CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

  [Copy link]
Post time 30-12-2014 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnye.. Khatam baca cerita non sari.. Xde update baru ke dik non?

Aku nak share pasal kene hempap@tindih.. 1st time kene.. Mase study kat 1 kolej ni kat melaka.. Mase tu mggu orentasi.. N aku 1st day period.. Aku assume aku penat sangat time tu.. Lagipon time tu umo muda lagi.. Xdenye nak amik port bende2 seram ni.. Hati enjoy saja..

Bende berlarutan sampai aku balik uma kat johor.. Aku slalu kene tindih.. Tapi bile aku penat sangat je.. Aku kne tindih.. N berkali2.. Bile aku bangun je lepas kene tindih..tido balik.. Kene lagi.. Ya ampun.. Penat die toksah cite.. Sampai aku naik fedup.. Padahal sebelum tdo aku siap2 baca ayat kursi.. Tahap kritikal.. Bila mana aku tdo peluk Al-Quran.. Huhu..
Sabo jela.. Naseb baik.. Skg da kurg kne tindih.. Sbb da kawen kot...hihihi.. Ok.. Tu jela nk share.. Sekian.. Cte xbrape seram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2014 07:28 PM | Show all posts
lady_bonia replied at 30-12-2014 11:34 AM
Akhirnye.. Khatam baca cerita non sari.. Xde update baru ke dik non?

Aku nak share pasal kene he ...

kadang-kadang kalo badan terlalu letih pun mmg mudah kene tindih/hempap ni..tak tau la yang kes ni dah msuk teori sains ke or mistik..
tapi memang penah dgr kalo terlalu letih pun mmg mudah kene bende tu..

tgh draft ni..
nnt aku sambung..
thanks....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 09:50 PM | Show all posts
Edited by non.sari at 25-1-2015 09:52 PM

Assalammualaikum..

dah lama aku tak share cerita kat sini. so sementara ada kelapangan masa yang pernah dicuri satu masa dulu,
makanya aku lanjer lah korang satu cerita.

SUARA MENGAJI

cerita ni berlaku di dalam kedai aku. kedai laki aku lah senang cerita. aku takda kedai. oleh kerana kesukaran
mencari rumah sewa dekat kawasan baru yang aku tinggal ni, so laki aku cadang untuk stay dulu dekat kedai.
memandangkan kat kedai ni ada 3 buah bilik di belakang, siap bilik air and dapur semua complete, so pada aku tak
memang tak jadi masalah lah untuk aku stay kat sini buat beberapa ketika.

perkara ni berlaku setelah hampir 5 bulan laki aku berniaga. kedai ni memang tak ada lagi pengalaman menyeramkan. plus kedudukan pun kat tengah-tengah bandar. bila tutup kedai pun still boleh dengar kereta lalu lalang kat depan. so memang tak sunyi dan meriah. tapi ada satu malam tu kan, lepas maghrib aku rasa macam tak sedap hati.lagi satu, yang aku perasan suasana malam tu agak sunyi dan sendu berbanding malam-malam sebelum nya.. sunyi nya lain macam. kadang-kadang terasa suram disitu. customer pun jarang-jarang jugak yang masuk. aku bajetmungkin sebab cuaca, kebetulan siang tu memang hujan lebat. then asar ke mghrib membawak ke malam tu hujanrenyai-renyai. customer syok kot duduk umah, tengok tv layan AF.

so setel malam tu, kitorang tutup kedai. aku pun siap-siap nak mandi and terus tido. badan pun dah letih. laki
aku pun sama la jugak. siap-siap untuk tido. sebelum tido tu aku rasa macam tak sedap ati je. tapi aku buat tak pot sangat lah. malas nak pikir sangat. masa tu laki aku dah lame hanyut berdengkur. aku ni pulak gelisah tak sudah. ke kiri tak kene, ke kanan tak kene.

aku try jugak lelap kan mata. tetibe dah elok mata ni nak terlelap, telinga aku ni boleh menangkap dengan jelas
suara orang perempuan tengah mengaji dalam kedai aku. antara bilik dengan kawasan depan kedai aku tu dekat je kot. terpisah dengan dinding dan pintu je. bukak pintu terus boleh nampak ruang depan kedai.tetapi yang membuat aku terkejut bila mana suaranya tersangatlah jelas. cuma surah apa aku tak pasti. tapi apa yang pasti suara tu menunjukan individu tu seorang je. sebab aku dengar 1 je suara. tone suaranya makaihhh lemahlembut dan mendayu-dayu. masa tu meremang terkejut terkujat tak yah cakap lah. korang bayangkan lah sendiri ye macam mana suara orang mengaji yang tone nye tersangatlah mendayu-dayu dan lemah gemalai gitu. bukan yang macam kita biasa dengar orang bermusabaqah tu.yang tu sore dorang sharp. yang ni lemah gemalai. tapi mengaji. aku macam "EH! bende tu haa..??"

