CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 23234|Reply: 56

Upacara Persembahan Roh-Roh Di Lebuhraya Utara-Selatan...

[Copy link]
Post time 24-9-2013 09:39 AM | Show all posts |Read mode
Salam perkenalan Di sini, kakak ingin mengenengahkan pengalaman misteri yang dikongsi oleh seorang kenalan yang bertugas sebagai wartawan di salah sebuah syarikat media di sini. Kisah ini berlaku beberapa tahun lalu. Peristiwa menyeramkan berlaku atas dirinya semasa dikerah untuk buat liputan tentang "Persembahan Pada Roh-Roh" yang diadakan pada satu malam di lebuhraya utara selatan, lokasi tepat, Tangkak-Muar. Apa yang kakak tahu tentang lebuhraya itu, banyak nyawa terkorban dalam macam-macam kemalangan ngeri yang berlaku setiap minggu atau hari. Salah seorang ahli keluarga rapat Kakak juga pernah menemui ajalnya di situ. Baiklah Kakak mulakan pengalaman yang dikongsi oleh kenalan Kakak yang bertugas sebagai wartawan.

Setelah statistik angka mangsa korban kemalangan meningkat dan penampakan makhluk-makhluk berbentuk pontianak, pocong, wanita berbaju kurung mendukung anak serta macam-macam lagi, persatuan bangsa Cina daerah tersebut mengadakan persembahan untuk roh-roh yang dipercayai mengganggu pengguna jalan tersebut. Malam itu, jalan tersebut ditutup lebih kurang enam jam, bermula 11 malam hingga lebih kurang waktu Subuh. Tiada lampu, maklumlah jalan di Malaysia ni, hanya lampu sokongan dari kenderaan-kenderaan yang berada di situ. Yang dibenarkan ada di situ adalah anggota polis untuk tugas penutupan jalan, seorang tokoh agama berbangsa Cina, seorang "Tok Bomoh" berbangsa Melayu dan seorang Sami kuil berbangsa India. Senang cakap, semua bangsa ada, tujuannya untuk berkomunikasi dengan roh-roh bangsa masing-masing dan tidak terkecuali media dari beberapa syarikat terpilih sahaja yang berada di lokasi tersebut.

Tidak banyak yang tahu tentang upacara tersebut. Upacara bermula tepat jam 12 malam. Dimulakan dengan upacara asap-mengasap kemudian dibaca mantera oleh pihak masing-masing, difahamkan untuk menyeru roh-roh tersebut. Lebih dua jam menunggu kewujudan makhluk-makhluk berkenaan, tiba-tiba salah seorang dari anggota polis yang sedang berdiri di bawah pohon rendang tepi jalan tersebut rebah dan seluruh badan menggeletar seperti terkena sawan. Tiba-tiba, kata beliau, angin kencang dan anjing polis yang berada di situ menyalak ke arah pohon itu seperti nampak sesuatu. Bulu roma pun meremang, terasa tidak sedap hati pun ada. Tok Bomoh ataupun dukun yang dikatakan handal di kawasan itu menghampiri mangsa  yang rebah, menghalang yang lain untuk dekat. Beliau membawa sebiji mangkuk berisi air dan limau purut yang telah dibelah, lalu merenjis ke mangsa tersebut.

Nak tahu, anggota polis berkenaan dikatakan terus terapung, kaki tidak jejak bumi, mata berlolok dan renungan tajam ke arah dukun tersebut. Tiba-tiba makhluk itu terus menerkam dukun tersebut meraung seperti binatang buas, dukun tersebut menolak-nolaknya tapi makhluk itu lebih liat dan kuat. Dari jauh teman saya hanya boleh menyaksikan sahaja, tiada siapa pun yang berani hampiri. Sepantas kilat, seperti satu cahaya merah menyala keluar dari susuk tubuh anggota polis yang dipercayai dirasuk itu, beliau pengsan. Kedengaran suara mengilai sayup. Selepas itu seorang dari anggota polis bertugas menyalakan lampu suluh yang dia pegang ke arah kedua-dua susuk tubuh yang terbaring di atas jalan raya tersebut. Mereka memberanikan diri menghampiri kedua-dua yang terbaring tadi.

