CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14602|Reply: 25

[INFO HANTU]Asal Usul Hantu Tinggi

[Copy link]
Post time 7-10-2013 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Asal Usul Hantu Tinggi


Dah lama aku tak buat cerita pasal kisah kisah lama. Oklah kali ini aku nak ceritakan tentang hantu tinggi. Ini cuma dari cerita orang tua tua sahaja. Tak tahulah sama ada benar atau tidak. Juga mungkin ada unsur unsur khurafat yang akan menyinggung sesetengah pihak.

Mengikut cerita orang tua tua, hantu tinggi asalnya dari pemburu yang sesat dihutan. Pemburu ni mempunyai isteri yang sarat mengandung. Suatu hari isterinya mengidam mahukan rusa putih. Jadi suaminya masuklah hutan mencari rusa putih.




Pemburunya masuk ke hutan bersama anjingnya. Didalam pencariannya mencari rusa putih, sudah banyak rusa dibunuhnya tetapi tiada seekorpun berwarna putih. Sehinggalah akhirnya dia dapat membunuh seekor rusa putih. Tetapi semasa dia mahu mengambil rusa berkenaan, dia dihalang oleh puaka hutan berupakan seorang wanita tua.




Wanita tua itu marah kerana pemburu itu membunuh banyak rusa didalam hutan berkenaan. Pemburu itu disumpah menjadi hantu tinggi dan anjingnya menjadi burung berek berek. Sejak dari itu, pemburu itu tidak lagi pulang kerumah.

Isterinya melahirkan seorang anak lelaki dan dinamakan Malim Karimon. Apabila dewasa, anaknya masuk kehutan untuk mencari ayahnya yang hilang dahulu. Setelah mencari dan menggunakan ilmu tertentu, akhirnya Malim Karimon dapatlah berjumpa dengan ayahnya. Tetapi sudah ditakdirkan bahawa ayahnya sudah tidak lagi boleh kembali kepada asal kerana sumpahan membunuh rusa putih.

Sejak itu, Malim Karimon menurunkan pantang larang untuk anak cucunya. iaitu syarat syarat sebelum ke hutan dan pelbagai petua lain supaya anak cucunya tidak diganggu oleh puaka.

Sudah menjadi kebiasaan orang orang tua dahulu kala, apabila ribut akan melanda, mereka akan membakar lada kering dipintu rumah. Ianya bertujuan untuk mengelakkan rumah mereka dilanda ribut berkenaan. Orang tua tua juga kata, kalau terdengar bunyi burung berek berek sewaktu ribut, itu menandakan hantu tinggi ada bersama didalam ribut.

Sebab itulah mereka membakar lada kering dipintu rumah. Apabila hantu tinggi itu tercium bau lada kering dibakar, maka hantu tinggi itu akan tahu bahawa rumah berkenaan adalah milik anak cucunya dan dia tak akan lalu dikawasan berkenaan.

Selain itu, mereka akan menanam sejenis pokok *aku tak ingat pokok apa* diperjuru halaman rumah untuk menandakan mereka adalah anak cucu Malim Karimun.

Mengikut cerita orang tua tua lagi, hantu tinggi ni amatlah tinggi. Kalau tak tinggi, takkanlah orang panggil dia hantu tinggi kan. Kalau berjumpa dengannya, kita tak akan dapat melihat wajahnya kerana ianya mendonggak ke langit. Kakinya berbulu lebat. Bulu kakinya tebal dan keras seperti ijuk enau. Ijuk tu sejenis serabut dari pokok enau.

Kalau nak bersahabat dengan hantu tinggi, korang ambillah sehelai bulu kakinya. Korang akan menjadi kuat dan kebal. Tapi kalau tak jaga pantang larang, sendiri mahu ingatlah.

Setelah pengaruh islam bertambah kuat didalam masyarakat, amalan sebegini terhapus sedikit demi sedikit. Masyarakat sudah tidak lagi mempercayai hantu dan kuasa kuasa ghaib. Cuma masih ada segelintir yang percaya kepada perkara perkara begini.

