdekat, adakah TUDM bakal memilih M-346 ataupun Yak-130.


Yak 130 - adakah pesawat ini bakal menggantikan HAWK TUDM - photo Airliners

Penulis juga secara peribadi amat tertarik dengan pesawat Yak 130 dari segi kemampuannya untuk membawa pelbagai jenis senjata dan juga 'blocking air-intake panel door' yang pastinya amat penting dari segi keselamatan pesawat yang membolehkannya tersenyum ketika mendarat ataupun berlepas pada landasan yang tak berturap, ianya sebuah pesawat dwi-fungsi samada untuk latihan dan juga mencakupi aspek untuk menjalankan operasi  sebenar. Sekiranya sedikit pembaharuan dengan ditambah keupayaan sistem sensor dan radarnya pasti pesawat ini menjadi lebih efektif dari lain-lain pesawat yang sekelas dalam kategorinya.

Yak-130 juga dibina untuk mampu melaksanakan gerakan penerbangan khusus seperti  pesawat pertempuran moden masa kini, seperti Su-30, MiG-29, Mirage, F-15, F-16, Eurofighter, F-22 dan F-35. Sesuai dengan kategorinya sebagai pesawat latihan generasi terkini.

Yak-130 merupakan jet pelatih  yang canggih, sesuai untuk latihan juruterbang peralihan untuk menerbangkan pesawat pejuang canggih generasi keempat dan kelima.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:02 PM | Show all posts
ASTER 30 Bakal Memasuki Iventori Pertahanan Udara Singapura
11:45 PM | Filed under: ASEAN, Singapura | Posted by: maldefender
aster30 sam Singapura

eurosam - misil Aster 30 darat ke udara bakal saling melengkapi sistem sam spider yang baru di perolehi oleh Singapura

Siingapura bakal memperolehi sistem misil pertahanan darat ke udara jarak menengah iaitu Eurosam Aster 30 bagi menggantikan sistem Raytheon I-HAWK (MIM-23B). Menurut Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, dengan kehadiran sistem terbaru ini, ianya akan saling melengkapi sistem pertahanan yang telah diperolehi sebelum ini, dengan itu jaringan berlapis pertahanan udara Singapura akan berfungsi sepenuhnya. Jaringan ini berdasarkan pada sistem spider dan juga pesawat  Gulfstream-550 Airborne Early Warning yang dioperasikan ketika ini.

Singapura bakal menjadi pengguna ke 3 di dunia yang bakal menggunakan sistem ini setelah Peranchis dan Itali, Singapura juga telah lama menggunakan peluru berpandu aster 15, yang dilengkapi pada kapal perang  formidable tentera laut mereka.



Sistem Aster 30 dengan pelancar menegak, merupakan peluru berpandu yang mampu berfungsi dalam pelbagai cuaca, mampu untuk memusnahkan ancaman lain-lain peluru berpandu tahap supersonik mahupun subsonik. Ia juga mampu untuk memusnahkan pesawat udara, seperti helikopter, uav dan juga peluru berpandu balistik jarak pendek.

Versi Aster 30 Block 1 mampu melindungi dari ancaman peluru berpandu balistik sehingga mencecah jarak 600km, manakala Aster Block 1 New Technology (NT) boleh mencapai jarak 1000km.Versi block2 pula bakal mencapai jarak 3000km yang bakal dikeluarkan menjelang tahun 2020.

Memandangkan versi blok 1 telah mula dikeluarkan pastinya Singapura bakal memperolehi setidak tidaknya versi ini ke dalam iventori pertahanan udara negara mereka.