memang masa tu aku konfem-konfem lah pelik. grup yasin mane pulak yang datang mengaji dalam kedai aku. even suara tu tengah mengaji, tapi aku still rasa takut. yelah, takut kot. tetibe boleh terdengar suara orang mengaji dalam kedai aku. tengah-tengah malam buta pulak tu. and FYI, aku tutup kedai paling lewat pukul 2 pagi. tiap-tiap malam. dengan mandi, berak, kencing, gosok gigi semua. so buatlah kira-kira agak2 dalam pukul berapa aku dengar ada orang mengaji mendayu-dayu dalam kedai aku.

aku pandang laki aku toksah cakap lah. tido mati tak hengat! nak kejut pun rasa tak lalu. aku terus tarik selimut and baca-baca apa yang patut. lama-lama aku pun tertido. dan aku pun tak pasti status grup yasin tu selepas aku tido. sambung surah lain ataupun terus balik. aku anggap je lah tu malaikat. atau pun kalau jin pon, jin islam. mengingatkan aku yang dah lama tak baca quran.
sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2015 09:53 PM | Show all posts
Edited by non.sari at 25-1-2015 09:56 PM

STOR MAK ANDAM

Okay, kisah ni berlaku masa aku teman laki aku pegi jamming. masa tu malam. laki aku biasa start jamming pukul 11 malam.kebetulan tempat dia jamming ni bukan tempat biasa yang dia pegi. yang dia pegi ni kawasan ceruk sikit.macam kawasan kampung, tapi memang ceruk sikitlah. tah lah, aku pun tak tau kat mana tempat tu. memangdangkan aku pon 1st time pegi ke situ. laki aku cakap, kalo jamming kat situ free, tak yah bayar. barang-barang tu semua
member dia punya. aku pun lantak kan je laah.. bukan aku yang main pon.

memang nak ke sana kene lalu denai. then baru jumpa kawasan rumah. tu pon tak banyak. laki aku bagitau rumah-rumah kampung yang dekat-dekat ni semua suku sakat member dia. so kira sedara-mara duduk dekat-dekat lah. aku angguk-angguk je lah. so dah sampai lah tempat yang dia nak jamming ni. dekat dengan studio jamming dorang ni ada satu rumah kecik. rumah tu dari jauh dah nampak suram. aku tanya laki aku, tu rumah siapa.. laki aku kurang pasti. cuma yang aku perasan ada prop untuk pelamin and bunga-bunga pelamin dorang letak kat luar rumah tu. so aku assume mesti rumah tu stor
barang-barang pengantin. mungkin ada mak andam kat kawasan situ.

perkara ini pun dikonfemkan oleh member laki aku tu. dia kata memang tempat letak barang-barang mak andam. cuma dia bagitau stor ni berhantu! huhuhu.. dia dah start daahhh... member laki aku yang aku namakan black ni penah nampak cik pon duduk bersidai atas prop pelamin tu. sebab kadang-kadang black ni stay kat studio tu jugak. bila dah abis jamming dia malas nak balik rumah, dia terus tido je kat dalam studio tu. tu yang boleh tau stor tu berhantu or tak..

seperti yang black ceritakan, tiap-tiap malam kalau tido mesti terdengar bunyik cakar-cakar kat dinding studio tu. ataupun time die tengah syok goreng gitar, bende tu pun ikut goreng sekali atas bumbung. aku tanya black, apesal dia tak blah je, buat studio tempat lain, dia kata dia suka kat situ, tenang sikit. takda orang nak marah kalau dia memekak jamming. lagipun sedara2 yang duduk situ jarang ada kat rumah. semua duduk umah anak-anak.
pehh! tenang jadah nyeee.....

okay, dipendekkan ceritanya, selesai je laki aku dan 2 lagi geng dia termasuk lah si black tu berjamming. dorang pun siap-siaplah nak keluar dari studio tu. termasuk jugak lah aku ni. aku ni pulak masa tu duduk betol-betol dekat pintu studio. keadaan masa tu menghadap ke arah dorang yang tengah berkemas-kemas.masa dorang tengah siap-siap tu tiba-tiba pintu tempat aku bersandar ditolak dengan kuat oleh seseorang dari luar. dia punya kuat tu sampai aku ni beranjak ke depan. pada hal keadaan aku bersandar ni memang tak memungkinkan lah aku ni boleh teranjak ke depan melainkan sesuatu daya yang kuat dari luar.konfem-konfem lah terkejut. sebab masa tu aku tengah ralit kot tengok dorang borak-borak, gelak-gelak dalam tu.tetiba je kena tolak dari luar.