Dilain masa, aku akan ceritakan pasal hantu lain seperti bajang, toyol dan lain lain.


Last edited by medangmru on 5-11-2013 03:57 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 07:32 PM | Show all posts
menarik...
cerita lagi asal usul antu lain
kecuali kak pon
dah banyak sangat
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 09:00 AM | Show all posts
hantu tinggi ni jarang2 dengar citer dia.. agak rare kot? aku cuma pernah dengar citer pun dari abg kawan aku masa sekolah rendah dulu... citernya, abang dia dalam perjalanan somewhere kat area felda kat johor tak silap aku.. (citer ni dah lama). perjalanan malam tu, abg dia biasa la menikmati pemandangan kelapa sawit je memanjang... agak bosan la sebab sawit aje.

walaupun malam, tapi malam tu agak terang la katanya.. sampai satu tempat, beratur la tiang letrik yg besar tu. tiang letrik jenis mcm menara tu.. so abg kwn aku ni dia dok perati la tiang tu tinggi.. sambil ada lampu kelip2 lagi kat tiang tu..biasa la kat menara tinggi. mungkin masa tu dia kira kot brapa byk tiang tu beratur tersusun.. tiba2 dia rasa pelik ada dua tiang yg nampak mcm terlalu dekat antara satu sama lain. dalam dok perati tiang tu, makin dekat kereta dia ke tiang tu.. makin dekat makin jelas pulak nampak ada benda berpintal2 kat tiang tu.. sekali benda berpintal tu bulu kaki daaa... dan kereta dia cuma lalu gitu je... takde apa2 gangguan.. cuma pernampakan saje.. sekian cerita saya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 10:32 AM | Show all posts
uniq61.. bukak satu thread jela.. asal usul hantu.. baca boleh percaya jangan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 10:38 AM | Show all posts
tapi biasa yang dengar set2 hantu tinggi nie tak le banyak ganggu orang kalo nak dibanding dengan sepises yang laen to
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 11:18 AM | Show all posts
wan pasu pernah cerita pasal hantu tinggi ni..
tapi , nak olah cerita...amat panjang...dan banyak yang pasu dah lupa..
antara yang pasu ingat pasal cerita hantu tinggi ni:

isteri mengidam nak makan daging rusa betina mengandung sulung.
si suami ni, masuk ke hutan nak cari rusa yang diidamkan oleh isterinya...
rusa yang berjaya dipanah oleh si suami sangat banyak...tapi, sangat hampa kerana rusa betina mengandung sulung sangat sukar didapati..

rusa adalah haiwan ternakan penunggu hutan.
bila banyak rusa dibunuh dan bangkainya ditinggalkan begitu sahaja..
ini mendatangkan kemarahan penunggu hutan.

dalam leka memburu rusa,
isteri di rumah telah selamat melahirkan anak lelaki..

sebaliknya suami...
enggan pulang ke rumah selagi tidak dapat menunaikan hajat isterinya..
makin lama beliau makin jauh ke dalam hutan rimba

akhirnya, si suami dapat juga rusa betina mengandung sulung..
akan tetapi, sumpahan penunggu hutan telah menimpa dirinya..
sementara beliau melepaskan lelah di bawah sepohon pokok besar..
angin menderu kuat...

perubahan berlaku kepada fizikalnya..
badannya yang sedang bersandar, melekat di batang pokok tersebut...
kepalanya mendongak..
tubuhnya membesar sehinggakan kepalanya hampir mencecah langit....

sejak itu...beliau tidak pulang lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2013 11:23 AM | Show all posts
pasuoren posted on 8-10-2013 11:18 AM
wan pasu pernah cerita pasal hantu tinggi ni..
tapi , nak olah cerita...amat panjang...dan banyak y ...