Kesimpulannya, kita bila lagi, negara kita masih belum berupaya untuk memperlengkapkan GBAD tahap menengah, dek kerana kekangan belanjawan pertahanan negara.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:03 PM | Show all posts
Scorpion TNI AD ditempatkan di Kalimantan5:00 PM | Filed under: ASEAN, Indonesia, MBT | Posted by: maldefender


Tank Scorpion TNI AD - lebih sesuai di Kalimantan berbanding Leopard yang berat

Tank Sorpion TNI AD akan ditempatkan di Kalimantan Barat dan Utara, menurut sumber yang dipetik dari antaranews, Pangdam VI/Mulawarman Mej Jen TNI Dicky Wainal Usman (Panglima Kodam) menjelaskan
penempatan tersebut di sepanjang perbatasan 1600km persegi persempadanan wilayah kalimantan utara dan barat dengan malaysia, dengan berkekuatan 2 kompeni, walaupun terdahulu dari itu TNI AD pernah mengatakan akan menempatkan mbt Leopard di sempadan ini, namun berita terkini scorpion bakal ditempatkan di daerah ini, dengan berat 8.07 tan kenderaan ini lebih taktikal dan mampu dibawa oleh pesawat Hercules ke kawasan pertempuran. Sepertimana yang telah dilakukan oleh TNI AD sewaktu menangani isu GAM  di Aceh suatu ketika dahulu

Sebagaimana rancangan awalnya Leopard dirancang untuk ditempatkan di Bulungan,Kalimantan Barat dan Utara dengan kekuatan 1 batalion(44buah mbt disetiap daerah). Penempatan tank Scorpion berjumlah 50 buah ini bakal dilaksanakan menjelang Jun 2013.

Berdasarkan pada keadaan bentuk muka bumi, tank scorpion yang lebih ringan mampu menguasai
keadaan semulajadi dikawasan tersebut, dan dapat bergerak pantas, manakala Leopard dengan berat 60tan ke atas pastinya akan mendatangkan masalah dari segi kebolehupayaan mobiliti, yang boleh menjejaskan pergerakannya walaupun mempunyai kekebalan armor yang ampuh.

Keadaan permukaan bumi yang lembab dan keadaan tanah merah pastinya bakal menjadi perangkap maut semulajadi yang boleh membahayakan mbt itu sendiri.

M1A1 mbt berat 60tan ke atas - Situasi sebegini sudah pastinya tidak ingin dialami oleh krew mbt dikawasan pertempuran

Kereta kebal Leopard secara umumnya akan ditempatkan di pulau Jawa, dimana infastruktur perbandaran yang lebih baik dan sesuai dengan beratnya, namun masih terdapat beberapa infastruktur jalanan yang masih boleh menghadkan pergerakan mbt tersebut, seperti jambatan yang mungkin tidak mencapai tahap tampungan berat bagi membolehkan mbt tersebut melaluinya.

Secara amnya tank Scorpion ini telah diperolehi pada tahun 90an, TNI AD dikatakan mempunyai 100 unit kombinasi pelbagai versi tank Sorpion dalam iventori mereka. Sepertimana Indonesia, ATM juga memiliki tank Scorpion dari jenis yang sama dengan persenjataan utamanya menggunakan meriam Cockerill 90mm buatan firma CMI Belgium.

Spesifikasi asas standard Tank Scorpion :
Kru 3 orang
Panjang 4.9 meter
Lebar 2.24 meter
Tinggi 2.1 meter
Berat 8.07 ton
Suspensi torsion-bar
kelajuan 80 kilometer/jam

Persenjataan :
Senjata utama Meriam 76 mm L23A1
Senjata Coaxial 7.62 mm L37A1
Amor 12.7

enjin diesel Cummins BTA 5.9 190 hp (142 kW)
keupayaan Jelajah 644 km

TNI AD juga akan menempatkan MLRS Astros II di Berau yang dapat merangkumi perlindungan pertahanan bagi daerah Kutai Barat dan juga Nunukan di Timur.

Pangdam - (Panglima Kodam)
Kodam -  (Komando Daerah Militer)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:04 PM | Show all posts
kereta kebal oplot Thailand dijangka tiba pada Mei 20136:52 PM | Filed under: ASEAN, Thailand | Posted by: maldefender


contoh kereta kebal jenis oplot - photo military-today

Penghantaran 5 buah kumpulan pertama mbt oplot buatan Ukraine dijangka tiba pada bukan Mei 2013, dengan baki 50 buah seterusnya akan tiba sepenuhnya akhir tahun 2015.

