CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syue86

Kisah seram di UTM

  [Copy link]
Post time 29-9-2013 01:00 AM | Show all posts
Aku dulu fppsm..encik nasir markom yang hensem gilos tu ada lagi tak..owhh antara lelaki yg hensem penah ku jumpak  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2013 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Housemate aku dulu pun study UTM jugak. Dia la yang beriye mintak aku tepek cerita ni. Ni aku paste jer ape dia tulis.

Aku masuk UTM tahun 2004.  Student FAB. Adela jugak dengar citer2 angker kat sini, tapi yg kes budak kna rogol & bunuh tu tak sampai pula ke telinga kitorang. Tp memang ade satu masa tu semua yang stay kat studio sampai tengah malam kena wat surat permohonan dulu.

Nak cerita angker yg jadi kat diri sendiri masa stay kat KTR dalam tahun 2008. Tak ingat blok mana tapi dekat dgn jalan belakang ke Pusat Kesihatan tu. Masa tu aku stay sorg je dalam bilik. Katil memang ada dua, tapi takde roomate, so dok sorang2 jela. Budak2 course aku dok 3 bilik lain tapi satu level lagi. Ada masa kitorg stay ramai2 time banyak assignment atau bile malas nak gi studio.

Satu malam tu kitorang ade kerja studio nak kena siapkan. Tempat berkumpul kat bilik aku. Dalam kul 2.30am semua dah lalok, nak tido. Sorang ni dok blok lain and disebabkan katil lagi satu kosong, dia tido situ. Sebelum tido tu, aku ngan budak tu nama Siti pegi toilet. Toilet kat blok dok hujung sekali. Masa tu sunyi sepi je. Bila keluar dari toilet tu bulu roma aku meremang gile. Macam ade yang follow. Tapi aku takut nak toleh. Dahla jauh toilet nak ke bilik aku tu, so jalan la slow2. Sampai bilik kitorang landing atas katil, Siti tu dah nyenyak tido. Aku pulak tidur mengiring mengadap Siti. Time aku dah pejam mata, tiba2 sipi2 depan aku ada makhluk hitam tengah berdiri. Aku pun tak taw macam mana aku boleh tersedar time tu.  Menggigil la aku, mulut dah terkumat2 baca ayat walaupun berterabur. Dalam masa tu aku rasa telinga aku kena hembus, angin tu sejuk gile macam angin bila kite bukak freezer kat rumah tu. Then aku rasa ada bulu2 tajam cucuk telinga aku. Sakit gakla. Dalam 5 minit la dia hembus telinga aku yang aku pun tak tau ape motif dia nak hembus telinga aku entah. Dah habis hembus tu, badan aku dengan sendirinya tertolak ke dinding. Masa tu kan aku mengiring, boleh rasa badan tu bergerak. Habis je tu aku tertidur.

Bangun siang tu aku terus gi bilik depan aku, coursemate aku jugak. Rupanya malam tadi, dia dengar orang bercakap2 tapi dalam bahasa asing. Bilik satu lagi pulak cakap malam tadi macam ada ramai orang dalam bilik dia waktu dia nak tido tu. Jadi, memang 'diorang' tengah berkampungla malam tadi tu. Lepas tu bilik aku takde pape dah, tapi yang coursemate aku tu still lagi dengar org bersembang dalam bahasa asing, and bilik hujung tu pun still kadang2 ada kelibat lagi.

Sebenarnya aku pernah termimpikan katil kosong dalam bilik aku tu. Mimpi ada baby, muka manusia nampak normal tapi pandangan dia menakutkan duduk kat atas katil tu pandang aku. Bila aku bangun paginya, ade bekas kat tempat budak tu duduk.

Tapi bilik tu memang best sebab bilik tu sejuk je. Sampai masa aku tengah layan novel 'interview with vampire;Lestat' aku boleh feel aku vampire sebab bilik aku tu memang macam bilik vampire. Sentiasa kelam sebab depan bilik aku ada pokok besar so cahaya tak dapat masuk sangat and bilik aku sentiasa sejuk walaupun waktu tengahari.