cerita antu melayu nie lebih kurang sama je dari dulu hingga kini cuma jalan cerita je ada lain2 sket
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 11:24 AM | Show all posts
BANYAK KAT LANGKAWI..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 11:28 AM | Show all posts
Kalau nak bersahabat dengan hantu tinggi, korang ambillah sehelai bulu kakinya. Korang akan menjadi kuat dan kebal. Tapi kalau tak jaga pantang larang, sendiri mahu ingatlah.
bulu kaki hantu tinggi ni, bukan mudah nak ambil-ambil....

kene bertarung nyawa dulu..
baru la hantu tinggi ni respek nak jadikan sahabat...

nak dapatkan bulu kaki hantu tinggi ni,
kene bertarung nyawa dulu.
kene tunggu kehadiran hantu tinggi ni..
pastu...kene panjat n peluk kaki hantu tunggi tu..

hantu tinggi tu akan hayuuuunnnnnnnnnnnn kaki dia sampaikan yang tukang peluk kakinya tu boleh nampak laut!
kalau terlepas...maut tercampak la ntah kat celah mana..

kalau berkuat berpegang pada kaki hantu tinggi tu, dan selamat mendarat dan mencabut bulu betis tu,
haa....baru la di kira terer..dan bolehla bersahabat dengan hantu tinggi tu..

* tapi, ini adalah versi cerita orang dulu-dulu...pasu masa itu hanyalah budak hingusan, hanya mengagah mendengar wan pasu bercerita...



Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 11:29 AM | Show all posts
aiskrimvanilla posted on 8-10-2013 11:23 AM
cerita antu melayu nie lebih kurang sama je dari dulu hingga kini cuma jalan cerita je ada lain2 s ...

ya, versi lain-lain..

cerita yang diperturunkan dari mulut ke mulut...

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 11:34 AM | Show all posts
pasuoren posted on 8-10-2013 11:28 AM
bulu kaki hantu tinggi ni, bukan mudah nak ambil-ambil....

kene bertarung nyawa dulu..

hebat...

tapi tak hingin aku nak bersahabat ngan hantu... banyak muslihat dan pantang larangnya...

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 11:41 AM | Show all posts
jefrilza posted on 8-10-2013 11:34 AM
hebat...

tapi tak hingin aku nak bersahabat ngan hantu... banyak muslihat dan pantang larangnya ...

takyah laaaa........
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya...
Hantu tinggi ni sama ke dgn hantu galah?...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 05:15 PM | Show all posts
yenil95 posted on 8-10-2013 01:26 PM
Nak tanya...
Hantu tinggi ni sama ke dgn hantu galah?...

hantu tinggi.. bila kita pandang dia.. dia mmg dah tinggi... kita just nampak betis dia yang lawa tu je... fewwit...

hantu galah lak.. memula kita tengok ok je... tapi makin lama makin tengok makin tinggi lak dia... sampai melangut kita.. ada yang kata... kalau terlampau ralit.. kita boleh terlentang n terhantuk kepala n cedera la atau bawak mati...

ntah iye ntahkan idak... apa pendapat @pasuoren ...

Last edited by jefrilza on 8-10-2013 05:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 08:43 AM | Show all posts
jefrilza posted on 8-10-2013 05:15 PM
hantu tinggi.. bila kita pandang dia.. dia mmg dah tinggi... kita just nampak betis dia yang lawa  ...

pasu bukan pakar hantu tinggi laa......
.
.
.
setau pasu, hantu tinggi memang dah tinggi..
mukanya tak nampak sebab terlindung dek awan..

hantu galah..?
pernah dengar..
ingatkan sama ngan hantu tinggi..

tapi pernah dengar, ada hantu yang asalnya tinggi macam manusia..
lama-lama makin tinggi dan tinggi...
itu hantu galah eh..?