Penghantaran awal sebanyak 5 buah, bakal membolehkan tentera thailand menggunakannya untuk tujuan latihan, menurut Jen Prayuth beliau telahpun memeriksa kereta kebal tersebut ketika membuat lawatan ke Ukraine baru baru ini dan percaya pembelian oplot adalah yang terbaik dari segi harga jika dibandingkan dengan kereta kebal buatan barat yang jauh lebih mahal, beliau juga berpuashati dengan kemampuan persenjataan yang ada pada kereta kebal tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2013 04:05 PM | Show all posts
KRI KLEWANG LCS HALIMUNAN TNI-AL5:55 AM | Filed under: ASEAN, Indonesia | Posted by: maldefender


KRI KLEWANG 625 TNI AL - dikategorkan sebagai kelompok kapal penyerang laju/dilengkapi peluru berpandu - FAC(M) - photo North Sea Boats


KRI KLEWANG 625 TNI AL - Rekabentuk konsep 'stealth' Trimaran  kategori FAC(M) yang pertama di Asia Tenggara - photo North Sea Boats


KRI KLEWANG 625 TNI AL - konsep rekabentuknya begitu mengujakan, pastinya menjadi kebanggaan Indonesia dan suatu tahap pencapaian  yang memberangsangkan bagi industri perkapalan Indonesia.




KRI KLEWANG 625 TNI AL - pandangan dari bahagian belakang kapal, yang boleh meluncurkan 11 m high speed 50 knot RIB untuk 'special ops'.




KRI Klewang 625 berhasil diluncurkan dari galangan kapal PT. Lundin Industry Invest. Kementerian Pertahanan memesan 4 kapal trimaran dengan harga per unit Rp 114 miliar


Kapal sepanjang 63 meter, berkelajuan sehingga 35knot ini, adalah kapal trimaran yang dianggap sebagai kapal tentera laut yang paling maju yang pernah dibina di Asia Tenggara. Ia menggabungkan gelombang hull menindik radikal bentuk untuk belayar lebih baik dan kestabilan, dan telah dibina dari bahan-bahan serat karbon komposit penuh, menggunakan proses vakum infusi dan damar vinylester. Kaedah ini menjadikan struktur binaannya lebih kuat dan kukuh. Penggunaan bahan komposit ini juga dikatakan dapat meminimakan kos operasi, dan penyelenggaraan kapal tersebut.

Semuanya bermula pada tahun 2009, apabila PT Lundin menandatangani satu kontrak untuk membina sebuah  
kapal perang  trimaran "stealth" untuk  TNI-AL (Indonesia Navy). Ianya adalah hasil daripada Penyelidikan intensif dan program Pembangunan yang dijalankan oleh PT Lundin Industry Invest  dan TNI-AL yang dimulakan pada 2007. Pembinaan dimulakan pada awal tahun 2010, tetapi disebabkan oleh reka bentuk canggih dan kerahsian teknologi pembinaannya, info tentang perkembangan projek tersebut tidak lagi diumumkan, sehinggakan ramai yang mengatakan ianya tidak akan menjadi kenyataan, sehinggalalah pada 31 ogos 2012 ianya dilancarkan secara umum. Impian John Lundin akhirnya menjadi kenyataan.


PERSENJATAAN

kapal penyerang laju 'stealth trimaran' ini diperlengkapkan dengan peluru berpandu anti kapal jenis C705 buatan cina yang dikatakan mirip pada exocet, kapal ini mampu untuk membawa sehingga 8 buah misail C705, namun demikian ia juga boleh dikonfigurasikan untuk lain-lain jenis misail seperti Exocet,RBS15 atau Penguin.