Dipendekkan cerita, semua yang ada terperanjat, kelu lidah ingin berkata-kata, menggigil seluruh tubuh, nak terkencing pun ada. Ada seorang dua yang muntah, naudzubillah, wajah dukun tersebut, berlumuran darah, kulit mukanya disiat-siat, biji matanya terjelir keluar. Anggota polis yang dirasuk sebentar tadi pula, wajahnya kecut, pucat dan  mulutnya berbuih. Akhir kata, kedua-duanya meninggal di tempat kejadian, apalagi semua bungkus barang-barang dan beredar dari situ.

Difahamkan apa yang dirakam pada malam itu, semua rosak, dan kata kenalan saya beliau demam seminggu cuti sakit, hingga sekarang masih terbayang-bayang wajah dukun tersebut. Laporan forensik dikatakan kematian tersebut aneh. Sehingga sekarang tiada mana-mana pihak dapat menerangkan apa yang berlaku di lebuhraya tersebut. Hingga kini, penampakan dan kemalangan membabitkan korban nyawa kerap berlaku, pihak kerja raya pernah berkata bahawa kemalangan berlaku kerana pembangunan jalanraya yang tidak rata atau berlubang dan pemandu cuai tapi statistik laporan mangsa yang hidup mengatakan mereka diganggu oleh penampaknan atau lintasan. Hanya Allah yang Maha mengetahui.

Itulah kisah seram yang berlaku di lebuhraya utara selatan (Tangkak-Muar) yang dikongsi rakan Kakak seketika dahulu.

ada sape2 yang tau kisah ni?atau ada kisah lain...kongsi la..kongsi la...
  1. <script type="text/javascript"><!--
  2. google_ad_client = "ca-pub-8712025551446900";
  3. /* mistikseram_sidebar-right-1_AdSense2_300x250_as */
  4. google_ad_slot = "8509732460";
  5. google_ad_width = 300;
  6. google_ad_height = 250;
  7. //-->
  8. </script>
  9. <script type="text/javascript"
  10. src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
  11. </script>
Copy the Code
Last edited by sepaileman on 24-9-2013 11:46 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 09:47 AM | Show all posts
good info..hope ade yang nak menambah satg..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 10:11 AM | Show all posts
oh boleh lak buat upacara cenggitu ek? kalau diwar2kan kat public mampoh kerah ore tak nak lalu situ tah tah jadik pesta lak...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 10:15 AM | Show all posts
korang perasan tak ada satu batu nesan kuning mcm pole siap dgn tulisan cina kat tepi2 jalan?

tu salah satu pemujaan roh2 di jalan raya jugak tu...

kadag2 orang bakar kertas la kat tepi jalan, cucuk bendera...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 10:44 AM | Show all posts
betul ke kat highway klu nampak signboard lombu...suruh berhati2 tu tandanya Hantu. Lombu mewakili hantu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 10:47 AM | Show all posts
biar benar highway plus di tutup selama 6 jam..
utk buat ritual halau hanto..

tak percaya aku..
kalo ada, of kos ramai yg citer highway plus kena tutup..
ni bukannya jalan kg..

tak bleh tahan yg di rakam semua nya rusak..

ni musti citer copy paste..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2013 11:17 AM | Show all posts
Takdo manonyo kena tutup sampai 6 jam untuk benda camni...buat kerja repair pun tutup lorong sebelah aje...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 11:18 AM | Show all posts
urban legend perhaps?