Tahun depannya aku dah pindah dok kat Kolej 12 pulak, dok bilik single tapi takde pape jadi. Tapi masa first year, budak2 FAB kena dok kat kolej baru, kolej 11. Masa tu ada member aku kata malam2 selalu ada Cik Pon menyinggah kat bilik dia. Dia tak takut sebab family dia memang ada orang menghantar benda so makhluk2 ni dia tak heran dah. Dia rilek je tengok pastu Cik Pon tu pun terbang keluar tingkap.

Sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 03:33 PM | Show all posts
akies posted on 23-9-2013 01:51 PM
tak silap la blok tu S13..dah ingat2 lupa..
mengong nyer budak cina gi bunuh diri dalam bilik..:c ...

ooo mesti lebih kurang atau junior akak ni. akak dulu pon dok kolej 8

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 05:45 PM | Show all posts
chazey posted on 27-9-2013 04:08 PM
wuiyooooooooooooo

bertuahnya ko. aku seumur hidup tak penah nampak tapak kaki rimau, apatah lag ...

babi hutan jangan cakap la...memang banyak kot kat belakang tu...kan ada kes budak eksiden tengah malam sebab langgar babi hutan dengan moto dia..hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 05:49 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 27-9-2013 11:00 PM
sbb dorangkan kira pelopor UTM gitu..

uuuuu...apesal seram sangat citer ni...aku dulu dah la kaki merayau malam jalan kaki je area situ...tak pernah terpikir kisah2 mistik macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 05:52 PM | Show all posts
D.B.1 posted on 28-9-2013 05:38 AM
kat pool utm dekat stadium tu pun ada orang meninggal lemas gak kan? kalau tak silap dalam awal tahu ...

awal taun ni ke @ awal taun lepas? aku dapat citer budak lemas tu taun lepas...maaf, kalo aku silap sila betulkan okay..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2013 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu aku duk kolej ktf first year..lepas tu duk sorang2 kat kolej 9..tingkat bape ntah, tapi yg pasti bilik atas aku tu byk yg kosong trmasuk atas bilik aku..tapi selalu dgr bunyi kerusi diseret2 gitu..

N ada lagi cite angker aku kt klinik kesihatan UTM..mlm2 okeh..haha.nanti aku cite..skrg nk cite mcm takut plak..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 11:45 PM | Show all posts
alieyrina posted on 29-9-2013 01:00 AM
Aku dulu fppsm..encik nasir markom yang hensem gilos tu ada lagi tak..owhh antara lelaki yg hensem p ...

apsal macam aku ingat ja nama Nasir Markom ni? dia apa ya? lecturer? tutor? atau staf pejabat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2013 12:23 AM | Show all posts
rina0602 posted on 29-9-2013 11:09 PM
Dlu aku duk kolej ktf first year..lepas tu duk sorang2 kat kolej 9..tingkat bape ntah, tapi yg pasti ...

masa kolej2 baru ni mula dibuka, memang ramai stoden kata dengar bunyi seret menyeret di bilik yang takda orang. besa stoden yang dengar ni, dok kat bilik di bawah bilik kosong tu.

aku tak ingat kolej berapa, tapi masa tu baru buka juga la; antara kolej 11 atau 12, katanya tingkat atas tu angker. ni cerita kawan pada kawan aku. dia kata bila dia ngan rumet dia stadi, bleh dengar tapak kaki berjalan mundar mandir dalam bilik walaupun takda orang meka nampak. tapi meka gigih tabahkan hati buat2 tak tahu jah. hahaha.

oh tidak. satu persatu cerita angker UTM kembali menjelma di fikiran aku. cerita kawan2 terutamanya.

esok la cerita. takut ah. ni dah nak 12 tengah malam nih.

tapi takut esok lupa. cerita sikit2 la. hiks.

kisah 1
cerita coursemate aku. nama Farah. orangnya kecik molek. comel je. dia tinggal di KTR. di satu malam, Farah ni terbangun pehtu rasa nak kencing sangat. so dia gigihkan diri la pi toilet sorang diri memandangkan rumet dia dah sedap tido. jauh la pula Farah nak menapak sebab toilet terletak kat hujung tapi dah terpaksa menyahut panggilan alam kan.