bila dah macam tu memang semua pandang aku. dorang tanya aku, sape datang?? aku macam tercenganglah.. sape yang datang?? takda sapa-sapa yang datang melainkan aku sendiri kena tolak. aku terus bangun terus lari ke arah laki aku. aku terus pandang black. aku suruh dia tengok ada siapa-siapa ke kat luar yang datang. mana tau kawan dorang ke nak tengok dorang jamming. black yang takut-takut masa tu nak tak nak terpaksa gak jenguk ke luar. dah jenguk kepala tu black cepat-cepat tutup pintu. dia pandang kitorang, dia cakap kat luar takda siapa-siapa. Ahh sudah! sapa pulak yang tolak pintu tadi. cepat-cepat aku suruh dorang duduk and baca apa-apa yang patut.

lebih kurang 10 minit baru lah masing-masing berani nak keluar dari studio tengah hutan tu. aku tengok jam masa tu dah pukul 1 pagi. memang time-time dia laaa.... masa keluar tu masing-masing terus menonong masuk kereta, naik motor memasing. termasuk lah aku ni. cuma aku perasaan masa tu ada sorang member laki aku ni mengalami kesukaran nak start motor. masa tu pulak keter memasing dah panas enjin tiggal nak gerak je. oleh kerana tinggal kereta kitorang je yang tak gerak-gerak kitorang decided nak tunggu la member tu. bila motor dah boleh start, kitorang termasuk member naik motor tu pun bergerak. aku masa tu memang tak berani nak pandang luar. tunduk je dalam kereta. laki aku dapat wasap dari member dia suruh berenti minum kat mana-mana. so berenti la laki aku berenti kat tepi jalan seperti yang diberitahu.

masa minum tu, masing-masing jadik polis. tanya-tanya aku sapa yang tolak, nampak ke tak yang tolak tu, kuat ke tak, ada rasa apa-apa tak sebelum kena tolak, dengar apa-apa tak... adehhh... mana satu aku nak jawab?? aku cakap la. aku tak tau apa-apa. alih-alih pintu tempat aku sandar tu kena tolak kuat. diorang sendiri pun boleh nampak kekuatan pintu tu kene tolak, dan aku yang rilek-rilek bersandar masa tu boleh beranjak ke depan. then masa tu aku perasan member laki aku yang naik motor tu diam je tengok dorang jadi polis. aku perasan. aku pun gatal lah mulut pegi tanya dia, apesal dia diam..

dia pon bukaklah mulut "aku nampak tadi..." berderau darah aku. laki aku dengan black pon terus tengok member yang ni pulak. last-last dia pulak yang kene soal bertubi-tubi macam aku kena tadi.

dia bagitau "aku nampak budak pompuan duduk atas tembok dekat stor tu, tengah senyum sambil hayun-hayun kaki tengok aku start moto tadi..." tobat lahum. aku tanak ikut laki aku jamming kat situ lagi. anak sapa pulak yang tak tido pukul 1 pagi tu??
sekian..


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:23 AM | Show all posts
non.sari replied at 25-1-2015 09:53 PM
STOR MAK ANDAM

Okay, kisah ni berlaku masa aku teman laki aku pegi jamming. masa tu malam. laki a ...

Wawawahhh best2 citer non.sari! menyeramkan dan diseramkan


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 12:44 PM | Show all posts
bestttt..
sambung lagi yerrrrrr..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2015 08:15 AM | Show all posts
non.sari replied at 25-1-2015 09:53 PM
STOR MAK ANDAM

Okay, kisah ni berlaku masa aku teman laki aku pegi jamming. masa tu malam. laki a ...

anak siapa la tu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2015 06:34 PM | Show all posts
terbyg dok hayun kaki smbil senyum...huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2017 02:24 PM | Show all posts
Assalammualaikum.. aku datang balik setelah 2 tahun menyepi mencari ketenangan dan kehantuan dalam hidup. Tiba-tiba rasa nak share cerita. Cerita yang dah lama aku simpan kat benak otak ni. Rasa tak keruan pulak kalau tak diluahkan.

Untuk intro sebagai pembuka bicara.

ADA YANG TEMAN

Benda ni bukan terjadi pada aku. Terjadi pada officemate aku yang aku gelarkan dia sebagai ‘pakcik’ memandangkan dia paling senior and paling nampak pakcik-pakcik kat dalam ofis aku ni. Cerita nya bermula bila pakcik ni bercadang nak stay back kat office sebab ada report yang dia kene siap kan. So dikesempatan itulah beliau bercadang nak stay office sampai malam.