Jika dilihat pada konsep rekabentuknya, kapal ini juga boleh diperlengkapkan dengan meriam 'pertahanan udara' CIWS atau meriam utama berkaliber 40-57mm, namun pada hari pelancarannya tidak terlihat persenjtaannya pada permukaan kapal, kerana dikatakan ianya tersembunyi di bahagian dalam kapal, ini bermakna sistem persenjataan boleh dikeluarkan atau disembunyikan. antara salah satu ciri konsep rekabentuk 'sealth', kapal ini bakal diuji perkembangannya oleh TNI AL dan bakal beroperasi sepenuhnya menjelang 2013. Ianya juga dkatakan mempunyai dek bagi pendaratan sebuah helikopter, namun aspek ini belum dapat dipastikan kesahihannya buat masa ini.




GENERAL SPECIFICATION
Length Over All        :  63.0   meter
Length of Waterline  :  61.0   meter
Beam Overall           : 16.0   meter
Water Draft              : 1.2    meter
Sprint Speed            : 30+  knots
Range                     : 2000+  nm
Fuel Capacity          : 50,000 litres
Main Engines          : 4 x MAN Marine Diesels

Sipnosis tentang PT Lundn

John Lundin membesar dengan bot, sejak bapanya Allan Lundin mengasaskan syarikat Swedeship yang dikendalikan antara lain Gotland limbungan dan Djupvik Shipyard di Sweden. Selepas krisis limbungan Sweden, dimana Swedeship merupakan syarikat bot terbesar milik persendirian di Sweden. John pertama kali datang ke Indonesia pada pertengahan 90-an untuk menyelidik peluang pengembangan syarikat. Malangnya, ayah John meninggal dunia akibat kanser pada tahun 1996 dan Swedeship telah dijual selepas beberapa tahun, namun impian untuk membuka sebuah syarikat limbungan kapal di Indonesia masih kekal.Selepas beberapa tahun pembuatan perabot kecil-kecilan, untuk menimba pengalaman budaya Indonesia, John bersama-sama dengan isterinya Lizza merasakan telah bersedia untuk melaksanakan impian tersebut dengan mengasaskan syarikat pembuatan bot North Sea Bot pada tahun 2003 sehingga sekarang, sebelum pelancaran kapal KRI KLEWANG ini, syarikat tersebut sudahpun terkenal dengan hasil produk rib bot x2k yang telah banyak mendapat permintaan dari luar negara, termasuk Malaysia dan Singapura.


x2k rigid inflatable boat - antara produk keluaran  North Sea Boats - photo North Sea Boats



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 04:06 PM | Show all posts
Latihan Pitch Black 2012 dan SU30MK2 TNI AU5:43 AM | Filed under: ASEAN, Indonesia | Posted by: maldefender

SU30MK2 TNI AU Indonesia - telah menyertai latihan Pitch Black 2012 di Australia, antara negara lain yang terlibat adalah Australia, Singapura, Thailand and Amerika Syarikat.

Agak mengejutkan juga apabila Indonesia menyertai latihan tersebut dengan membawa aset terkini mereka bersama, mungkin jika dilihat, ianya ada kaitan dengan kerjasama yang dipersetujui oleh Indonesia berkaitan keselamatan serantau, jadi inilah antara salah satu komitmennya. - MalaysiaDefender  



INDONESIA is sending its front-line Sukhoi jet fighters to take part in Australia's largest air combat exercise later this month, signalling a new era of enhanced defence co-operation.
The Indonesian air force has never given the Australian Defence Force access to the Russian-made aircraft, which were built to compete with the United States' fourth generation jet fighters.
But four of the Sukhoi SU-30s will be flown to the Northern Territory to take part in Exercise Pitch Black 2012, which will include mock combat battles with Australian FA-18s in Australian and Indonesian airspace.
US jet fighters will take part in the exercise, which will run from July 27 to August 17 and will be commanded from Darwin and Tindal air bases.