masa Farah masuk toilet, Farah tetiba rasa bulu roma dia meremang. macam ada orang ikut dia kat belakang. tapi Farah buat dek je. "perasaan aku je tuh" kata Farah dalam hati. so Farah pun masuk toilet, dan melepaskan hajat di hati. selesai ja, Farah terus berdiri kemudian bersiap untuk kuar dari toilet. malangnya, belum sempat Farah tarik suar beliau, tetiba toilet flush DENGAN SENDIRINYA. ya ampun. rasa nak pecah jantung Farah. cepat2 Farah lari kuar dari toilet pehtu pecut 100m balik bilik. syukur la sampai bilik takda apa berlaku. tapi memang Farah terus trauma nak gi toilet sensorang sejak dari hari tu.

btw, aku tak ingat Farah sempat ke tak pakai suar. hahaha.

kisah 2
ni pun cerita coursemates aku. meka ni kan, kalau blackout, suka sangat tau kumpul dalam satu bilik pehtu masing2 bukak cerita hantu. so di satu malam tu, blackout la KTR. maka, meka2 ni pun, berkumpul la di tempat biasa pehtu satu persatu buka kisah angker masing2. kebetulan, tingkap bilik terbuka dengan luas. ada yang duduk menghadap tingkap, ada yang duduk membelakang tingkap. sedang syok layan seram, tiba2 salah sorang dari meka (yang duduk menghadap tingkap) perasan ada satu lembaga hitam sedang duduk di belakang semua orang, dan duduk membelakangi tingkap. memula dia ingatkan coursemate lain. so dia tak kesah. tapi dia rasa cuak bila nampak lembaga tu duduk kaku tak bergerak. lagipun tak nampak muka, so dia dah rasa takut. dengan segera dia bagitau kengkawan lain pehtu dia tunjuk ke arah lembaga tuh. serentak meka suma tengok ke belakang, dan pada masa tu juga serentak suma orang nampak lembaga hitam yang tengah duduk dengar cita meka tuh. apa lagi, kecoh terus! dah la suma pompuan, memang masing2 menjerit sekuat hati sambil berpelukan la. tak lama lepas tuh letrik datang dan lembaga tu pun hilang dengan sendirinya...

kisah 3
cerita kawan aku. dia ni tinggal di KTF. blok yang dekat dengan jalan raya, tapi agak tersorok sebab dikelilingi pokok2 besar. dah nama pun budak U, of course la suka study sampai larut malam kan? dia kata, bilik dia bleh tahan angker sebab selalu dengar bunyi2 pelik tapi dia tak kesah sangat lagipun malas nak peduli. selalu dia buat derk je.tapi ada satu masa, kawan aku ni betul2 diuji la. kesian dia. sampai menangis2 cerita kat kitorang.

kejadian ni berlaku sekitar pukul 7 malam camtu. masa tu, kawan aku ni tengah study so dia duduk la atas kerusi menghadap meja study. sedang kawan aku membaca, tiba2 dia rasa macam dia tertendang sesuatu kat bawah meja tu. dia rasa pelik la kan, sebab seingat dia, dia tak letak apa2 pun bawah meja tu. jadi dia pun tunduk bawah meja nak tengok apa yang dia tendang.

korang tau apa dia nampak? seorang budak lelaki takda baju duduk mencangkung di bawah meja. paling seram, budak tu menyeringai tengok dia! (kawan aku kata, ala2 hantu budak dalam cerita ju-on tuh...).

apa lagi menjerit kawan aku weh! terus dia lari kuar dari bilik (rumet dia sedang mandi masa tuh) kendian bergegas ke arah toilet cari rumet dia. kebetulan masa tu, rumet dia dah habis mandi. hampir pengsan kawan aku ni sebab terkejut sangat. mujur dia kuat semangat so takda apa la yang berlaku kat dia. tapi lepas tu ada la dia panggil budak2 gereja doakan bilik dia (dia Kristian). dan tu la first and last dia diganggu, lepas tuh, takda dah.

wokeh. takat tu ja cerita yang aku ingat untuk malam ni. kalau ingat lagi, lain kali aku sambong.

btw, aku bukan nak rasis,

tapi masa aku tinggal luar di Taman U, aku tinggal berjiran ngan Hindu. hampir tiap hari meka semayang bakar colok kemenyan apa lagi tah aku pun tak tahu. dan aku percaya rumah aku jadi angker pasal tu. huwaaaa. nanti la cerita keangkeran rumah aku di Jalan Kebudayaan tuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 07:24 AM | Show all posts
chazey posted on 29-9-2013 11:45 PM
apsal macam aku ingat ja nama Nasir Markom ni? dia apa ya? lecturer? tutor? atau staf pejabat?