Actually dalam ofis tu semua dah maklum bahawasanya ofis ni kalau malam-malam meriah nya kemaheennn..macam berdisko makhluk-makhluk dari alam lain ni. Di akui sendiri oleh staff-staff yang pernah stay sampai malam. Tapi standardlah gangguan klise dari dorang.. main lari-lari. Main baling-baling sudu kat pantry, penampakan kelibat dari hujung-hujung mata. Kira tak hardcore lah. So pada pakcik gangguan tu sikit punya hal lah! Takda hal punya..

So malam tu pakcik pun stay ofis, buat keje macam biasa. Haaa seramnya dah nak start dah.. masa dia focus kat pc tu, dia dapat rasa kan seperti ada seseorang dekat sebelah dia. Ya di sebelah nya. Berdiri macam tunggu sesuatu dari pakcik. Pakcik ni dia cakap memang tiba-tiba rasa tak boleh focus terus buat kerja. Dup dap dup dap je rasa hati tu. Part-part bau tu takda pulak dia cakap ada bau wangi ke busuk ke Cuma dia bagitau memang dia Nampak dari ujung mata dia ada kelibat sedang berdiri tegak teman dia buat keje.

Okay, pakcik ni rabun. Cermin mata pun jenis tak berapa minat nak pakai.. so masa tu dia memang tanggalkan cermin mata dia then untuk baca report di pc tu kadang memerlukan dia rapatkan mata dia sikit ke pc, then undur balik. Korang bayangkan lah sendiri macam mana dia buat tu. So masa aktiviti ke depan ke belakang nak tengok report dekat pc tu, pergerakan dia tu ditiru oleh penampakan tersebut. Bila pakcik tu ke depan kepala dia, dia Nampak pergerakan makhluk tu ikut apa dia buat. Bila dia kebelakangkan balik kepala dia, makhluk tersebut pun buat perkara yang sama. Berulang-ulang ditiru perlakuan pakcik tu.

Pakcik tu tak takut ke?? Okay.. pakcik ni antara orang yang alim dalam ofis ni. Bukan sebarangan jugak pakcik ni, mungkin dengan ilmu yang ada tu yang dia boleh act cool..so bila dia rasa pergerakan nya seperti diciplak pakcik dah mula rasa tak senang dan tenang. Dia pun bercadang nak blah lah dari ofis tu..buat apa nak ditunggu-tunggu lagi ye tak? Pakcik pun bangun perlahan-lahan..buat macam benda tu tak ada. Tanak layan sangat makhluk tu sebab kalau kita tunjuk yang kita takut lagi la dia gembira.

Dari meja pakcik ke pintu keluar Cuma memerlukan 10 langkah sahaja, tetapi untuk malam itu 10 langkah pakcik terasa begitu lama…pergerakan seperti di’slow motion’kan. Segala bacaan tak putus-putus dibaca pakcik. Elok sampai depan pintu, pantas saja pakcik tu rentap pintu nak cepat-cepat keluar dari ofis tu.

Ujung mata pakcik sempat kerling apa saja lah makhluk yang teman dia tadi. Tengok-tengok makhluk tu dah smpai depan pintu. Sudah lah diteman, malah dihantar pulak pakcik tu balik. Alah alahhh baik sangat lah tu… seperti yang diceritakan pakcik, makhluk itu tak jauh beza seperti cik pon/langsuir. Berbaju putih lusuh, kepala tunduk, rambut serabai tak bersikat sampai ke lutut panjang nya.

Selepas insiden tersebut, tiada lagi yang gatal mulut acah-acah rajin nak stay dekat ofis sampai malam. Konon nye nak buat report. Sedangkan siangnya korang rancak mulut bergosip tanak buat kerja. Kheennnnn…..

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2017 04:29 PM | Show all posts
Jom Ikut Aku

Okay benda ni baru berlaku pada aku. Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ni dekat story-story yang dah berhabuk tu, aku ni memang mudah kena tindih, mungkin terlalu penat secara sains nya atau mungkin makhluk ni memang suka main tindih pijak-pijak badan aku.

Malam kejadian, laki aku tak ada kat rumah. Kerja diluar kawasan beberapa hari. Tinggal lah aku dekat rumah sorang-sorang. Aku takda masalah duduk kat rumah sorang-sorang. Memandangkan dah terbiasa diganggu dari dulu membuatkan diri, jiwa and otak aku ni dah immune dengan benda-benda ni. Kadang-kadang aku buat-buat bizi pikir perkara lain yang boleh alih tumpuan aku untuk pikir benda-benda tu.