PLUS tutup selama 6 jam?? mcm agak pelik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 11:40 AM | Show all posts
betul ke citer ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 12:02 PM | Show all posts
tak logik plak tutup 6 jam.... walau hari biasa 6 jam tutup mau jam sampai melaka tu.

tp area KM149-154 mmg kena hati-hati lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 12:42 PM | Show all posts
macam membohong je citer ni? musykil2....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 12:51 PM | Show all posts
Ok. Apa aku nak citer nie, just aku dengar dari orang yang pernah rapat dengan aku. Satu citer aku penah update kat thread lebuhraya kalau tak silap. Lagi satu citer nie aku tak penah pun citer lagi. Korang boleh dengar, boleh baca. Apa yang berlaku hanya DIA yang tahu semuanya

RnR Pagoh - Senawang
J keje waktu malam. Bawak barang dr JB - KL. Sampai RnR Pagoh dia stop sebab nak buang air. Bila balik dekat van, dia pusing2 keliling van sebab nak tgk keadaan tayar sebelum mulakan balik perjalanan. Pusing punya pusing, tetiba muncul seorang pompuan bawak anak betul2 depan dia. J terkejut jugaklah sebab mumcul macam tu kan. Tapi dia nie selalu fikir yang positif.
Kakak : Adik nak pegi mana? Akak nak tumpang boleh?
J : Nak pegi KL kak. Akak nak tumpang sampai mana?
Kakak : Sampai Senawang. Van akak abis minyak (sambil tunjuk kat J botol minyak yang ada dekat tangan dia)
J : (Dok pk jap. Tapi terus setuju sebab kesiankan kakak tu yang tengah kendong anak dia)

So, dalam perjalanan memang tak ada bual apa2. Sampai exit Ayer Keroh, siaran radio kat situ kan mcm tak berapa nak clear. J pusing2 carik siaran, dapat pada siaran bacaan Al-Quran.
Kakak : Adik boleh padamkan tak radio tu? Anak akak tengah tido.
J pandang anak akak tu memang budak tu tengah tido. So, J pun tutup, teruskan berdiam tak ada berbual apa2. Sampai kawasan Senawang, dari jauh J memang nampak 1 van tersadai tepi jalan. J kata van tu buruk. So, dia stopkan van dia blakang van kakak tu. Pastu J pegi belakang van dia sebab nak carik botol nak buat muncung untuk isi minyak dalam van kakak tu. Tengah carik2, van PLUS benti blakang dia.
PLUS : Apasal benti nie? Van rosak ker?
J : Bukan van saya bang. Van kakak depan tu minyak abis.
Bila J cakap mcm tu, mamat PLUS tu pun pegi jalan ke depan nak tgk van kakak tu. Tak sampai baper saat, dia jumpa J balik.
PLUS : Van saper ko cakap nie? Mana ada van lain?
J dah pelik bila mamat PLUS cakap mcm tu. Tak puas ati, dia pegi depan, tgk2 memang van tu langsung tak ada. Pelik! Takkan dalam baper minit, kakak tu boleh isi minyak dengan cepat. Pakai apa?
PLUS : Dahla. Baik ko gerak. Dekat sini memang macam2.
So, J pun gerak, PLUS tu pun gerak. Esok time aku tepon, dia dengan selamba cakap mcm nie.
J : Awak! Semalam saya tumpangkan hantu.
Weiiiiiii!!! Aku yang dengar ingat dia buat lawak. Tapi itulah antara pengalaman yang dia alami. Apa yang jadi, siapa kakak tu, hanya DIA yang tahu. Cuma J penah cakap dengan aku lepas kejadian tu. Kawasan yang dia benti tgk van kakak tu, bawahnya gaung. Waallahualam.....

RnR Kg Bemban - Exit Tangkak
Perkara nie pun J yang alami. Keje malam, berulang alik lalu h/way, tak mustahil akan berdepan benda2 mcm nie. J benti dekat RnR Kg Bemban sebab nak cuci muka, rehat2 kejap. Waktu tu lebih kurang 2 pagi kalau aku tak lupalah time dia citer. Lepas J dah kuar dari toilet, dalam nak menghala ke van dia, dia terpandang ada 1 pompuan nie pakai baju merah tengah berdiri mengadap cermin pemandu 1 kereta yang jaraknya jauh sikit dari van J. J tak nampak muka sebab korang boleh bayangkan tak. Pompuan tu berdiri mengadap cermin pemandu. Maknanya dia membelakangkan orang yang lalu lalang. So, takkan nampak muka, yang J nampak hanya rambut panjang, baju kaler merah. Tak sure samada tshirt, blouse, jubah atau apa. Yang J cuma cakap kaler merah. J tak pk apalah. Dalam ati cuma agak, couple dalam keta tu maybe tgk merajuk atau apa2 jerlah. So dia pun teruskan perjalanan kuar dari RnR Kg Bemban.