John Farrell, a military analyst, said the decision to send the Sukhoi fighters to Australia would bring defence co-operation between the ADF and Indonesian military to an unprecedented level.
''Indonesia has never before been prepared to send its primary air defence asset to a foreign nation,'' Mr Farrell, who publishes the Australian & NZ Defender Magazine, said.
''The fact they are sending them to Australia indicates that Canberra and Jakarta have looked up and seen much greater threats around them,'' he said, referring to China and India.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 05:03 PM | Show all posts
KEMELUT PEROLEHAN KERETA KEBAL LEOPARD INDONESIA10:30 PM | Filed under: ASEAN, Indonesia | Posted by: maldefender


LEOPARD 2A4 MBT - kereta kebal yang diperolehi Singapura, sebelum ianya dinaiktaraf - photo network54

Indonesia juga kini sedang berusaha untuk memodenisasikan  kelengkapan Angkatan bersenjatanya, dimana banyak kelengkapan lamanya perlu diganti dengan yang baru, bagi meningkatkan keupayaan pasukan kalvarinya yang sejak dari dahulu belum pernah diwujudkan ketumbukan pasukan kereta kebal kategori medium, dimana TNI AD diperkatakan sejak dari dahulu amat berminat dengan kereta kebal medium jenis Leopard, AMX13 juga telah terlalu lama era 50an dan dalam kategori 'RINGAN', namun kebanyakannya telah dinaiktaraf ba mempertngkatkan keupayaan mobilitinya.

Belanda yang mengumumkan untuk memperkecilkan unit kalvari mereka dimana sejumlah LEOPARD mbt akan ditamatkan perkhidmatannya,Indonesia cuba memperolehinya namun gagal memperolehinya berikutan desakan di parlimen Belanda yang membantah, kemelut yang tidak nampak jalan penyelesaiannya menyebabkan Indonesia beralih kepada Jerman, dan memutuskan untuk memperolehi sebanyak 100 buah mbt Leopard dari Jerman,
yang dijangka bakal diperolehi menjelang Oktober 2012 sebanyak 30buah bakal tiba di Indonesia.

Penolakan oleh parlimen Belanda itu juga, membawa kepada tawaran dari Ukraine yang menawarkan kereta kebal T64BM, yang dikatakan lebih  murah atau menyamai harga mbt leopard SECOND HAND YANG  DITAWARKAN. Anggaran yang disiapkan untuk membeli 100 Leopard diangarkan sebanyak US$280 Juta.


T84 OPLOT - Thailand bakal memperolehinya - photo armyrecognition

Namun terkini pembelian tersebut mendapat bantahan pula dari dalam  negara, iaitu oleh IMPARSIAL (Indonesian Human Rights Monitor) The Indonesian Human Rights Monitor (Imparsial) meminta agar
pembelian 100 main battle tank (MBT) Leopard dari Jerman dibatalkan dan anggarannya dialihkan untuk meningkatkan kesejahteraan prajurit.

Kritik keras Imparsial terhadap rencana pembelian Leopard berbuntut  panjang. Direktur Program Imparsial Al A'raf, yang selama ini menjadi dosen di Universitas Pertahanan, dilarang mengajar. Menurut Al A'raf,  Larangan itu diduga berkaitan dengan pemuatan tulisan di rubrik Opini  salah satu media cetak nasional. Ia menuding, rencana pembelian Leopard adalah kesalahan penempatan prioritas anggaran pertahanan - sumber IMPARSIAL


T64BM - Ukraine juga diperkatakan ada menawarkan mbt ini kepada Indonesia - photo wikipedia

Kemelut persoalan samada tank tersebut sesuai digunakan dengan keadaan bentuk geografi, Indonesia berserta rangkaian jalan raya yang kebanyakannya masih belum sempurna juga menjadikan ianya persoalan, apatahlagi ada yang mempertikaikannya, bahawa ianya sepatutnya diuji kesesuaian penggunaannya di indonesia sebelum keputusan memilihnya dibuat dan persoalan yang mengatakan MBT bukanlah suatu keperluan mendesak bagi pertahanan Indonesia juga bakal merencatkan masa perolehannya diwaktu terdekat.

Kebanyakan negara ASEAN mula menubuhkan unit kalvari mbt dalam  pasukan darat mereka,

Malaysia   - 48 PT91M dari Poland - tahun 2003
Thailand   - 49 OPLOT mbt dari Ukraine - djangka menerima pada 2012 - 2014
Singapura - 66 LEOPARD 2A4 mbt dari Jerman - tahun 2006
Indonesia  - 100 buah MBT?