Tapi ternyata malam itu aku tewas. Aku tido awal malam tu sambil ditemani dengan kucing aku, Bee nama dia. Dalam pukul 10 malam tu aku dah tido. Then aku tersedar dalam pukul 2.30 pagi. Dah tersedar aku cuba nak tido balik. Entah kenapa sebelum sipi-sipi nak terlelap tu aku terdengar bunyik pagar sliding aku macam dibuka. FYI, bila sorang-sorang aku memang tak kunci pintu bilik, just buka sikit untuk bagi laluan cahaya masuk ke dalam bilik. So telinga ni mudah menangkap bunyi-bunyi kat luar.

Bunyi tu aku yakin bukan dari suami aku sebab aku tau hari tu bukan hari yang dia sepatutnya balik. Dan aku sekali lagi yakin itu bukan suami aku sebab lepas saja pagar sliding aku berbunyik, badan aku terus keras, kepala pulak rasa melayang-layang, perasaan aku macam tidur, macam tak tidur sebab mata aku tak tutup, Cuma badan aku yang mengeras, nak gerak memang tak boleh.
Sudah nya aku pasrah, redhoo… hati ni baca apa yang patut dibaca even perasaan dah tak keruan. Aku dengar step yang sama macam mana aku atau laki aku masuk rumah.

Bunyik pagar sliding dibuka.
Bunyik pagar ditutup balik.
Then, Senyap….

Kebiasaan nya bagi waktu normal, kalo senyap tu bermaksud aku atau laki aku tengah naik tangga memandangkan tangga aku tangga batu so bunyik derap tapak kaki kat tangga tu antara dengar atau tidak. Itu jugak lah yang aku dengar sepanjang badan aku tmengeras. Seolah-olah ada benda lain yang buat sebijik macam apa aku dengan laki aku buat.

Senyap lagi..

Dada yang berdebar-debar ni tak payah cakap lah. Nak tutup mata tak boleh. Nak buat apa pun tak boleh, Cuma mampu baca ayat-ayat saja. Itu pun dah kelautan dalam. Tak semena-mena kepala aku ni rasa kembang sangat. Kembang semacam. Telinga aku rasa panas. Entah kenapa ek aku dapat rasa benda tu ada di sekitar aku. Benda apa tu aku tak pasti, mata aku memang terbukak masa tu tapi benda tu tak pulak munculkan diri dia depan aku. Bagus.

telinga ni macam bunyik berdengung gitu. Then aku rasa tangan aku disentuh. Elok je tangan ni disentuh, terdengar lah pelawaan dari suara tah dari mana dan siapa gerangan.

‘’oii..jom ikut aku. Jom..jom ikut aku! ‘’

Ah sudah! Nak ajak pegi mana pulak?

Aku dengan perasaan tak tentu arah masa tu cuba jugak untuk melawan dari terus melayan. Suara aku masa tu Cuma mampu sebut Allah saja. Masa tu aku takut makhluk yang pelawa aku ni angkut aku lepas tu entah ke mana-mana je dia bawak! tak sanggup...  

Tak lama lepas tu, Bee kucing aku sondol-sondol kepala dia dekat muka aku. Masa tu terus aku tersedar. Badan terus ringan, terus boleh gerak macam biasa. Mulut bee masa tu bising. Membebel-bebel macam ape. Aku assume bee Nampak ape yang aku tak Nampak. Mungkin jugak dia tengah bagitau aku makhluk apakah yang datang kat aku tadi.. tapi tak faham. Takpe lah, aku tanak tau.

Thanks bee! Tapi apesal pagi tu kau berak atas kasut aku??!!

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 05:28 PM | Show all posts
non.sari replied at 20-9-2017 04:29 PM
Jom Ikut Aku

Okay benda ni baru berlaku pada aku. Seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ni de ...

Thanks dek non atas kemunculan semula dgn cerita best! sila teruskan bercerita ye...nah munga
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari replied at 24-9-2013 06:33 AM
SIAPAKAH SEBENARNYA SUAMIKU ITTEWWW??

haaa.. baru teringat satu cerita.. tapi bukan citer pasal ...

Pernah alami kejadian serupa. Rutin harian 3 orang ahli keluarga sekaligus saya dengar. Tapi tak lama. Bunyi diorang awal 10minit je dari diorang yang sebenar balik. Peliknya, kita boleh imagine apa yang benda tu buat kat tingkat bawah kan. Dari bukak pintu grill, pintu kayu, campak kunci, berjalan menuju ke dapur dan akhir sekali pijak tangga dan masuk bilik.