Dia lecturer tp aku lupa dia ajaq subjek apa..maklumla time dia ngajaq duk tgk diaa ja  

dia salu gak x masuk kelas..outsatation agak  kerap ...

hohh..krp pun aku penah duk gak..aku konpius dah krp yg mana ktr yg mana   Last edited by alieyrina on 30-9-2013 07:34 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 09:28 AM | Show all posts
Ok...ai dah ada mood sikit nak bercerita nih. Mari ai bercerita pasal rumah tamu kat UTM. Ini pengalaman i sendiri.

Ni sekitar tahun 2008 peristiwa ni berlaku. Al-kisah nak duduk kat rumah tamu ni pun sebabnya bawak kawan-kawan menginap kat sini atas event yg berjalan kat JB time tu. So kitaorang sewa 2 pintu rumah la. Level yang kitaorang duduk tu tak berapa nak busy. Kitaorang ok je asal ada tempat nak solat mandi makan tido.

Memang tak nampak apa-apa yang pelik kat level tu mahupun rumah2 yg lain. Ye la rumah tamu..mesti la tak de menda.

Kisahnya malam tu la...ai dah nak tido sekali dok dengar ada org ketuk pintu kuat2. Terfikir ni ada yang kuar balik lambat la nih. So p la nak bukak pintu. Bukak je pintu - tak de orang. Ceh! Masa bukak pintu tu ternampak la rumah 'jiran' ni meriah...tak tidur lagik gamaknya ngan anak2 bagai. Ok..ignore. Masuk tidur.

Esoknya still nampak lagi pintu rumah jiran tu terbukak. Ada member sorang ni mulut ringan siap pegi menyembang katanya ngan jiran tu. Ye la..meriah la katakan. Satu family nampak macam Arqam..berpurdah bagai. Hehehehehe...

Ok....lepas tu tak de benda sangat jadi pun. Setakat dengar bunyi2 halus tu..bio je sebab ai dah biasa. Masa nak check out keesokkannya. Tengok rumah jiran dah tertutup rapat - tak de orang. Eh masa bila pulak derang kuar kan? Ok ignore lagi.

Ni part best dan misteri, masa nak balik tu p tanya kat  orang yang jaga bangunan/rumah tamu kat situ pasal jiran meriah ai tu. Nak tau dia jawap apa?

"Rumah tu dah lama tak guna dik, paip/lantai/bumbung bocor...memang tak de orang masuk dan dibenarkan masuk,"

dah tu.....siapa yang ramai dalam rumah tu semalam n kelmarin?

JENG JENG JENG...............




ok. habis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 09:29 AM | Show all posts
rina0602 posted on 29-9-2013 11:09 PM
Dlu aku duk kolej ktf first year..lepas tu duk sorang2 kat kolej 9..tingkat bape ntah, tapi yg pasti ...

yes.! aku nak mengiyakan citer ni..kawan aku duk k9 pun cerita benda yg sama...dia cakap malam2 dengan benda macam perabot yg diseret2..macam bunyi orang tengah tukar kedudukan perabot..pastu cam bunyi bising padahal tingkat atas sekali tu bukan ada orang duduk pun..tapi kalo pikir logik, takkan la orang nak tukar kedudukan perabot tiap2 malam..

aku suh dia ignore je..jangan tegur..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 01:09 PM | Show all posts
cubby_qt posted on 28-9-2013 05:17 PM
Cuba dtg pulai perdana... kat kaw 7e tu ada abg 2 org jual beger.. bagi qt sgt sedap.. ada mcm2  ...

pulai perdana ke sri pulai?...kalo depan 7e tu sri pulai kan?...kalo kat pulai perdana dia kat lorong2 rumah...berger kat sri pulai yg depan 7e tu mmg sedap..berger king dia plg sedap!..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Qt pegi yg kat pulai perdana.. depan kedai runcit sblh 7e... bagi qt sedap la... heeee
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 01:34 PM | Show all posts
chazey posted on 27-9-2013 11:09 PM
ya ampun, serius?

tapi KRP memang cam suram je kan? maybe sebab banyak pokok renek sebab ...