Terkini Indonesia sedang menuju ke arah tersebut, namun sekiranya  perolehan dari jerman juga gagal, kita mungkin akan melihat Indonesia  akan beralih kepada produk Rusia seperti T90 ataupun K1A1 dari Korea
Selatan dengan jumlah yang lebih kecil. atau mungkin sekiranya perolehan jumlah yang lebih kecil bagi memperolehi kereta kebal LEOPARD Jerman, bakal memberikan suatu ruang alternatif bagi permulaan ke arah merealisasikan kehadiran Leopard di Indonesia.  
.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2013 05:04 PM | Show all posts
Dua Buah Pesawat EC725 Pertama TUDM Tiba Di Malaysia9:08 PM | Filed under: malaysia, RMAF, TUDM | Posted by: maldefender


2 PESAWAT EC725 - 2 buah pesawat telah tiba di pengkalan TUDM subang KL - photo: TUDM

SUBANG, 28 Nov 12 – Hari ini sejarah telah tercipta apabila dua buah pesawat baru EC725 yang bakal memasuki inventori TUDM tiba di Malaysia dengan menggunakan pesawat Antonov-124. Pesawat buatan firma Eurocopter dari Perancis ini telah diterbangkan dari Marignanc, Perancis dan mengambil masa lebih kurang 13 jam penerbangan sebelum tiba di Terminal Skypark, Subang tepat pada jam 2.20 petang tadi. Dua buah pesawat ini juga akan diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Malaysia dalam masa terdekat.

petikan berita: TUDM


Ulasan penulis:

Berdasarkan pada apa yang dilihat ia menampakkan ada ciri ciri kombinasi konfigurasi CSAR sepenuhnya, itulah yang diharapkan sebenarnya pada aset ini, memandangkan kita perlukan pesawat yang mampu menjalankan tugasan tersebut, bukan hanya untuk operasi ketenteraan malah untuk misi kemanusiaan dan bencana alam, teringat akan kisah tsunami di Indonesia, penerbangan helikoper terpaksa ditangguh atas sebab cuaca tidak mengizinkan dan boleh membahayakan penerbangan.   

Sepertimana artikel penulis yang lalu berkaitan EC725, perolehan aset ini telah penulis ikuti sejak dari dahulu lagi, yang membimbangkan penulis ketika itu, adalah tentang spesifikasi CSARnya. Bimbang kegagalan untuk memperolehi full spec CSAR, namun apa yang dilihat pada gambar secara kasar ianya menampakkan ciri- ciri full spec CSAR (Combat Search and Rescue), belum sepenuhnya dipasang atau versi SAR yang tersedia untuk addon konfigurasi CSAR pada bila-bila masa, itulah yang diharapkan.

Banyak halangannya pada permulaan proses perolehannya, antaranya telah dijadikan bahan hentaman poitik, namun kebanyakan hentaman tersebut tersalah untuk membezakan diantara EC725 spesisikasi biasa(transport)  dan CSAR. Kelihatan sama tapi tak serupa,  antara kategori pesawat yang dipertimbangkan antaranya adalah MERLIN/EH101, yang rasanya menjadi idaman utama TUDM, namun disebabkan oleh faktor kewangan, kita memilih EC725, yang terbaik dari segi faktor harga dan sistem sensornya.
  
Diatas keperluan mendesak, beserta isu perolehannya dijadikan bahan hentaman politik, yang mana pada pandangan penulis ketika itu boleh merencatkan perolehannya, penulis ketika itu ada mengeluarkan artikel sini tentang perolehannya. - NURI Terhempas dan Al Kisah Jimat Wang Rakyat

Kesimpulannya , perolehan aset TUDM hendaklah mengikut spesifikasi dan keperluan TUDM, penulis hanya mampu memberi sokongan dalam bentuk penulisan dan pandangan, apapun tahniah kepada  TUDM NexGen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.172524 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list