Pandai pulak diorang menipu manusia ni ye. Tapi mesti ada satu kecacatan yang kita boleh detect buat makhluk tu kantoi. Which is diorang ni tak bagi salam apatah lagi bercakap. Sejak tu memang tak hadap nak tegur family kalau diorang balik, kalau bukan diorang tegur dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2017 07:57 PM | Show all posts
yey ada up date
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2017 01:39 PM | Show all posts
MUZIUMpuaka

Pernah alami situasi yang mana hijab korang ditutup, ilusi mata dipermainkan oleh syaitanirrojim..
Benda ni berlaku bukan saja pada aku tapi pada seluruh keluarga aku. Laki aku yang jenis tak pernah Nampak hantu jembalang ni pun turut merasai benda ni. Berlaku semasa raya 2 tahun lepas. Mungkin benda ni dah aim kami sekeluarga dari rumah lagi. Cerita agak panjang, sedikit complicated tapi aku Cuba rumuskan secara ringkas tapi detail.

malam tu kami bercadang nak beraya 2 buah rumah. Rumah pertama rumah makcik aku. Rumah terletak di kawasan taman perumahan, rumah kedua rumah pakcik aku. Rumah terletak di kawasan kampong. Rumah kedua sebenarnya yang agak scary sebab pakcik aku suka simpan barang-barang lama. Siap ada muzium mini lagi kat tingkat atas rumah dia. Rumah dia ni style banglo lama. Style rumah pun dah ngeri, apa lagi isi dalam nya.

Rumah yang pertama rumah teres 3 bilik. Standard rumah sekarang lah. Tiada apa yang seram dan tiada apa yang pelik tapi cerita ni bermula dari rumah pertama ni. Masa kami nak ke rumah pertama ni takda perasaan apa-apa yang tak sedap malah kami perasan yang kami agak excited nak pergi beraya malam tu, padahal rumah yang kami nak pergi ni tak ada yang special pun, tak da dijemput untuk makan-makan pun, tapi perasaan tak sabar nak pergi beraya tu macam memuncak-muncak lebih-lebih bila rasa tu lebih tak sabar nak pergi beraya di rumah kedua, rumah pakcik banglo lama tu.

Sampai saja di kawasan taman perumahan rumah pertama, kami Nampak rumah makcik aku ni gelap segelap nya. Gelap gelita, macam takda orang. Laman rumah pun bersih. Takda rak. Tak ampai baju seperti kebiasaan nya, tak da Kasut or selipar.Jangan kata rumah dia saja, rumah sebelah menyebelah pun gelap kemaheennn… semua pakat beraya agaknya. mungkin jugak masa tu makcik kami memang tak ada dekat rumah memandangkan kami datang ke rumah pun main terjah je. Takda call dlu. So kami pikir makcik kami ni keluar beraya.

Kami masa tu tak terpikir langsung untuk call tanya lokasi makcik aku, biarlah dorang keluar beraya. So setel hal rumah pertama, kami dengan tak sabar nya terus ke rumah pakcik yang kedua. Terletak ceruk sikit di kawasan kampong. Walaupun terceruk tetapi masa tu kami amat teruja. Perasaan tu seperti ada yang memanggil-manggil.

Sesampai nya di rumah pakcik banglo, kelihatan Suasana rumah agak suram, tapi tak pelik pun sebab rumah pacik banglo ni memang selalu Nampak suram. Mungkin kesan dari cat yang berwarna krim kecoklatan atau mungkin dari isi dalam rumah ni. Ok diringkaskan, pacik aku ni memang suka menyimpan barang-barang antik. Dari mug-mug lama sehingga ke seterika lama, gong, mesin jahit lama, alat-alat music lama. Sehinggakan ruang tingkat atas tu seperti dikuartantin, anak cucu no allowed gitu. Bini nak naik tengok pun kena mintak approval. Ko ghase??

So semua pun maklum, barang lama ni ada jiwa, ada roh dia. So tak boleh kata tidak,kadang-kadang aku sendiri rasa diperhatikan kalau datang ke rumah pakcik aku ni. Tetapi malam tu entah kenapa kami betul-betul rasa teruja nak beraya rumah pakcik banglo tu. Sedang tengah berborang-borak tu tiba-tiba peha aku dicubit. adik aku cubit. Aku pandang dia, dia Cuma muncungkan mulut dia ke arah tangga menuju ke muzium pusaka tu.  Aku pulak tak rasa nak pandang ke tangga tu. Sebab aku tau dia suruh aku tengok sesuatu yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Memang aku perasaan mula-mula masuk adik aku dah gelisah. Muka pucat, asyik tunduk je main-main tangan. Aku ingat dia sakit lagi (yang sakit ni akan diceritakan kemudian) aku tanak cakap banyak, cepat-cepat aku suruh adik aku duduk sebelah suami dia. Jauh sikit dari kawasan tangga. Kemudian aku cuba toleh perlahan-lahan ke arah tangga. Kosong. Tak ada apa-apa. So aku abaikan.

