CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13474|Reply: 137

[Tempatan] 100 mat rempit menganas, sekor diblasah org ramai...

[Copy link]
Post time 23-9-2013 06:57 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk tahan, pukul mat rempit
Pasir Gudang: Amukan 100 mat rempit menaiki 50 motosikal di beberapa lokasi sekitar Taman Air Biru, di sini, berlarutan 45 minit antara jam 10.15 malam hingga 11 malam kelmarin.

Selepas menyerang penduduk yang menonton bola sepak di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru jam 10.15 malam, mereka yang bersenjatakan pedang samurai, parang, kayu dan besi mengamuk pula di sebuah restoran mamak.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Miswan, 40-an, berkata, dia sedang makan di dalam restoran mamak itu.

“Kumpulan itu tiba-tiba muncul dan merosakkan meja menyebabkan pelanggan lari,” katanya.

Menurutnya, penyerang terbabit meninggalkan restoran mamak dan ketika lalu di depan sebuah restoran makanan segera, mereka menyamun seorang remaja.

Pengurus restoran makanan segera itu yang mahu dikenali sebagai Wati, 32, berkata, ketika itu dia berada di luar restoran dan sempat lari menyelamatkan diri dengan memasuki restoran dan mengunci pintu.

Ketika dalam perjalanan meninggalkan kawasan itu, kumpulan mat rempit menghalang seorang penunggang motosikal, Khairul Aizad Sulaiman, 25, yang menghala ke Taman Bukit Dahlia di simpang empat kawasan Taman Air Biru dan menetak tangannya pada jam 11 malam.

Menurut Khairul Aizad, mereka menghalang dan menetak tangannya menggunakan senjata tajam.

“Selepas menetak saya tanpa sebab, mereka melarikan diri,” katanya yang menerima dua jahitan di tangan.

Difahamkan, seorang daripada mat rempit yang melakukan serangan itu ditahan dan cedera dipukul penduduk selepas suspek terjatuh daripada motosikalnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima 15 laporan penduduk di sekitar Pasir Gudang mengenai serangan terbabit.

Berikutan itu, katanya, polis menahan seorang suspek di sekitar Pasir Gudang beberapa jam selepas kejadian dan masih menjalankan siasatan bagi memberkas suspek lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kami sedang mendapatkan maklumat dan yakin dapat memberkas semua suspek lain,” katanya ketika dihubungi semalam.


p/s: lahanat punya mat rempit....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 06:59 AM | Show all posts
mohon pak polisi gelek mat mat rempit ni ngan bulldozer
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:10 AM | Show all posts
depa ingat ni pilem melayu/tamil/indon...konon2 nak jadi hero...

elok bunuh ja sekor2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:15 AM | Show all posts
Difahamkan, seorang daripada mat rempit yang melakukan serangan itu ditahan dan cedera dipukul penduduk selepas suspek terjatuh daripada motosikalnya.

nah kau ...tak cukup daging ....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:16 AM | Show all posts


meleis ke? haizzzz abis bangsaku
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:23 AM | Show all posts
pasir gudeng...taman air biru tu ada satu kedai jual nasi beriyani gam yang sedep. slurppp...kecur air lior aku pepagi buta nih. mana la nak dapat nasi beriyani gam kat sinihhhh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2013 07:38 AM | Show all posts
aik....dekat je ngan tpt aku nih...apsal aku x tau ape2
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:38 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 23-9-2013 07:23 AM
pasir gudeng...taman air biru tu ada satu kedai jual nasi beriyani gam yang sedep. slurppp...kecur a ...



best ek kat Taman Air biru? i x pernah gi area tu ... heyyy u katne skang ni yg nk cari nasi beriyani GAM bagai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 07:46 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 23-9-2013 02:38 AM
best ek kat Taman Air biru? i x pernah gi area tu ... heyyy u katne skang ni yg nk cari nasi b ...

Ha'ah...mmg best situ.banyak lauknya...kelabu mata. tapi kedainya area belah mana tak ingat sangat..member yg bawakkan. Btw, tempat feveret makan tghari beng salu pi kat kg pasir puteh ke apa nama...ada restoran terapung...ikan siakap goreng...betul2 kat selat tebrau ngadap ke singapore.. kedai hussin ke apanamanya. u asal pasir gudang kaa?

i kat Doha... nasi beriyani sini takde style yg macam beriyani gam bagai tuhhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:49 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 23-9-2013 07:46 AM
Ha'ah...mmg best situ.banyak lauknya...kelabu mata. tapi kedainya area belah mana tak ingat sangat ...



i kat Larkin je, x rajin sangat JJCM ohhh u kat DOHA ye? nasi arab kat sana kan ada alaaa pejam mata anggap tu beriyani laaa... x pon balik Msia jap...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:49 AM | Show all posts
takkan diorang mengamuk tanpa sbb?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:53 AM | Show all posts
mat rempit ni sama juga bodoh macam menteri yang cdgn naikkan harga gula tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 setan ni tak penah masuk plkn ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 07:58 AM | Show all posts
kalau gangster melayu/jawa ramai2 baru berani,


sorang2 telur pun xnampak,

same sepesis dgn budak2 pekida/pekasa/3line
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 08:01 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 23-9-2013 02:49 AM
i kat Larkin je, x rajin sangat JJCM  ohhh u kat DOHA ye? nasi arab kat sana kan ada  alaa ...

puas dah makan nasi arab lauk roasted lamb nya.

hey mod..you're totally off topic! I deduct kedit kangg!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 08:03 AM | Show all posts
shahx posted on 23-9-2013 07:49 AM
takkan diorang mengamuk tanpa sbb?

sbb ni kot

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk tau jugak apa sbb mat rempit ni mengganas? Metro pya cite ni bukan boleh caya sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 08:06 AM | Show all posts
apasal ngamuk berjemaah ni?
semo dtg bulan ke ape?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
mr_crab posted on 23-9-2013 08:03 AM
sbb ni kot

Manyu kalah terus ngamuk? Klu JDT ye la kot..caprut sgt perangai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Apahal tetiba nk wat serangan tu
Polis klu dpt diaorg sila luku sekor2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.080594 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list