kat bus stop arked cengal tu mmg ade weh..dulu masa aku duk ktf blok h25 tu aku ulg alik jln kaki je g studio...pg2 buta balik sorang2 jer...malas nk tunggu kawan2..haha...mmg agak seram skit bila lalu area tuh...macam meremang bulu roma....masa aku dok ktho pon aku ulang alik g studio lalu ikut jalan tu...tp alhamdulillah sepanjang aku berulang alik kat 2 kolej tu, aku x pernah jumpa lagi cik pon tu...cuma mmg akan rasa seram sejuk jer...tp dh lama2 x rasa apa2 dah...aku dh dpt mood nk citer skit...


kisah 1:
kejadian berlaku kat ktf...masa ni senior dak arkitek...dia nak balik bilik dia dlm kol 3 lebih camtuh..dia duk blok h24 or h21 camtulah...aku x igt sgt...dia ni mmg naik skuter ulang alik bilik-studio...ntah camne satu pagi tu dia terserempak ngn dak coursemate aku jalan kaki nk balik kolej...so dia ni pon baik hati ler menumpangkan amoi ni smpai ke blok....amoi ni duk h19...esoknya dia cakap kat akak yg dok sebelah bilik dia (akak ni coursemate aku gak) yg semalam dia tumpangkan amoi ni balik... akak tu rasa pelik lah nape si amoi ni nak tumpang senior tu balik sedangkan amoi tu pon ade moto..(nampak x unsur2 seram disitu)........dan nak dijadikan cerita, malam tu amoi tu elok jer berkampung ngn aku kat studio sbb ktorang busy ngn projek...so, bila akak tu citer yg senior tu kata dia tumpangkan amoi tu balik, ktorang yg kat studio ni tercengang termasuklah amoi tuh...sebab amoi tu mmg ade kat studio...tp akak tu beria2 cakap senior mmg tumpangkan amoi tu sampai depan blok...so dia g panggil senior tu soh citer balik...senior tu cakap amoi tu jalan kaki balik sambil berpayung (memang amoi tu ngn payung berpesah tiada)...tp motip kul 3 pg nak berpayung?..bukan hujan pon......dh le pukul 3 pg tu ktorang duk busy kaler master plan (dulu2 manual..penat wo....dak2 skang je untung semua guna komputer tp makin lama makin x de kualiti )...amoi tu beria2 menafikan dia tumpang moto senior tu....so menda tu jadi tanda tanya kat ktorang...mane satu amoi yg sebenar?...yg ngah kaler master plan ngn ktorang? (studio aku pon memang angker gak...) or yg membonceng motor senior tu?.....tp aku percaya yg kat studio tu amoi yg sebenar....yg membonceng motor tu jelmaan amoi tu...plg best, senior tu duk describe camne rupa amoi jelmaan tu dan baju ape yg dia pakai masa tu...memang sama sebijik cam apa yg amoi sebenar tu pakai....





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 01:38 PM | Show all posts
alieyrina posted on 30-9-2013 07:24 AM
Dia lecturer tp aku lupa dia ajaq subjek apa..maklumla time dia ngajaq duk tgk diaa ja  
...

korang ni batch tahun berapa?...nape aku tgk dr.nasir markom tu x ensem pon?...dah tua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2013 02:33 PM | Show all posts
syue86 posted on 24-9-2013 05:26 PM
ok..nanti datang mood
singgah sini cerita ek
saje buka thread ni

ok..dah cerita dah....hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 02:42 PM | Show all posts
syahoney posted on 30-9-2013 02:33 PM
ok..dah cerita dah....hehehe

tentiu eh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2013 02:55 PM | Show all posts
chazey posted on 27-9-2013 10:44 PM
a'ah. dak2 arkitek paling hamjad. dak QS dan lelain tu rilek ja.

oh, KRP pun ada cerita gitu ...

@mrsrezza & @chazey

klu KRP takde plak tukar2 jantina di blok tertentu
just kena tukar sebab student pompuan ramai sangat
kikikiki

masa 2nd year, blok G16 & G17 jadi blok pompuan
masa 3rd year, blok berdepan G16 & F17 plak tukar jadi blok pompuan

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2013 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
KTGB takde story ke? Aku tengok situ sunyi je.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.078611 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list