Kemudian tidak lama lepas tu, laki aku minta izin keluar kejap. Nak ambil nyawa katanya (merokok). So sembang punya sembang adalah lebih kurang dalam 1-2 minit gitu laki aku masuk balik. Aik kejap pulak rasa nya dia ambil nyawa. Masuk pun dalam air muka yang aku susah nak baca. Pakcik aku tegur, kejap sangat hisap rokok nya? Laki aku tak jawap, Cuma senyum je. Terus dia duduk sebelah aku. Dia bisik kat aku ‘’balik nanti abang cerita” ahh sudah.. tak tanya apa-apa pun lagi, jawapan sudah diberi.  Berderau jugak darah aku time tu. Misteri sangat nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2017 02:08 PM | Show all posts
Masa terus berlalu. Adik aku terus menerus menunduk dari tadi, tak banyak cakap. Yang laki aku macam dah tak sabar-sabar nak balik. Yang Cuma dalam keadaan tenang, mak ayah aku. Kakak aku dengan suami dia pun rileks-rileks nampaknya. Aku ni je yang tak berapa tenang. Sebab hal adik aku dengan laki aku, aku yang tahu dulu. Tak lama, mak ayah aku dah siap-siap berangkat untuk balik. Kami pun bersalam salaman. Di perkarangan rumah banglo tu kami berbual-bual. Cuma adik aku je yang aku perasan asyik berkepit dengan laki dia. Abang ipar aku ni aku perasan la macam meninjau-ninjau depan rumah banglo tu. Sempat dia tertengok-tengok tingkap atas yang menempatkan muzium pusaka a.k.a puaka rumah tu.

Tak lama lepas tu dia tinggalkan kawasan tu, terus sambung lepak dengan kami sementara menunggu mak ayah aku yang sambung berborak depan pintu even kami dah bersalam-salaman bermaaf-maafan kat dalam tadi. Menyambung pulak orang tua ni. Terus abang ipar aku bersuara ‘’dah jomlah balik. Cepat jom, dah lewat dah ni’’ tergesa-gesa bunyik nya. Kakak aku terus panggil mak aku, buat hint tunjuk jam suruh lekas balik.

Dalam kereta perjalanan balik tu, lebih kurang 5-6 KM dari rumah pakcik aku, terhamburlah macam-macam cerita. Masing-masing ada cerita rupa nya.

ADIK.
Masa dia ralit tengok kawasan dalam rumah tu tiba-tiba mata dia terhenti dekat tangga. Selain dari pakcik aku dan makcik aku, tiada lagi siapa-siapa yang tinggal dalam rumah tu. Anak cucu pun dah balik ke rumah. Masa tu pun dah masuk minggu kedua syawal. Tapi ada orang lain selain dari pakcik makcik aku kat dalam rumah tu. Dari apa yang adik aku Nampak, perempuan muda, bersanggul tinggi turun dari tangga. Perlahan je. Macam turun satu-satu tangga tu. Baju merah. Rambut hitam berkilat. Masa tu lah adik aku cepat-cepat cubit aku suruh aku pandang. Tapi aku tanak pandang. Perempuan misteri tu turun terus masuk ke bilik yang berhadapan dengan tangga tu. Hilang macam tu je. Sebab kebetulan bilik tu pun gelap. Adik aku yakin yang dia Nampak tu bukan orang dari rumah tu. Dia kenal siapa sepupu-sepupu dia. Memang perempuan dari pandangan mata dia, memang agak asing. Langsing, tinggi, berbaju merah, rambut bersanggul tinggi. Sampai sekarang dia masih ingat bentuk perempuan misteri tu.

SUAMI.
Masa dia merokok kat luar, baru dalam 2 – 3 kali sedutan, mata dia terpandang sesuatu seperti ada yang memerhatikan. Untuk pengetahuan, tingkat atas muzium ni pun ada tangga di luar rumah tu. Tangga luar yang menuju terus ke muzium mini ciptaan pakcik aku ni. Ada seseorang yang dia pasti jantinanya adalah lelaki, duduk bertinggung macam penari zapin yang ready nak menari tu. Bole imagine tak macam mana? Tegak je badan tengok laki aku hisap rokok dekat tangga tu. To be exact, dekat anak rumah tu. Muka tak Nampak sebab gelap gelita. Cuma dia yakin tu figure lelaki dewasa. Mula-mula laki aku  buat-buat tak tahu, tapi makin lama makin seram pulak. Makin ditengok figure tu makin tak senang hatinya. Lelaki tu langsung tak bergerak-gerak, tegak badan macam patung tengok dia merokok. Apalagi terus laki aku  lari masuk ke dalam.