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
pasuoren posted on 9-10-2013 08:43 AM
pasu bukan pakar hantu tinggi laa......
.
.

tu lah pasal... pakngah saya pernah jumpa ngan hantu galah ni... mula2... ok je.. mcm org biasa tapi makin lama makin tinggi... sampai ralit la pakngah saya tengok.. nasib baik kawan dia pi tepuk bahu dia.. benda ni jadi waktu pakngah saya kecik gi... waktu arwah nenek saya dok kat jalan keretapi sungai petani...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2013 01:53 PM | Show all posts
http://www.youtube.com/watch?v=KbDZHMGHC1k

Lihat pada 0:29.Hantu Tinggi pun hantu dari Thailand macam Penanggal ke?

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 02:10 PM | Show all posts
taji2906 posted on 8-10-2013 09:00 AM
hantu tinggi ni jarang2 dengar citer dia.. agak rare kot? aku cuma pernah dengar citer pun dari abg  ...

ok la tu dye x kaco.. klu dye kaco x ke seram
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 02:12 PM | Show all posts
pasuoren posted on 9-10-2013 08:43 AM
pasu bukan pakar hantu tinggi laa......
.
.

x pham la bole x explain ckit antu galah n antu tinggi bell ingt kn sme..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2013 05:28 PM | Show all posts



PESERTA 1 : Kuntilanak / Pontianak




yang nie dia suka kacau manusia dengan ketawa mengilai-gilai
pehal tak tahu, nak kata kita buat lawak dengan dia tak juga
agaknya baru lepas tengok maharaja lawak kot
sawan ketawa sekejap
kalau korang jumpa korang try gelak duet dengan dia sekali
lama-lama mesti dia blah sebab boring dengar ketawa korang tu


PESERTA 2 : Toyol



yang ini saya suka, sebab hijau..muka pun ada ala-ala katak. haha
cuma bertanduk sahaja
bijak dalam acara curi harta orang
simpan je la celah mana pun mesti si dia nie dapat cari
korang cuba letak duit kertas tipu pulak
letak la berapa banyak tak pun korang letak duit satu sen banyak-banyak
conferm kena penyepak dengan tuannya


PESERTA 3 : Hantu galah



dah nama pun galah, of coz tinggi dan kurus macam galah
kalau korang rasa tak sampai nak amik sesuatu korang boleh suruh dia
tak pun kalau nak suruh dia nie repair bangunan tinggi-tinggi pun boleh juga
tak try mana nak tahu kan..

PESERTA 4 : Hantu raya



dia nie suka beraya, suka kumpul duit raya dengan sampul duit raya
( menipu )
kalau dia ini datang rumah korang hari raya pertama, korang ajak la masuk
sian dia..bagi la makan rendang, ketupat ke
tak lah dia kempunan
sekurang-kurangnya ada gak aktiviti dia selain kacau orang je kan?


PESERTA 5 : Pocong




yang ini saya paling takut, apa kahenya pun saya tak tahu lah
nie pun pecah rekod gak la saya berjaya letak kan gambar sekali
part pocong nie saya terpaksa taip entry sambil tutup mata
( menipu lagi )
serius pocong saya tak suka tengok, kalau ada cerita pasal pocong-pocong ini
saya tarik diri awal-awal
kalau poco-poco tak apa
sebab tu saya letak pocong nie akhir-akhir sekali
haha

PESERTA 6 : ???



Yang ini saya tak pasti hantu apa..nak berfesyen tapi pelik-pelik
memang pelik la
kalau korang jumpa ala-ala macam nie korang pi bisik kat depa
suh depa balik tukaq imej
buat malu ja haih

PESERTA 7 : Manusia nak jadi hantu



opsss...gambar agak overdose. Mana yang obses nak jadi kurus
jangan sampai macam nie ya?
manusia nak jadi hantu memang banyak sekarang
bersepah-sepah
dah elok-elok tuhan bagi jadi manusia yang mulia
dia orang nak jadi hantu pula
( korang paham tak?? )

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.078228 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list