Tak lama lepas bergerak, J dengar bunyik macam kain tersangkut then kena kibar2 dengan kelajuan angin. J peliklah sebab rasanya tadi dia tengok van suma ok. Takada apa2. Tak puas ati, dia tengok melalui cermin sisi belah kanan. Kosong. Bila tgk dari cermin lagi 1, ok. Terkibar2lah kain putih yang J dah dapat rasa apa yang dok mengikut van tu. Dia nie plak berani tu mcm tak agak2. Siap cakap dalam ati, ok xper kalau ko nak ikut. Sampai Exit Tangkak dia nak benti, nak tgk sendiri benda tu. So, itulah yang dia buat. Sampai Exit Tangkak, terus dia stopkan van, melompat terus keluar sebab sibuk nak tgk benda alah tu. Apa yang dia cakap, benda tu terus terbang tinggi, mengilai. Ish! Sungguh aku tak boleh blah bila dia buat perangai mcm nie. Orang kalau boleh taknak tgk, tapi dia selamba jek. Tapi aku tak peliklah sebab dia nie bolah dikatakan banyak kali 'ternampak'. Aku tanya jugak kat J. Sepanjang benda tu mengikut, tak rasa lain ker dalan van tu? Dia cuma bgtau, tak ada apa pun. Cuma memang asyik tgk lah kain tu dok berkibar2.....

So, apa yang J alami nie aku pun tak tau nak cakap mcm maner. Tak berlaku depan mata kita, susah nak cakap apa2 kan. Apa yang aku citer nie adalah berdasarkan apa yang J alami. Bohong dia, bohonglah aku. Jadinya, betul atau tak, hanya yang alami boleh buat keputusan. Tu jer aku nak share dengan korang

Last edited by honey_d7881 on 24-9-2013 12:54 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 02:41 PM | Show all posts
mak aii 6 jam tutup..dah berapa rugi tu....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 04:26 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 24-9-2013 10:44 AM
betul ke kat highway klu nampak signboard lombu...suruh berhati2 tu tandanya Hantu. Lombu mewakili h ...

bukan la

lembu tu maksudnya kak ijat

kat ijat sedang meragut

so hati2 la
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 04:28 PM | Show all posts
Heheheh

Tapi secara seriusnya mmg kawasan tu ada orang suka lepaskan haiwan ternakan makan tepi jalan...kengkadang boleh lepas pagar...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 05:24 PM | Show all posts
hawaq posted on 24-9-2013 04:26 PM
bukan la

lembu tu maksudnya kak ijat

dari sungai petani ke gurun pun ada signboard kat ijat ni lah kalau macam tu.....yang peliknya kiri kanan berpagar elok
agaknya kak ijat ni pandai melompat cam kuda kot.........

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 06:52 PM | Show all posts
seram nyer... biar betul sampai dua org mati.. teruk betul roh2 kat lebuh raya... jahat nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 07:06 PM | Show all posts
hawaq posted on 24-9-2013 04:26 PM
bukan la

lembu tu maksudnya kak ijat

bhaha
wat lawak je
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 07:51 PM | Show all posts
AbukRokok posted on 24-9-2013 10:44 AM
betul ke kat highway klu nampak signboard lombu...suruh berhati2 tu tandanya Hantu. Lombu mewakili h ...

ooo
aku ingatkan dia maksud camni

pandu perlahan
LEMBU



pahan x?
gahahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 10:17 PM | Show all posts
leenaz posted on 24-9-2013 07:51 PM
ooo
aku ingatkan dia maksud camni

ko sorg je la yg kne camtu

aku ingatkan lembu tu symbolism hantu so jadinya... perlahankan kenderaan la hantu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.101422 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list