ABANG IPAR
Masa dia menjengah-jengah kawasan laman rumah pakcik aku, dia terdengar ada bunyik memanggil-manggil dari tingkat atas rumah tu. Senang cerita dari tingkat atas yang menempatkan muzim.. PSST! PSST! Begitulah bunyiknya. abang ipar aku pun toleh lah ke atas, ke tingkap tingkat atas rumah tu. Patut lah aku Nampak dia tertoleh-toleh tingkap atas rumah tu. Dia toleh, takda siapa. Lepas tu bunyik lagi. Toleh lagi, pun tak ada sesiapa. Bunyik lagi, dan kali ni bila abang ipar aku toleh ternampaklah figure seseorang yang tak tau apa jantina nya, berdiri dari dalam tingkat atas rumah tu. To be exact, berdiri di tingkap. Pakai baju putih katanya.  Tak tunggu lama, cepat-cepat abang ipar aku blah dan terus ajak balik.

Manakala aku, kakak aku, mak dan ayah aku Cuma mendengar cerita dari mulut dorang. Mak dengan ayah memang rasa semacam Cuma tanak layan. Kakak aku pun macam tu. Aku pulak tak ada rasa apa-apa pun masa tu. Pertama kali aku rasa lapang sebab tak dinampakkan apa-apa pun dari rumah tu. Cuma aku yakin rumah pakcik aku ni dah boleh dikategorikan angker sebenarnya. Kalau sudah macam-macam khazanah zaman tok nenek yang tak tau mana tempat dikutip bawak balik, rasa-rasa barang tu ‘kosong’ ke? Tak dapat imagine macam mana la time anak cucu balik beraya. Dorang tak kena kacau ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2017 02:22 PM | Show all posts
Tak habis lagi…

Selepas beberapa hari insiden seram-seram klasik tu, makcik kami yang dari rumah pertama tu datang beraya rumah kami. Sempatlah kami bertanya, ke mana dia malam kami datang beraya ke rumah dia? Pada tarikh sekian, hari sekian dan waktu sekian? Pergi beraya ke? Rumah gelap gelita kemaennn..

Maka tercengang-cenganglah makcik aku setelah disoal bertubi-tubi. Jawapan dia bagi tu amatlah mengejutkan kami. Dia kata malam yang kami datang beraya tu, dia tak ke mana-mana. Ada di rumah kerana kebetulan malam tu dia sedang menunggu tetamu. Family suami nak datang beraya jadi tak mungkin dia ke mana-mana malam tu. Berlaku jugak lah perdebatan antara kami, takda lah sampai gaduh pun Cuma nak menerangkan or perbetulkan mungkin dia yang silap tarikh sebab memang kami datang rumah tu gelap gelita. Takda orang. Jangan takda orang, selipar pun tak ada. Yang meng’konfius’kan rak-rak kasut, ampai baju pun tak ada seperti kebiasaan. Tak cukup dengan itu, rumah jiran pun gelap. Mati-mati jugak dia jawab yang dia ada pada tarikh, hari dan waktu itu. Ada di rumah. Tak ke mana-mana sebab sedang menunggu tetamu. Tak mungkin dia boleh lupa. Bukan lama pun, baru beberapa hari lepas.

Kami pun mendengar sambil berhuhuhu… meremang-remanglah bulu roma masing-masing mendengarkan penjelasan dari makcik kami tu. Kejadian apakah yang kami sedang lalui itu… agak lama jugak kami nak menghadam insiden itu. Lalu ayah aku pun berkata ‘lama dah dorang aim kita.. dari awal lagi dah terkena sebab nak suruh kita datang jumpa dia…’’

Sekian…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2017 04:18 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 22-9-2017 07:36 PM
Pernah alami kejadian serupa. Rutin harian 3 orang ahli keluarga sekaligus saya dengar. Tapi tak l ...

hahaha
jangan sampai ke sudah family tu tak bertegur dah la, kang sampai bila-bila tak bertegur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2017 04:20 PM | Show all posts
hatikudus replied at 21-9-2017 05:28 PM
Thanks dek non atas kemunculan semula dgn cerita best! sila teruskan bercerita ye...nah munga {:1_ ...

alhamdulillah.. baru jumpa kesempatan nya.
terima kasih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2017 04:21 PM | Show all posts

yeaayy!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2017 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Seronok dgr sari punya cerita.  BF memang xde pengalaman hanya dpt baca cite seram orang je la.. sari masih belum ada rezeki lagi ye. BF akan doakan sari dan kawan2 forum semua. Teruskan berkarya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.083760 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list